Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Mar 28, 2009

Regim Najib

Regim Najib sudah bertindak. Pengantungan akhbar Pakatan Rakyat (PR) iaitu akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan oleh Syed Hamid Albar. Tindakan ini mungkin didalangi oleh Najib sendiri ataupun Syed Hamid Albar untuk meraih undi dalam pemilihan agung UMNO. Beliau yang bertanding Naib Presiden tetapi tewas. Tak diketahui sebab sebenarnya.


Permit-permit ceramah PR yang pada awalnya telahpun diluluskan tetapi ditarik balik pada saat akhir. Lalu pasukan POLIS, FRU dan SB diarahkan untuk memerangi rakyat yang menyokong pakatan rakyat. Bom-bom asap kimia dan pancutan air kimia digunakan untuk menyerang rakyat. Memang hebat.


SPR telah mengeluarkan arahan larangan pemasangan bendera parti yang tidak bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang. Arahan ini lebih merujuk kepada pakatan rakyat kerana pakatan rakyat ada tiga bendera untuk tiga parti politik. Masih belum wujud satu bendera khas untuk PR. Manakala UMNO sudah mempunyai bendera barisan nasional (dacing). Jikalau benar perkara ini didasarkan secara ikhlas, semua parti komponen UMNO sepatutnya dilarang berkempen dalam pilihanraya kecil (PRK) ini.


Dalam perhimpunan agung UMNO yang baru, pelbagai hinaan, cacian dan kutukan telah dilemparkan kepada PR. Perhimpunan ini sepatutnya menjadi tempat untuk memperbetulkan UMNO yang semakin tidak diterima rakyat tetapi sebaliknya telah menjadi pentas untuk penyangak-penyangak yang tidak tahu budi bahasa dalam pertuturannya untuk melalak sesuka hati. Budaya UMNO memang teruk pada pandangan saya.


POLIS juga telah memberi amaran untuk merampas sepanduk menghina, hasut bagi PRK kali ini. Daripada kejadian lepas, banyak sepanduk yang dihasilkan oleh UMNO and the geng adalah menghina dan menghasut, namun tiada tindakan daripada pihak polis sebaliknya PR yang tetap dipersalahkan. Contohnya sepanduk menghina Sultan Terengganu selepas PRU-12 yang lepas membantah tindakan Sultan yang enggan melantik Idris Jusoh sebagai MB. Tetapi seperti biasa, PR yang akan menjadi mangsanya. Kononnya segala kejahatan adalah berpunca daripada PR. Mungkin juga tindakan polis kali ini adalah arahan daripada ketua perusuh yang baru dilantik, Khairi Jamaludin yang terkenal dengan kesamsengannya.


Antara Regim Najib yang dikenalpasti ialah:

  1. Polis
  2. FRU
  3. SB
  4. SPR
  5. SPRM
  6. ISA
  7. Akta Hasutan
  8. Akta Cetakan
  9. TV3
  10. Utusan Meloya
  11. Berita Hairan
  12. RTM 1 dan RTM 2
  13. Biro Tata Negara
  14. SIS
  15. AUKU
  16. HEP


Semuanya telah lengkap bagi UMNO. Kadang-kadang terfikir juga, adakah sudah tiba masanya untuk para pejuang Islam mengangkat senjata di bumi Malaysia ini. Menentang kezaliman yang bermaharajalela. Just perkara yang bermain dalam fikiran. Namun diri sendiri masih belum bersedia.



-ibnuahmad-

Aku yang Cerewet

Terus terang aku katakan, aku tak suka orang yang PEMALAS. Raja malas. Terasa amat panas dalam diri bila berhadapan dengan makhluk ini.

Kita selalu bercakap pasal jihad. Bercakap mengenai HAMAS. Bercakap mengenai Khalid Masy'al. Tetapi bila diajak bergotong royang kemas rumah, masing-masing menyembunyikan diri dalam bilik. Kononnya sibuk, banyak kerja.

Kita selalu bercakap mengenai membina organisasi yang tersusun kukuh. Kita selalu menghuraikan firman Allah dalam surah as saff ayat ke 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

Tetapi benda yang paling ringan pun tidak dilakukan. Parking motor pun bercelaru. Selipar pun tak pernah susun. Adakah kita terlalu hipokrit ataupun hanya suka bermain dengan teori. Idealistik.

Kita selalu meminta meminta ahli di bawah kita supaya patuh pada arahan kita. Sentiasa menghadiri program yang kita aturkan. Tetapi pimpinan tak nak dengar apa yang ahli katakan. Sekadar melemparkan satu senyuman dan terus beredar, masuk ke bilik mengadap komputer untuk mendengar ceramah ataupun meng'edit' blog.

Kita selalu berkehendakkan orang lain menyediakan pelbagai kemudahan pada kita. Menyediakan makanan, mengemas rumah untuk kita. Namun kita tak pernah rasa nak tolong orang lain. Ukhwah yang dibina atas satu dasar fikrah adalah penipu semata-mata. Tiada kerjasama. Tak pernah ingin merasa susah bersama.

Apa yang kita ada sekarang. Cakap yang berapi-api. Teori yang menggunung tinggi. Tetapi malas yang merajai diri. Semua kerja tak menjadi. Mengharap bulan jatuh ke bumi, tetapi hanya keris yang menghiris hati. Dacing diri sudah senget, tidak seimbang lagi.

Aku lebih suka orang yang macam sahabatku, Arip yang tak banyak bercakap daripada orang yang cakap berapi-api dan terlalu banyak teori, tetapi apa pun tak de.

Aku tak seperti Faisal dan Pali. Penyabar. Aku ini agak cerewet bila berhadapan dengan si pemalas. Mohon maaf sebab menggunakan bahasa yang agak kasar.


-ibnuahmad-

Mar 27, 2009

Tragedi Perigi Ma'unah - Ambil Pelajaran dan Ikhtibar

Di bulan yang sama di mana berlakunya peristiwa al-Raji' yang trajis itu, berlaku pula tragedi Bi'r Ma'unah yang lebih dahsyat dan menyayati hati.

Ringkasan ceritanya, di mana Abu Bara' Amir bin Malik yang dikenali sebagai Malaib al-Asinnah telah tiba menemui Rasulullah di Madinah. Baginda menyeru Abu Bara' kepada Islam, dan beliau tidak menganut Islam, namun pada sangkaan Baginda, tidak lama lagi mungkin beliau akan menganut Islam. Di sini beliau telah meminta dari Rasulullah dengan katanya: "Wahai Rasulullah kalaulah tuan hamba dapat mengutus sahabat-sahabat tuan hamba kepada penduduk Najdi untuk mengajak mereka kepada agama tuan hamba ini, ku mengharapkan mereka akan menyahut seruan". Jawab Rasulullah, "Sebenarnya daku curiga dengan penduduk Najdi itu". Kata Abu Bara', "Daku akan melindungi mereka".

