Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Jul 21, 2009

Suatu Perbahasan Ilmiah - Makanan, Teknik Perniagaan dan Pemboikotan

Pada asasnya, penyediaan makanan dalam Islam hendaklah halal dan baik. Halal merupakan suatu perkara yang diketahui oleh ramai. Namun merujuk pula pada makanan yang baik. Perkara ini adalah meliputi dari pelbagai aspek seperti proses pembuatan, pembukusan, pemasaran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan ini. Jika ada yang mencampurkan elemen-elemen zikir dalam proses pembuatan, maka itu adalah yang terlebih baik. Adalah sifat semulajadi manusia mencari yang terbaik antara yang terbaik. Jadi bila ada pilihan yang lebih baik, kenapa harus mencari yang kurang baik.

Dalam aspek perniagaan, promosi adalah amat penting dalam memastikan produk yang dikeluarkan dapat dipasarkan. Menyentuh kepada cara promosi seperti mempamerkan cara penyediaan, cara penyembelihan, zikir-zikir yang dibacakan, alat-alat yang digunakan pun dikempen sekali, ini adalah salah satu cara ataupun kaedah yang digunakan bagi membuktikan bahawa produk mereka adalah produk yang terbaik. Di era moden ini, terdapat terlalu banyak barangan yang dijual dipasaran. Dengan kaedah promosi seperti ini dapat memberitahu pengguna produk mana yang lebih baik untuk dibeli. Promosi produk melalui kaedah ini dibolehkan dalam Islam. Yang tak bolehnya adalah cara yang menipu.

Segala amalan sah dengan niat. Niat yang baik akan membuahkan hasil yang baik. Promosi barangan halal dalam masa yang sama berkempen memboikot barangan lain (barangan tidak halal, barangan yang tidak baik, barangan musuh Islam seperti Yahudi dan Amerika) adalah suatu dakwah. Mencari yang halal adalah kewajipan setiap individu muslim dan yang haram wajib dinyatakan haram.

Di dalam sejarah Islam di Madinah, ada suatu perigi yang dimiliki bersama oleh seorang Yahudi dengan Saidina Uthman. Dalam seminggu, si yahudi menggunakan perigi tersebut sebanyak enam (6) hari manakala Saidina Uthman hanya satu (1) hari. Saidina Uthman telah menginfak perigi tersebut dimana semua orang boleh menggunakan perigi tersebut dengan percuma manakala pada hari lain, si Yahudi telah mengenakan bayaran yang tinggi kepada sesiapa yang ingin mengambil air dalam perigi tersebut. Nabi SAW telah mengarahkahkan semua kaum muslimin untuk mengambil air pada hari Saidina Uthman sahaja. Suatu arahan boikot yang dikeluarkan oleh nabi SAW.

Kempen boikot dibuat berdasarkan kepada tindakan zalim dan penindasan yang dilakukan oleh penjajah. Tindakan promosi sambil berkempen boikot barangan lain adalah untuk membuka mata masyarakat bahawa mereka mempunyai barangan alternatif yang lebih terjamin halalnya buatan orang Islam jika mereka melaksanakan pemboikotan ini.

Dalam persoalan ini, isu menjatuhkan orang lain sepatutnya tidak timbul. Ia ditimbulkan oleh individu-individu yang masih lagi terlalu taksub dengan produk penjajah sehingga menjadi igauan berpuakan di dalam mimpi jika mereka meninggalkan produk penjajah. Apa yang patut dilakukan ialah kita harus menyokong dan mempergiatkan lagi usaha ini sebagai salah satu usaha menjatuhkan golongan zalim dan golongan terlaknat di muka bumi ini.


*Tulisan ini dibuat sebagai respon kepada pertanyaan yang dikemukakan dalam satu yahoo group.

Feb 4, 2009

KFC - Pada Pandangan Peribadi

Aku ingan kongsi satu cerita.

Sewaktu awal pembukaan RADIX FC (RFC), satu surat saman telah datang dari KFC Amerika. Aku merasa pelik kenapa ia datang dari KFC Amerika, bukan KFC Malaysia. Ada kaitan lagi ke KFC amerika dengan KFC malaysia sedangkan daripada maklumat yang dapat daripada emel, blog bahawa melayu telah ambil 100% KFC malaysia. Memang pelik. Terkini, surat saman kedua telah sampai. Terlebih pelik.

Aku ni orang yang tak tahu, cuma aku ingin bertanya. Jika KFC sudah beralih tangan kepada orang melayu, bahan-bahan untuk menghasilkan makanan di KFC sekarang seperti tepung KFC, sos cili dan lain-lain diambil dimana?

