Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Oct 5, 2008

Sultan Muhammad Al Fateh

Alhamdulillah, pada 29 Ramadan yang lepas saya sempat membeli novel sejarawan islam yang bertajuk Sultan Muhammad Al Fateh - Penakluk Konstantinopel. Saya sempat menghabiskan pembacaan buku tersebut pada hari yang sama walaupun ada sahabat saya yang mengatakan saya ni jenis pengumpul buku, bukan pembaca bukan.

Dalam buku ini mengisahkan riwayat hidup Sultan Muhammad Al Fateh dan usahanya dalam menawan Kota Konstantinopel yang merupakan suatu tempat yang strategik yang dikuasai oleh Kerajaan Rom. Kota ini telah cuba ditakluk sejak Zaman Khalifah Arrasyidin dan hanya berjaya ditakluk pada zamannya iaitu di zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, Kota Konstantinopel akan berjaya ditakluk oleh Raja yang baik, tenteranya yang baik dan rakyanya yang baik.

Hadis ini hanya terbukti selepas 800 tahun kewafatan Rasulullah.

Dalam novel ini diceritakan bagaimana usaha Sultan Muhammad dalam membuktikan kebenaran hadis Rasulullah SAW. Beliau adalah seorang raja yang baik yang membentuk tentera dan rakyatnya menjadi baik, strategi politik dan ketenteraannya, hubungannya dengan pencipta dan cabaran serta dugaan yang dihadapi dalam proses penaklukan Kota Konstantinopel.

Akhirnya kota ini jatuh ketangan ummat Islam selepas pertempuran selama 53 hari. Suasana debaran menanti memang terasa apabila membaca novel ini. Satu pasukan tentera yang baik diuji oleh Allah dengan mengambil masa yang begitu lama unutk menakluk sebuah kota.

Setelah berjaya menaklukinya, Sultan Muhammad telah menukar nama Kota Konstantinopel kepada Islambul (Islam sepenuhnya). Al fateh yang bermaksud Sang Penakluk adalah gelaran yang diberikan kepada Sultan Muhammad.

Sultan Muhammad Al Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 akibat diracun oleh seorang munafik. Al Fatihah.

-ibnuahmad-

No comments: