Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Apr 27, 2009

Ia Tetap di Hatiku

Pada awalnya malas hendak menulis mengenai lawatan ke KLIBF 09. Sebab tak de apa sangat yang hendak dikongsikan. Saudara rapipoliku.blogspot awal-awal lagi menjangkakan lawatan ni akan menjadi topik hangat dalam blog.

Kehadiran pengunjung yang begitu ramai boleh diumpamakan seperti anai-anai agak merimaskan. Sukar untuk bergerak. Namun bila sudah berada ditempat seperti ini, keinginan untuk mendapatkan buku semakin membuak-buak. Tambahan pula buku yang telah lama dicari ada dijual disini. Kebetulan duit ada dalam poket, apa lagi.

Bersama Replika Idola Zaman ini.

Ust Habiburrahman El Shirazy.

Dikesempatan ini, dapat juga mendapatkan tanda tangan daripada dua penulis yang popular iaitu Ust Hasrizal Abdul Jamil@saifulislam.com dan Ust Habiburrahman El Shirazy. Antara buku yang telah terbeli ialah:
  1. Aku Terima Nikahnya tulisan Hasrizal Abdul Jamil@saifulislam.com terbitan Galeri Ilmu.
  2. Bercinta Sampai Ke Syurga tulisan Hasrizal Abdul Jamil@saifulislam.com terbitan Galeri Ilmu.
  3. Rindu Bau Pohon Tin tulisan Hasrizal Abdul Jamil@saifulislam.com terbitan Galeri Ilmu.
  4. Turki Negara Dua Wajah tulisan Dr Abdullah Azzam terbitan Alam Raya Enterprise.
  5. Umar bin Abdul Aziz - Peribadi Zuhud Penegak Keadilan tulisan Abdullah bin Abdul Hakam terbitan Alam Raya Enterprise.
  6. Kerajaan Islam Spanyol tulisan Rosli Mokhtar terbitan Casa Publication.
  7. Ketika Cinta Bertasbih 1 tulisan Habiburrahman El Shirazy terbitan Al Hidayah Publishers.
  8. Ketika Cinta Bertasbih 2 tulisan Habiburrahman El Shirazy terbitan Al Hidayah Publishers.
Ust Hazupi Sedang Melayan Karenah Kanak-Kanak.

Dalam keterbatasan waktu ini, entah terlarat atau tidak untuk membaca semua buku ini. Setakat ini, Alhamdulillah, buku Aku Terima Nikahnya telah habis dibaca. Apa yang boleh diperkatakan, rugi siapa yang datang ke KLIBF 09 ini.

Ia Tetap di Hatiku. Bukannya yang bewarna merah ini.

Ia tetap di hati. Mohon maaf jika kehadiran ke KLIBF 09 dan peristiwa yang berlaku disepanjang hari tersebut menggugat hati dan perasaan. Walaupun ia dapat dikawal, mungkin serpihan-serpihannya tetap mengenainya. Kepada sesiapa yang berkenaan.


-ibnuahmad-

*KLIBF 09 - Kuala Lumpur Internasional Book Fair 2009

Apr 25, 2009

Mencorak dan Menterjemahkan Pemikiran, Melahirkan Penulisan

Penulisan, suatu bidang yang amat mencabar. Memerlukan pemikiran yang kuat. Semangat yang kuat bagi meneneruskan kesinambungan bidang ini. Kalau tidak, ia akan menjadi sekerat jalan. Bak kata pepatah melayu, "hangat-hangat tahi ayam".

Bagi mencorak dan menterjemahkan pemikiran, ia memerlukan individu yang bermaklumat dan berilmu. Bagi mendapatkan maklumat dan ilmu, perkara yang perlu diutamakan ialah kepekaan dengan isu semasa. Selain itu perlu menambahkan ilmu pengetahuan sama ada dengan pembacaan ilmu, menghadiri dan mendengar kuliah, diskusi, perbincangan dan usrah.

Ilmu juga boleh diperolehi dengan pengalaman. Pengalaman merupakan suatu yang amat berharga dan berguna dalam kehidupan seseorang. Pengalaman juga boleh diambil dari orang lain melalui penceritaan dan perkongsian pengalaman.

Ilmu dan pengalaman yang ditimba akan membentuk dan menghasilkan corak pemikiran seseorang. Pemikiran tersebut perlu disesuaikan dengan keadaan persekitaran, keadaan masyarakat dan sasaran dakwah. Kualiti penulisan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi tuntutan dakwah semasa.

Penulisan tidak boleh dipisahkan dengan tuntutan mencari ilmu. Dengan ilmu manusia akan berfikir. Manusia akan membebani pemikiranya untuk kesejahteraan sejagat. Dengan ilmu akan mewujudkan kesedaran. Kewujudan kesedaran akan melahirkan kemahuan. Kemahuan akan menghasilkan tindakan. Tindakan dakwah. Tindakan membentuk individu Islam. Keluarga Islam. Masyarakat Islam. Negara Islam. Khilafah Islam.

Bersegeralah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Surah At-Taubah: 41


-ibnuahmad-

Apr 22, 2009

Sayap Kiri (Episod 2)

Tiada perancangan untuk menulis siri kedua untuk tajuk yang sama. Tiba-tiba mendapat ilham untuk menulis. Muslimat sayap kiri perjuangan (episod 2). Membebel kepada muslimin.

Mutakhir ini, tidak dinafikan lagi peranan muslimat dalam arena dakwah. Keupayaan golongan ini semakin dihargai kadang-kadang diambil kesempatan oleh golongan muslimin.

Keupayaan mereka dalam melaksanakan sesuatu program dan aktiviti menyebabkan mereka dipilih untuk melaksanakan program dan aktiviti yang seterusnya. Jika dulu muslimin dilihat satu watak yang gagah, perkasa, hebat. Kini mereka dilihat semakin lembek dan tidak berfungsi dengan sempurna. Sudah tidak memainkan peranan sebagai seorang muslimin. "Dah la golongan yang sedikit, tak berkualiti pula tu", kata-kata yang kedengaran diucapkan oleh muslimat.

Kini, kebanyakan program dan aktiviti banyak dikelolakan oleh muslimat. Dari peringkat bawahan sehinggalah atasan. Kalau macam ni jadinya, mulimat bukan lagi sayap kiri perjuangan, muslimat dah jadi tulang belakang perjuangan.

Dimana muslimin???

Muslimin hanya tahu bercakap. Tapi pemalas.

Muslimin hanya tahu mencari populariti. Mengeluarkan idea yang menggegarkan dunia. Namun apa pun tak ada.

Muslimin hanya tahu memberi arahan. Muslimat pula patuh sahaja. Arahan ketua katakan. Jika disemak kembali, kerja tersebut tak sepatutnya dilakukan oleh muslimat, kerana muslimin masih lagi wujud. Lain cerita jika muslimin sudah pupus. Hilang. Tetapi muslimin masih hidup. Masih ramai.

Apabila ditanya, "kenapa bagi muslimat buat kerja ini?". Jawapannya, "muslimat pun kena buat kerja dakwah juga. Muslimat pun makhluk Allah juga".

Begitu hebat muslimin masa kini. Terlalu pandai berkata-kata. Terlalu pandai mencari alasan. Melarikan diri pada tanggungjawab. Lalu membebankannya pada insan yang lemah untuk memikulnya.

Sungguh terkilan melihat keadaan ini. Kecelaruan fikrah yang semakin menjalar dalam jiwa. Walaupun tidak semua muslimin bersikap begitu. Namun sudah ada dua tiga orang yang bersikap seperti itu. Bimbang virus ini merebak dengan lebih meluas lagi.

Bangkitlah semula wahai muslimin sekalian.

Jika muslimat sering menceritakan kebanggaan mereka. Pahlawan Khaulah Al Azwar. Lalu ia menjadi pendorong kepada mereka untuk memajukan diri sehingga menjadi hebat.

Sepatutnya kita sebagai muslimin lebih berkemampuan dari muslimat. Kita mempunyai ramai pahlawan yang hebat. Kita mempunyai Ali bin Abi Talib, Abu Ubaidaidah Amir Al Jarrah, Zubir bin Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqas, Khaled Al Walid, Hussin bin Ali, Umar Abdul Aziz, Salahuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Hassan Al Banna dan ramai lagi. Kita sepatutnya lebih ke depan. Memayungi mereka bukannya mempergunakan mereka.