Dengan itu, Baginda pun terus mengirim para sahabatnya seramai empat puluh orang. Ini adalah pendapat Ibnu Ishak, tetapi hadith sahih menyebut tujuh puluh orang yang sebenarnya. Rombongan tujuh puluh orang ini diketuai oleh al-Munzir bin Amru dari Banu Sa'idah yang bergelar al-Mu'tiq li-Yamut. Rombongan tujuh puluh orang ini adalah dipilih dari kaum muslimin, golongan pemimpin, qari, dan kenamaan. Di siang hari mereka berjalan mengumpul kayu api untuk dijual, dengan harganya dibelinya makanan untuk ahli al-Suffah, mereka ini gemar mempelajari al-Quran dan melakukan qiamulail.

Setibanya mereka ke suatu tempat yang dikenali sebagai Bi'r (perigi) Al-Ma'unah yang terletak di antara perkanipungan Banu Amir dan Banu Salim, mereka singggah di situ. Dari situ mereka menghantar Hiram bin Milhan saudara Ummu Salim dengan sepucok risalah dari Rasulullah kepada musuh Allah yang bernama Amir bin Tufail. Apabila beliau menerima risalah berkenaan, langsung tidak dilihat kandungan surat itu, malah beliau memerintah orangnya supaya membunuh utusan yang membawa risalah dari Rasulullah dengan menikam dari belakangnya. Apabila Haram melihat darahnya mengalir, terus beliau meneriak: "Allahu Akbar, demi Tuhan Ka'abah! Daku telah berjaya".

Kemudian Amir bin Tufail telah menyeru kaumnya untuk membunuh kaum muslimin yang masih hidup. Mereka tidak menyetujui beliau kerana kaum muslirnin tersebut di bawah perlindungan Abu Bara', dengan itu beliau meminta Banu Salim membantunya, maka puak Usaiyah, Ra'al dan Zakwan datang melingkungi sahabat Rasulullah. Mereka menentang serangan Amir itu hingga seluruh mereka terbunuh, kecuali Ka'ab bin Zaid bin al-Najjar tersembunyi di bawah jenazah-jenazah sahabatnya, beliau ini hidup hingga ke hari peperangan al-Khandak.

Adapun Amru bin Umaiyah al-Dhamri dan al-Munzir bin Uqbah bin Amir bersama orang-orang Islam telah mendapati burung-burung terbang mengelilingi tempat kejadian. A-Munzir pun turun ke tempat berkenaan dan melawan kaum musyrikin di sana hingga beliau dan orang-orang lain terbunuh, manakala Amru bin Umaiyah al-Dhamri telah ditawan. Setelah diberitahu yang beliau ini dari qabilah Mudhar, maka beliau pun dibebaskan.

Sesampainya Amru bin Umaiyah ke hadapan. Rasulullah terus beliau melaporkan kejadian ngeri itu kepada Baginda, di mana terkorbannya tujuh puluh orang pilihan para sahabat terbilang. Peristiwa ini bagaikan mengulangi peristiwa Uhud, yang bezanya, di Uhud mereka pergi dengan niat berperang, manakala di Bir' al-Ma'unah ini pembunuhan mereka lantaran pengkhianatan yang jahat.

Semasa Amru bin Umaiyah dalam perjalanan pulang ke Madinah di pertengahan jalan al-Qarqarah dari Sadru al-Qanah beliau telah berehat di bawah sepohon kayu, kemudian dua orang lelaki dari Banu Kilab telah turut tumpang berteduh bersama Amru di bawah pohon kayu itu, setelah dua lelaki ini sedang nyenyak lena Amru pun terus membunuh mereka, sebagai menuntut beta di atas pembunuhan sahabatnya di dalam peristiwa Bir'al-Ma'unah itu, sedang mereka berdua ini adalah di dalam perjanjian damai dengan Rasulullah, di mana beliau tidak menyedari perkara ini, sebaik sahaja beliau tiba di Madinah beliau menceritakan peristiwa ini; dan Rasulullah pun bersabda: "Sesungguhnya engkau telah membunuh dua orang di mana ku berkewajipan membayar pampasannya, dengan itu Baginda pun sibuk mengumpul pampasan itu dari kaum muslimin dan sekutu-sekutu Yahudi".

Rasulullah amat bersedih dengan peristiwa yang menyayatkan hati ini selepas peristiwa al-Raji'. Kedua-duanya berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja, Rasulullah amat berdukacita. Hal ini telah membawa Baginda merasa tidak tenteram kerana sedih dan pilu, menyebabkan Baginda terus mendoakan kemusnahan ke atas qabilah-qabilah yang mengkhianati sahabat-sahabat itu.

Riwayat ini di dalam hadith sahih dari Anas (r.a) katanya: Rasulullah mendoakan kemusnahan mereka yang membunuh sahabat-sahabatnya di Bi'r al-Ma'unah selama tiga puluh pagi, Baginda mendoakan kemusnahan ke atas qabilah Raal, di Zakwan Lahyan dan Usaiyah dengan sabdanya: "Usaiyah memaksiati Allah dan RasulNya, dengan itu Allah menurunkan ke atas NabiNya ayat-ayat al-Quran mengenainya yang kami membacanya, namun ianya dinasakhkan”. Setelah itu Rasulullah pun meninggalkan Qunut itu.


oleh: arezuone


Rujukan:

  1. Haji Abdul Hadi Awang, (2006), Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah Jilid 2, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor

Peristiwa Al-Raji' - Ambil Pelajaran dan Ikhtibar

Pada bulan Safar di tahun yang sama yakni tahun keempat Hijrah sekumpulan dari qabilah Udhal dan Qaarah telah datang menemui Rasulullah (s.a.w) dengan menceritakan bahawa terdapat di kalangan mereka individu-individu yang menganut Islam, di sini mereka telah memohon dari Rasulullah untuk mengirim orang-orang yang boleh mengajar mereka akan agama Islam dan al-Quran.


Dengan itu Rasulullah (s.a.w) pun menghantar bersama-sama mereka enam orang manakala riwayat Ibnu Ishak dan al-Bukhari menyebut pengutusan itu adalah seramai sepuluh orang. Baginda melantik Mirthad bin Abi Mirthad al-Ghanawi sebagai Amir perutusan itu. Namun Ibnu Ishak dan al-Bukhari menyebut bahawa Amir yang dilantik itu adalah Asim bin Thabit datuk kepada Asim bin Umar bin al-Khattab, apabila mereka sampai di tempat bernama al-Raji', ianya adalah kawasan air qabilah Huzail di sebelah al-Hijaz, ianya terletak di antara Rabigh dan Jeddah.


Qabilah Udhal dan Qaarah yang bersama perutusan Rasulullah itu telah memanggil satu qabilah dari Huzail untuk mcnyerang orang Islam. Qabilah ini dikenali sebagai Banu Lahyan, perutusan Islam ini telah diburu oleh sekumpulan pernanah seramai seratus orang. Hingga sempat mereka mengepung pendakwah Islam itu, menyebabkan mereka terpaksa lari menyelamatkan diri ke kawasan bernama Fad-Fad. Orang Islam telah diberi jaminan dengan kata mereka: Kami berjanji dengan kamu, sekiranya kamu singgah bersama kami, kamu tidak akan dibunuh walau seorang pun.


Namun Asim enggan menurut tawaran mereka itu, malah beliau bersama sahabatnya terus melawan mereka, menyebabkan tujuh orang terbunuh dengan lontaran panah musuh, hanya tinggal Khubaib dan Zaid bin al-Dathnah dan seorang lelaki lain dan sekali lagi musuh mereka menawar janji mereka, tetapi musuh tetap musuh, kerana mereka dikhianati, mereka diberkas dengan tali-tali panah, maka berkata lelaki yang ketiga: Ini adalah pengkhianatan pertama, dan beliau enggan mengikuti mereka, menyebabkan mereka terpaksa mengheretnya dan memaksa beliau mengikuti mereka, tapi beliau tetap enggan, akhirnya beliau dibunuh di tempat itu.


Dengan itu puak musuh membawa Khubaib dan Zaid dan dijual mereka di pasar Makkah, mereka berdua ini telah membunuh pembesar-pembesar Makkah di dalam peperangan Uhud, adapun Khubaib tinggal di Makkah di dalam kurungan, kemudian mereka berazam untuk membunuh beliau maka dibawa keluar dari tanah haram ke Tanaim.


Semasa hendak disalibkan beliau meminta untuk bersembahyang dua rakaat, mereka pun membenar Khubaib melaksana permintaannya itu dengan bersolat dua rakaat, setelah memberi salam beliau berkata, Demi Allah kalau tidak kamu menyangka yang aku ini takut mati, nescaya ku perpanjangkan sembahyang ku itu kemudian beliau berdoa: Ya Allah ya Tuhanku! musnahkanlah mereka kesemua, bunuhkanlah mereka sehabis-habisnya, dan jangan tinggal seorang pun dari mereka”. Sambung beliau dalam madahnya:


Kalian gerombolan mereka mengelilingi daku

Kalian qabilah mereka sepakati menghantam daku

Seluruh anak dan isteri mereka dekati

Keseorangan daku di pepohon tinggi diikati

Hanya pada Allah ku mengadu nan sengsara

Kesepakatan mereka membunuh daku

Tuhan perkasa berikan daku kesabaran

Buat menghadapi akibat angkara,

Dagingku mereka kerjakan

Harapan ku berkecai musnah

Mereka menawar kekufuran dan mati padaku

Tiada air mata ku menangis

Peduli tiada, yang pasti biar mati ku muslim

Pada Allah ku pasrah penuh yakin

Anggota ku pasti Allah memberkati

Biar terputus ke mana pergi


Sebelum beliau dibunuh Abu Sufian telah menyoal beliau: "Suka tak kamu kami memenggal leher Muhammad di sini dan kau dibebaskan"? Jawab beliau: "Demi Allah! Tidak sekali-kali akan senang bagiku kiranya aku bebas dipangkuan keluarga sedang Muhammad ditempatnya walaupun dengan hanya Baginda tertikam sebatang duri".

Setelah itu mereka pun terus mensalibkan beliau, dan diperintah orang tertentu mengawal jenazahnya, namun di malam hari Amru bin Umaiyah al-Dhamri telah datang dengan cara bersembunyi, dengan helah, telah membawa jenazah beliau keluar dari situ untuk dikebumikan. Orang yang dipertanggungjawab membunuh Khubaib ialah Uqbah bin al-Harith, sebenarnya Khubaib ini telah membunuh bapanya yang kafir di dalam peperangan Badar.

Mengikut hadith sahih bahawa Khubaiblah orang yang memulakan sembahyang sunat dua rakaat sebelum pembunuhan, yang ganjilnya, para hadirin di hari pembunuhannya telah melihat beliau sedang memakan setangkai buah anggur sedangkan di Makkah masa itu buah tamar pun tak ada. Adapun Zaid al-Duthnah telah diburu oleh Safwan bin Umaiyah dan dibunuhnya sebagai menuntut bela di atas pembunuhan ayahnya.

Pihak Quraisy telah mengirim orang-orangnya untuk mengambil sebahagian dari anggota badan Asim untuk dikenalpasti, kerana Asim sebelum ini telah membunuh salah seorang pembesar Quraisy di dalam peperangan Badar, tetapi Allah telah menghantar sekumpulan tebuan yang menjaganya, hingga dengan itu mereka tidak dapat melakukan tugas kotor mereka terhadap mayat syahid itu, sebelum ini Asim telah memohon dari Allah supaya badan beliau tidak disentuhi oleh musyrikin dan tidak pula beliau mahu menyentuh musyrikin, setelah berita itu didengar oleh Amru maka beliau berkata:

Allah akan memelihara seorang mukmin sebagaimana Allah memeliharanya semasa hidup.



oleh: arezuone


Rujukan:

  1. Haji Abdul Hadi Awang, (2006), Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah Jilid 2, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor.

Mar 26, 2009

Usrah yang Terpinggir

"Kita kena buat juga usrah minggu ni. Dah lebih dua minggu kita tak buat usrah. Sedia dengan tugasan masing-masing", Naqib.

Usrah. Usrah. Usrah.

Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang hubungan sesama usrah adalah lebih akrab daripada hubungan saudara mereka. Manakala istilah yang disebut oleh ulamak gerakan ialah kumpulan individu Islam yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam. (Ust Idris Ahmad)

Namun yang menjadi permasalahan apabila usrah tidak berjalan. Berjalan seperti yang selayaknya dengan definisi usrah. Ruginya.

Usrah kini seolah-olah telah menjadi satu bebanan yang amat berat. Kadang-kadang tidak dapat dipikul. Lalu ia rebah. Kadang-kadang sehingga tersungkur dan tidak mampu untuk bangun kembali.

"Seorang demi seorang gugur di medan. Insyaallah kita akan buka medan baru supaya mujahid ini boleh bersama", naqib.

Pada bacaan kali pertama mesej ini, daku tidak mengerti apa yang dimaksudkan. Rupa-rupanya semua ahli usrahku sedahpun syahid. Dan. Dan usrah terpaksa ditangguhkan lagi. Dimana ahli-ahli usrahku?

Panglima perang - Letih mengatur strategi perang di siang hari dan dia terpaksa berehat. Esok kerjanya bersambung lagi. Mengatur strategi, menawan negeri.

Komando perang - Telah dihantar untuk berjihad ke Palestin dengan menaiki sebuah bas.

Mujahidin harapan - Deman (kena minum kopi radix banyak-banyak ni)

Iman Ghazali alaf baru - Terpaksa menumpukan kerja-kerja akademiknya untuk kebahagian ummat pada masa akan datang.

Daku? Daku masih disini. Tergapai-gapai dalam mengharungi arus kehidupan. Masih jauh ketinggalan dengan sahabat-sahabat seusrah denganku. Mereka panglima. Mereka komando. Mereka mujahidin. Mereka ilmuan.

Jauh di sudut hati. Merindui usrah lama ku. Usrah generasiku. Usrah yang membina ukhwah kami. Tak lentur walau berjauhan.


