Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Feb 28, 2009

Aku Ada Emak (Tiada Episod)

“Man, makan. Dah tengah hari ni”, kedengaran suara emak di dapur. “Man mengantuk lagi la emak”, sahut Azman di dalam bilik tidurnya. Pada masa tersebut jam sudah menunjukkan pukul 1 lebih (tengah hari).

Azman bangkit dari tempat tidurnya jam 2.30 petang.
Makan. Solat dan meneruskan kerja-kerja lain. Main “games” kat komputer, aktiviti sukan di petang hari. Kalau tak cukup petang, malam pun main lagi. Pinggan dan sisa-sisa makanan dibiarkan di singki. Emak ada untuk basuh semua itu. Alangkah senangnya hidup seorang anak. Anak lelaki.


Masa terus berlalu, Azman berjaya menjejakkan langkah kakinya ke sebuah universiti tempatan. Bertemu dengan mahasiswa dari seluruh pelosok negara. Semuanya ada. Luar negara pun ada juga. Satu matlamat. Satu perjuangan. Menuntut ilmu. Harapan ibu bapa. Harapan keluarga. Harapan orang kampung.


Pada tahun akhir pengajian, Azman telah berjumpa dengan sesorang. Seseorang yang dijangka menjadi pasangan hidupnya pada masa yang mendatang. Mereka berdua dipertemukan oleh seorang ustaz. Siti, solehah orangnya. Mereka berdua berjaya menjaga batasan pergaulan. Mereka berjaya mengelakkan diri dari melakukan sebarang maksiat.


“Man, jom tolong aku masak”, kedengaran suara Rizal@Pali dari dapur. “Rizal, tak payah susah-susah, bila dah kahwin, isteri yang akan masak untuk kita. Muslimat kan sayap kiri perjuangan. Sebelum kahwin, kita makan kat kedai je la”, terkedu lidah Rizal hendak berhujjah balas. Pada masa yang sama memikirkan malangnya nasib wanita-wanita apabila ada lelaki yang meletakkan tanggungjawab memasak adalah tugas wanita sahaja. Teruk betul lelaki zaman sekarang. Rizal bermonolog seorang diri (ayat yang biasa digunakannya).


Namun Rizal tak berhujjah balas. Rizal lebih dikenali sebagai seorang yang agak pemalu dan jarang berhujjah dikalangan sahabat-sahabat. Rizal lebih banyak menumpukan pada perhambaannya kepada Maha Pencipta. Dengan tafsirnya, dengan sejadahnya, dengan tasbihnya, dengan buku-buku agamanya.


“Kau tak kesiankan isteri kau ke, asyik suruh bini je masak. Mana tanggungjawab kau sebagai seorang ketua keluarga. Cubalah kau bayangkan betapa penatnya emak kau kat rumah. Nak masak, kemas rumah, anak-anak lagi. Banyak kerja orang perempuan ni”, bantah Hazupi yang terkenal dengan kelantangannya dalam berdebat.


“Cuba bayangkan masa bini kau tengah mengandung, masa bersalin, masa dalam pantang, kau nak suruh bini kau masak lagi. Fikir-fikirkanlah Man”, sambung Hazupi lagi.


“Zupi ni asyik-asyik cerita bab kahwin”, celah Zuhdi yang sedang memotong bawang sambil memakai cermin mata hitam sebagai perisai. Rizal hanya tersenyum melihat gelagat Zuhdi, jarang sekali dia ketawa.


“Makan kat kedai je masa bini bersalin, apa susah”, Azman terus keluar bersama Zaim ke kadai makan berdekatan. Dia tak mahu berhujjah lebih lama lagi sebab dia tahu, kalau Faisal masuk campur, lagi teruk dia kena. Faisal yang jarang berhujjah dengan akal. Bila berhujjah, terus keluar ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis. Memang tak kan terbalas hujjah Faisal yang digelar “Sang Murabbi” oleh ahli rumah.


“Masa kecik ada emak, masa besar ada bini, senang betul kerja lelaki ni”, rungut Hazupi yang masih tak puas hati dengan Azman. “Sabarlah Zupi, bersangka baiklah pada sahabat”, Faisal bersuara dengan perlahan.



*NOTA: Watak-watak adalah imaginasi penulis semata-mata.


-ibnuahmad-

Feb 26, 2009

Terima Kasih Semua

Suasana ekonomi negara yang semakin meruncing ini dimana banyak kedengaran syarikat-syarikat besar membuang pekerja secara beramai-ramai. Keadaan ini semakin menekan rakyat. Dalam krisis ekonomi ini, pekerja yang mempunyai pengalaman kerja juga turut dibuang. Keadaan ini menyebabkan kadar penganguran semakin meningkat. Mahasiswa-mahasiswa yang bakal bergraduan juga pening memikirkan pekerjaan mereka yang mendatang.

  1. Nak tolong ayah mak.
  2. Nak bantu adik-adik yang sedang bersekolah.
  3. Nak beli kereta.
  4. Nak kahwin.
  5. Nak beli rumah.
  6. Nak bagi sumbagan derma.
  7. Macam-macam lagi.

Keadaan politik negara yang semakin tidak stabil. Rampasan kuasa (kerajaan Pakatan Rakyat Perak). Serangan peribadi (Elizabeth Wong). Fitnah. Rasuah politik (pemilihan UMNO). Pilihanraya kecil muncul bertalu-talu. Keaadaan ini menyebabkan pelabur-pelabur asing semakin menjauhkan diri dari Malaysia. Pekerjaan baru tidak dapat dijana. Rakyat semakin tertekan.

Terbaru, kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya. Ramai wakil rakyat daripada kerajaan dan juga pembangkang membantah kenaikkan ini. Kerana ini bukanlah masa yang sesuai untuk menaikkannya. Rakyat semakin tertekan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghuru-harakan negara. Terima kasih kepada yang sentiasa menyusahkan rakyat.

Bangkitlah rakyat, bangkitlah negeriku

Tatap tegaklah masa depan
Tersenyumlah tuk kehidupan
Dengan cinta dan sejuta asa
Bersama membangun Malaysia

Pegang teguhlah kebenaran
Buang jauh nafsu angkara
Berkorban dengan jiwa dan raga
Untuk tegaknya keadilan

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Selama matahari bersinar
Selama kita terus berjuang
Selama kita satu berpadu
Jayalah negeriku jayalah!

*Rangkap-rangkap diatas adalah lirik lagu Bangkitlah Negeriku oleh Shoutul Harakah yang telah diubahsuai sedikit.


-ibnuahmad-

Feb 21, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)

Assalamualaikum WBT

Kepada semua yang mendaftar ahli HPA (kopi radix - mai secawan), kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) bagi kawasan Johor akan diadakan seperti tarikh berikut:

Tarikh: 7 dan 8 Mac 2009
Tempat: Desaru

Tarikh: 21 dan 22 Mac 2009
Tempat: Pasir Gudang

Tarikh: 4 dan 5 April 2009
Tempat: Segamat

Tarikh: 18 dan 19 April 2009
Tempat: Larkin

Tarikh: 2 dan 3 Mei 2009
Tempat: Muar

Tarikh: 16 dan 17 Mei 2009
Tempat: Pasir Gudang

Tarikh: 13 dan 14 Jun 2009
Tempat: Batu Pahat

Tarikh: 27 dan 28 Jun 2009
Tempat: Pasir Gudang


Bayaran: RM160.00

Rebutlah ilmu yang akan diberikan.
Tak rugi duit berbanding ilmu yang bakal diperolehi.
Berfikiran terbukalah.
Jangan terlalu taksub pada satu-satu bahagian sahaja.
Ilmu dalam Islam itu luas.
Tarbiah ada di mana-mana.


@ibnuahmad

Feb 17, 2009

Aku Tak Kisah

Setiap hari,

Aku menyusuri kehidupanku,

Seperti biasa,

Aku tak kisah apa orang nak kata.


Setiap hari,

Berjam-jam aku di dalam tandas,

Aku menghabiskan masa yang banyak,

Aku menghabiskan air yang banyak,

Untuk mandi dan berwudhuk,

Tapi aku tak kisah,

Aku tahu membazir itu saudara syaitan,

Tapi aku tetap tak kisah.


Setiap hari,

Aku lewat untuk bersolat,

Masa ku lebihkan untuk bersuci,

Masa ku lebihkan berada di bilik air,

Aku tak kisah solatku lewat,

Walaupun aku tahu ,

Melewatkan solat tak elok,

Makhruh,

Allah marah,

Tapi aku tetap tak kisah.


Aku tahu tentang penyakit ini,

Aku tahu syaitan puncanya,

Semuanya aku tahu,

Namun aku tak kisah,

Ramai sahabat sudah menasihatiku,

Ustaz pun sudah menegurku,

”Tak boleh dilayan penyakit ni”,

Tapi aku tetap tak kisah.


