Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Feb 28, 2009

Aku Ada Emak (Tiada Episod)

“Man, makan. Dah tengah hari ni”, kedengaran suara emak di dapur. “Man mengantuk lagi la emak”, sahut Azman di dalam bilik tidurnya. Pada masa tersebut jam sudah menunjukkan pukul 1 lebih (tengah hari).

Azman bangkit dari tempat tidurnya jam 2.30 petang.
Makan. Solat dan meneruskan kerja-kerja lain. Main “games” kat komputer, aktiviti sukan di petang hari. Kalau tak cukup petang, malam pun main lagi. Pinggan dan sisa-sisa makanan dibiarkan di singki. Emak ada untuk basuh semua itu. Alangkah senangnya hidup seorang anak. Anak lelaki.


Masa terus berlalu, Azman berjaya menjejakkan langkah kakinya ke sebuah universiti tempatan. Bertemu dengan mahasiswa dari seluruh pelosok negara. Semuanya ada. Luar negara pun ada juga. Satu matlamat. Satu perjuangan. Menuntut ilmu. Harapan ibu bapa. Harapan keluarga. Harapan orang kampung.


Pada tahun akhir pengajian, Azman telah berjumpa dengan sesorang. Seseorang yang dijangka menjadi pasangan hidupnya pada masa yang mendatang. Mereka berdua dipertemukan oleh seorang ustaz. Siti, solehah orangnya. Mereka berdua berjaya menjaga batasan pergaulan. Mereka berjaya mengelakkan diri dari melakukan sebarang maksiat.


“Man, jom tolong aku masak”, kedengaran suara Rizal@Pali dari dapur. “Rizal, tak payah susah-susah, bila dah kahwin, isteri yang akan masak untuk kita. Muslimat kan sayap kiri perjuangan. Sebelum kahwin, kita makan kat kedai je la”, terkedu lidah Rizal hendak berhujjah balas. Pada masa yang sama memikirkan malangnya nasib wanita-wanita apabila ada lelaki yang meletakkan tanggungjawab memasak adalah tugas wanita sahaja. Teruk betul lelaki zaman sekarang. Rizal bermonolog seorang diri (ayat yang biasa digunakannya).


Namun Rizal tak berhujjah balas. Rizal lebih dikenali sebagai seorang yang agak pemalu dan jarang berhujjah dikalangan sahabat-sahabat. Rizal lebih banyak menumpukan pada perhambaannya kepada Maha Pencipta. Dengan tafsirnya, dengan sejadahnya, dengan tasbihnya, dengan buku-buku agamanya.


“Kau tak kesiankan isteri kau ke, asyik suruh bini je masak. Mana tanggungjawab kau sebagai seorang ketua keluarga. Cubalah kau bayangkan betapa penatnya emak kau kat rumah. Nak masak, kemas rumah, anak-anak lagi. Banyak kerja orang perempuan ni”, bantah Hazupi yang terkenal dengan kelantangannya dalam berdebat.


“Cuba bayangkan masa bini kau tengah mengandung, masa bersalin, masa dalam pantang, kau nak suruh bini kau masak lagi. Fikir-fikirkanlah Man”, sambung Hazupi lagi.


“Zupi ni asyik-asyik cerita bab kahwin”, celah Zuhdi yang sedang memotong bawang sambil memakai cermin mata hitam sebagai perisai. Rizal hanya tersenyum melihat gelagat Zuhdi, jarang sekali dia ketawa.


“Makan kat kedai je masa bini bersalin, apa susah”, Azman terus keluar bersama Zaim ke kadai makan berdekatan. Dia tak mahu berhujjah lebih lama lagi sebab dia tahu, kalau Faisal masuk campur, lagi teruk dia kena. Faisal yang jarang berhujjah dengan akal. Bila berhujjah, terus keluar ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis. Memang tak kan terbalas hujjah Faisal yang digelar “Sang Murabbi” oleh ahli rumah.


“Masa kecik ada emak, masa besar ada bini, senang betul kerja lelaki ni”, rungut Hazupi yang masih tak puas hati dengan Azman. “Sabarlah Zupi, bersangka baiklah pada sahabat”, Faisal bersuara dengan perlahan.



*NOTA: Watak-watak adalah imaginasi penulis semata-mata.


-ibnuahmad-

1 comment:

Nadee H. said...

haha , betul juga.
laki zaman sekarang.
tsk3
tp agk kelaar.
=)