Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Dec 29, 2008

Maal Hijrah

Maal Hijrah menyingkap sejarah kisah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah menuju ke Kota Yatrib yang kemudiannya ditukar nama menjadi Madinah. Hijrah berlaku disebabkan untuk menyelamatkan Islam dari di tindas dan melanjutkan proses penyebaran agama Islam yang tercinta.

Di tengah malam Rasul SAW berjalan ditemani oleh Saidina Abu Bakar yang menjadi teman setiap baginda. Baginda bersembunyi di dalam Gua Tsur menyebabkan musuh (kafir Qurais) gagal mencarinya.

Setelah tiba di Madinah, baginda disambut dengan meriah. Seluruh mukmin bersyukur dan gembira. Islam terus berkembang dalam mengampai sebuah impian untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Namun kini, umat Islam.........

Hijrah rasul merupakan suatu hikmah. Dunia yang kelam bertukar cerah. Kemungkaran lenyaplah sudah. Tanda agama Islam peroleh kemenangan.

Hijrah rasul suatu iman. Ambillah ia menjadi panduan agar hidup kita tidak dalam kesesatan. Dalam kita menempuh ranjau kehidupan. Menanti ajal menjemput pergi.

Selamat menyambut kedatangan tahun baru Hijrah.

Rujukan: Shoutul Sofwa


-ibnuahmad-

Ringgit dan Perjuangan

Merentasi dunia yang semakin mencabar dewasa kini, umat Islam semakin hari semakin dilanda permasalahan yang besar, yang merumitkan, yang sukar diatasi dan ditangani. Permasalahan gejala sosial yang semakin meningkat, keruntuhan akhlak remaja, pergaulan bebas, penzinaan, anak luar nikah, pembunuhan. Makanan yang tidak halal memenuhi pasaran tempatan, riba, rasuah berleluasa di kalangan pemimpin (contoh pemilihan UMNO Mac 2009) sehingga ke rakyat bawahan (contoh polis, JPJ dll).


Pelbagai usaha dijalankan oleh bagi mengatasi permasalah ini. Ini termasuklah mengadakan ceramah-ceramah, seminar, kempen, forum dan pelbagai lagi program.


Dari segi aspek pemakanan halal, banyak program telah dijalankan pada peringkat awal. Sedikit demi sedikit masyarakat mulai sedar akan kepentingan makanan halal bagi melahirkan generasi mendatang yang lebih berwibawa untuk mengharungi masa depan yang lebih mencabar. Namun pada masa tersebut, makanan halal yang berada di pasaran amat sedikit menyukarkan masyarakat mencari barangan alternative yang halal bagi menggantikan makanan yang digunakan sebelum ini (tidak halal, syubhah).


Kini, pelbagai pihak telah berusaha menghasilkan makanan dan produk harian yang halal. Sesetengah barangan yang dihasilkan amat mahal harganya. Keadaan ekonomi masyarakat yang tidak begitu baik (pendapatan yang rendah, harga keperluan barangan keperluan semakin meningkat dll) menyebabkan mereka kurang mampu membeli produk halal.


Dulu produk halal kurang di pasaran, kini produk halal dan banyak tetapi harganya pula agak mahal.


Duit. Sememangnya suatu benda yang amat sensitif, yang boleh menimbulkan konflik, pergaduhan, pembunuhan. Ia juga boleh menjadi penyebab seseorang meninggalkan perjuangan. Seperti kata-kata seorang ustaz dalam kuliahnya, “jangan bercakap pasal jihad jika tidak sanggup mengorbankan wang ringgit”.


Perbanyakkanah sedekah, berkorbankanlah harta bagi memperoleh produk yang halal. Mantapkanlah perjuangan memelihara kesucian Islam, melahirkan generasi penyambung perjuangan. Perjuangan melibatkan semua aspek. Fizikal (tubuh badan sihat, cergas, kuat dll). Rohani (ilmu, amalan, iman dll)

-ibnuahmad-

Dec 20, 2008

Notis Kematian

Kematian, suatu hakikat yang pasti berlaku terhadap setiap jiwa yang bernyawa. Ianya sudah tercatat dalam ketentuan yang Maha Pencipta, yang wajib dipercayai dan diyakini oleh setiap manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “setiap yang benyawa pasti merasai mati”.