-ibnuahmad-

Teori "R A H M A N"

Teori RAHMAN sudah lama didengari oleh saya. Sejak zaman sekolah rendah lagi. Teori ini dikaitkan dengan susun atur Perdana Menteri (PM) Malaysia. RAHMAN adalah nama bagi PM pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Berikut adalah turutan PM Malaysia dan bakal PM Malaysia.

R - Rahman (Tunku Abdul Rahman)
A - Abdul Razak (Tun Abdul Razak)
H - Hussein (Tun Hussein Onn)
M - Mahathir (Tun Mahathir Mohamed)
A - Abdullah (Dato' Seri Abdullah Badawi)
N - Najib (bakal PM)

Berdasarkan perjalanan semasa politik negara, saya yakin bahawa PM Malaysia yang ke-6 adalah Najib (ada orang kata BIJAN - nama Najib yang diterbalikkan). Namun apabila Najib menduduki jawatan PM, maka ini menunjukkan teori RAHMAN sudah berakhir.

Adakah pada zaman BIJAN ini, UMNO akan tumbang lalu menghabiskan dinasti UMNO memerintah negara. Jika teori RAHMAN ini sudah berakhir, riwayat UMNO juga mungkin akan berakhir.

Adakah Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara atau ada kuasa lain (tentera atau polis) yang akan menguasai negara ini.

Tunggu dan lihat. Regim BIJAN sudah bersedia untuk bertindak. Berhati-hatilah rakyat Malaysia.


-ibnuahmad-

Mar 23, 2009

SENARAI NON-HALAL FOODS

Babi sudah jelas haramnya perhatian kepada semua umat islam risalah ini diedarkan oleh Dr. Rasheed MOS, Universiti Malaya KL, Persatuan Pengguna Malaysia , Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian telah dibuat oleh mahasiswa UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.


Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi

  1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
  2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
  3. Ajinomoto ( Thailand )
  4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
  5. Semua tauhu buatan Orang Cina
  6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
  7. Sabun FAB berbuku
  8. Lobak Jeruk
  9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
  10. Krim Muka Hazeline Snow


Senarai Barang Yg Mengandungi (Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal)

  1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
  2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
  3. Daging Burger Import
  4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
  5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
  6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
  7. Mee Kering ( sanggol ), Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
  8. Semua sabun mandi yang diimport
  9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
  10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
  11. Have Pearl Cream
  12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
  13. Ubat Kurap buatan Org Cina
  14. Beehon Segera Siam
  15. Sabun Mandi Yang Berminyak


Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin (Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal)

  1. Bosset Wine Gum
  2. Dairy Milk Coklat
  3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
  4. Sugus Strawberry
  5. Passer Doily Mixture
  6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
  7. Scothes Vikmin
  8. Share Extra Atrenght
  9. Black Current Jelly
  10. Royal Gulaman & Decart Oranges
  11. Valvis Gelatin
  12. Sarung Kapsul Ubat
  13. Ais Krim dalam bekas plastik
  14. Gula-gula Fruities
  15. Cake Mets Vilber Punch
  16. Coklat Cake
  17. Tepung Kastard Lady's Choice
  18. Semua jenis Jelly
  19. Semua jenis gincu bibir
  20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
  21. Lady's Choice Jelly


Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya

  1. Barangan avon keseluruhannya
  2. Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord
  3. Minyak rambut brylcream ( hijau )
  4. Racun serangga jenis spray seperti sheltox, baygon & mortin
  5. Seluruh ubat batuk jenis sirap
  6. Keseluruhan ball pen dakwat kering
  7. Tonik bayi grape water, tonik waterberry compound


Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.


TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.


Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!


AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!


Ref. Message: Pringles Potato Chips


Looks like you have to find another alternative to munch.

Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier.


Dr Safurah Hj Jaafar ;

Principal Assistant Director;

Ministry of Health , Malaysia ;

Tel: 03-2540088.

Mar 21, 2009

Tentang Hati

Hati. Perasaan. Sukar diramal dan dikawal.

Perasaan hati yang sering diganggu oleh nafsu dan syaitan menyebabkan manusia sentiasa terdorong melakukan kejahatan. Peningkatan usia yang semakin dewasa menjadikan lonjatan kejahatan semakin memuncak di dalam diri. Manusia yang memiliki hati perlu bermujahadah sebenar-benar mujahadah bagi memerangi sentimen kejahatan dalam diri. Semakin tinggi keilmuan (agama) yang ada di dalam diri manusia, semakin besar dugaan yang datang mencabar keimanan manusia.

"Ustaz, ana amat terharu dengan ustaz. Ustaz sudah terlalu banyak menyusahkan diri-sendiri untuk menolong ana. Ana tak tahu macam mana nak ucap rasa terharu ana atas pertolongan ustaz. Kata-kata ana ini bukan dibuat-buat. Ia lahir dalam hati ana. Terima kasih ustaz."

Manusia. Hatinya sentiasa berbolak balik. Apabila manusia banyak ditolong oleh seseorang, ia akan melahirkan rasa terharu. Perasaan terharu menyebabkan manusia yang ditolong akan memberi pujian kepada yang ditolong. Namun apabila pujian belaku berulang kali dan berlebih-lebihan, ia mampu mengundang kepada permasalahan hati. Pertolongan yang bermula dengan hati yang ikhlas pada awalnya mungkin boleh berubah di atas pujian dan sanjungan yang "over". Campurtangan syaitan dan nafsu yang memungkinkan lahirnya sifat-sifat mazmumah yang terkeji (bangga diri, riak, dll). Ini semua akan merosakkan hati. Merosakkan kecintaan hamba pada Maha Pencipta.


Tik. Tik. 1 messege recieved.

Jangan bersedih. Ku bangga lihatmu derita dalam perjungan dari melihatmu gembira dalam kelalaian. Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari lihat tawamu kerana pengkhianatan. Ku bangga andai engkau syahid dari hidupmu tanpa Islam. Ku bangga kita sama-sama mewarisi kepayahan rasul-rasul untuk kejayaan ISLAM.

Reply messege.


"Ustaz ada masalah ke? Ana tak suka "messege" macam ni. Kita kan sama-sama dah janji nak jaga hati."

Tekedu seketika. "Garang juga ustazah ni". Namun bila direnung kembali, tersenyum sendirian. "Betul juga, aku dah lakukan kesalahan. Alhamdulillah dikurniakan srikandi. Penyejuk di mata, penawar di hati."

Rasionalnya. Nasihat menasihati, ingat mengingati adalah suatu perkara yang baik dalam Islam. Berlaku kekhuatiran jika perkara ini berlaku secara berterusan. Terutamanya antara lelaki dan perempuan. Dorongan nafsu ditambah dengan godaan syaitan yang tak kenal letih dan jemu. Bimbang. Bimbang terjadinya perkara yang merosakkan hati, melalaikan diri, menggugat keimanan di hati.

Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, cahaya ilahi.


-ibnuahmad-

Mar 12, 2009

Bimbang

Hidup di akhir zaman dilalui dengan penuh fitnah. Perkara ini memerlukan manusia sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Silap langkah, bungkuslah kita. Dalam meniti hari-hari di zaman ini, umat Islam perlu mendaki ilmu agar diri tak terjerusmus ke lembah kesesatan.

