Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Jan 9, 2010

Matlamat Ilmu dan Hijrah

Kedatangan tahun baru telah memberi inspirasi kepada banyak umat manusia. Dengan kehadiran tahun baru ini, kebanyakan mereka akan menetapkan matlamat atau keazaman baru untuk dilaksanakan pada tahun baru ini.


Matlamat atau keazaman ini kebanyakan tidak menjadi kenyataan apabila tidak disertai dengan sokongan dan dorangan yang menguatkan ia sehingga menjadi kenyataan seperti yang diimpikan.


Keazaman dan matlamat tahun baru adalah yang seeloknya menetapkan suatu perubahan diri menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Ia juga boleh dikatakan sebagai hijrah. Bagi melaksanakan hijrah ini memerlukan sokongan yang kuat dalam bentuk ilmu.

Kesedaran melalui ilmu akan melahirkan kesedaran untuk merubah diri menjadi yang terbaik. Kesedaran untuk melakukan perubahan. Kesedaran yang mendorong mereka mencapai matlamat atau keazaman yang ditetapkan.


Oleh yang demikian, sentiasalah menggerakkan diri dalam mencari ilmu (melalui pembacaan, menghadiri kuliah, usrah dan lain-lain). Keazaman atau matlamat boleh sentiasa ditetapkan dalam diri setiap kali kita memperoleh ilmu baru. Tidak perlu menunggu tahun baru untuk menetapkan keazaman atau matlamat hidup.


Setiap ilmu yang diperolehi menuntut untuk dilaksanakan bukan sekadar untuk disimpan dalam diri. Itulah kejayaan sebenar tarbiah diri yang dijalani.


Kematian juga tidak menunggu tahun baru untuk hadir menjemput manusia. Ia hadir pada bila-bila masa. Kadang-kadang ia hadir tanpa disangka-sangka.


Dan katakanlah, “bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga rasulnya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

(At-Taubah: 105)


Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.

(Thaahaa: 130)

No comments: