“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat; 6)
Nov 25, 2009
Ikhtibar dari Peristiwa Pembunuhan Saidina Uthman Affan
Meneliti sirah khalifah ar-rasyidin yang ke tiga iaitu Saidina Uthman Affan, seorang sahabat Nabi SAW yang dermawan, menantu dua kali Nabi SAW (Dzin Nurain) yang dilantik menjadi khalifah kaum muslimin bagi menggantikan Saidina Umar Al Khattab yang mati dibunuh oleh si majusi. Setelah 12 tahun memerintah, akhirnya baginda mati dibunuh oleh pemberontak.
Salah satu punca pemberontakan ialah sikap baginda yang melantik sanak saudaranya bagi menduduki jawatan dalam pentadbirannya. Hasil daripada hasutan dan fitnah, akhirnya isu ini menjadi semakin besar dan berubah menjadi pemberontakan sehingga menyebabkan baginda di bunuh.
Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat; 6)
Walaupun baginda melantik sanak saudaranya menduduki pentadbirannya, tetapi baginda melantik mereka yang berkelayakkan dan berkebolehan dalam menjawat jawatan dalam pentadbiran. Sanak saudaranya yang tidak mempunyai kebolehan tidak dilantik dalam pentadbiran. Tidak semua jawatan diberikan kepada sanak saudaranya, terdapat banyak jawatan yang turut diberikan kepada kabilah lain mengikut kesesuaian jawatan tersebut.
Namun isu yang sekecil ini akhirnya menjadi semakin besar sehingga menjadikan kaum muslimin huru hara, pergolakkan dalam masyarakat menjadi tidak terkawal. Akhirnya menjadi salah satu punca perpecahan, pembunuhan sesama muslimin, perang saudara, wujudnya golongan-golongan seperti muktazilah, syiah yang membawa halauan masing-masing. Permulaan kepada perpecahan dalam Islam. Perpecahan kesatuan Islam.
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat; 6)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment