Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Jan 30, 2008

Perutusan

Assalamualaikum wbt.

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Aku berlindung dengan Allah agar syaitan tidak menguasai sifat amarah ku. Aku berlindung dengan Allah agar sifat amarah ku hanyalah untuk menegakkan syiar Islam, demi menegakkan cahaya kebenaran.


.....Ya Allah ya tuhan kami, Kami telah beriman kepada MU, Ampunilah kami Dan berikanlah kami rahmat, Sesungguhnya Engkau pemberi rahmat yang terbaik.

Al Mu’minum:139

Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu apa kami, ahli keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami dan semua umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.

Ya Allah, penuhkanlah nur hidayah mu kepada kami, berkatkan lah hidup kami.

Ya Allah, suburkanlah kecintaan kami hanya padaMU.

Ya Allah, ikhlaskanlah diri kami dalam melaksanakan amalan kepadaMU, Terimalah amalan kami, Terima taubatlah kami, Terimalah kami sebagai hambaMU ya Allah, Kurniakanlah syahid kepada kami, Masukkanlah kami ke dalam syurgaMU ya Allah.

Ya Allah, tabahkanlah hati kami, teguhkanlah pendirian kami dalam memperjuangkan agamaMU.

Ya Allah, Tunjukilah Kami jalan Yang lurus, iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Al-Fatihah: 6-7

Ya Allah, jauhkan lah kami dari azab kubur dan azab api nerakaMU, jauhkanlah kami dari fitnah dunia dan fitnah akhirat, jauhkan kami dari kekafiran dan kefakiran, jauhkan kami dari hutang piutang dan penindasan orang.

Hilangkanlah resah kami, hilangkanlah rasa dukacita kami, bantulah kami.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir.

Al Baqarah: 286

Hanya kepada engkaulah sahajalah Allah Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

Al-Fatihah: 5

Amin.

My first blog.

Within a last mid-year of 2007, I have a lot of sub-ambitions in my life. One of that is to be a blogger and have my personal blog. But I have a constraint to achieve it. I have no ideas how to build my personal blog and there is no person to teach and guide me. Gratefully, I have learned how to build my personal blog under Mr. Azmi supervision.

For now, I have my personal blog. Although it is just a simple blog, but I’ll improve it from time to time. For this moment, I used Fakir as my blog name because with this name will keep telling me to become a humble, loyal and obedient slave to my God, Allah is the Almighty. Amen.

Jan 29, 2008

3 Remaja

Dalam suasana kedinginan pagi Ahad yang sunyi sepi, aku duduk sendirian di dalam bilik. Aku sedang menyemak akuan kiri-kira peribadi sambil mendengar lagu yang di nyanyikan oleh Nadamurni, aku teringat akan khutbah yang di sampaikan oleh Ust Shahrir beberapa minggu yang lalu yang mana ia menceritakan perihal ramaja. Aku terasa ingin berkongsi dengan semua apa yang dengar ini. Semoga dapat kita fikirkan dan merenung kembali apa yang telah kita lakukan dalam menempuh ranjau yang penuh berliku dalam melayari kehidupan di dunia. Khutbah tersebut mecerikan kisah atau suasana hidup remaja di tiga buah tempat di dunia ini.

Dalam suasana semasa dunia sekarang, umat Islam sentiasa ditindas oleh golongan kuffar yang bermaharajalela di muka bumi ini. Di sini kita boleh merujuk dan menilai pengorbanan yang telah di buat oleh remaja-remaja Palestin. Di usia remaja lagi, mereka telah menempuh, berjuang, dan berjihad dalam menentang Yahudi laknatullah. Di usia yang masih muda mereka telah turun ke medan jihad, mereka behadapan dengan peluru-peluru, roket-roket dan kereta kebal dari musuh islam hanya menggunakan batu. Ramai di antara mereka telah tercedera dan ramai lagi yang bertemu dengan syahid yang menjadi impian umat islam.

Bila merujuk pula remaja di Eropah, dalam era moden dan global ini, mereka sedang berlumba-lumba dalam mengejar ilmu pengetahuan. Mereka di lihat begitu tamak dalam memcari ilmu. Pelbagai cabang ilmu diterokai lalu ia telah menyumbangkan kepada perkembangan tamadun Eropah yang mana telah menguasai dunia ini. Jikalau kita merujuk kepada sejarah, dunia Eropah pernah mangalami zaman gelap namum begitu segalanya telah berubah. Kepelbagaian ilmu telah berkembang di dunia Eropah.

Bagaimana pula dengan remaja melayu Malaysia? Remaja Malaysia sekarang ini terdedah dengan hiburan yang melampau. Setiap hari mereka di jamu dengan pelbagai jenis hiburan sama ada di TV, radio, media cetak dan juga media elektronik. Mereka tidak lagi di hidangkan dengan ilmu Al-Quran dan Sunnah meyebabkan mereka terjerumus kepada dunia yang hina ini. Pelbagai berita yang telah kita dengar tentang remaja kita hari ini, gejala sosial, rogol, cabul, culik, rompak, samun, peras ugut, gangster, arak, judi, couple, berpakaian ketat, mendedahkan aurat dan banyak lagi. Kadang-kadang apa yang berlaku di luar pemikiran kita dan pada pemikiran logiknya, ia tidak mungkin berlaku. Namun itulah hakikatnya, ia telah terjadi.

Sahabatku, jagalah akan kepentingan Islam, insyaallah Allah akan jaga kepentingan kita sebagai hambanya. Ingat, matlamat akhir kita sebagai orang Islam adalah akhirat. Syurga yang kita impikan. Halatuju hidup kita hanyalah kematian yang nyata pasti akan berlaku. Tidak kira atau muda, mati adalah penamat hidup kita di dunia ini.

Wahai remaja Malaysia, fikirkanlah.

Al fakir ibnu ahmad
27 Januari 2008