Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Oct 7, 2008

10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

Bila ditanya berapakah rukun solat dan cuba senaraikannya, ramai juga yang tidak mampu menyenaraikan sepenuhnya atau dengan betul. Aku sendiri pun kadang-kadang terlupa. Maklumlah manusia. Tu belum tanya lagi rukun puasa ada berapa?

Pernah dulu ada sahabat yang buat soalan kuiz mengejut. Ditanya siapakah Mursyidul Ikwan Muslimin yang ke2, menurut makluman penganjur, hanya dua orang je yang betul daripada lebih kurang 50 orang peserta.

Kekurangan ilmu, lemahnya daya ingatan, malasnya nak pergi ke kuliah agama apatah lagi membaca buku antara faktor terjadinya perkara ini.

Dalam lebih kurang tiga bulan yang lepas, aku membaca buku mengenai 10
sahabat yang dijamin syurga. Tapi bila cuba diingat balik riwayat 10 sahabat ini, dah tak ingat dah. Nak senaraikan nama 10 sahabat ini pun dah tergagap-gagap.

Disini aku senaraikan nama 10 orang sahabat yang dijamin syurga. Riwayat hidup boleh cari sendirilah. Kat internet ka, kat buku ka. Itu pun kalau rajin. Moga sama-samalah menjadi rajin untuk mencari ilmu.

  1. Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.- Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

  2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a. - Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

  3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a. - Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

  4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a. - Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

  5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a. -Shahid Yang Hidup

  6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a. - Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

  7. Abdul Rahman bin Auf r.a. - Orang Yang Berniaga Dengan Allah

  8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a. -Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

  9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a. -Orang Kepercayaan Ummat Ini
  10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a. - Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih


Sumber Rujukan:

Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga - susunan Syed Ahmad Semait

-ibnuahmad-

2 comments:

Ibnu Ahmad said...

Alhamdulillah, setakat ni penulis berjaya mencari 8 drp 10 sahabat yang dijamin syurga yang telah di "link" kan disebelah kanan blog ini. 2 orang sahabat lagi belum dijumpai "link" nya iaitu Saiyyidina Saad bin Abi Waqas dan Saiyyidina Said bin Zaid. Mungkin kena cari buku dan tulis sendiri kot selepas ini. Moga diberi kekuatan dan masa oleh Allah SWT

Zackyun said...

salam.

nice.sedang mcari tentang saad bin abi waqas dan terjumpa blog ni. izinkan saya mlink dan mungkin akan dijadikan rujukan utk diri sendiri atau dikongsi dalam blog..

trimas!