Perkembangan teknologi moden telah memudahkan manusia mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan. Televisyen. Radio. Video CD. Telefon. Internet. YM. YG. MP3 dan pelbagai lagi. Amat mudah manusia di akhir zaman ini.

Namun kesan negatif yang terjadi adalah penyebaran maklumat-maklumat palsu yang menjadikan umat islam gagal mengikut jalan Islam yang hakiki. Sering dilihat di muka TV, di dada akhbar tentang berkembangnya golongan ajaran sesat. Kenapa? Mengapa? Kita menjadi hairan apabila melihat ramai golongan cendikiawan juga terpengaruh dengan ajaran sesat.

Ia juga boleh menyebabkan berlaku fitnah yang besar.

Apa yang dapat saya gambarkan adalah umat Islam pada zaman ini dahagakan ilmu. Ilmu agama. Lalu mereka pergi mencari ilmu. Tetapi mereka telah berjumpa dengan guru yang salah. Menyebabkan mereka pun mengikuti ajaran yang sesat yang di ajar oleh guru yang sesat.

Apa yang boleh saya nasihatkan ialah:

Belajarlah dengan banyak orang guru. Agar ia boleh menampung kekurangan yang ada pada guru lain. Ia juga boleh mengelakkan daripada kita mengalami kesesatan.

Ketaksuban pada seorang guru akan menyebabkan seseorang itu terlalu memuja gurunya. Semua yang diperkatakan oleh guru tersebut akan diaminkan walaupun ia amat berbeza dengan guru-guru lain. Elakkan daripada taksub pada seorang guru sahaja.

Banyakkan bertanya semasa belajar (mengikuti kuliah) agar ilmu yang dipelajari dapat difahami sepenuhnya. Ini mengelakkan kita daripada membuat tafsiran sendiri pada sesuatu bahagian ilmu yang kurang jelas difahami.

Banyakkan membaca pelbagai sumber rujukan agar kita mempunyai asas yang kukuh. Apabila sesuatu ilmu sampai pada kita, kita mampu menganalisis ilmu tersebut. Kita mampu membezakan ilmu itu sama ada sesat atau tidak.

Elakkan penyebaran sesuatu maklumat sebelum kita mengenalpasti status keadaannya. Apa yang perlu dipastikan ialah adakah maklumat yang diperolehi sahih, dimanakah sumber rujukannya. Selidik dulu maklumat yang diperolehi. Baca dulu, sebelum sebarkan. Kebanyakkannya, baca pun tak lagi. Terus sebarkan. Medium sebaran terlalu mudah. Emel, yahoo group, yahoo mesengger, sms, blog dan lain-lain.

Daripada huraian yang panjang ini, sebenarnya saya nak ceritakan janganlah menyebarkan maklumat-maklumat yang kita perolehi dengan bersahaja tanpa melihat dahulu maklumat tersebut. Saya takut kita yang menjadi punca orang lain menjadi sesat. Jikalau kita salah menyampaikan maklumat mengenai sirah, masih boleh dimaafkan. Tetapi jika kita tersalah menyampaikan maklumat mengenai akidah dan fekah? Apakah akibat yang kita akan tanggung.?

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami.


-ibnuahmad-


Bimbang - Alarm Me

Apakah di depan menanti
Bayangnya sering menghantui
Berdegup kencang jantung ini rasa
Memenuhi ruang hati

Makin hari makin hampir
Apakah ku sedia menanti
Cukup siagakah ku menghadapi
Saat itu hampir pasti

Terlepaskah dari genggaman
Segala yang dicengkam
Sudikah nanti ia bersamaku
Atau ia meninggalkan ku

Kenangan silamku
Menerpa setiap waktu
Alangkah indahnya hidupku
Jika kembalikan silamku

Masih menanti (masih mencari)
Cahaya pelangi
Mewarnai sinar hidup yang sepi
Masih menanti (masih mencari)
Kicauan penawar
Melagukan irama pengharapan

Hidup perlu dihargai
Setiap degup jantung ini
Kenangan pahit pernah dilalui
Ada hikmah tersembunyi


Mar 11, 2009

Perbandingan Keldai dalam Al-Quran

Sifat Nabi Muhammad saw telahpun diterangkan Allah dalam kitab Taurat. Tetapi orang-orang yahudi menafikan kerasulan Nabi saw. Orang-orang Yahudi (dulu, kini dan selamanya) telah dikurniakan kitab Taurat agar mereka melaksanakan tuntutan, arahan dan hukum yang terkandung dalam kitab tersebut tetapi mereka mengingkarinya.


Pada zaman ini, umat manusia telah melupakan tanggungjawab mereka dalam menunaikan amanah yang diberikan oleh Allah dalam Al-Quran. Pelbagai kempen keagamaan yang dijalankan (ceramah, forum, tazkirah, risalah, blog dll) dalam menyedarkan umat Islam pada masa kini. Namun apa yang terjadi adalah penghinaan terhadap ulamak-ulamak (pewaris nabi-nabi), hukum Allah dipandang ketinggalan zaman dan tidak releven, program hiburan menjadi keutamaan, gejala maksiat semakin memuncak, golongan remaja (penentu masa depan ummah di masa mendatang) semakin hilang arah, punca dan tujuan hidup. Budaya rasuah, lobi, kroni seakan-akan perkara yang menjadi kemestian dan tidak boleh dielakkan.


Sikap umat Islam masa kini menyerupai orang yahudi yang sentiasa mengingkari tuntutan dalam kitab Taurat. Allah memperumpamakan mereka seperti keldai yang memikul kitab-kitab yang besar. Sudah diketahui umum bahawa keldai adalah suatu binatang yang paling bodoh. Keldai membawa sumber ilmu (buku-buku) yang banyak namum ia tidak mengetahui isi kandungannya. Begitu teruk sekali perumpaan yang diberikan Allah kepada manusia yang tidak mengamalkan perintah yang terkandung dalam kitab Allah.



Firman Allah swt dalam surah Al-Jumuah, ayat ke 5 yang bermaksud:

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum Yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.


Walaupun manusia tidak melaksanakan perintah yang terkandung dalam kitab Allah, namun mereka tetap menganggap mereka adalah golongan yang dikasihi Allah. Ini bersamaan dengan orang Yahudi yang menanggap mereka orang-orang yang dikasihi oleh Allah berbanding manusia yang lain. Mereka merasakan diri mereka lebih mulia berbanding manusia lain.


Manusia yang dikasihi Allah adalah orang yang sentiasa bercita-cita hendak mati dijalan Allah (mati syahid). Mereka tidak takut mati. Manusia pada zaman ini adalah manusia yang senantiasa mengejar keduniaan, kemewahan dan takutkan mati kerana mengetahui dosa-dosa yang mereka lakukan. Mereka dihinggapi penyakit wahnan (cintakan dunia dan takutkan mati).


Kematian pasti datang menjemput manusia. Allah swt menegaskan dalam surah Al Jumuah ayat 8 yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".



-ibnuahmad-

Mar 10, 2009

Ana, .................. n Tiga Ekor Kucing


Terpandang seekor ibu kucing sedang melayan anak-anaknya bermain. Sungguh mesra. Memperlihatkan kasih sayang ibu kepada anak-anaknya. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada. Eh, macam lirik lagu pula.


Lantas terus menuju ke komputer. Double clik pada shortcut mozilla firefox. Memasuki laman www.yahoo.com. Taip "Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada". Enter. Akhirnya jumpa lirik lagu ini.

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


Lalu terus mencari lagu mp3. Berjaya download. Sambil mendengar lagu ini, fikiran terus melayan menjengah ke kampung halaman. Sudah lama daku tidak pulang melawat mak, ayah dan adik-adik. Hati ini amat merindui kampung halaman ku, kasih ibuku. Senyuman ayahku. Gelak ketawa adik-adikku.

Perasaan ingin pulang ke kampung halaman semakin melonjak-lonjak. Mencari masa yang sesuai. Mencari damai yang semakin hilang.


-ibnuahmad-

Mar 7, 2009

Kenapa dan Mengapa Perlu Mansuhkan PPSMI

Mutakhir ini, memang tidak dinafikan lagi akan kepentingan bahasa inggeris (BI) dalam kehidupan seharian. Namun persoalan yang muncul, kenapa sains dan matamatik yang menjadi mangsa taruhannya dalam memperkasakan BI. Mangsa korbannya. Apa yang wajar dilakukan adalah memperkasakan BI tanpa mengorbankan yang lain. Perkara ini bukanla melibatkan unsur politik. Pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang. Namum ada sesetengah pihak yang mempolitikkan isu ini. Ini adalah isu nasional yang mana penentunya pada masa akan datang.

Kemajuan sesuatu bangsa atau tamadun, masa depan bukanlah ditentukan oleh BI. Malaysia mensasarkan kita akan menjadi negara maju menjelang 2020 mengikut acuan kita sendiri. Mengikut acuan sendiri pada hematnya kita akan menjadi maju mengikut budaya kita, bahasa kita dan kita sendiri yang melaksanakannya.

Mengambil contoh kepada beberapa negara asing. Jepun, Jerman dan Perancis adalah negara yang maju. Mereka maju bukan disebabkan mereka menggunakan BI dalam pembelajaran mereka. Sebaliknya mereka memajukan negara menggunakan bahasa negara mereka sendiri.

Berbalik kepada negara India yang menggunakan BI dalam urusan seharian mereka. Namun sehingga kini mereka amat jauh ketinggalan dalam mencapai kemajuan negara. Walaupun 60% BI digunakan seluruh dunia, tetapi apa yang perlu kita banggakan.

Berbalik kepada sejarah. Suatu ketika lampau, dunia ini dikuasai oleh dua kuasa besar iaitu Rom Byzantium (Kristian) dan Parsi Sassanid (Majusi). Mereka menguasi bahasa dunia pada ketika itu. Pada zaman khalifah Umar Al Khattab, umat Islam berjaya mengalahkan dua kuasa besar ini. Umat Islam tidak mengambil bahasa Rom atau Parsi sebagai bahasa pembelajaran mereka sedangkan banyak ilmu pada masa tersebut dalam bahasa Rom dan Parsi. Umat Islam memajukan diri menggunakan bahasa Arab dan memang terbukti tamadun Islam, ilmu Islam, teknologi Islam berkembang dengan pesatnya.

Pada zaman kemuncak keilmuan Islam, ditakdirkan tamadun Islam jatuh dan ilmu-ilmu Islam telah dipindahkan ke negara barat. Di barat, mereka juga tidak mengambil bahasa asing (bahasa arab) sebagai bahasa pembelajaran walaupun boleh dikatakan majoriti sumber ilmu dalam bahasa Arab. Sebaliknya mereka memilih bahasa ibunda dan sekali lagi terbukti mereka berjaya mencapai kejayaan dalam kemajuan. Maju menggunakan bahasa sendiri walaupun rujukan dalam bahasa asing.

Persoalan ”kita terlalu cepat melatah”. Setelah 6 tahun PPSMI dilaksanakan. Keputusan peperiksaan telah dikeluarkan. Kajian terperinci oleh ilmuan-ilmuan, pakar-pakar dan para cendikiawan yang mahir dalam pelbagai bidang lalu digabungkan menunjukkan penggunaan BI dalam sains dan matematik tidak sesuai.

Lalu kita yang masih mentah ini menuduh mereka ”cepat melatah”. Terlalu hebatnya kita ini. Tingginya ilmu kita ini berbanding mereka. Dari logik akalnya, memang kita tiada kelayakkan menuduh mereka ”cepat melatah”. Jikalau mereka menuduh kita ”budak mentah”, ada juga kebenaranya.

Seorang pensyarah saya yang belajar di Jepun. Beliau boleh dikatakan seorang pelajar yang bijak dan ”power” dalam BI. Di awal pembelajarannya di Jepun, seorang pensyarah menyuruhnya supaya membentangkan hasil tugasan yang telah di berikan. Beliau gagal bertutur dalam bahasa Jepun dan meminta supaya beliau dibenarkan menggunakan BI. Tindak balas dari pensyarah Jepun tersebut, ”kamu mencari alasan, kalau kamu tak boleh berbahasa Jepun, kenapa kamu datang belajar ke sini”.

Perlukah kita menukar bahasa rasmi dengan kedatangan pelajar antarabangsa. Tidak kira di UIAM ataupun dimana-mana universiti. Itu bukan alasannya. Mereka datang ke negara kita. Mereka perlu menguasai bahasa kita. Bukan kita yang tunduk pada mereka.

Negara kita menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memelihara bahasa kita. Sejauh manakah ia berfungsi. Apabila ada ahli DBP bersuara untuk memelihara bahasa kita, mereka akan dipecat dan dikaitkan dengan pembangkan. Pengerusi GMP (Gerakan Mansuh PPSMI) adalah bekas pengarah DBP. Hakikatnya, apabila ada yang bersuara, mereka akan dicantas. Sedangkan mereka pembela bahasa kita.

Antara tugas DBP adalah menterjemahkan buku-buku asing ke dalam bahasa melayu. Masalah untuk memahami istilah-istilah sains dan matematik sepatutnya tidak timbul.

Bahasa melayu masih menjadi bahasa rasmi dalam rang undang-undang dan perlembagaan. Ahli-ahli parlimen juga diwajibkan mengguna bahasa melayu ketika bersidang. Setiap orang diwajibkan kredit bahasa melayu sebelum dibenarkan memasuki universiti. Bahasa melayu masih menjadi subjek teras di semua sekolah. Negara kita pula dalam mengejar kemajuan teknologi. Bila disebut teknologi, ia merujuk kepada sains dan matematik dan pembelajarannya dalam BI. Keadaan ini melihat suatu sistem yang songsang sedang diamalkan di negara ini. Belajar BI, bahasa bercakap Melayu.

Islam tidak pernah membezakan manusia mengikut bahasa yg digunakan. Al-Quran tak pernah mengatakan Bahasa Inggeris itu "bahasa penjajah" (language of kafirun) atau bahasa yang boleh mengancam budaya kita. Islam juga tidak pernah mengatakan ”untuk maju kita perlu belajar BI”

Dari surah pertama diturunkan Allah kepada kekasihNya iaitu surah Al-alaq, Allah memerintahkan kita utk membaca (Iqra'). Kita disuruh membaca untuk menambah ilmu yang melimpah di dunia. Al-Quran tak pernah nyatakan medium atau bahasa apa yang kita perlu gunakan untuk menuntut ilmu selagi ilmu itu bermanfaat pd manusia sejagat. Tetapi berdasarkan sejarah lepas dan keadaan semasa, belum ada yang maju menggunakan bahasa lain. ”Adakah kamu tidak mengambil pelajaran?”

Adakah perjuangan untuk memartabatkan bahasa melayu boleh dikatakan sebagai mendiskriminasi BI. Adakah pejuang-pejuang bahasa menyatakan BI adalah bahasa perosak yang mengancam. Apakah hak kita untuk melebel orang sebagai ”pendiskriminasi bahasa lain”. Jikalau mereka (pejuang-pejuang bahasa) bukan ”pendiskriminasi bahasa lain”, kita telah menuduh mereka. Kita telah menbuat fitnah kepada mereka. Kita melakukan suatu dosa yang besar.

Saudaraku, maruah anak-anak bangsa kita di masa hadapan bukan ditentukan dengan BI. Bukan juga ditentukan dengan kemajuan. Selagi kita teguh berpengang dengan ”tali” Allah, insya Allah maruah anak bangsa orang Islam akan terus terjaga. Kembalilah pada Islam yang hakiki, Islam yang sebenarnya.

Elakkan dari terpengaruh dengan propanganda yang munkin datang dari musuh-musuh Islam. Yahudi, Nasrani dan golongan munafik.

Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang merubahnya. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah, Maha Pencipta dan segala kekurangan merupakan fitrah kejadian insan dan berpunca dari jahilnya ilmu dan jauhnya hubungan dengan Allah menyebabkan manusia gagal mendapat petunjuk ke jalan yang lurus. Wallahualam.


-ibnuahmad-

Karenah yang Berpanjangan, Seolah-Olah Movie yang Ditayangkan Berulang Kali

Nasihat menasihati sesama Islam adalah satu amalan yang baik dan dituntut oleh agama Islam. Ia adalah untuk mengingati insan yang terleka. Nasihatlah secara berhikmat. Terima kasih atas nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh para sahabat-sahabat.


Salam. Asif ganggu, ana nak ingatkan anta cukuplah dengan apa yang anta dah lakukan di dalam Yahoo Group Sahabat Iqra’


Satu peringatan dari seorang sahabat. 95% keyakinan yang ada dalam diri ana menyatakan mesej ini dari muslimat. Tapi tak pastilah jika firasat ana salah. Cukuplah dengan apa yang anta dah lakukan di dalam Yahoo Group Sahabat Iqra’.?????


Anta dah tersasar jauh dari niat sebenar anta. Apa yang anta lakukan ini hanya akan mengundang kemurkaan Allah yang mungkin juga mengundang neraka Allah.


Kehebatan “manusia” yang memberi nasihat ni ialah dia mampu membaca niat seseorang. Memang hebat. Menurutnya lagi, Helmi telah melakukan kesalahan yang mengundang kemurkaan Allah dan boleh mengundang neraka Allah. Dalam pernyataan ini, ana tak pasti apa yang telah dilakukan oleh Helmi sehingga sampai ke tahap itu. Ana juga pernah menerima amaran seperti ini lebih kurang 3 tahun lepas. Pening kepala ana. “Apa yang telah aku buat ni, teruk sangat ke aku ni”. Selepas dirujuk kepada senior-senior pada masa tersebut, barulah ana sedikit mengerti situasinya. Ana pun buat tak kisah je.


Anta sepatutnya lebih memfokuskan tentang masalah umat. Ini sepatutnya yang anta beri keutamaan, bukannya analogi-analogi karut anta yang laghokan orang lain.


”Masalah umat”. Skop yang amat besar untuk difikirkan tapi wajib memikirkannya. Namun ia bergantung kepada kemampuan individu. Contohnya, seorang yang gagap tak sesuai menjadi bilal. Masalah umat”, Helme dah huraikan dengan panjang lebar dalam artikelnya. Cuma antum baca atau tak jer. ”Ini sepatutnya yang anta beri keutamaan”. Ayat yang biasa digunakan. Melihat sesuatu tugasan itu tanggungjawab orang lain. Tidak meletakkan tanggungjawab itu pada diri sendiri. Helme membuat analogi-analogi karut? Tak pernah pula terbaca Helme membuat analogi karut. Yang mengarutnya, orang yang mereply tulisan Helme. (termasuklah ana sekali, tukang reply emel). So, adakah Helme bersalah? Contohnya, Zaiton hendak kelas pukul 8 pagi, Zaiton berpakaian biasa (menutup aurat), tidak bermake up. Dipertengahan jalan, Zaiton dikacau oleh Mamat Indon. Adakah Zaiton yang patut dipersalahkan?


Maksud surah Ash-Saff ayat ketiga, “amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. Ana tak tahu nak kaitkan ayat ni dengan Helme. Adakah ayat ni dikaitan dengan epal hijau (baitul muslim)?


“Siapa ni?” Perkara yang biasa penulis lakukan tatkala nombor telefon yang menjengah masuk ke kotak inbox telefon bimbit penulis tidak dikenali. Mesej diterima, “Insan prihatin”. Ringkas mesejnya. “Iyalah. Kenapa tak bagitau ja Hamba Allah? Nak tahu nama!”. Balasku. Tiada lagi mesej selepas itu.


Benda yang ana menyampah. Hantar mesej tak tulis nama. Bila ditanya, tidak menjawab soalan yang ditanya. Insan perihatin konon. Atau tak reply lansung. Memang cukup menyampah.


Nama pun tak tahu. Macam mana nak selesaikan masalah umah kalau macam ni. Ataupun kita hanya tahu menunding kesalahan orang lain. Ataupun kita hanya tahu meletakkan tanggungjawab pada orang lain. Tugas kita? ”Anta salah ni”. ”Anta tak betul ni”. ”Anta mangkuk hayun ni”.


Servey yang Ariff buat kat YGKI pun tak dapat sambutan. Hanya dua tiga orang (yang dikatakan bermasalah) yang memberi respon paling awal.


So, diatas semua persoalan ini. Siapakah yang bersalah. Ana kot.



-ibnuahmad-

Mar 3, 2009

Egonya Pemimpin

Manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi yang lebih cenderung kepada keburukan. Ego adalah satu sifat yang sinonim dengan manusia zaman sekarang. Menurut Mohd Shukri Hanapi, ego atau sombong adalah sifat mazmumah (keji dan tercela) yang wajib ditinggalkan. Ia bermaksud tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain. Jika ditanya adakah kita tergolong dalam golongan orang yang ego atau sombong, tentu ramai mengatakan tidak.

