Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Jun 30, 2008

Masjid Kristal, Masjid Perlancongan

Pada 20/06/08 - 22/06/08, saya dan rombongan pejabat telah mengadakan lawatan ke Terengganu. Kami sempat melawat Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan negeri ini dan menjadi mercu tanda bandaraya warisan persisir pantai.


Suasana dalam masjid kristal yang riuh rendah dengan suara pelancong2 dalam negara. Ia menjadi tempat tumpuan untuk mengambil gambar. Terdapat papan tanda menutup aurat untuk memasuki masjid ini, namun hakikatnya......


Perhiasan dalaman masjid. Cantik.



Di larang tidur dalam masjid.


Keadaan dalam masjid yang agak panas. Mungkin di sebabkan manusia yang ramai melepaskan haba dari badan masing-masing.

-ibnuahmad-

Jun 28, 2008

Pelangi

Pelangi,
Suatu ciptaan TUHAN yang indah lagi harmoni,
Yang mampu menenangkan hati nurani,
Dikala ia dilanda ribut, taufan, tsunami.

Pelangi,
Dirimu hadir tanpa cahaya,
Namun dirimu tetap berseri,
Menunjukkan kehebatan ciptaan ILAHI.

Pelangi,
Sekejap sahaja dirimu mempamerkan diri,
Mempamerkan diri kepada insani,
Sebagai penghibur semulajadi.

Sahabat sejati,
Kau hadir umpama pelangi,
Menghiasi dan mewarnai kehidupan ini,
Menghiburkan hati,
Menyuburkan kecintaan kepada ILAHI,
Mengajar erti persaudaraan sejati.

Sahabat,
Bertahun kita melangkah besama,
Dalam mengejar cita-cita,
Memenuhi harapan ayah bonda,
Menunaikan syahadah pada pencipta,
Kita tetap bersama.

Sahabat,
Hati ini sayu bila mengenangkan,
Perpisahan yang bakal mendatang,
Doa dan harapan,
Perjuangan jangan ditinggalkan,
Menanti saat kemenagan,
Atau ajal dahulu yang datang.

-ibnuahmad-

Jun 24, 2008

Bajet Sukan yang Melampau


Semalam, TPM, Dato' Seri Najib mengumumkan RM 1 Juta untuk atlet yg berjaya mendapat pingat emas dalam sukan olimpik. Bagi saya ia adalah suatu yang amat tidak wajar takkala negara sedang menghadapi kemelut dengan kenaikkan harga minyak dan makanan dunia. Pengumuman kerajaan ini menyakitkan hati saya dan saya yakin sebahagian besar rakyak Malaysia.

Kerajaan meminta rakyat berjimat cermat dalam menghadapi perkara ini sedangkan kerajaan terlampau membazir dalam menguruskan kewangan negara. Tindakan kerajaan ini hanya menguntungkan sesuatu pihak sahaja sedangkan rakyat lain terus dilanda kesusahan.

Sejak akhir2 ini saya banyak mendengar berita cubaan membunuh diri akibat tekanan hidup kesan kenaikkan harga minyak tetapi kerajaan mementingkan dalam aspek lain, bukan kebajikkan rakyat.

Saya masih ingat, dalam rancangan bersamamu terbitan TV3 yang mana ada rakyat Malaysia terpaksa makan siput babi untuk mengalas perut kerana desakan hidup.

Sebenarnya saya memang tidak faham akan tindakan kerajaan sekarang ini. Saya berharap kerajaan mampu mengambil langkah yang bijak sesuai keadaan semasa negara. Janganlah membuat tindakan mengikut perasaan. Letakkan diri setaraf dengan kehidupan rakyat yang hidup susah/merana, kemudian buatlah keputusan terbaik.

Sekian

-ibnuahmad-

Jun 17, 2008

Ketereh ke Pasir Mas

Salam internet salam pembuka
Salam ukhwah dari jauh
Biar suka menjadi duka
Hajat hati tidak tertangguh

Hajat hati tidak tertangguh
Jika penuh dengan keinginan
Buat apapun biar bersungguh
Melawan dunia cintakan permainan

Melawan dunia cintakan permainan
Kerana jasad bersalut nafsu
Ayuh sahabat tingkatan kekuatan
Tewaskan musuh sehingga lesu

Tewaskan musuh sehingga lesu
Itulah tanda kemenangan diri
Tinggalkan asmara cinta palsu
InsyAllah BM demo tengah menanti

-ahbs1981-

Jun 16, 2008

Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah - 14/06/08

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi
  • Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
  • Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
  • Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
  • Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.

(Data di atas diperolehi dari sumber Pembedaharaan Negara dan boleh di lihat umum di http://www.treasury .gov.my/view. php?ch=24&pg=183&ac=1443&fname=attachment&dbIndex=0).


Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.

(Data Bank Negara boleh di lihat di http://www.bnm. gov.my/files/ publication/ msb/2007/ 11/pdf/6. 3.pdf)

(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)


Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.

Sebalikanya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat. Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.

Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi.

-Kickdefella-

Jun 15, 2008

Perbandingan Harga Minyak antara Negara Pengeluar Minyak Dunia

Ini adalah senarai harga minyak yang saya perolehi daripada emel seorang rakan saya.



MALAYSIA – RM2.70/litre


Tengok-tengok, renung-renung dan fikir-fikirkanlah.

Jun 9, 2008

Kesan Kenaikkan Harga Minyak Dunia Terhadap Malaysia

Kenaikkan harga minyak dunia telah menyebabkan kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikkan harga yang mendadak. Pelbagai rungutan telah di kemukakan, pelbagai cadangan telah diutarakan bagi mengatasi masalah ini.


Hakikatnya, kenaikan harga minyak telah meningkat beban kepada rakyat. Kaedah untuk membasmi kemiskinan semakin sukar. Ini adalah kerana harga barangan meningkat secara mendadak sedangkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia terlalu lembap.

Namun begitu, bukan perkara ini yang hendak saya cakapkan. Malaysia sebagai Negara pengeluar minyak yang bermutu tinggi akan MENIKMATI KEUNTUNGAN YANG BERLIPAT KALI GANDA kesan daripada kenaikan harga minyak. Ini akan meningkatkan pendapatan Negara. Namun rakyat yang menjadi mangsa kesan dari kenaikan harga minyak dunia.

Persoalannya, kemanakah keuntungan minyak yang berlipat kali ganda yang di perolehi jika ia tidak di salurkan kepada rakyat.

-ibnuahmad-