Namun, bilakah ia akan terjadi, dimanakah ia akan berlaku tidak diketahui oleh manusia. Ini menyebabkan manusia saban hari, semakin menuruti zaman, semakin alpa dan menzalimi diri sendiri. Jauh dari perhambaan diri kepada Allah.

Walaupun tarikh dan tempat kematian tidak diketahui oleh manusia, namun notis-notis peringatan telah disampaikan kepada manusia.
  1. Jikalau dulu mata cerah, kini mata sudah kabur. Terpaksa memakai cermin mata.
  2. Pinggang dan tulang-tulang sudah mula terasa sakit-sakit.
  3. Kedut-kedut di dahi sudah mula kelihatan menjelmakan diri.
  4. Rambut mula keguguran meninggalkan kepala.
  5. Bagi lelaki, misai dan janggut mula tumbuh.
  6. Rambut sudah mulai bertukar warna menjadi putih. Uban.
  7. Gigi?

Dan banyak lagi notis yang dihantar untuk mengingat manusia. Cuma sejauh manakah manusia berfikir, menghayati notis-notis yang telah dikirimkan. Mati. Persiapkanlah diri.

Oleh ibnuahmad, 20th December 2008

Adab yang Lazim bagi Isteri

  1. Kasih sayang kepada keluarga suami. Kebanyakkan wanita zaman sekarang kahwin kerana hendakkan suami sahaja, tetapi tidak mahu kepada keluarga suami. (Ini adalah adab yang salah)
  2. Peliharalah harta suami sama ada suami ada ataupun tiada dirumah.
  3. Kasih sayang terhadap segala kerabat suami, anak suami dan janganlah memakinya.
  4. Peliharalah daripada melawan cakap suami. Orang perempuan suka membantah cakap suami kerana ia merasa lebih besar/hebat daripada suami.

Maksud hadith “Bermulalah perempuan yang terlebih lebih hampir dengan rahmat (kasih sayang) Tuhan ialah apabila ia sembahyang di rumahnya”.


Apabila diizinkan oleh suami untuk keluar daripada rumah, adab yang lazim baginya ialah:

  1. Berpakaian buruk (maksud daripada pakaian buruk ialah pakaian yang tidak menarik minat orang lain).
  2. Jangan berhias dengan pakaian yang baik-baik (cantik-cantik).
  3. Jangan memakai bau-bauan.
  4. Hendaklah berjalan ditempat sunyi (tempat yang tidak sesak, tidak ramai orang), bukan di Bandar.
  5. Hendaklah memelihara suara daripada didengar oleh lelaki lain (tidak boleh perempuan menyanyi di khalayak ramai).
  6. Memelihara daripada orang lain mengenali rupanya.
  7. Jangan hiraukan lelaki lain daripada menuntut sebarang hajat (utamakan suami). Suami pula hendaklah menjadi yang terbaik untuk isteri.
  8. Jangan memperbanyakkan bertandang ke rumah sekampung (rumah orang lain).
  9. Jangan banyak berkata-kata dengan orang yang sekampung (orang ramai).
  10. Jangan masuk ke rumah orang sekampung melainkan ada hajat yang memerlukan untuk memasukinya. Hendaklah menjaga adab apabila bertandang ke rumah jiran dll.
  11. Jangan memberi izin kepada orang lelaki lain untuk masuk ke rumah (termasuklah jurujual) jika suami tiada di rumah. Ia adalah untuk memelihara sifat cemburu suami pada isteri.
  12. Hendaklah berpada dengan rezeki yang diberi oleh Allah SWT.
  13. Janganlah isteri menuntut apa yang lebih daripada kemampuan suaminya.
  14. Hendaklah mendahului hak suami daripada hak dirinya dan hak kerabatnya.


Huraian kitab Muhimmah olh Ust Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz


-ibnuahmad- 16th December 2008

Dec 12, 2008

Larangan Lawat Kelantan Ditarik Balik

Terkejut juga baca berita hari ni. Tak tahu pula ada larangan oleh satu kerajaan negeri yang melarang semua jabatan dan agensinya mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.

