Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Oct 28, 2008

Said bin Zaid

Nama lengkapnya Said bin Zaid bin Amr bin Nufail Al-Quraisyi Al-Adawi. Dipanggil Abu A’war. Dilahirkan di Mekah tahun 22 sebelum hijrah.

Said termasuk orang yang awal memeluk agama Islam dan dia adalah antara 10 orang sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.

Said berkahwin dengan Fatimah binti Al Khattab, adik kepada Saidina Umar bin Al Khattab. Umar juga bernikah dengan adik perempuan Said, Atikah.

Peristiwa Saidina memeluk Islam berlaku di rumah Said. Saidina Umar mendengar Said dan isteri sedang membaca Al-Quran. Saidina Umar amat marah lalu memukul Said dan Fatimah. Apabila melihat Fatimah tercedera, Saidina Umar merasa kasihan lalu meminta lembaran Al Quran yang dibaca oleh Said. Pada awalnya Said enggan menyerahkannya tetapi akhirnya menyerahkannya. Hati Saidina Umar menjadi lembut apabila membaca ayat tersebut lalu pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk memeluk Islam.

Sebelum perang Badar, Rasulullah SAW menghantar Said menguruskan satu misi penting ke luar Madinah sehingga ia tidak ikut dalam perang tersebut. Oleh sebab perkara tersebut, Rasulullah SAW tetap memberinya bahagian dari hasil rampasan perang Badar. Selain perang Badar, Said tidak pernah ketinggalan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.

Said juga mengikuti dalam peperangan Yarmuk, pengepungan Kota Damaskus dan pembebasanya. Said juga pernah diangkat sebagai komandan perang di Kota Damaskus.

Said meninggal dunia di Al-Aqiq, sebuah daerah yang berhampiran dengan Kota Madinah pada tahun 51 H. Jasadnya dimakamkan di Kota Madinah.

-ibnuahmad-


Rujukan:
Syaikh Muhammad Sa’id Mursi, (2005), Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur.

No comments: