Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sep 22, 2008

Rindu.....




22 ramadhan, kerinduan terhadap kampung halaman makin terasa, sudah agak lama merantau meninggalkan abah, mek dan adik2 di kampung.

Insyaallah, esok aku akan pulang ke kampung. Ramai yang bertanya, kenapa balik awal? Jawapan yang ku berikan tiket habis.

Terima kasih kepada sahabat2 seperjuangan yang banyak menyokong ku selama ini. Banyak jasa yang telah kalian berikan kepada ku.

Tiada apa yang hendak ku perkatakan dalam tulisan ini. Ku mempunyai idea nak tulis artikel baru, tajuk pun dah ada (mencari kak ngah), namun xtahu macam mana nak olah idea ni. Kemungkinan besar aku tidak akan menulis tajuk ini.

Apa2 pun, selamat menempuh hari2 terakhir ramadhan ini dengan jayanya. Semoga kita sama2 memperoleh keampunan dan kemerdekaan dari api neraka. Dan selamat bercuti kepada mereka yang dapat cuti.

Kepada anak-anak siswazah kelantan yang akan pulang ke kampung halaman, dijemput hadir ke majlis AIDILFITRI MAHASISWA KELANTAN 2008 bersama YAB MENTERI BESAR KELANTAN, TG DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT. Datang tau, jangan tak datang. Tarikh, masa dan tentatif program seperti yang tertera dalam kad diatas ye..

Damai ku rasakan di hati ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan mendapat keredhaan Allah.

-ibnuahmad-

Sep 21, 2008

Menyusur Lebuh Raya........

21 Ramadhan, ku menaiki bas menyusuri lebuhraya utara selatan. Hampir separuh perjalanan ku xdapat melelapkan mata. Tak de keje yang hendak dibuat atas bas. Sekadar memerhatikan keadaan di sepanjang lebuhraya.

Di sepanjang perjalanan dapat dilihat betapa hebatnya ciptaan Maha Penguasa. Pokok2 tumbuh menghijau menghiasi sepanjang perjalananku.

Daku teringat akan kata2 Ust Kazim Elias yang mengtakan kenapa xtanam pokok buah-buahan disepanjang lebuh raya. Kebanyakkan pokok yang ditanam adalah pokok yang tak berbuah yang berfungsi untuk diambil kayu nya.

Dari segi pendapatan, mungkin penanaman pokok yang berteraskan kayu lebih menguntungkan berbanding dengan pokok buah2an, tetapi jika berlaku krisis makanan, kita yang teruk sebab kita bukan negara pengeluar makanan. Perlu diingat, manusia makan buahan, xmakan kayu.

Bila dirujuk kembali sirah, macam mana Nabi Yusuf menggunakan masa 7 tahun yang subur untuk mengumpulkan makanan untuk menghadapi 7 tahun musim kemarau. Pada masa itu Nabi Yusuf telah tahu bencana yang akan menimpa pada masa itu membolehkan baginda bersedia.

Namun kita pada zaman ini tidak mengetahui bencana yang akan mendatang dan kita sekarang tidak mengambil peluang pada masa yang aman ini untuk menghasilkan/mengeluarkan makanan yang banyak untuk kepentingan di masa yang tidak terduga. Negara kita sekarang banyak bergantung kepada negara luar untuk keperluan makanan negara.

Bayangkan jika berlaku peperangan atau bencana alam, adakah negara luar sanggup lagi untuk menghulurkan makanan pada kita?

Sewaktu hendak pergi solat terawih tadi, daku melihat ramai manusia sedang mengerumungi kedai kerepek, maklumlah raya dah dekat. Terfikir dalam diri, elok juga kalau kawasan lapang ditepi lubuh raya ditanam ubi kayu untuk memajukan industri kerepek Malaysia.

Kalau tanam pokok durian pun okey, selain boleh dijual, ia boleh juga digunakan sebagai penghadang angin di lebuh raya.

-ibnuahmad-

Sep 19, 2008

Dunia Penerbitanku

“Wah, Hebatnya dia ni!”

Inilah ayat-ayat yang dapat kita dengar dari mulut seseorang apabila melihat sesuatu kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Begitu juga kita yang terlalu kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Mengapa kita sering memandang kelebihan orang lain sebagai ukuran kepada kekurangan kita? Mengapa kita tidak terfikir “Oh! Dia ni ada kelebihan dalam bidang ini. Aku pula ada kelebihan dalam bidang lain”. Sesungguhnya Allah menciptakan seseorang itu dengan kekurangan disertakan dengan kelebihan.