Biarlah aku dengan kehidupanku,

Aku tak nak berubah,

Aku tak mahu berubah

Kerana aku tetap aku,

Aku yang mencorakkan diriku,

Aku tak kisah..


-ibnuahmad

Sirah, Perniagaan, Ekonomi dan Jihad

Manusia menyebut tarbiah itu penting. Manusia menyebut dakwah itu penting. Manusia menyebut akademik itu penting. Namun apakah kepentingan perniagaan ataupun ekonomi dalam membentuk, mencorak dan menyemarakkan tarbiah, dakwah, akademik, siasah, kebajikan dan lain-lain lagi. Penulisan ini cuba menyingkap kembali perniagaan dari aspek sirah dan juga kepentinganya.

Kegiatan utama penduduk semenanjung arab pada zaman jahiliah dan juga zaman kerasulan SAW ialah perniagaan. Perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan dalam dan luar semenanjung arab. Di mekah, pasar Ukaz adalah satu tempat perniagaan yang popular. Ia menjadi tumpuan utama masyarakat pada masa tersebut. Antara peniaga-peniaga Islam pada masa tersebut termasuklah Muhammad Rasulullah SAW, Siti Khadijah bt Khuwailid, Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Affan, Abu Ubaidah Amir Al Jarrah, Abu Bakar As-siddik dan ramai lagi.

Ini menunjukkan sunnah pekerjaan utama ialah perniagaan. Amat pelik jika umat Islam pada masa kini cuba mengelakkan diri daripada menceburi bidang pekerjaan ini sebaliknya kaum-kaum lain berlumba-lumba untuk menguasai bidang perniagaan.

Apabila dakwah Islam mula berkembang di Mekkah, kafir quraisy mula mengenakan sekatan ekonomi terhadap ummat Islam. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam peristiwa pemulauan terhadap umat Islam.

Cuba bayangkan jika peristiwa pemulauan terhadap ummat Islam berlaku lagi pada zaman ini. Jika melihat zaman rasulullah SAW, agak ramai umat yang menguasai ekonomi Mekkah. Apabila berlaku pemulauan, ia telah memberi penderitaan yang besar kepada ummat Islam sedangkan kini di Malaysia, ekonomi tidak dikuasai oleh orang Islam. Renungkanlah sejauh mana penderitaannya.

Keadaan di Madinah (Yatrib), kaum Aus dan Khazraj sering berperang akibat dilagakan oleh kaum Yahudi Laknatullah. Yahudi menguasai ekonomi Madinah. Di Malaysia sekarang ini, Yahudi turut menguasai ekonomi terutama dalam aspek pemakanan. Lambakan barangan Nestle di pasaran seperti Milo, Nescafe, Nestum, pelbagai jenis susu dan banyak lagi sehinggakan mentaliti penduduk Malaysia mengatakan "jika tak makan milo, nescafe, kami nak makan apa? Mati la." Selain itu, makanan halal di Malaysia semakin diragui. Banyak berita yang dikeluarkan di akhbar seperti "ayam babi", "gula-gula babi", "ayam tak sembelih"

Apabila umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam mula menguasai ekonomi Madinah. Umat Islam mewujudkan jaringan perniagaan Islam yang tidak mengamalkan penindasan, halal lagi baik serta bebas dari unsur-unsur riba dan penipuan. Ini menyebabkan keadaan masyrakat Madinah mula beralih kepada perniagaan berkonsepkan Islam. Ekonomi Islam pada masa tersebut semakin kukuh.

Namun apa yang berlaku di Malaysia sekarang, apabila ada perniagaan umat Islam yang mula naik secara perlahan-lahan, kebanyakkan umat Islam sendiri yang tidak menyokong barang keluaran orang Islam sebaliknya mereka masih terlalu mengagung-agungkan barangan buatan bukan Islam. Mereka membeli barangan buatan bukan Islam tanpa ragu-ragu, tetapi apabila hendak membeli barangan buatan orang Islam, banyak persoalan mempertikaikan barangan buatan orang Islam.

Semasa berlaku peperangan Tabuk (menentang Rom Byzantium), Rasulullah SAW menyeru umat Islam supaya berjihad dengan harta dan tenaga. Dua penyumbang terbesar bagi menampung perbelanjaan peperangan ini ialah Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Abdurrahman bin Auf. Ini menunujukkan ekonomi amat penting dalam Islam bagi menjaya sesuatu jihad bagi menegakkan syiar Islam. Sesetengah umat Islam pada masa kini ekonomi memandang ekonomi adalah suatu yang tidak penting. Mereka memandang itu hanya urusan dunia. Dunia.

