Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Nov 25, 2009

Ikhtibar dari Peristiwa Pembunuhan Saidina Uthman Affan

Meneliti sirah khalifah ar-rasyidin yang ke tiga iaitu Saidina Uthman Affan, seorang sahabat Nabi SAW yang dermawan, menantu dua kali Nabi SAW (Dzin Nurain) yang dilantik menjadi khalifah kaum muslimin bagi menggantikan Saidina Umar Al Khattab yang mati dibunuh oleh si majusi. Setelah 12 tahun memerintah, akhirnya baginda mati dibunuh oleh pemberontak.

Salah satu punca pemberontakan ialah sikap baginda yang melantik sanak saudaranya bagi menduduki jawatan dalam pentadbirannya. Hasil daripada hasutan dan fitnah, akhirnya isu ini menjadi semakin besar dan berubah menjadi pemberontakan sehingga menyebabkan baginda di bunuh.

Firman Allah bermaksud:
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat; 6)

Walaupun baginda melantik sanak saudaranya menduduki pentadbirannya, tetapi baginda melantik mereka yang berkelayakkan dan berkebolehan dalam menjawat jawatan dalam pentadbiran. Sanak saudaranya yang tidak mempunyai kebolehan tidak dilantik dalam pentadbiran. Tidak semua jawatan diberikan kepada sanak saudaranya, terdapat banyak jawatan yang turut diberikan kepada kabilah lain mengikut kesesuaian jawatan tersebut.

Namun isu yang sekecil ini akhirnya menjadi semakin besar sehingga menjadikan kaum muslimin huru hara, pergolakkan dalam masyarakat menjadi tidak terkawal. Akhirnya menjadi salah satu punca perpecahan, pembunuhan sesama muslimin, perang saudara, wujudnya golongan-golongan seperti muktazilah, syiah yang membawa halauan masing-masing. Permulaan kepada perpecahan dalam Islam. Perpecahan kesatuan Islam.

Nov 17, 2009

SPR Cabar Keputusan Mahkamah


KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin di Mahkamah Persekutuan bagi membuktikan pihaknya bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam mengendalikan isu berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tindakan itu akan dilakukan secepat mungkin berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah, kosong berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negerinya menghadiri dua persidangan DUN.

samb...

Daripada Berita Harian Online

Nov 11, 2009

Beza Berita Harian dengan Utusan Malaysia

Hampir semua akhbar utama pada 10 November 2009 (Selasa) memaparkan berita tentang "Wanita 73 Tahun Mati Ditikam Suami 81 Tahun kerana Menuntut Cerai". Peristiwa tersebut berlaku di negeri Kedah. Saksikanlah perbezaan gambar yang dipamerkan oleh akhbar Berita Harian dengan Utusan Malaysia.



Ishk..ishk..ishk, sempat lagi edit gambar ni. Hebat betul akhbar Utusan ni.

Nov 10, 2009

Mari Belajar Hukum Sembelihan

Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.


Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam.


Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.


http://b.cdn.tendaweb.com/fckfiles/image/internasional/lamb.jpg


Rukun Sembelihan

1. Orang yang menyembelih.

· Beragama Islam @ ahli kitab

· Baligh; tidak sah jika kanak-kanak

· Berakal; tidak sah jika orang gila

2. Binatang yang disembelih

· Binatang yang halal dimakan

· Binatang itu masih hidup

3. Alat untuk menyembelih

· Mestilah alat yang tajam seperti pisau

· Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku


Syarat Sah Sembelihan

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih.

2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya

3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)

4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup

5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan

6. Disembelih oleh orang Islam

7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang

8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih


Sunat Sembelihan

1. Membaca Bismillah

2. Berselawat ke atas nabi

3. Mengadap kiblat

4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih

5. Menyembelih di pangkal leher binatang tapi jika haiwan itu dalam keadaan tenat dan sukar untuk disembelih di bahagian leher, boleh disembelihan di bahagian lain samada kaki, dan lain-lain.