“Aku bukan macam kau, kau hebat. Siapalah aku ni nak ada kelebihan macam kau”. Sahabat sekalian, merendah diri itu perlu tetapi jangan sampai menghina diri. Islam tidak mengajar kita untuk menghina diri di hadapan makhluk ciptaanNya yang lain. Kita harus berbangga dengan kelebihan yang kita miliki. Dan kita perlu ingat, ilmu yang diberikan ini bukan milik kita seorang. Kita juga perlu ingat, ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita perlu disebarkan kepada orang lain.


Ada yang mahir dalam bidang perniagaan, ada yang mahir dalam bidang kepimpinan, tidak kurang juga yang mahir dalam bidang sukan. Semuanya Allah berikan untuk disebarkan kepada orang lain. Manusia dicipta untuk saling lengkap-melengkapi.


Bagi yang sedar akan kelebihan yang dimilikinya, boleh untuk berbangga. Tetapi jangan sampai kebanggaan itu bertukar menjadi riak, ujub, takbur sehingga sanggup memperlekehkan orang lain atau merendahkan sumbangan orang lain. Jika kita rasa diri kita banyak kekurangan, ada insan lain yang lebih kekurangan dari kita. Jika kita rasakan kita banyak kelebihan, ada lagi insan yang lebih banyak kelebihannya berbanding kita.


Sekiranya nama dan kemasyuran yang kita kejar, nescaya kita akan menemui kekecewaan. Sekiranya kita lakukannya dengan niat kerana Allah, kita akan berbangga dengan apa yang dilakukan.


Ada di kalangan kita sedar akan kelebihan yang dimiliki, tetapi kita telah terlupa bagaimana langkah pertama kita sehingga kita mampu menjadi seperti sekarang. Apakah faktor yang menjadikan kita dipandang mempunyai kelebihan seperti kini? Ingatkah lagi di mana garisan permulaan kita sehingga apa sahaja gerakkerja yang berkaitan dengan kelebihan kita, terus orang lain menuju ke arah kita? Semuanya di dalam rencana Allah yang maha Kuasa dan maha Bijaksana.


Penulis hanyalah manusia biasa. Tatkala diri ini diberi amanah memegang portfolio Lajnah Penerbitan, Informasi & Multimedia dalam Kelab Iqra’ UTHM sesi 07/08, pernah juga saya rasa bangga dengan kelebihan yang dimiliki ini sekaligus menyatakan tiada orang lain yang mampu menandingi diri ini. Kekecewaan hadir dalam hati ini apabila poster yang dihasilkan saban malam dan ianya megah terpampang di sekitar kampus akhirnya dicabut dan ditempatkan di tong sampah ketika selesainya suatu program. Lantas diri ini berfikir, dan menetapkan niat “aku buat semua ni kerana Allah”.


Anggaplah kerja yang kita buat ini sebagai salah satu cabang dakwah, salah satu cabang Amal Makruf Nahi Mungkar. Usahlah kita berkecil hati jika melihat poster kita di dalam tong sampah, tetapi berbanggalah kerana mungkin dengan niat kita yang ikhlas ini telah diganjarkan Allah dengan sesuatu yang lebih berharga dari sebuah kebanggaan. Semuanya hanya Allah yang tahu.


Oleh : emiebestz@Nurul Helme bin Zulkipli

Sep 18, 2008

Terkenang Semasa Dulu

Teringat kenangan dulu, lebih kurang setahun lepas. Apa yang nak dikongsikan ialah susahnya nak tegur orang ni. Nak tegur orang yang buat jahat atau tak baik atau kurang baik supaya buat perkara baik.


Yang lagi susah, apabila kita dah tegur orang, susahnya nak buat apa yang kita tegur itu.


Pernah dulu aku menegur seorang sahabat yang suka tidor pagi. Boleh dikatakan tiap-tiap hari dia tidur pagi. Akhirnya aku diberikan kekuatan untuk menegur sahabatku ini yang perbuatan tidur disebelah pagi tak elok.


Namun apa yang yang terjadi selepas itu, sahabat tu tetap la dengan tidurnya (kerana hidayah itu datang dari Allah, manusia hanya ditugaskan untuk menyampaikan), terhadap diriku sendiri dimana setiap pagi aku merasakan sangat mengantuk sehingga tak tertahan dan tidur juga.


Benarlah, dugaan yang dihadapi oleh seorang pendakwah (daei) amatlah besar. Hendak melaksanakan apa yang telah diungkapkan amatlah susah. Itu baru perkara yang kecil, belum lagi perkara yang besar, masalah ummat Islam yang lebih besar.


Pernah dalam tulisan terdahulu, aku menceritakan tentang seorang sahabat yang mempertikaikan tindakan aku menulis blog. Apa yang aku faham dari kenyataannya ialah perbuatanku ini ”buang masa”. Tetapi pada masa itu aku tetap mempertahankan tindakan ku ini.


Namun apa yang ku lihat sekarang ini, sahabatku itu pula yang asyik duduk mengadap komputer untuk mengedit blog nya sehinggakan tak sempat membantu sahabat2 lain yang sedang masak kat dapur. Boleh dikatakan tiap2 hari.


Bila direnung kembali, terasa agak kelakar, kadang2 nak marah juga.


Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, moga2 aku dan semua sahabatku mendapat hidayah dan petunjuk dalam melaksakan dan memperkasakan dakwah islamiah dimuka bumi ini.


-ibnuahmad-

Sep 14, 2008

Konsep & Prinsip Umum Perancangan Sistem Keselamatan

Slide 3

PENGENALAN

Firman Allah“Berlakulah kerosakan (bencana) di daratan dan di lautan oleh kerana usaha manusia sendiri, sehingga Allah menimpakan pada mereka sebahagian azab daripada perbuatan mereka itu, agar mereka kembali ke jalan yang benar (bertaubat).”
(Surah Ar Rum ayat 41)

<br /><br /><br /><br /><br /><br /><br /><br /><br />

Peningkatan dalam bidang penerokaan teknologi telah membawa kemajuan kepada manusia menjadikan manusia hidup dengan lebih berkualiti. Namun kealpaan manusia dalam mengejar kemajuan dunia telah menyebabkan kadar jenayah menigkat. Ini menyebabkan kadar keselesaan dan rasa selamat menduduki sesuatu tempat/kawasan berkurang.



OBJEKTIF SISTEM KESELAMATAN
  1. Mengurangkan kadar jenayah.
  2. Memberikan penghuni rasa selesa dan selamat menghuni sesebuat tempat (rumah, tempat bekerja dll).
  3. Meningkatkan kualiti hidup.



KESELAMATAN BANGUNAN


Keselamatan bangunan ialah bagaimana aset seperti manusia dan harta benda boleh dilindungi daripada aktiviti-aktiviti jenayah (rompakan, kecurian,penculikan dll).


Terdapat tiga jenis konsep keselamatan iaitu konsep mekanikal, konsep organisasi, dan konsep semulajadi.

Konsep mekanikal merujuk kepada sistem-sistem mekanikal dan langkah-langkah untuk mengoperasikan sistem-sistem teknologi. Contoh:- pengunci, skrin keselamatan di tingkap-tingkap, pagar dan pintu pagar, sistem-sistem kawalan utama, televisyen litar tutup (CCTV) dan teknologi-teknologi lain.


Konsep organisasi pula bergantung kepada manusia yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan pengawasan dan kawalan akses sistem keselamatan dalam rumah atau tempat bekerja. Konsep organisasi adalah seperti penjaga pintu, pengawal keselamatan, pengawal yang dilantik, program kawalan berkala penduduk setempat, rondaan polis.


Konsep semulajadi ialah konsep yang mengambil kira ciri-ciri fizikal dan ruang seperti tapak (rumah, bangunan dll). Contoh ciri-ciri semulajadi termasuklah landskap, tempat duduk luar, pagar, pintu gerbang, dinding, pintu, tingkap, tangga dan sebagainya.



PERKARA ASAS KESELAMATAN


Perkara asas keselamatan terbahagi kepada tiga fasa iaitu pengesanan (detection), pencegahan (deterrence) dan tindakan (response)


Pengesanan merujuk kepada sistem keselamatan yang sepatutnya berupaya mengenalpasti kehadiran ancaman. Ia bergantung kepada pemerhatian oleh pengguna/pengawal keselamatan bangunan.


Fasa kedua, apabila ancaman telah dikesan, sistem keselamatan akan melambatkan fizikal ancaman atau operasi ancaman atau kombinasi kedua-duanya. Tujuan melengahkan ancaman adalah untuk melanjutkan masa sebelum satu ancaman tersebut mencapai sasarannya.


