Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Dec 3, 2008

Mentaliti Umat Melayu Islam Malaysia

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti....


Apa yang dapat aku perhatikan, mentaliti umat Melayu sekarang ini masih lagi berada di takut lama dan enggan berubah.

Pemerhatian 1: Makanan Orang Melayu
Sebahagian besar masih lagi terlalu berbangga dengan produk buatan bukan Islam. Contohnya ubat gigi Colgate dan Darlie. Kopi Power Root. Sedangkan dengan kemajuan yang kita ada sekarang, umat Islam sudah mampu menyediakan barangan pilihan/alternatif yang halal dan toyyiba. Tidak dinafikan bahawa barangan buatan bukan Islam mempunyai logo HALAL, tapi sejauh manakah status halalnya boleh dipercayai? Dunia akhir zaman ini....

"Nak beli kopi radix tak?", tanya ku. "Aku minum kopi power root je, aku tak boleh minum kopi lain", balas seorang kenalan ku. Belum cuba, dah kata tak boleh, itulah kaum ku.

"Nak kopi radix tak Pak Cik?". "Tak nak, mahal", rungut seorang penggerai. Tidak aku nafikan harga kopi radix memang agak mahal, tapi kalau kopi yang buatan bukan orang Islam, boleh pula dia jual. Harga lebih kurang je.

*Isu Semasa: Sekarang ni dah heboh pula dengan kopi radix palsu, baru nak hidup sikit perniagaan orang Islam, dah ada yang nak sabotaj.


Pemerhatian 2: Politik Perniagaan
Aku melihat bagaimana kaum cina kelantan pandai mengatur strategi perniagaan mereka yang mana mereka menggunakan nama yang lebih mesra dengan penduduk melayu islam setempat. Contohnya pasaraya BILAL dan SALAMKU di kelantan adalah milik orang cina. Sebaliknya orang melayu yang hendak berniaga sibuk mencari nama dalam bahasa asing yang kononnya akan meningkatkan daya saing. Billion Trading, De Classic Life antara syarikat anak melayu. Bank Pertanian pun dah ditukar nama pada Agro bank.

Kita terlalu berbangga dengan bahasa asing. Sedangkan sejarah membuktikan tiada tamadun yang menggunakan bahasa asing mampu berdiri dengan gah.


*Isu Semasa:
  1. Penjenamaan semula bagi menghadapi cabaran global. "Malaysia ni kerja dia asyik tukar nama universiti je, tapi ranking universiti makin jatuh. Tengok luar negara, universiti yang bernama institute ataupun college, tak de pula yang nak tukar nama, tapi ia tetap popular, maju dan mendapat sambutan semua orang diseluruh dunia", rungut orang kuat UMNO kampungku (lebih kurang la maksud kata-katanya).
  2. Pembelajaran sains dan matematik untuk sekolah rendah dalam bahasa inggeris akan diteruskan.


-ibnuahmad-

2 comments:

Nurhidayah Jaafar said...

bersamalah dengan gerakan anti PPSMI...

Copy Paste said...

dalam bidang jualan lansung, MLM, orang melayu sangat teruja dengan jumlah pendatan yang diperolehi oleh syarikat bukan islam. apabila duit dah jadi segalanya.

sedangkan syarikat orang islam juga mampu memberi pulangan yang lumayan jika kita bekerja dengan bersungguh2.nk duit je, kerja malas, orang melayu.

jika orang melayu menyokong syarikat milik orang islam, kita mampu bersaing dengan lebih jauh. disamping jaminan tahap halal barangan keluaran orang islam adalah lebih dipercayai.