Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Jul 30, 2008

Poco-poco Mesrakan Polis, Pelancong


Poco-poco mesrakan polis, pelancong, itulah tajuk berita dalam akhbar utusan meloya pada hari ini. Saya merasa hairan macam mana orang melayu islam boleh terfikir menggunakan kaedah ini untuk melahirkan rasa kemesraan antara polis dan juga pelancong. Apa yang saya lihat, ini ialah suatu kebodohan yang jelas, kejahilan yang nyata, merendahkan martabat orang islam dan kita sekarang terlalu terlalu terpengaruh dengan budaya orang bukan islam, terutamanya budaya barat.

Lihatlah, gadis-gadis polis melayu yang bertudung sedang menari di hadapan pelancong asing, orang bukan islam. Lihatlah betapa rendahnya maruah diri anak bangsa, betapa rendahnya martabat islam, betapa murahnya harga wanita zaman ini.

Terus terang saya katakan, saya amat kecewa melihat budaya ini berleluasa dalam masyarakat kita sekarang ini.

-ibnuahmad-

Jul 28, 2008

Khinzir dan Keturunannya



Jul 21, 2008

Jiwa yang Kosong


Sudah beberapa lama, ku merasakan diri ini kosong. Tiada pengisian, walaupun aku sering mendengar kuliah2 keagamaan, soal jawab agama (cd). Aku merasakan aku tiada arah tuju, bingung.

Pada malam ini aku berkesempatan utk pergi berusrah yang mana ia membahaskan akan bab akidah yang berkat rapat tauhid dan iman, hubungkaitnya dan banyak lagi.

Aku merasakan jiwa ku kembali hidup, kembali kepada fitrah sebenar.

Akidah adalah perkara yang terpenting dalam islam. Pemahaman terhadap akidah mampu menenangkan jiwa. Mampu mengubat luka.

Sahabat, bersamalah kita mendalami ilmu Allah, teruskanlah belajar, mantapkan tarbiah diri untuk pembangunan ummat.

-ibnuahmad-

Jul 19, 2008

Al Kisah Encik A to Z

Encik A to Z adalah seorang penduduk kampung yang agak berpengaruh. Dia berjaya melonjatkan namanya di kalangan penduduk kampung.

Hasil daripada keaktifan dalam parti politik, akhirnya dia terpilih sebagai calon adun untuk kawasan beliau. Dalam pilihanraya yang diadakan, beliau berjaya memenangi dewan undangan negeri kawasan tersebut.

Setelah beliau memenangi pilihanraya tersebut, beliau tidak banyak melakukan tugasnya sebagai YB. Namun begitu beliau masih dikenali sebagai orang kampung, tidak ego, tidak berlagak dan masih lagi dihormati oleh penduduk kawasan beliau.

Apabila terdapat ura-ura yang parlimen akan dibubarkan, beliau mula melakukan aktivitinya. Beliau mula menturap (tar) jalan-jalan kampung, taman perumahan yang begitu lama tidak dihiraukannya. Boleh dikatakan semua jalan di kawasan beliau diturap.

Akhirnya parlimen dibubarkan seterusnya pembubaran dewan undangan negeri. Sekali lagi beliau terpilih sebagai calon dan berjaya memenangi pilihanraya tersebut. Beliau telah dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Setelah hampir 4 bulan dilantik sebagai exco, beliau pun menganjurkan satu karnival untuk kawasan beliau. Karnival ini berkonsepkan hiburan yang mana terdapat pertandingan nyanyian, persembahan artis-artis dan lain-lain yang ditaja oleh syarikat2 besar. Alhamdulillah, segala perancangan yang dibuat dilihat gagal mendapat sambutan sehinggakan konsert artis terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan pengunjung.

Bagaimana sebagai seorang exco yang sepatutnya memahami masalah rakyat yang kian tersepit dengan kenaikan harga barang dan harga minyak boleh mengeluarkan bajet yang besar untuk program hiburan. Adakah dia tidak memahami masalah rakyat ataupun 'orang kampung' sudah berubah.

Bagaimana nasibnya selepas ini tidak ditehui lagi. Adakah dia akan terpilih lagi sebagai calon. Adakah rakyat akan memilihnya lagi sebagai adun. Adakah dia akan terpilih lagi sebagai exco ataupun ke jawatan yang lebih tinggi. Apa lagi yang ingin buat pada penduduk tempat beliau.

-ibnuahmad-

Jul 15, 2008

Rumah Sewa - Pusat Pentarbiahan

Beberapa hari lepas, saya mula menduduki rumah sewa yang disewa bersama rakan-rakan. Sebelum ini rumah ini di jadikan tempat peninggalan barang-barang oleh kawan2. Oleh sebab itu penuh la rumah ini dengan barang.

