Jika UMNO berjaya memenangi parlimen ini, ini menujukkan sokongan rakyat secara umumnya masih meyakini akan pihak pemerintah. Langkah bagi pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan masih lagi jauh. Apatah lagi untuk Islam membentuk kerajaan. Berdasarkan situasi semas, kemenangan UMNO mungkin boleh berlaku disebabkan oleh akan berlakunya perubahan kuasa dalam UMNO itu sendiri. Ini boleh memulihkan keyakinan pengundi.
Jika PAS yang menang, insyaallah jalan untuk pakatan rakyat membentuk kerajaan makin hampir. Tetapi susur jalan perjuangan Islam masih jauh. Pejuang-pejuang Islam harus bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan bumi ini disinari oleh cahaya agama Allah. Jalan perjuangan bukan suatu yang senang untuk ditempuhi.
Berkemungkinan ada calon ke3 atau ke4 yang akan menawarkan diri untuk bertanding. Mungkin nenek tua akan bertanding lagi (atas tajaan suatu pihak yang mempunyai kepentingan tertentu) walaupun duitnya dah banyak habis semasa PRU12 yang lepas. Mungkin ada yang tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan oleh parti lalu membuat keputusan untuk bertanding atas tiket bebas atau yang diletakkan sebagai strategi politik parti yang bertanding.
Banyak kemungkinan yang boleh berlaku.
Namun, pejuang Islam tidak boleh leka walaupun apa yang berlaku, walau apa pun keputusannya. Musuh Allah perlu diatasi agar jalan dakwah dapat memecut laju. Mengikis kejahilan, kemaksiatan, kemungkaran. Menegakkan Islam adalah kewajiban setiap individu.
-ibnuahmad-
No comments:
Post a Comment