Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Jan 29, 2008

3 Remaja

Dalam suasana kedinginan pagi Ahad yang sunyi sepi, aku duduk sendirian di dalam bilik. Aku sedang menyemak akuan kiri-kira peribadi sambil mendengar lagu yang di nyanyikan oleh Nadamurni, aku teringat akan khutbah yang di sampaikan oleh Ust Shahrir beberapa minggu yang lalu yang mana ia menceritakan perihal ramaja. Aku terasa ingin berkongsi dengan semua apa yang dengar ini. Semoga dapat kita fikirkan dan merenung kembali apa yang telah kita lakukan dalam menempuh ranjau yang penuh berliku dalam melayari kehidupan di dunia. Khutbah tersebut mecerikan kisah atau suasana hidup remaja di tiga buah tempat di dunia ini.

Dalam suasana semasa dunia sekarang, umat Islam sentiasa ditindas oleh golongan kuffar yang bermaharajalela di muka bumi ini. Di sini kita boleh merujuk dan menilai pengorbanan yang telah di buat oleh remaja-remaja Palestin. Di usia remaja lagi, mereka telah menempuh, berjuang, dan berjihad dalam menentang Yahudi laknatullah. Di usia yang masih muda mereka telah turun ke medan jihad, mereka behadapan dengan peluru-peluru, roket-roket dan kereta kebal dari musuh islam hanya menggunakan batu. Ramai di antara mereka telah tercedera dan ramai lagi yang bertemu dengan syahid yang menjadi impian umat islam.

Bila merujuk pula remaja di Eropah, dalam era moden dan global ini, mereka sedang berlumba-lumba dalam mengejar ilmu pengetahuan. Mereka di lihat begitu tamak dalam memcari ilmu. Pelbagai cabang ilmu diterokai lalu ia telah menyumbangkan kepada perkembangan tamadun Eropah yang mana telah menguasai dunia ini. Jikalau kita merujuk kepada sejarah, dunia Eropah pernah mangalami zaman gelap namum begitu segalanya telah berubah. Kepelbagaian ilmu telah berkembang di dunia Eropah.

Bagaimana pula dengan remaja melayu Malaysia? Remaja Malaysia sekarang ini terdedah dengan hiburan yang melampau. Setiap hari mereka di jamu dengan pelbagai jenis hiburan sama ada di TV, radio, media cetak dan juga media elektronik. Mereka tidak lagi di hidangkan dengan ilmu Al-Quran dan Sunnah meyebabkan mereka terjerumus kepada dunia yang hina ini. Pelbagai berita yang telah kita dengar tentang remaja kita hari ini, gejala sosial, rogol, cabul, culik, rompak, samun, peras ugut, gangster, arak, judi, couple, berpakaian ketat, mendedahkan aurat dan banyak lagi. Kadang-kadang apa yang berlaku di luar pemikiran kita dan pada pemikiran logiknya, ia tidak mungkin berlaku. Namun itulah hakikatnya, ia telah terjadi.

Sahabatku, jagalah akan kepentingan Islam, insyaallah Allah akan jaga kepentingan kita sebagai hambanya. Ingat, matlamat akhir kita sebagai orang Islam adalah akhirat. Syurga yang kita impikan. Halatuju hidup kita hanyalah kematian yang nyata pasti akan berlaku. Tidak kira atau muda, mati adalah penamat hidup kita di dunia ini.

Wahai remaja Malaysia, fikirkanlah.

Al fakir ibnu ahmad
27 Januari 2008

No comments: