Menurut beliau, sepatutnya kerajaan campuran Selangor bertanggungjawab ke atas kejadian itu kerana ia mungkin tidak melaksanakan sistem pemantauan berkesan ke atas kawasan tersebut.
Sumber: Utusan Malaysia Online
Ulasan:
Sifat semulajadi manusia yang asyik ingin menyalahkan orang lain bagi melepaskan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan. Penggondolan Bukit Antarabangsa telah banyak dilakukan di zaman pemerintahan Khir Toyo. Memang wajar beliau disalahkan sebagai punca ataupun penyebab berlakunya tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.
Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud
"Telah berlaku berbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan disebabkan oleh tangan manusia; (yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".
Pemantauan terhadap pergerakan tanah amat sukar dijalankan. Ia tidak seperti memantau kanak-kanak yang sedang bermain atau memantau pergerakan pembangkan yang mengadakan demonstrasi. Ia melibatkan suatu kajian yang terperinci dan menggunakan tenaga pakar. Punca utama berlaku tanah runtuh ialah pergerakan air di bawah tanah yang mana ia sukar dikesan dengan mata kasar.
Sesuatu bencana yang berlaku adalah suatu musibah atau pengajaran bagi manusia yang sering lupa dan alpa. Ia adalah suatu pemberian dan kurnia dari Allah agar manusia segera bertaubat. Ia bukanlah suatu medan untuk kita bertelagah, tuduh menuduh dan mempolitikkan isu untuk mencari populariti. Apa yang penting, cari jalan penyelesaian terbaik. Islam adalah penyelesaian yang terbaik.
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik". (jika demikian keadaannya) maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah agama yang betul, sebelum datangnya dari Allah: hari yang tak dapat ditolak; pada hari itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan). Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing;
(Surah Ar-Rum: 42-44)
-ibnuahmad-
1 comment:
salam..
manusia..sudah tersohor dengan sifatnya yang menyalahkan org lain apbila berlaku sesuatu..
dlm psikologi,sifat ini dipanggil helah bela diri..
Post a Comment