Perbanyakkan usaha. Elakkan mencari alasan. Banyakkan mujahadah. Tingkatkan ukhwah. Bina kekuatan. Ikhlaskan niat. Kita mampu lakukan. Kembalikan kegemilangan. Kita adalah muslimin. Kita adalah pemimpin. Kita adalah pejuang-pejuang pewaris nabi.

*Penulisan ini bukanlah untuk membela golongan muslimat namun sedikit terkilan bila ada muslimin yang mencari alasan dalam melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh kaum muslimin. Lalu mencadangkan tanggungjawab tersebut diberikan pada muslimat.


-ibnuahmad-

Apr 20, 2009

Kepelbagaian Manusia

Agak susah untuk mengenali keperibadian seseorang. Kadang-kadang ia nampak gah dihadapan, tetapi apabila berdampingan, baru tahu keperibadian sebenar. Tak seperti yang dijangkakan.

Sabda rasulullah SAW yang bermaksud, "Jika hendak mengenali sesorang, keluarlah bermusafir dengannya selama tiga hari. Barulah kita akan mengenalinya."

Seronok juga untuk menkaji perwatakan sebenar seseorang. Perwatakan sejati indidvidu. Perwatakan yang sebenar. Bukannya watak yang hipokrik apabila berada dihadapan orang ramai.

Untuk memahami corak pemikiran sesorang, perkembangan teknologi banyak membantu. Arena penulisan semakin berkembang dewasa ini dengan kewujudan pelbagai jenis laman sebagai medan menterjemahkan pemikiran dalam bentuk penulisan memudahkan lagi untuk mengenali corak pemikiran seseorang. Dengan membaca penulisan-penulisan yang dibuat, dapatlah kita menafsirkan pemikiran penulis tersebut.

"Mamat ni asyik duk cerita bab kahwin je dalam blog dia, dah kemaruk nak kahwin la tu."

"Minah ni terlalu emosi, ada masalah hati ni".

"Mamat ni asyik copy and paste je artikel je, memang yang jenis pemalas. Malas berfikir ni."

"Budak ni jenis nak cari populariti, penuh gambar dia isi dalam blog ni."

Antara beberapa penafsiran yang boleh dibuat apabila melawati laman-laman web yang berbentuk penulisan. Penulisan sahabat-sahabat.

Kadang-kadang suka juga buat lawatan mengejut ke rumah sahabat-sahabat di waktu pagi, petang ataupun malam.

"Rupa-rupanya mamat ni jenis tido pagi. "
"Oooooo....mamat ni suka main games CS waktu malam. Baru tahu."

Kadang-kadang suka juga menguji dari jarak jauh. Contohnya menghantar mesej pertanyaan pada waktu pagi. Kalau tak reply, boleh agak la dia sedang buat apa tu.......

Pada zaman Rasullah SAW, banyak sahabat yang menumpang di rumah sahabat lain untuk melihat amalan sahabat tersebut agar mereka dapat mengamalkannya. Antaranya Abdullah bin Abbas atau lebih dikenali dengan Ibnu Abbas yang tumpang bermalam di rumah Rasulullah SAW untuk melihat apakah amalan yang di buat oleh Rasulullah SAW pada waktu malam.

Kalau betul-betul hendak mengenali sahabat, tinggallah serumah dengannya. Banyak yang kita bleh pelajari dan banyak yang boleh kita perbetulkan. Macam-macam yang boleh kita ketahui mengenainya.

Yang ni susah nak bangun subuh.
Yang ni jenis tido 18 jam sehari.
Yang ni jenis anti-masyarakat. Asyik berkurung dalam bilik 24 jam.
Yang ni minat politik. Kalah Mat Sabu.

Yang ni jenis pengotor. Malas buang sampah.
Yang ni peminat bola.
Yang ni pembaca blog yang setia.
Yang ni peminat kartun.

Yang ni suka chating.
Yang ni suka bergayut.
Yang ni banyak makan.
Yang ni tukang rasa.
Yang ni mat motor.

Macam-macam lagi. Kenangan pahit dan kenangan terindah. Yang sentiasa terpahat dihati ini. Menjadikan ia segamit memori. Memori yang manis tetapi menyayatkan hati apabila perpisahan terjadi.


-ibnuahmad-

Apr 17, 2009

Ikhwan Muslimin Mesir

Ikhwanul Muslimin adalah salah satu jamaah Islam yang mengajak dan menuntut agar ditegakkannya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, dan diserukan oleh para salafush-shalih, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih menghujam dalam sanubari, pemahaman yang benar yang merasuk dalam akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan Ikhwanul Muslimin tersebar ke seluruh dunia. (id.wikipedia.org)

Ikhwanul Muslimin ditubuhkan pada tahun 1928 iaitu empat tahun selepas kejatuhan Khalifah terakhir, Turki Uthmaniyyah (1924). Sehingga kini, pemikiran Ikhwan Muslimin sudah melebar di semua dunia. Ia menjadi ketakutan kepada orang-orang kafir (yahudi dan nasrani) dan juga boneka-bonekanya yang berada di negara-negara Islam. Oleh itu, pendokong-pendokong Ikhwan Muslimin di seluruh dunia tidak terelak daripada mendapat penyiksaan dan penindasan. Ada diantara mereka dibunuh, dipenjara, diseksa, dikenakan tekanan, dibuang negeri dan dinafikan hak masing-masing. Berikut adalah senarai mursyidul am Ikhwan Muslimin Mesir.

Mursyidul Am Pertama:
Hassan al-Banna (1928 - 1949)

Mursyidul Am Kedua:
Hassan al-Hudhaibi (1949 - 1972)

Mursyidul Am Ketiga:
Umar at-Tilmisani (1972 - 1986)

Mursyidul Am Keempat:
Muhammad Hamid Abu Nasr (1986 - 1996)

Mursyidul Am Kelima:
Mustafa Masyhur (1996 - 2002)

Mursyidul Am Keenam:
Ma'mun al-Hudhaibi (2002 - 2004)

Mursyidul Am Ketujuh:
Muhammad Mahdi 'Akif (2004 - sekarang)

Apr 16, 2009

Akhirnya.......

Turutan Peristiwa
  1. Peralihan kuasa di Perak.
  2. Perhimpunan agung UMNO.
  3. Najib, Perdana Menteri ke-6.
  4. Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Kini....
  1. 3 adun BN Terengganu menerima sms ugutan.
  2. 10 adun BN Terengganu tidak menghadiri sidang dun.
Kekecohan terus berlaku. Ia semakin menampakkan puncanya. Sejak pengunduran Perdana Menteri ke-5, usaha-usaha membersihkan orang-orang Pak Lah semakin kerap berlaku. Terkini kedudukan Menteri Besar Terengganu semakin tergugat.

Akhirnya... Apa yang dijangka sudah pun terjadi. Motif sebenar pergolakkan di Terengganu adalah berpunca kegiatan untuk menjatuhkan Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid, beliau dan sembilan Adun Barisan Nasional (BN) negeri itu mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digantikan atas alasan ‘pelbagai masalah dan kelemahan’ kepemimpinannya.

Itulah yang sebenarnya mereka hendakkan. Peristiwa-peristiwa sebelum ini hanyalah permainan politik semata. Kancah politik negara terus bergolak.


-ibnuahmad-

Sedih dan Mengecewakan: Kenapa Ia Masih Wujud di Malaysia

Berita yang bertajuk "Serah 3 anak kepada rakan kerana miskin" daripada berita hairan bertarikh 17 April 2009 menceritakan seorang buruh yang menghidap barah otak di Lorong Bahagia, Kampung Bakong, Arau, dekat sini, terpaksa menyerahkan tiga anak lelakinya kepada tiga rakan kerana masalah kemiskinan.

Sakidan Ahmad, 37, dikesan menghidap barah otak sejak dua tahun lalu dan enggan menjalani pembedahan seperti disyorkan pegawai perubatan selepas dimaklumkan mengenai risiko kehilangan nyawa.

"Saya terpaksa mengetepikan nasihat doktor dan tidak menjalani pembedahan kerana memikirkan masa depan serta makan minum isteri, Nurul Natrah Abdullah serta lima anak yang masih kecil dan memerlukan pembelaan sewajarnya."

Dalam era Malaysia yang melangkah ke arah negara maju pada tahun 2020, masih terdapat masyarakat yang begitu melarat. Yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak yang bertangjawab untuk meringankan penderitaan mereka.