Daripada huraian diatas dapat digambarkan kepentingan perniagaan dalam Islam dan mempunyai jaringan ekonomi Islam bagi mengelakkan penindasan, penyelewengan dan penipuan serta untuk mendapatkan keperluan barangan yang halal lagi baik. Ia juga merupakan suatu tuntutan jihad.

-ibnuahmad-

Feb 9, 2009

Boikot Israel - HPA Menyediakan Alternatif

Memboikot barangangan Amerika dan Israel perlu diteruskan sehingga umat Islam menguasai ekonomi umat Islam dan dunia. Disini HPA (kopi radix - mai secawan) menyediakan sedikit barangan alternatif untuk umat Islam.

Lakukan perubahan ini:
  • RADIX KOKO menggantikan MILO
  • RADIX SERIAL menggantikan NESTUM
  • RADIX MANJAKANI menggantikan NESCAFE
  • RADIX SYAMPU menggantikan RADOX SYAMPU
  • RFC menggantikan KFC
  • RADIX COLA menggantikan COCA COLA
  • RADIX COFFEE menggantikan STARBUCK
  • UBAT GIGI RADIX menggantikan COLGATE
  • HPA MALL menggantikan TESCO.
  • AYAM ORGANIK HPA menggantikan AYAM DAGING
  • KOSMETIK HPA menggantikan KOSMETIK BIASA
  • PENCUCI BAJU& PINGGAN HPA menggantikan PENCUCI BIASA
  • SYAMPU DAN SABUN HPA menggantikan SABUN/SYAMPU BIASA.
  • UBATAN HPA menggantikan UBATAN BIASA.
  • BERUS GIGI HPA menggantikan BERUS GIGI BIASA
  • KORDIAL HPA menggantikan KORDIAL BIASA
  • FISHBALL HPA menggantikan FISHBALL BIASA
  • BAJA ORGANIK HPA menggantikan BAJA ORGANIK BIASA.
  • AIR MINERAL HPA menggantikan AIR MINERAL BIASA.
  • HALWA ROSELLE menggantikan ROKOK

Feb 4, 2009

KFC - Pada Pandangan Peribadi

Aku ingan kongsi satu cerita.

Sewaktu awal pembukaan RADIX FC (RFC), satu surat saman telah datang dari KFC Amerika. Aku merasa pelik kenapa ia datang dari KFC Amerika, bukan KFC Malaysia. Ada kaitan lagi ke KFC amerika dengan KFC malaysia sedangkan daripada maklumat yang dapat daripada emel, blog bahawa melayu telah ambil 100% KFC malaysia. Memang pelik. Terkini, surat saman kedua telah sampai. Terlebih pelik.

Aku ni orang yang tak tahu, cuma aku ingin bertanya. Jika KFC sudah beralih tangan kepada orang melayu, bahan-bahan untuk menghasilkan makanan di KFC sekarang seperti tepung KFC, sos cili dan lain-lain diambil dimana?

Adakah KFC Malaysia mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini ataupun masih lagi diimport dari Amerika. Kalau KFC malaysia dah ada kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini, ok la tu. Tapi jika barang-barang tersebut masih lagi diimport dari Amerika, bermakna kita tetap menyumbang pada Amerika yang menyokong Yahudi Laknatullah menyerang saudara kita di Palestin.

Yang ni dari segi perniagaan pula, berdasarkan apa yang aku nampak. Politik perniagaan. KFC Amerika sudah nampak akan kesan kempen boikot barangan Amerika dibuat oleh umat Islam. Bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian, mereka menyerahkan syarikat ini kepada orang Melayu.

Orang Melayu pun berada dalam dilema. Nak boikot atau tak? Lalu tak jadilah nak boikot sebab Melayu yang kuasai. MELAYU. Selamatlah syarikat KFC Malaysia.

Satu lagi, orang Melayu memang suka makan ayam. Tambah-tambah lagi ayam KFC. Tapi cuba kita tengok di mana-mana KFC, orang india dan cina amat la kurang. KURANG. Amat kurang. Sebab mereka tahu makan ayam tak baik untuk kesihatan. Ayam ni banyak lemak.

Sebab tu, bila ada kenyataan di media yang umat Islam tak perlu boikot KFC, orang melayu akan sebarkannya habis-habisan. Berjuang berhabis-habisan. Orang Melayu suka makan ayam. Hidup Melayu. Hidup KFC.

Just pendapat dari aku yang jahil ini.

-ibnuahmad-