Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

May 27, 2008

Dunia Hari Ini


Semenjak mata dapat melihat, semenjak itulah saya banyak memerhatikan perkara-perkara yang berada di sekeliling alam ini. Bermacam-macam ragam, bermacam-macam jenis, bermacam-macam gaya. Ada yang suka, duka, sedih, hilai, tangis, lawak, pelik dan bermacam-macam lagi.

Namum begitu, apa yang hendak saya kongsikan ialah perkara pelik yang saya saksikan. Saya melihat remja pada masa kini semakin menuju kearah suatu kerosakan yang akan membawa kepada kehancuran. Hancurnya remaja akan menunjukkan kehancuran negara pada masa akan datang.

Saya melihat ia berpunca daripada masalah didikan yang tidak sempurna ataupun tidak betul dalam melahirkan generasi pada masa kini. Ia juga berpunca daripada dasar pendidikan negara dan ibubapa yang menekan didikan berkonsepkan keduniaan disamping mengambil sedikit pendidikan akhirat.

Jika dilihat daripada tempat-tempat ataupun pusat-pusat pengajian Al-Quran, Qiraati ataupun mana-mana tempat pengajian Islam sentiasa mendapat perhatian ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka. Jika dilihat pada keadaan ini menunjukkan ibubapa menitikberatkan pendidikan agama.

Tapi jika diperhatikan, perkara ini sekadar di jadikan budaya sahaja. Saya mengambil contoh kelas pengajian Al-Quran yang dijalankan di masjid-masjid yang biasanya dijalankan selepas solat fardhu. Saya melihat tidak semua pelajar yang datang menunaikan solat. Sepatutnya ibubapa, imam, bilal dan orang yang sepatutnya yang mempunyai kuasa mengajak pelajar-pelajar menunaikan solat secara berjamaah.

Namun begitu, ibabapa yang menghantar anak-anaknya juga tidak menunaikan solat secara berjemaah. Tambah memburukkan lagi ada yang datang menghantar anak-anak berseluar pendek jika yang lelakinya, baju berlengan pendek, ketat jika yang perempuannya.

Macammana anak-anak akan berjaya dididik dengan baik jika perkara yang terjadi seperti ini.

Apabila pulang ke rumah pula, beberapa guru yang bersedia untuk merosokkan remaja sedang menunggu. Mereka ialah TV1, TV2, TV3, ntv7, ASTRO, 8TV dan lain-lain dengan pelbagai rancangan hiburan yang ingin memeningkan kepala remaja. Dengan itu mereka akan lupa akan tanggungjawab mereka di dunia ini.

Mereka akan lupa dengan Maha Pencipta yang mencipta mereka, dengan kematian yang pasti datang, dengan amalan yang masih belum cukup, dengan maksiat yang masih belum memohon taubat, dengan diri yang kekurangan ilmu. Mereka akan merasa hebat, megah dengan pencapaian yang tidak seberapa. Mereka akan lupa dengan hakihat kejadian manusia di dunia ini.

Apa yang saya tulis ada yang tidak termampu untuk saya lakukan. Namum sebagai insan yang merasa mempunyai tanggungjawab terhadap agama Islam, anak-anak Islam, masa depan Islam, saya menulis.

-ibnu ahmad-

May 10, 2008

Kelantanku

Apa yang ku bimbangi terjadi di negeri kelahiranku ialah suatu bencana yang sukar diatasi. Suatu bencana yang menjadi punca kepada kejadian seperti zina, rogol, pembuangan bayi, sumbang mahram seterusnya boleh menjalar menjadi kes-kes lain seperti penculikan,pembunuhan dan lain-lain.

Bencana yang saya maksudkan fenomena atau budaya yang semakin meresap ke dalam jiwa remaja, kanak-kanak dan tidak ketinggalan golongan berusia yang bleh dipanggil warga emas. Bencana yang dimaksudkan ialah bencana tidak menutup aurat.

Pada 10 May 2008 saya telah berkesempatan untuk mengunjungi TESCO Kelantan iaitu antara pasaraya terbesar di Kelantan. Apa yang saya perhatikan terdapat banyak jualan seluar pendek. Biasanya penjualan seluar pendek hanya saya lihat di pasaraya seperti di Selangor, Melaka dan Johor.