Masih lagi segar difikiran, peristiwa yang berlaku lebih kurang dua tahun lepas yang mana sekeluarga mati rentung dalam kebakaran di Kluang, Johor. Keluarga ini terpaksa menggunakan lilin (punca kebakaran) kerana gagal membayar bil elektrik akibat terpaksa menanggung pengajian tiga orang anak di IPTA. Sedih.

Jika perkara ini berlaku di negeri yang diperintah oleh pembangkang, adalah menjadi tidak hairan kerana ia selalu dimomokkan dengan kemiskinan terutamanya Kelantan. Tetapi ia tetap berlaku di negeri yang diperintah oleh kerajaan yang kaya raya. Ia tetap berlaku dan amat mengecewakan.


-ibnuahmad-

Apr 14, 2009

Sifat Babi yang Sangat Diharamkan untuk Umat Islam

Kisah perbualan antara seorang ilmuan dengan ulama. Topik perbualan membincangkan fiqh semasa mengenai babi. Kenapakah babi diharamkan dan bolehkah babi menjadi halal? Ikutilah perbualan mereka.

Ilmuwan: Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih ini akan menjadi halal?

Ulama: Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama: Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. Satu kandang lagi anda isi dgn 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yg akan terjadi pada masing-masing di kandang tersebut? Bisakah anda meneka nya?

Ilmuwan: Tidak.

Ulama: Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. Yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yg menang atau kalah. Dan itu adalah sesuai dengan kudrat & fitrah manusia yang diciptakan.

Ilmuwan: Pada kandang babi?

Ulama: Ini yang menarik. Pada kandang kedua itu, 2 ekor babi jantan itu tidak berkelahi untuk memperebutkan babi betina tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan homoseksual antara kedua ekor babi jantan tersebut setelah selesai dgn si betina. Hal inilah yang jelas-jelas bertentangan dgn fitrah umat manusia. Bila umat Islam ikut-ikutkan memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat & karakteristik seperti babi ini..

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini telah sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Maidah: 3).

Diambil daripada emel dalam Yahoo Group.

Kisah Seorang Muslimat – Khaulah Al Azwar

Sering terdengar kisah Khaulah, seorang pahlawan muslimat. Lalu berbekal kemudahan internet yang ada, mencari-cari mengenaikan kisah pahlawan ini. Kisah mengenai beliau dikumpulkan seperti yang dibawah ini. Kisah Khaulah mampu menaikkan semangat muslimat dan juga memberi cabaran kepada muslimin. Ikutilah kisahnya.


Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.


Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.


Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.


Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.


Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.


Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri.


Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata:


"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".


Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)". Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab:


“Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA”.


Masing-masing menjawab, “Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”.


Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:


"Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat".


Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani.


Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang.


Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.


Begitulah kisah seorang pahlawan muslimat yang hebat. Hebatnya tidak digambarkan pada masa kini. Bangkitlah pejuang-pejuang Islam semua. Usahlah dilayan dengan permasalahan hati lagi. Bangkitkan jihad.



-ibnuahmad-


Rujukan:

  1. serunaiklang91.blogspot.com, Bidadari Besi: Khaulah Al Azwar, 14 April 2009.
  2. Ukhtie Sue, Untukmu Mujahidah - Khaulah Azwar (Pejuang Misteri 2), Yahoo Group Hidayahnet, 14 April 2009.
  3. www.webnisa.net, Khaulah binti Al-Azwar - Mujahidah Sejati, 14 April 2009.

Apr 13, 2009

Sebuah Memori

Pelbagai aksi yang dipamerkan pada waktu petang menghampiri maghrib 09 hb April 2009. Seekor anak kucing yang hiper aktif. Anak kucing kesayangan kami sekelurga. Selepas penat bermain-main dengan kami, akhirnya ia tidur kepenatan. Lalu kami merakamkan gambar-gambar dibawah ini.

Comel.

Berbakat.


Diugut, namum ia tidak gentar.

Gurauan kematian.

Selepas solat maghrib, ada majlis tahlil kematian di rumah jiran sebelah. Pulang dari taihlil ini, kami lihat ia sudah tiada. Ia sudah mati. Mati dilanggar lari. Begitu mudah sebuah episod kehidupan. Kelahiran dan kematian. Sayu mengenangkan ia. Aku juga menunggu saat dikembalikan.

Sebuah cebisan memori. Yang menyentuh hati. Tak sampai hati mempamerkan bangkainya semasa pengkebumian.


-ibnuahmad-

Apr 12, 2009

Permasalahan Semasa

Dalam mengharungi kehidupan di akhir zaman ini, pelbagai karenah, fitnah yang berlaku. Ia diburukkan lagi apabila berlaku dikalangan golongan-golongan pejuang agama Allah. Berdasarkan situasi semasa, apa penulis dapat lihat ialah:
  1. Ada yang hebat yang memperjuangkan Islam. Selalu kedepan apabila ada isu-isu Islam diperlekehkan. Mengemukan idea-idea yang bernas untuk menjayakan dakwah Islam. Namun dia gagal menguruskan diri sendiri. Dia gagal menguruskan kewangannya, keluarganya, kebersihannya, kemasyarakatannya, akademiknya. Sedangkan semua itu amat dituntut dalam Islam.
  2. Ada yang kuat bekerja untuk Islam. Kuat mencari dana untuk Islam, hebat mengedarkan risalah-risalah dakwah. Tetapi ia gagal dalam amal ibadatnya. Solat wajibnya selalu lewat. Amalan sunat jarang dilakukan.
  3. Ada juga pejuang Islam yang hebat dalam ibadatnya. Setiap hari dipenuhi amalan sunat dengan tidak dilalaikan amalan wajib. Namun ia tewas dengan wanita. Wanita menyebabkan hatinya senantiasa gundah gulana. Sentiasa berusaha untuk menghubunginya. Ada saja perkara yang hendak dibincangkannya.
  4. Ada juga pejuang Islam yang terlalu prejudis pada sahabat-sahabatnya. Mula bersangka buruk apabila idea dan pendapatnya ditolak. Merasa diri di anak tirikan. Sedangkan sesuatu perkara yang dibuat telahpun dibuat mesyuarat dan perbincangan. Mengambil kira pendapat semua. Mempertimbangkan pro dan kontranya.
  5. Merasakan diri terlalu mulia. Mahu pendapatnya sentiasa dijulang dan diterima orang.
  6. Terlalu memikirkan tentang orang lain. Bimbang orang lain gugur dalam medan perjuangan. Tetapi tidak berfikir mengenai diri sendiri. Tidak usaha untuk diri sendiri. Merasakan diri "tidak akan kecundang" dalam arus ini. Merasa diri terlalu hebat.
  7. Emosi. Asyik melihat dan mengatakan orang lain beremosi. Tetapi apabila semua merenung kembali, dialah yang beremosi. Terlalu emosi.
  8. Ego. Keras kepala. Tidak menerima pendapat orang lain.
Amat banyak jika disenaraikan permasalahannya. Banyakkanlah berdoa. Tingkatkanlah ukhuwah. Insyaallah, dengan berjamaah segala masalah akan dapat diatasi. Bukan menambahkannya.


-ibnuahmad-

Apr 9, 2009

Suatu Kesangsian - Kes Pembunuhan Wanita Monggolia

Berita Harian bertarikh 10 April 2009 melaporkan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.

Apabila diimbas pada bacaan yang pertama, dapat dilihat satu keadilan telah ditegakkan di Malaysia. Namun apabila direnung kembali, terdapat kesangsian. Adakah keadilan benar-benar tertegak di Malaysia.


Secara peribadi dan logik akal, apakah tujuan Azilah dan Sirul Azhar melakukan pembunuhan tersebut. Adakah mereka sengaja melakukan pembunuhan? Mustahil, amat mustahil. Pasti ada sebab dan tujuannya. Bagi anggota bawahan seperti mereka, mungkin ada yang mengarahkan mereka berbuat demikian. Mungkin dengan ganjaran yang lumayan dan perlindungan undang-undang terhadap mereka. Kes ini merupakan kes yang besar kerana ia melibatkan negara asing. Pembunuh pula melibatkan unit tindakan khas, bukanya polis biasa, bukannya rakyat biasa. Setelah 3 tahun kes ini berlalu, apa yang dapat diperhatikan, mereka tidak mempunyai kepentingan peribadi untuk melakukan pembunuhan ini.