Menurutnya lagi, orang yang ego selalu mengiyakan pendapat atau pandangan orang lain apabila berhadapan dengan orang ramai. Di belakang mereka, dia akan mencaci dan menganggap pendapat itu tidak bernas, malah merendahkan personaliti orang berkenaan. Orang sombong juga enggan mengalah walaupun dia bersalah. Dia sanggup bertegang urat asalkan dia menang. Mereka yang sebegini akan berasa puas apabila melihat orang lain diam dan hanya mengiyakan kata-katanya. Dia langsung tidak menghiraukan larangan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, 46)

Dalam memimpin sesuatu organisasi, pemimpin perlulah mengawal sifat ego yang ada dalam diri, pemimpin perlu membuang sifat ego. Jika ego tidak dikawal atau dibuang, maka ia boleh menggugat organisasi tersebut.

Pemimpin yang ego, yang selalu bercanggahan pendapat dengan ahli, yang berkehendak memenangkan pendapatnya sahaja biasanya mengakibatkan perpecahan. Ini menyebabkan ahli hilang rasa hormatnya pada pimpinan seterusnya menghilangkan ketaatan pada pimpinan. Apabila perkara ini berlaku menyebabkan gerak kerja yang dirancang tidak boleh dijalankan secara lancar.

Analogi yang boleh dibuat, umpama pimpinan itu ibu bapa, manakala ahli adalah anak-anaknya. Ibu bapa menggunakan perkataan seperti ‘anak degil’, ‘tidak guna’ dan ‘keras kepala’ menjadi amalan biasa. Natijahnya, tidak hairanlah jika dilihat apabila anak bergaduh sesama mereka, perkataan yang sama akan dilafazkan. (Mohd Shukri Hanapi)

Apabila ahli-ahli sudah muak dengan sikap pimpinan, mereka tidak lagi menghormati pimpinan. Puncanya kerana pemimpin yang ego sehinggakan ahli menganggap kehadiran mereka menyusahkan dan tidak menghormati mereka sebagai ahli.

Allah memerintahkan hamba-Nya agar sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan tidak kasar dalam berbahasa. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kelilingmu. Oleh, itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran, 159)

Berdasarkan ayat itu, Allah bukan saja memerintahkan hamba-Nya sentiasa berlembut dalam ucapan, malah mengingatkan bahawa perkataan atau sifat yang kasar hanya menyebabkan ramai orang lari daripada mendekati diri kita. Allah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nisa’, 148).
(Mohd Shukri Hanapi)

Seorang pemimpin haruslah pandai bermain psikologi bagi mengawal ahli-ahlinya. Pemimpin juga harus muhabah diri jika ahli-ahlinya mula menjauhkankan diri darinya. Muhabahlah secara positif, cuba mencari kesalahan diri dan jangan asyik mencari kesalahan orang lain. Tingkatkanlah hubungan dengan Allah swt, mohon petunjuk dariNya.

Dialah Allah, yang tidak ada tuhan melainkan dia; yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah, yang tidak ada tuhan melainkan dia; yang menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan dengannya. Dialah Allah, yang menciptakan sekalian makhluk; yang mengadakan (dari tiada kepada ada); yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah yang tiada bandingnya, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al Hasyr, 22-24)


-ibnuahmad-


Rujukan
Mohd Shukri Hanapi, Ego jadikan umat keras hati, kasar, sukar mengalah, http://library.kkdn.gov.my, 4 Mac 2009

Seloka - Tutup Aurat Satu Tuntutan

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.


*Seloka ini diperolehi daripada emel, tidak diketahui siapa penulisnya. Agak menarik untuk dikongsi bersama. Sama-sama berhibur sambil menghayati pengajaran daripadanya. Semoga sama-sama mendapat manfaat. -ibnuahmad-

Mar 1, 2009

Tujuh Tol Semasa Melalui Sirat

Sirat atau titian yang merintangi neraka jahannam menuju ke syurga. Tiada sesiapapun yang akan terkecuali daripada merintangi titian ini. Dalam titian ini, manusia akan menghadapi tujuh sekatan dan setiap sekatan ada soalan-soalan dan pemeriksaan yang terpaksa dilalui oleh manusia.

  1. Sekatan pertama, manusia akan diperiksa dengan syahadah mereka. Adakah benar mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya seperti dalam lafaz syahadah. Manusia juga mestilah bebas dari syirik.
  2. Sekatan kedua, manusia akan diperiksa dengan solat mereka. Solat hendaklah sempurna dengan rukun-rukun, syarat-syarat serta khusyuk hati mereka.
  3. Sekatan ketiga, manusia akan ditanya mengenai ibadah puasa mereka. Adakah puasa mengikuti rukun-rukunnya serta tidak dirosakkan dengan perkara yang membatalkan puasa atau merosakkan pahala puasa.
  4. Sekatan keempat, manusia akan ditanya mengenai zakat. Adakah mereka mengeluarkan zakat seperti yang disyariatkan.
  5. Sekatan kelima, manusia akan diperiksa dengan ibadat haji.
  6. Sekatan keenam, manusia akan ditanya dengan wudhuk dan mandi wajib. Kecuaian dalam melaksanakan kedua-dua ibadah ini menyebabkan sesetengah ibadah tak boleh dilaksanakan. Perlu belajar, tidak boleh ikut-ikut orang dalam melaksanakan ibadah bersuci. Tidak boleh sekadar membaca buku, perlu berguru agar tidak sesat dan diganggu syaitan.
  7. Sekatan ketujuh, manusia akan ditanya sama ada mereka melakukan kezaliman terhadap sesama manusia. Tidak boleh disembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap manusia lain.

Jika tol atau sekatan jalan raya (road block) di dunia mampu dihadapi dengan mudah oleh manusia. Masuk jalan bertol, kena bayar tol. Kalau kena saman kat road block, boleh bayar. Boleh buat rayuan lagi. Namun di akhirat tidak semudah itu. Hanya amalan, keikhlasan dan keimanan manusia yang mampu menghadapi sekatan-sekatan yang bakal dikenakan. Sebuah kisah dalam Al-Quran dalam surah Al Kahfi sebagai renungan.


Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan Kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
Surah Al Kahfi: 32-33

Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh. Dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
Surah Al Kahfi: 34

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah Aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
Surah Al Kahfi: 35-36

Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
Surah Al Kahfi: 37-38

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
Surah Al Kahfi: 39

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakan dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
Surah Al Kahfi: 40-41

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
Surah Al Kahfi: 42

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan Yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

Surah Al Kahfi: 43-44



-ibnuahmad-

Rujukan:
  1. Nik Abd Aziz Nik Mat, (2007), Nota Kepada Diri, Buku Harakah, Kuala Lumpur.
  2. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Misbah Em Majidy, (2008), Kisah Cinta dalam Al-Quran, Anbakri Publika, Kuala Lumpur.