Tindakan ialah keupayaan untuk bertindak pada ancaman yang berlaku dalam fasa pengesanan. Tindakan boleh dibuat secara rasmi atau tidak rasmi. Tindakan rasmi mungkin melibatkan penguatkuasaan undang-undang atau pasukan-pasukan keselamatan swasta. Tindakan tidak rasmi mungkin melibatkan pengguna-pengguna bangunan seperti jiran, pengawalan jiran secara berkala dan sebagainya.


disediakan oleh ibnuahmad

Sep 13, 2008

Bakal PM kata, 'Islam adil pada semua'

'Islam adil pada semua', itulah kata Dato Seri Najib yang dimuatkan dalam akbar berita hairan hari ini (14 ramadhan). Memang betul kata2 beliau, Islam adil untuk semua. Islam itu merngkumi segenap aspek kehidupan manusia baik dari sekecil2nya hinggalah sebesar2nya.
Islam ialah cara hidup manusia di muka bumi Allah. Islam sebagai panduan dan cara hidup yang mana ia telah di gariskan oleh Maha Pencipta yang mencipta manusia seluruhnya.

Allah yang mencipta manusia, Allah tahu apa keperluan manusia, Allah tahu kehendak manusia. Allah telah menetapkan garis panduan kepada manusia yang mana ia terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Namun begitu, manusia yang dilahirkan dengan akal yang tidak sempurna, sombong, berlagak, enggan mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

Mereka lebih suka mengikut pemikiran mereka sendiri yang bertunjangkan nafsu dan bergurukan syaitan. Mereka tidak mengikut kehendak Allah.

Oleh sebab angkara manusia inilah, manusia tidak lagi hidup dengan aman. Kes kecurian, rompakan, pembunuhan, penculikan, zina, rogol, anak luar nikah, rasuah dan banyak lagi semakin berleluasa di bumi ini.

Manusia yang hina menjadi semakin hina akibat dari perbuatan mereka sendiri.

Terbaru, pihak kerajaan telah menggunakan akta keselamatan dalam negeri (ISA) terhadap 3 individu yang dikatakan kononnya ingin menimbulkan kekecohan dan menghina Islam.

Persoalannya, adakah cara yang digunakan oleh ISA mengikut landasan Islam?

Apa yang dapat saya katakan, pengguan ISA adalah suatu tindakan yang zalim. Bukan saya hendak membela orang yang menghina Isalm, namun konsep keadilan dalam Islam tidak mengajar kita untuk berbuat demikian.

Seorang yang disyaki bersalah mestilah dibuktikan kesalahanya dengan mendatangkan saksi2 dan diadili oleh hakim yang adil. Dan pesalah mesti diberi peluang untuk membela diri. Jika benar dia terbukti bersalah, barulah hukuman di kenakan berlandaskan hukum islam iaitu al-quran, as-sunnah, ijmak ulamak dan kisas.

Kita tidak boleh terus menghukum seseorang itu tampa terbukti ia benar2 bersalah. Ini bukan konsep keadilan dalam Islam.

Pada pendapat saya, kenyataan ini telah menimbulkan fitnah kepada Islam. Orang bukan Islam akan menganggap undang2 zalim ini adalah ajaran Islam yang mana Islam boleh menghukum manusia sesuka hati tanpa perbicaraan yang adil.

-ibnuahmad-

Sep 8, 2008

Antara Ramadhan, PSM, Tido

Hari ni, dah masuk 9 ramadhan, aku merancang untuk masuk lab untuk buat PSM ku.

Untuk buat PSM ku di lab, aku memerlukan paling kurang 2 org, kalau sorang2 memang xdpt buat kerja, xleh buat lansung.

Namun sempena bulan puasa ni, amalan utama sebelah pagi ialah TIDO.

Aku xdpt mencari sahabat2 yang dapat membantu.

Nak buat sebelah petang, letih pula, panas lagi.

Kalau la keadaan ini berterusan, nampaknya aku akan fail PSM aku.

Mengharapkan bulan jatuh ke riba, hanya keris datang mencucuk2 hati dan fikiranku.

Apa yang dapat ku lakukan, menanti dan terus menanti.

Bersabar dan terus bersabar. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar.

Krisis Ramadhan

Ketibaan bulan ramadhan disambut meriah oleh semua umat islam diserata dunia yang mana bulan ini merupakan bulan untuk mendidik/menjinakkan nafsu manusia menuju kearah pengabdian kepada Maha Pencipta.

Namun apa yang kelihatan di Malaysia ialah begitu banyak tumbuhnya bazar2 ramadhan yang menyediakan pelbagai jenis aneka makanan. Keadaan ini boleh dikatakan merubah konsep bulan ibadat menjadi bulan untuk makan, makan, makan, makan, makan........

Bila direnung kembali, banyak makan boleh menyebabkan datangnya pelbagai penyakit seperti maslah kegemukan, kencing manis, pertambahan kolestrol dan macam2 lagi.

Firman Allah swt yang bermaksud "janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan".

Oleh itu, renungkanlah, apakah tindakan kita, perbuatan kita, tingkah laku kita. Adakah kita berada di landasan yang selayaknya.

-ibnu ahmad-

Sep 4, 2008

Ciri-Ciri Masjid Munafik – Dari Sirah Nabawiyyah

Gambar Hiasan

Suasana tekanan yang semakin memuncak, berita tentera Rom Timur (Kerajaan Bizantin) akan menyerang Negara Islam Madinah telah diterima. Rasulullah telahpun menyediakan angkatan perang untuk memerangi mereka di Tabuk.

Dalam suasana kekalutan ini, terdapat satu golongan munafik (diketui oleh Abu ’Amir Al Rahib) merancang untuk melambatkan pergerakan tentera Islam ke medan jihad. Kumpulan ini telah mendirikan masjid berhampiran dengan masjid Quba’. Ciri-ciri masjid ini ialah boleh bernaung daripada panas, tahan daripada kesejukkan dan rekabentuknya cantik. Pembinaan masjid ini adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dan juga sebagai tempat pengintipan bagi tentera Rom Timur. Masjid ini dikenali sebagai MASJID DHIRAR.

Pembinaannya sebelum bertolaknya tentera Islam ke Tabuk. Golongan munafik telah datang menemui Rasulullah agar baginda datang bersembahyang dalam masjid mereka. Tujuannya dengan itu adalah untuk dijadikan hujjah mengatakan masjid itu diakui oleh Rasullah. Rasulullah tidak melayan permintaan mereka disebabkan kesibukkan persiapan perang.

Dalam peperangan Tabuk, tentera Islam mencapai kejayaan yang gemilang dengan tidak menghadapi sebarang tentangan dan tentera musyrikin telah berundur berselerak.

Dalam perjalanan pulang dari medan Tabuk, turunlah firman Allah dalam surah Al Taubah: 107 yang bermaksud:

“Dan (di antara munafikin itu) ada orang-orang yang membina masjid dengan tujuan kemudahratan, kufur dan memecahkan umat islam dan juga (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu dan mereka bersumpah dengan berkata “sebenarnya apa yang kami buat adalah tujuan yang baik”, dan Allah menjadi saksi bahawa mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Maka baginda telah mengarah tentera Islam untuk merobohkan masjid dhirar ini kerana ia bertujuan untuk menjahanamkan umat Islam..


Pengajaran daripada Masjid Dhirar.

Langkah yang berhati-hati perlu diambil terhadap golongan munafik yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan umat Islam. Golongan munafik bukan sahaja wujud di zaman Rasulullah bahkan terus berkembang pada zaman ini. Jangan terpedaya dengan tipu helah mereka.

Pembinaan masjid yang canggih, cantik, menarik tidak bermakna disisi Allah jika niatnya salah. Masjid dibina sebagai tempat untuk beribadah, untuk menghambakan diri pada Allah. Ia bukan tempat untuk melakukan perkara maksiat, bukan sebagai tempat perlancongan, bukan untuk bermegah-megah. Semuanya bergantung pada niat kita. Sabda Rasullulah yang bermaksud “Setiap amalan bermula dengan niat dan ia mendapat apa-apa yang diniatnya”.

Sifat golongan munafik ialah tetap bersifat pengecut, penipu yang terkeji, takut dan menjauhkan diri dari cahaya dan nur tetapi gemar sekali membuat hubungan dengan kegelapan yang menyesatkan.

Merekalah yang menyembah kaki penjajah untuk mendapatkan tektik dan teknik bagi menghancurkan umat Islam. Mereka dengan manis muka kononya menyatakan sebagai pembela Islam tetapi sebenarnya palsu dan pura-pura. Hakikatnya mereka bertindak kejam untuk menjerut umat Islam, menjerut leher pejuang-pejuang Islam yang ingin menegakkan syariat Islam di muka bumi ini.

Renungkanlah, ratapilah, fikirkanlah sejenak betapa banyaknya masjid yang dibina tanpa dasar ketakwaan kepada Allah.