Adakah KFC Malaysia mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini ataupun masih lagi diimport dari Amerika. Kalau KFC malaysia dah ada kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini, ok la tu. Tapi jika barang-barang tersebut masih lagi diimport dari Amerika, bermakna kita tetap menyumbang pada Amerika yang menyokong Yahudi Laknatullah menyerang saudara kita di Palestin.

Yang ni dari segi perniagaan pula, berdasarkan apa yang aku nampak. Politik perniagaan. KFC Amerika sudah nampak akan kesan kempen boikot barangan Amerika dibuat oleh umat Islam. Bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian, mereka menyerahkan syarikat ini kepada orang Melayu.

Orang Melayu pun berada dalam dilema. Nak boikot atau tak? Lalu tak jadilah nak boikot sebab Melayu yang kuasai. MELAYU. Selamatlah syarikat KFC Malaysia.

Satu lagi, orang Melayu memang suka makan ayam. Tambah-tambah lagi ayam KFC. Tapi cuba kita tengok di mana-mana KFC, orang india dan cina amat la kurang. KURANG. Amat kurang. Sebab mereka tahu makan ayam tak baik untuk kesihatan. Ayam ni banyak lemak.

Sebab tu, bila ada kenyataan di media yang umat Islam tak perlu boikot KFC, orang melayu akan sebarkannya habis-habisan. Berjuang berhabis-habisan. Orang Melayu suka makan ayam. Hidup Melayu. Hidup KFC.

Just pendapat dari aku yang jahil ini.

-ibnuahmad-

Dec 29, 2008

Ringgit dan Perjuangan

Merentasi dunia yang semakin mencabar dewasa kini, umat Islam semakin hari semakin dilanda permasalahan yang besar, yang merumitkan, yang sukar diatasi dan ditangani. Permasalahan gejala sosial yang semakin meningkat, keruntuhan akhlak remaja, pergaulan bebas, penzinaan, anak luar nikah, pembunuhan. Makanan yang tidak halal memenuhi pasaran tempatan, riba, rasuah berleluasa di kalangan pemimpin (contoh pemilihan UMNO Mac 2009) sehingga ke rakyat bawahan (contoh polis, JPJ dll).


Pelbagai usaha dijalankan oleh bagi mengatasi permasalah ini. Ini termasuklah mengadakan ceramah-ceramah, seminar, kempen, forum dan pelbagai lagi program.


Dari segi aspek pemakanan halal, banyak program telah dijalankan pada peringkat awal. Sedikit demi sedikit masyarakat mulai sedar akan kepentingan makanan halal bagi melahirkan generasi mendatang yang lebih berwibawa untuk mengharungi masa depan yang lebih mencabar. Namun pada masa tersebut, makanan halal yang berada di pasaran amat sedikit menyukarkan masyarakat mencari barangan alternative yang halal bagi menggantikan makanan yang digunakan sebelum ini (tidak halal, syubhah).


Kini, pelbagai pihak telah berusaha menghasilkan makanan dan produk harian yang halal. Sesetengah barangan yang dihasilkan amat mahal harganya. Keadaan ekonomi masyarakat yang tidak begitu baik (pendapatan yang rendah, harga keperluan barangan keperluan semakin meningkat dll) menyebabkan mereka kurang mampu membeli produk halal.


Dulu produk halal kurang di pasaran, kini produk halal dan banyak tetapi harganya pula agak mahal.


Duit. Sememangnya suatu benda yang amat sensitif, yang boleh menimbulkan konflik, pergaduhan, pembunuhan. Ia juga boleh menjadi penyebab seseorang meninggalkan perjuangan. Seperti kata-kata seorang ustaz dalam kuliahnya, “jangan bercakap pasal jihad jika tidak sanggup mengorbankan wang ringgit”.


Perbanyakkanah sedekah, berkorbankanlah harta bagi memperoleh produk yang halal. Mantapkanlah perjuangan memelihara kesucian Islam, melahirkan generasi penyambung perjuangan. Perjuangan melibatkan semua aspek. Fizikal (tubuh badan sihat, cergas, kuat dll). Rohani (ilmu, amalan, iman dll)

-ibnuahmad-

Dec 3, 2008

Mentaliti Umat Melayu Islam Malaysia

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti....


Apa yang dapat aku perhatikan, mentaliti umat Melayu sekarang ini masih lagi berada di takut lama dan enggan berubah.