Dalam hatiku berkata, bodoh dan jumudnya menteri besar negeri ni. Nak ambil populariti lah tu, maklumlah, calon timbalan presiden.

Berbalik pada isu pemilihan UMNO Mac depan, bagi aku Muhyiddin Yasin adalah jauh lebih cerdik dan calon yang terbaik untuk mengambil jawatan sebagai timbalan presiden UMNO berbanding dengan menteri besar ni.


-ibnuahmad-

Berita penuh dibawah ini bersumberkan berita hairan online, 13 Disember 2008.


MOHD ALI dan Adun Kuala Balah, Datuk Ab Aziz Derashid (dua dari kiri) melihat pelbagai risalah promosi Melaka Bandaraya Warisan Dunia di Majlis Perasmian Promosi Pelancongan 'Jom ke Melaka' di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Melaka kini membenarkan semua jabatan dan agensinya mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata larangan itu sudah dibatalkan bagi membolehkan kerjasama antara kedua-dua negeri itu dilakukan.

"Lawatan ke Kelantan kini sudah dibenarkan, dulu dilarang disebabkan ada kaitan dengan pembabitan politik," katanya ketika berucap merasmikan Promosi Pelancongan 'Jom Ke Melaka' di Tecso Lembah Sireh dekat sini, semalam.

Awal April 2000, Mohd Ali menguatkuasakan larangan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan negeri itu daripada mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun larangan itu tidak membabitkan lawatan tidak rasmi seperti melancong atau melakukan ziarah.

Beliau mengeluarkan arahan itu bukan bertujuan menganiayai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin PAS, tetapi bagi memastikan dasar kerajaan negeri itu tidak dicontohi agensi kerajaan negeri Melaka. (Pemikiran yang bodoh)

Mohd Ali berkata, dengan kebenaran melawat Kelantan, Melaka berusaha mempromosikan negerinya kepada rakyat negeri ini sekali gus menjadikan bandar raya bersejarah itu tempat pelancongan unggul di Malaysia. (Nak ambil hati perwakilan UMNO Kelantan supaya undi beliau dalam pemilihan UMNO akan datang)

Dec 11, 2008

P.36 - Kuala Terengganu (UMNO vs PAS)

Gendang peperangan berbunyi lagi. Seruan jihad menyapa lagi. Walaupun tak sehebat PRU12, tapi getarannya tetap terasa. Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu mampu memberi kesan yang besar dalam corak politik Malaysia.

Jika UMNO berjaya memenangi parlimen ini, ini menujukkan sokongan rakyat secara umumnya masih meyakini akan pihak pemerintah. Langkah bagi pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan masih lagi jauh. Apatah lagi untuk Islam membentuk kerajaan. Berdasarkan situasi semas, kemenangan UMNO mungkin boleh berlaku disebabkan oleh akan berlakunya perubahan kuasa dalam UMNO itu sendiri. Ini boleh memulihkan keyakinan pengundi.

Jika PAS yang menang, insyaallah jalan untuk pakatan rakyat membentuk kerajaan makin hampir. Tetapi susur jalan perjuangan Islam masih jauh. Pejuang-pejuang Islam harus bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan bumi ini disinari oleh cahaya agama Allah. Jalan perjuangan bukan suatu yang senang untuk ditempuhi.


Berkemungkinan ada calon ke3 atau ke4 yang akan menawarkan diri untuk bertanding. Mungkin nenek tua akan bertanding lagi (atas tajaan suatu pihak yang mempunyai kepentingan tertentu) walaupun duitnya dah banyak habis semasa PRU12 yang lepas. Mungkin ada yang tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan oleh parti lalu membuat keputusan untuk bertanding atas tiket bebas atau yang diletakkan sebagai strategi politik parti yang bertanding.

Banyak kemungkinan yang boleh berlaku.

Namun, pejuang Islam tidak boleh leka walaupun apa yang berlaku, walau apa pun keputusannya. Musuh Allah perlu diatasi agar jalan dakwah dapat memecut laju. Mengikis kejahilan, kemaksiatan, kemungkaran. Menegakkan Islam adalah kewajiban setiap individu.