-ibnuahmad-


Rujukan
  1. Abdul Hadi Awang, (2006), Fiqh Al-Harakah – Dari Sirah Nabawiyyah Siri 3, Kuala Lumpur.
  2. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, (2001), Fiqh Al-Sirah 3, Shah Alam, Selangor.
  3. Tafsir Al-Quran.
  4. Mustafa `Abdul Rahman, (2008), Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam, Selangor.

Sep 2, 2008

Jikalu Semua Manusia Itu Sama


Tiba-tiba muncul persoalan dalam diriku, kan senang kalau semua manusia itu sama. Perkara ini muncul apabila ada sahabat yang mempersoalkan blogger muda ini yang mempunyai masa untuk menulis blog, tapi tiada masa untuk berdakwah, belajar, usrah dll.

Daku tidak pasti apa yang difikirkan nya.

Bagi ku, bidang penulisan adalah suatu bidang yang amat penting dalam dunia dakwah. Menulis di dalam blog adalah suatu permulaan bagi ku untuk dalam bidang penulisan. Ia adalah sebagai hobi untuk memenuhi masa lapangku. Daripada daku melakukan perkara lain yang tidak berfaedah, baik ku menulis.

Jikalau semua manusia sama, sudah pasti manusia itu sependapat, tiada berlaku peperangan, tiada sengketa, namun Allah maha besar, Allah maha mengetahui. Allah berkehendakkan penciptaan manusia yang berbeza. Ada hikmah yang disebaliknya.

Orang yang tak minat main bola, dia akan mempertikaikan betapa bodohnya berebut bola sebiji di tengah2 padang.

Orang yang tak minat main golf, dia akan mempetikaikannya, bodohnya, pukul bola, lepas tu pergi tengok pula, lepas tu pukul lagi.

Orang yang tak minat menulis blog, dia akan mempertikaikanya.............itulah pendapatku.

Kadang2 kita terlalu keras kepala, tak mahu dengar penjelasan orang lain, pendapat orang lain, asyik syok dengan pendapat sendiri.

Selamilah hati orang lain, selamilah keadaan orang lain. Minda tidak akan berkembang jika asyik berkeras dengan diri sendiri.

-ibnuahmad-

Fenomena Ramadhan


Bila tibanya bulan Ramadhan, fenomena yang biasa berlaku yang dapat ku perhatikan, antaranya:

Hanset akan berbunyi, sms akan diterima menandakan bulan Ramadhan tiba, macam2 la jenisnya, macam2 la ragam nya, ada yang bergambar masjid, ada yang bulan mengambang, ada yang berpantun, ada yang memberi nasihat dan macam2 ragam lagi.

Emel juga akan dipenuhi dengan emel2 dari sahabat mengenai bulan ramadhan, panjang2 pula tu, letih juga nak baca.

Bazar ramadhan pun tumbuh dengan banyaknya, orangnya juga ramai, bermacam ragam gayanya, ada yang sopan, ramai lagi yang seksa, teruknya dunia zaman ini... Bukan sahaja remaja yang teruk, yang tua pun teruk juga.. Lambat lagi kot nak mati.

Pada awal ramadhan, masjid/surau/balaisoff pun penuh, namun ia makin berkurang apabila ramadhan semakin menghampiri syawal. Kehadiran ke masjid adalah berkadar sonsang dengan bilangan hari bulan ramadhan.

Kedai perabot, supermarket, gedung pakaian dll mula la mengadakan promosi. Macam2, 10%, 20%, 50%, 70%. Walaupun barangan ada potongan harga, namun ianya tetap mahal...huhuhu

Artis2 mula galak mengeluarkan album hari raya, rakaman2 mula dibuat untuk tatapan umum apabila tiba hari raya nanti. Artis katakan, kadang2 rasa menyampah juga...

Bila ku renung kembali, susah juga nak menghayati bulan ramadhan ni, nak tingkatkan amalan, nak tingkatkan hubungan dengan ALLAH, manusia, nak latih diri untuk bersabar.

Namun apa yang ku rasakan, hatiku tenang apabila tiba bulan ramadhan, inilah kelebihan yang ALLAH bagi pada bulan yang penuh keberkatan ini.

Apa yang penting, penghayatan Ramadhan.

Ya Allah, berikanlah daku kekuatan.
Sahabat, bimbinglah daku agar tidak tersesat, agar tidak terleka.
Daku menyayangi mu semua....

-ibnuahmad-