Pemerhatian 1: Makanan Orang Melayu
Sebahagian besar masih lagi terlalu berbangga dengan produk buatan bukan Islam. Contohnya ubat gigi Colgate dan Darlie. Kopi Power Root. Sedangkan dengan kemajuan yang kita ada sekarang, umat Islam sudah mampu menyediakan barangan pilihan/alternatif yang halal dan toyyiba. Tidak dinafikan bahawa barangan buatan bukan Islam mempunyai logo HALAL, tapi sejauh manakah status halalnya boleh dipercayai? Dunia akhir zaman ini....

"Nak beli kopi radix tak?", tanya ku. "Aku minum kopi power root je, aku tak boleh minum kopi lain", balas seorang kenalan ku. Belum cuba, dah kata tak boleh, itulah kaum ku.

"Nak kopi radix tak Pak Cik?". "Tak nak, mahal", rungut seorang penggerai. Tidak aku nafikan harga kopi radix memang agak mahal, tapi kalau kopi yang buatan bukan orang Islam, boleh pula dia jual. Harga lebih kurang je.

*Isu Semasa: Sekarang ni dah heboh pula dengan kopi radix palsu, baru nak hidup sikit perniagaan orang Islam, dah ada yang nak sabotaj.


Pemerhatian 2: Politik Perniagaan
Aku melihat bagaimana kaum cina kelantan pandai mengatur strategi perniagaan mereka yang mana mereka menggunakan nama yang lebih mesra dengan penduduk melayu islam setempat. Contohnya pasaraya BILAL dan SALAMKU di kelantan adalah milik orang cina. Sebaliknya orang melayu yang hendak berniaga sibuk mencari nama dalam bahasa asing yang kononnya akan meningkatkan daya saing. Billion Trading, De Classic Life antara syarikat anak melayu. Bank Pertanian pun dah ditukar nama pada Agro bank.

Kita terlalu berbangga dengan bahasa asing. Sedangkan sejarah membuktikan tiada tamadun yang menggunakan bahasa asing mampu berdiri dengan gah.


*Isu Semasa:
  1. Penjenamaan semula bagi menghadapi cabaran global. "Malaysia ni kerja dia asyik tukar nama universiti je, tapi ranking universiti makin jatuh. Tengok luar negara, universiti yang bernama institute ataupun college, tak de pula yang nak tukar nama, tapi ia tetap popular, maju dan mendapat sambutan semua orang diseluruh dunia", rungut orang kuat UMNO kampungku (lebih kurang la maksud kata-katanya).
  2. Pembelajaran sains dan matematik untuk sekolah rendah dalam bahasa inggeris akan diteruskan.


-ibnuahmad-

Nov 18, 2008

AWAS: Kopi Radix Tiruan

May 10, 2008

Antara Negara Perindustrian dengan Negara Pengeluar Makanan

Malaysia atau dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu dikenali sebagai sebuah negara pertanian kini sedang mengalami perubahan menuju kearah sebuah negara perindutrian. Negara ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020.

Saya melihat kepada kepentingan sebuah negara pertanian yang mana ia berfungsi sebagai pengeluar makanan.

Negara pertanian juga mampu menjana kewangan negara sekaligus mampu untuk menjana kewangan negara. Ia juga mampu untuk mencapai matlamat negara kearah negara maju.

Makanan merupakan satu aspek yang penting selain aspek persenjataan. Makanan merupakan keperluan manusia yang penting. Lumpuhnya makanan menyebabkan lumpuhnya manusia (rutinnya).

Jika peperangan berlaku dan musuh berjaya menyekat bekalan makanan daripada memasuki negara, maka pertahanan negara akan lumpuh sedikit demi sedikit seterusnya akan mempercepatkan proses kekalahan negara (secara dasar dari pandangan manusia).

Jika berlaku krisis makanan seperti yang berlaku sekarang ini, maka kemanakah kita hendak bergantung jika negara pengeluar menghadkan bekalan makanan ke negara kita. Kita akan menyaksikan masyarakat akan kebuluran walaupun mempunyai duit yang banyak.

Apabila bencana alam berlaku, perkara yang pertama yang di perlukan ialah tempat tinggal dan makanan. Ia mengatasi keperluan lain seperti duit, pakar motivasi atau lain-lain.

Berdasarkan tiga situasi yang saya berikan, saya berpendapat bahawa menjadi atau mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian dan berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar makanan adalah lebih baik daripada merubah Malaysia menjadi negara perindustrian.

Sekadar pandangan peribadi berdasarkan keadaan semasa.

-ibnu ahmad-