-ibnuahmad-

Selawat dan Salam Ya Rasulullah



Selawat dan salam doa dan pujian
Keatas junjungan Nabi yang Mulia,
Selawat dan salam doa dan pujian
Keatas junjungan Nabi yang Mulia,
Keatas junjungan Nabi yang Mulia.

Engkau Matahari dikala siang,
Engkau Rembulan di waktu malam
Seisi dunia menatang cahaya,
Seluruh buana meyambut gembira,
Penyelamat ummat hidup sejahtera.

Dec 10, 2008

Mempolitikkan Kejadian Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

SHAH ALAM 10 Dis. – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyelar kerajaan campuran negeri yang cuba lepas tangan dengan menyalahkan dirinya pula sebagai punca berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang Sabtu lalu.

Menurut beliau, sepatutnya kerajaan campuran Selangor bertanggungjawab ke atas kejadian itu kerana ia mungkin tidak melaksanakan sistem pemantauan berkesan ke atas kawasan tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia Online


Ulasan:

Sifat semulajadi manusia yang asyik ingin menyalahkan orang lain bagi melepaskan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan. Penggondolan Bukit Antarabangsa telah banyak dilakukan di zaman pemerintahan Khir Toyo. Memang wajar beliau disalahkan sebagai punca ataupun penyebab berlakunya tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud
"Telah berlaku berbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan disebabkan oleh tangan manusia; (yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Pemantauan terhadap pergerakan tanah amat sukar dijalankan. Ia tidak seperti memantau kanak-kanak yang sedang bermain atau memantau pergerakan pembangkan yang mengadakan demonstrasi. Ia melibatkan suatu kajian yang terperinci dan menggunakan tenaga pakar. Punca utama berlaku tanah runtuh ialah pergerakan air di bawah tanah yang mana ia sukar dikesan dengan mata kasar.

Sesuatu bencana yang berlaku adalah suatu musibah atau pengajaran bagi manusia yang sering lupa dan alpa. Ia adalah suatu pemberian dan kurnia dari Allah agar manusia segera bertaubat. Ia bukanlah suatu medan untuk kita bertelagah, tuduh menuduh dan mempolitikkan isu untuk mencari populariti. Apa yang penting, cari jalan penyelesaian terbaik. Islam adalah penyelesaian yang terbaik.

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik". (jika demikian keadaannya) maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah agama yang betul, sebelum datangnya dari Allah: hari yang tak dapat ditolak; pada hari itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan). Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing;
(Surah Ar-Rum: 42-44)

-ibnuahmad-

Dec 4, 2008

Opick - Assalamualaikum

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Salam salam hai saudaraku
Semoga Allah merahmatimu
Salam salam wahai semua
Semoga hidup jadi bahagia

Bila hati terasa sedih
Bila jiwa terasa hampa
Mungkin kita sudahlah lupa
Berzikir tenangkan jiwa

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Bila langkah sempit di dunia
Rezeki dicari alangkah susah
Mungkin kita sudahlah lupa
Sedekah lapangkan harta

Dalam hidup semua bekerja
Kadang salah bahkan berdosa
Jangan-jangan berputus asa
Ampunan Allah selalu terbuka

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Salam salam hai saudaraku
Semoga Allah merahmatimu
Salam salam wahai semua
Semoga hidup jadi bahagia

Dalam hidup tiada sempurna
Kadang khilaf kadang terlupa
Jangan-janganlah putus asa
Ampunan Allah selalu terbuka

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Bila hati terasa sedih
Bila jiwa terasa hampa
Mungkin kita sudahlah lupa
Berzikir tenangkan jiwa

Dalam hidup semua bekerja
Kadang salah bahkan berdosa
Jangan-janganlah berputus asa
Ampunan Allah selalu terbuka

Dec 3, 2008

Kelemahan Dalaman Punca Krisis Moral

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, krisis moral yang berlaku di kalangan belia hari ini berpunca daripada kelemahan dalaman yang tidak ditanam dengan kekuatan spiritual dan juga emosi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kekuatan material dan juga fizikal tidak mampu menentukan kejayaan seseorang itu sekiranya ia tidak disertai dengan emosi serta spiritual yang mantap.

‘‘Malah kejayaan sesebuah peradaban atau tamadun bangsa itu juga banyak bergantung kepada kekuatan minda.

‘‘Hari ini, kita lihat masalah yang berlaku kepada para belia apa yang kita sebut sebagai krisis moral adalah berpunca daripada kelemahan dalaman kerana tidak ada kekuatan spiritual dan emosi,” tegas beliau.

petikan daripada utusan online.

Hero Ayam


Debaran pemilihan UMNO semakin terasa (orang UMNO sahaja). Tarikhnya semakin hari semakin dekat.

Boleh dikatakan setiap hari akan muncul hero-hero ayam UMNO untuk buat kenyataan-kenyataan dalam media cetak (surat kabar, majalah dll) dan media elektronik (TV, internet,radio dll). Tambah-tambah yang akan bertanding dalam pemilihan depan. Kononnya mengambil berat tentang rakyat. Kebanyakkan nak raih populariti untuk bertanding merebut jawatan (petikan kata-kata Soi Lek). Menyampah betul aku. Sampai isu perkauman sudah tidak diendahkan lagi. Yang kedengaran hanyalah ketuanan melayu.

Tunggu dan lihat je la bagaimana pelawak-pelawak yang cuba menunjukkan lakonan yang mantap.

Mentaliti Umat Melayu Islam Malaysia

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti....


Apa yang dapat aku perhatikan, mentaliti umat Melayu sekarang ini masih lagi berada di takut lama dan enggan berubah.

Pemerhatian 1: Makanan Orang Melayu
Sebahagian besar masih lagi terlalu berbangga dengan produk buatan bukan Islam. Contohnya ubat gigi Colgate dan Darlie. Kopi Power Root. Sedangkan dengan kemajuan yang kita ada sekarang, umat Islam sudah mampu menyediakan barangan pilihan/alternatif yang halal dan toyyiba. Tidak dinafikan bahawa barangan buatan bukan Islam mempunyai logo HALAL, tapi sejauh manakah status halalnya boleh dipercayai? Dunia akhir zaman ini....

"Nak beli kopi radix tak?", tanya ku. "Aku minum kopi power root je, aku tak boleh minum kopi lain", balas seorang kenalan ku. Belum cuba, dah kata tak boleh, itulah kaum ku.

"Nak kopi radix tak Pak Cik?". "Tak nak, mahal", rungut seorang penggerai. Tidak aku nafikan harga kopi radix memang agak mahal, tapi kalau kopi yang buatan bukan orang Islam, boleh pula dia jual. Harga lebih kurang je.

*Isu Semasa: Sekarang ni dah heboh pula dengan kopi radix palsu, baru nak hidup sikit perniagaan orang Islam, dah ada yang nak sabotaj.


Pemerhatian 2: Politik Perniagaan
Aku melihat bagaimana kaum cina kelantan pandai mengatur strategi perniagaan mereka yang mana mereka menggunakan nama yang lebih mesra dengan penduduk melayu islam setempat. Contohnya pasaraya BILAL dan SALAMKU di kelantan adalah milik orang cina. Sebaliknya orang melayu yang hendak berniaga sibuk mencari nama dalam bahasa asing yang kononnya akan meningkatkan daya saing. Billion Trading, De Classic Life antara syarikat anak melayu. Bank Pertanian pun dah ditukar nama pada Agro bank.

Kita terlalu berbangga dengan bahasa asing. Sedangkan sejarah membuktikan tiada tamadun yang menggunakan bahasa asing mampu berdiri dengan gah.


*Isu Semasa:
  1. Penjenamaan semula bagi menghadapi cabaran global. "Malaysia ni kerja dia asyik tukar nama universiti je, tapi ranking universiti makin jatuh. Tengok luar negara, universiti yang bernama institute ataupun college, tak de pula yang nak tukar nama, tapi ia tetap popular, maju dan mendapat sambutan semua orang diseluruh dunia", rungut orang kuat UMNO kampungku (lebih kurang la maksud kata-katanya).
  2. Pembelajaran sains dan matematik untuk sekolah rendah dalam bahasa inggeris akan diteruskan.


-ibnuahmad-