Walaupun pada dasarnya penjualan seluar pendek adalah untuk orang bukan Islam, namun realitinya ramai orang Islam mula terpengaruh dengan pemakaian seluar pendek. Apa yang ku risaukan gejala berseluar pendek semakin menular dan membarah di negeriku ini.


Apa yang ku harapkan ialah penjualan pakaian yang tidak elok ini seperti seluar pendek dapat dikawal agar gejala umat islam tidak menutup aurat dapat di atasi sebelum bencana-bencana lain muncul agar kita semua selamat di dunia dan akhirat.

-ibnu ahmad-

Antara Negara Perindustrian dengan Negara Pengeluar Makanan

Malaysia atau dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu dikenali sebagai sebuah negara pertanian kini sedang mengalami perubahan menuju kearah sebuah negara perindutrian. Negara ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020.

Saya melihat kepada kepentingan sebuah negara pertanian yang mana ia berfungsi sebagai pengeluar makanan.

Negara pertanian juga mampu menjana kewangan negara sekaligus mampu untuk menjana kewangan negara. Ia juga mampu untuk mencapai matlamat negara kearah negara maju.

Makanan merupakan satu aspek yang penting selain aspek persenjataan. Makanan merupakan keperluan manusia yang penting. Lumpuhnya makanan menyebabkan lumpuhnya manusia (rutinnya).

Jika peperangan berlaku dan musuh berjaya menyekat bekalan makanan daripada memasuki negara, maka pertahanan negara akan lumpuh sedikit demi sedikit seterusnya akan mempercepatkan proses kekalahan negara (secara dasar dari pandangan manusia).

Jika berlaku krisis makanan seperti yang berlaku sekarang ini, maka kemanakah kita hendak bergantung jika negara pengeluar menghadkan bekalan makanan ke negara kita. Kita akan menyaksikan masyarakat akan kebuluran walaupun mempunyai duit yang banyak.

Apabila bencana alam berlaku, perkara yang pertama yang di perlukan ialah tempat tinggal dan makanan. Ia mengatasi keperluan lain seperti duit, pakar motivasi atau lain-lain.

Berdasarkan tiga situasi yang saya berikan, saya berpendapat bahawa menjadi atau mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian dan berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar makanan adalah lebih baik daripada merubah Malaysia menjadi negara perindustrian.

Sekadar pandangan peribadi berdasarkan keadaan semasa.

-ibnu ahmad-

Lorong Motosikal – Satu Pemerhatian


Cadangan dan perlaksanaan lorong khas untuk motosikal adalah suatu langkah yang baik yang di laksanakan oleh kerajaan untuk menjamin keselamatan pengguna motosikal, tak kira sama ada penunggang ataupun pemboncengnya.

Namun begitu, di sesetengah tempat atau kawasan yang terdapat lorong motosikal, terdapat perkara-perkara yang boleh meningkatkan bahaya untuk motosikal.

Apa yang diperhatikan di sesetengah kawasan terutamanya kawasan yang terdapat gerai makanan di tepi jalan, lorong motosikal dijadikan kawasan meletakkan kenderaan terutamanya kenderaan besar seperti kereta dan lori. Ini mendatangkan bahaya kepada pengguna lorong motosikal.

Lorong motosikal terletak dibahagian paling kiri jalan. Ini menyebabkan kawasan ini menjadi tempat berlonggoknya pasir-pasir dan batu kerikil. Penyelenggaraan yang tidak dibuat menyebabkan keadaan ini bertambah teruk seterusnya meningkatkan lagi tahap kebahayaan (tak tahu la betul tak bahasa melayu nie) pengguna motosikal.

Banyak kerja-kerja perpaipan yang melibatkan kerja-kerja pengorekkan dan penampalan jalan. Namun begitu, kerja-kerja penampalan yang tidak sempurna menyebabkan terdapatnya lubang-lubang. Di samping itu di sesetengah kawasan berlaku pemendapan jalan yang agak ketara. Keadaan ini amat merbahaya bagi pengguna motosikal.

Saya sebagai salah seorang penunggang motosikal melihat perkara-perkara ini menambahkan lagi bahaya kepada pengguna motosikal. Tujuan asal pembinaan lorong motosikal adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna motosikal namun apa yang berlaku ialah perkara yang sebaliknya.