Apa yang terjadi, seperti yang di jangka, barang2 yang ditinggalkan di sini tidak dituntut setelah tempoh perjanjian peninggalan barang2 tersebut.

Keadaan ini menyebabkan keadaan rumah gagal diuruskan dengan baik. Bukan saya ingin memberi alasan atas kegagalan kami menguruskan rumah, namun siapa yang berada ditempat ini, dialah yang merasa.

Ada juga yang melonggokan barang disini, selepas tamat tempoh, mereka mengambil barang keperluan meraka dan yang selebihnya ditinggalkan disini. Ada yang menyuruh ia supaya diwakafkan, ada juga yang suruh supaya di buang saja.

Wakaf. Suatu yang seronok didengar kerana mendapat barang2 secara percuma. Namun jika terlalu banyak barang2 yang ditinggalkan, BAYANGKANLAH.


Kami juga telah menjadi agen PUSAT RECYCLE apabila banyak barang yang ditinggalkan tanpa tuntutan terpaksa dijual untuk mengelakkan pembaziran dan mengelakkan rumah menjadi sarang pembiakan serangga ataupun stor barang2 tak berguna.

Kesimpulan yang boleh saya buat, duduk dirumah sewa mampu mendidik anda menjadi lebih tabah dan cekal hati. Ia juga mampu mendidik kita menjadi insan yang sabar. Oleh itu, marilah kita pakat2 duk umah sewa. TAKBIRRRRRRRRRR…

-ibnuahmad-

Jul 6, 2008

Bulan Rejab – Bulan Sembahyang


Pada 4 hb Jun (Jumaat) lepas, kita telah menerima kehadiran bulan Rejab, antara bulan utama dalam kelendar islam. Bila menyebut tentang bulan rejab, biasanya umat islam akan membicarakan tentang peristiwa isra’ dan mikraj yang mana peristiwa ini menceritakan kisah Nabi SAW yang diperjalankan dari masjidil haram ke masjidil aqsa kemudian di naikkan ke sidratul muntaha untuk menghadap Maha Pencipta dan menerima perintah kewajiban menunaikan solat lima waktu.

Dalam peristiwa ini menunjukkan kepentingan ibadat solat melebihi ibadat-ibadat lain yang mana Nabi SAW menerima perintah ini secara terus daripada Allah SWT tidak seperti ibadat lain yang diterima melalui perantaraan malaikat Jibrail AS.

Namun begitu, manusia pada zaman ini dilihat terlalu leka, melengah-lengahkan ibadat solat dan mula mengabaikannya. Perkara ini berlaku yang biasanya diberi alasan disebabkan oleh kepenatan dan kesibukkan pekerjaan,pelajaran dan lain-lain lagi. Mereka lebih mementingkan urusan keduniaan daripada perintah Allah SWT yang utama ini.

Bila menyebut ibadat solat pula, semua umat Islam tahu akan kewajiban menunaikannya, tapi apakah kita tahu akan apa yang ada di dalamnya, perkara sunat, perkara wajib dan lainnya. Perkara utama dalam solat ialah rukun solat, adakah kita tahu? Rukun solat ialah perkara yang wajib dilakukan dalam solat. Jika tidak dilakukan, solat kita adalah tidak sah. Berikut saya senaraikan rukun solat mengikut apa yang disenaraikan oleh ulamak fekah:

1. Niat.
2. Berdiri tegak.
3. Takbir.
4. Bacaan fatihah.
5. Ruku’ + thomakninah.
6. I’tidal + thomakninah.
7. Sujud + thomakninah.
8. Duduk diantara dua sujud + thomakninah
9. Duduk tahiyyat akhir.
10. Bacaan tahiyyat akhir.
11. Bacaan selawat Nabi SAW.
12. Salam.
13. Tertib.

Apabila disenaraikan akan rukun solat, yang terlupa boleh ingat kembali, yang tidak tahu boleh tahu. Ada juga yang bertanya, apa itu thomakninah, apa itu tertib. Kebanyakkan umat islam hari ini tidak ambil cakna dengan ibadat solat, kebanyakkannya sekadar buat ikut orang buat.

Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat semua, marilah kita sama-sama menghayati akan ibadat solat. Sama-sama kita merujuk kepada ustaz-ustaz untuk mempelajari ilmu-ilmu berkaitan ibadat solat agar ibadat solat yang kita lakukan lebih sempurna dan diberkati berkat dari kesungguhan kita belajar tentangnya.

-ibnuahmad-