Jika mereka mendapat arahan dari pihak tertentu untuk melakukan pembunuhan ini, kenapa mereka masih berdiam diri? Kenapa mereka tidak menyatakan dalang sebenar yang mengarahkan pembunuhan ini dilakukan sedangkan mereka sudah dijatuhkan hukuman mati. Adalah tidak berbaloi jika mereka dihukum bunuh sedangkan pengarah sebenar pembunuhan ini masih bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan. Secara logiknya, mustahil mereka akan menyembunyikan pengarah pembunuhan ini.

Sepanjang mengikuti perbicaraan kes ini, wajah Azilah dan Sirul Azhar tidak pernah ditunjukkan kepada rakyat. Adakah mereka mampu "melepaskan diri" dari hukuman ini.? Berkemungkinan mereka akan terlepas dari hukuman ini kerana tidak siapa yang tahu wajah sebenar Azilah dan Sirul Azhar. Apabila hukuman dijalankan, mungkin tempat mereka akan digantikan dengan "watak" lain.

Watak lain bermaksud hukuman bunuh dijalankan kepada pesalah lain (yang juga menghadapi hukuman bunuh atas kesalahan lain) tetapi menggunakan nama mereka. Ataupun hukuman bunuh terhadap mereka diumumkan telah dijalankan tetapi hakikatnya tidak dijalankan. Dan mereka akan dihantar ke luar negara, lalu selamatlah mereka berdua.

Perlu diingat, kes ini juga dikaitkan dengan "orang besar Malaysia" iaitu Abdul Razak Abdullah Baginda merupakan bekas penganalisis politik dan pembantu rapat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Kes ini turut dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jikalau tengok cerita bollywood, "orang besar" (watak jahat) boleh buat apa sahaja. Yang pasti hero (keadilan) akan muncul untuk menewaskan penjahat ini.

Sekadar sedikit kesangsian yang wujud dalam hati. Adakah benar keadilan wujud di Malaysia.


-ibnuahmad-

Apr 5, 2009

Perdana Menteri Ke-6 Malaysia

Merinduimu, Sahabat

Sejak dari awal lagi, aku dilatih dan melatih diriku untuk berbahas. Bukan perbahasan yang berbentuk pertangingan. Tetapi perbahasan fakta, ilmu dan pendapat. Naqibku (Ust Ipin, Ust Irwan) membentukku berbahas secara ilmiah. Bukan perbahasan yang membuta tuli. Berbahas dengan ilmu. Ada ilmu. Bukannya kosong. Bukan beremosi.

Aku berbahas untuk memperbaiki diri. Membaiki diri sendiri dan teman-teman. Bukan untuk menyerang peribadi. Bukan untuk menghina. Sekadar menegur. Jikalau berlaku berbeza pendapat, barulah terjadinya perbahasan. Perbahasan ilmu. Segalanya aku terima dengan tenang. Walaupun ia bertentangan dengan pendapatku. Aku tidak bertindak balas dengan menyerang kembali.

Sehingga ke hari ini, aku adalah seorang yang agak lantang apabila berbahas. Mengemukakan idea dan pendapat peribadi. Kadang-kadang, tiada tempat untuk aku kemukakan ideaku. Lalu aku akan meluahkannya di dalam tulisan-tulisan. Meluahkan dalam blog.

Musim terus berlalu. Sahabat muncul dan pergi. Pergi apabila misi bersama telah selesai. Untuk meneruskan perjuangan di tempat lain. Kini, aku juga berada dalam penghujung misi. Menanti masa untuk berpisah.

Di kala penghujung misi, aku terkenangkan sahabat yang telah berpisah. Amat merinduinya. Bertambah kerinduan apabila di masa kesunyian. Bertambah kerinduan apabila berhadapan adik-adik yang mempunyai pelbagai karenah. Dalam mengejar perjuangan. Dalam proses kematangan. Perbezaan pendapat.



Dua sahabat yang akrab denganku telah meninggalkan daku untuk meneruskan perjungan di tempat lain. Dua sahabat yang sentiasa menjadi teman untuk berbahas, berkongsi ilmu, berkongsi pandangan.

Sahabat yang berbahas dengan ilmu, berbahas dengan hujjah yang kukuh. Mengemukakan pendapat, pandangan. Bertindak dengan matang. Mengetepikan emosi.
Menerima kritikan dan juga memberi kritikan. Kritikan untuk membaiki diri.

Sahabat yang tenang. Mempunyai wajah bercahaya. Berilmu. Teori dan tindakan berjalan seiringan. Daku amat merinduimu.


-ibnuahmad-

Apr 2, 2009

Travelog Seorang Da'i

Mengisahkan seorang insan yang bernama Abdul Rahman Mohamed menjalani kehidupan dalam kemiskinan, kehinaan, arak, dadah, kumpulan samseng setelah kematian ayah.

Justify Full
Semasa belajar di Sekolah Rendah Gabungan Kallang dalam keadaan yang sangat susah, beliau menulis ".....semasa rehat, aku akan ke tandas untuk meneguk air paip sampai kenyang....."

Kemudian beliau menyambung "...kadang-kadang aku ke kantin untuk mengecek teman-temanku makan. Pernah suatu ketika aku dihalau oleh makcik yang menjual mi rebus kerana berdiri di depan gerai yang menghalang perniagaannya. Aku berlalu dengan hati yang amat sedih..."

Akhirnya beliau berubah. Mula mengenali agama. Menyambung pelajaran ke Aceh. Madinah. Dan menjadi seorang pendakwah yang sentiasa menghadapi karenah orang atasan, godaan, hinaan dan cacian.

Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah mendapatkannya di mana-mana kedai buku. Semoga mendapat manfaat daripada pembacaan buku ini.


-ibnuahmad-

Apr 1, 2009

Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden

Menjadi hobi terkini pada saya ialah memasuki kedai-kedai dan membeli buku-buku. Saya lebih cenderung kepada pembacaan bab sirah. Adabuku yang cepat ditamatkan pembacaannya. Ada buku yang lambat ditamatkan pembacaannya. Ada buku yang tak selesai pembacaannya. Ada juga yang tak dibaca lansung.

Satu koleksi terbaru saya ialah buku "Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden" karya Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor.

Tak kenal maka tak cinta. Kebanyakkan umat Islam hari ini tidak mengenali tokoh-tokoh gerakan Islam. Termasuklah diri yang menulis ini. Dengan hadirnya buku ini, bolehlah kita mengenali secara ringkas peribadi dan riwayat hidup tokoh-tokoh gerakan Islam seluruh dunia. Antara tokoh-tokoh yang disenaraikan dalam buku ini:
  1. Dr Abdul Aziz Rantisi - HAMAS, Palestin.
  2. Abdul Qader Awdah - - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  3. Dr Abas Madani - Barisan Penyelamat Islam (FIS), Algeria.
  4. Syeikh Abdul Hamid Kisyk - Mesir.
  5. Dr Abdul Majid Az-Zandani - Yaman.
  6. Dr Abdullah Azzam - Ikhwan Muslimin
  7. Dr Abdullah Nasih Ulwan - - Ikhwan Muslimin.
  8. Syeikh Ahmad Yassin - HAMAS, Palestin.
  9. Syeikh An-Nadwi.
  10. Badi'uzzaman Sa'id An-Nusri.
  11. Dr Burhanuddin Al-Helmi - Hizbul Muslimin, Malaysia.
  12. Najbuddin Erbakan - Turki.
  13. Syeikh Faisal Molawi - Lubnan.
  14. Dr Fathi Yakan.
  15. Iman Syahid Hasan Al-Banna - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  16. Hakim Hasan Al-Hudaibi - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  17. Dr Hasan At-Turabi - Sudan.
  18. Jamaluddin Al-Afghani.
  19. Al-Maududi - Pakistan.
  20. Syeikh Muhammad Abduh
  21. Syeikh MuhammadAl-Ghazali
  22. Ustaz Mustafa Masyhur - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  23. Syeikh Dr Mustafa Siba'ie - Ikhwan Muslimin, Syiria.
  24. Omar Al-Mokhtar.
  25. Qazi Hussain - Pakistan.
  26. Sayyid Qutb - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  27. Syeikh Sa'id Hawwa.
  28. Syeikh Solah Abu Ismail - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  29. Zainab Al-Ghazali - Ikhwan Muslimin, Mesir.

Selamat membaca. Semoga ia mampu melahirkan kecintaan kita kepada agama Islam. Pendorong dan penguat semangat.


-ibnuahmad-