Pihak-pihak yang terlibat perlu mengambil langkah yag sepatutnya untuk mengatasi masalah ini agar tujuan asal pembinaan lorong motosikal mencapai matlamatnya.

Nota:
  • Segala yang berlaku (tahap keselamatan pengguna jalan raya) adalah ketentuan Allah dan kita perlu redha akan qada’ dan qadar yang berlaku pada kita. Ia bukan bergantung kepada ciptaan manusia.
  • Ciptaan manusia tidak sempurna dan banyak kelemahan. Hanya ciptaan Allah yang Maha Sempurna.
  • Perkara-perkara saya sebutkan tadi hanya berlaku di sesetengah kawasan, bukan semua kawasan.

-ibnu ahmad-

May 7, 2008

Siapakah Kita

Persoalan yang ingin saya ungkitkan ialah apakah kita mengenal akan diri kita sendiri. Apabila di tanya, siapakah awak, saya ialah saya, saya ialah manusia, saya ialah Syamsul, saya ialah Suhana bt Yaakob dan maca-macam lagi.

Namun begitu, sedarkah kita bahawa kita adalah hamba. Hamba yang diciptakan Allah di muka bumi. Hamba yang di ciptakan untuk menjadi khalifah. Hamba yang diciptkan untuk beribadat kepadaNYA. Sedarlah kita tidak mempunyai apa-apa, tiada nilai di sisiNYA.

Hakikatnya kini, kita terlalu angkuh, terlalu megah diri, terlalu berbangga diri dengan apa yang kita miliki dengan apa yang ada pada diri sendiri.

HAMBA, bila disebut hamba, kita akan merasa hina. Ini adalah kerana hamba di sisi manusia adalah manusia yang berada pada peringkat paling bawah susunan manusia. Namun begitu hamba di sisi Allah adalah manusia yang paling mulia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah Al-Isra’:1)

Dalam ayat ini, hamba yang di maksudkan ialah Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa hamba di sisi Allah ialah insan yang paling mulia. Jadilah kita seorang hamba yang taat dan patuh pada maha pencipta.

-ibnuahmad-

May 2, 2008

MARAH, TEKANAN PERASAAN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan daripada apa yang saya belajar, saya perhatikan dan yang saya amalkan. Segala penyelesaian masalah hanyalah datang dari Allah dan kita hanya merancang. Segala pengharapan hanya kepada Allah.

Manusia dibuat daripada tanah. Oleh itu untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa marah, jika ia sedang berdiri, maka duduk lah. Jika dia sedang duduk, baringlah. Ini adalah untuk mendekatkan manusia dengan bahan yang menciptakan manusia. Agar tubuh badan ini menjadi lebih aman.

Marah itu berpunca daripada syaitan. Syaitan itu pula berasal daripada api. Oleh itu, untuk meredakan kemarahan, kita di suruh untuk mengambil wudhuk. Jikalau masih belum hilang akan marahnya, cadangan saya ialah mandi terus. Lagi cepat padam api tersebut.

Untuk menghilangkan tekanan, bacalah Al-Quran beserta tafsirnya. Ini adalah untuk kita memahami akan kandungan kitab suci itu. Ia akan mengubat jiwa kita dengan izin Allah.

Membaca sirah nabi-nabi, sahabat-sahabat, para pejuang agama Allah. Ini dapat mengubati hati kita bahawa cabaran yang kita hadapi masih terlalu sedikit/kecil jika hendak di bandingkan dengan golongan-golongan tersebut.

Apabila di landa musibah, renungkanlah apa dosa yang telah kita lakukan, apakah maksiat yang telah kita buat. Muhasabahkanlah akan diri. Jangan asyik menyalahkan orang lain. Allah menurunkan musibah kepada kita agar kita sedar apa yang telah kita buat.

Sentiasalah menambah ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah, ceramah-ceramah, usrah dan lain-lain agar kita mendapat petunjuk daripada Allah. Sentiasalah berdamping dengan ulamak-ulamak sebelum mereka meninggalkan kita.

Berkawanlah dengan sahabat-sahabat yang mampu menegur kita apabila kita buat kesalahan, menasihati kita apabila kita lalai.

Saya mengalu-alukan sebarang perkongsian ilmu dengan para sahabat.

-ibnuahmad-