Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Jul 6, 2008

Bulan Rejab – Bulan Sembahyang


Pada 4 hb Jun (Jumaat) lepas, kita telah menerima kehadiran bulan Rejab, antara bulan utama dalam kelendar islam. Bila menyebut tentang bulan rejab, biasanya umat islam akan membicarakan tentang peristiwa isra’ dan mikraj yang mana peristiwa ini menceritakan kisah Nabi SAW yang diperjalankan dari masjidil haram ke masjidil aqsa kemudian di naikkan ke sidratul muntaha untuk menghadap Maha Pencipta dan menerima perintah kewajiban menunaikan solat lima waktu.

Dalam peristiwa ini menunjukkan kepentingan ibadat solat melebihi ibadat-ibadat lain yang mana Nabi SAW menerima perintah ini secara terus daripada Allah SWT tidak seperti ibadat lain yang diterima melalui perantaraan malaikat Jibrail AS.

Namun begitu, manusia pada zaman ini dilihat terlalu leka, melengah-lengahkan ibadat solat dan mula mengabaikannya. Perkara ini berlaku yang biasanya diberi alasan disebabkan oleh kepenatan dan kesibukkan pekerjaan,pelajaran dan lain-lain lagi. Mereka lebih mementingkan urusan keduniaan daripada perintah Allah SWT yang utama ini.

Bila menyebut ibadat solat pula, semua umat Islam tahu akan kewajiban menunaikannya, tapi apakah kita tahu akan apa yang ada di dalamnya, perkara sunat, perkara wajib dan lainnya. Perkara utama dalam solat ialah rukun solat, adakah kita tahu? Rukun solat ialah perkara yang wajib dilakukan dalam solat. Jika tidak dilakukan, solat kita adalah tidak sah. Berikut saya senaraikan rukun solat mengikut apa yang disenaraikan oleh ulamak fekah:

1. Niat.
2. Berdiri tegak.
3. Takbir.
4. Bacaan fatihah.
5. Ruku’ + thomakninah.
6. I’tidal + thomakninah.
7. Sujud + thomakninah.
8. Duduk diantara dua sujud + thomakninah
9. Duduk tahiyyat akhir.
10. Bacaan tahiyyat akhir.
11. Bacaan selawat Nabi SAW.
12. Salam.
13. Tertib.

Apabila disenaraikan akan rukun solat, yang terlupa boleh ingat kembali, yang tidak tahu boleh tahu. Ada juga yang bertanya, apa itu thomakninah, apa itu tertib. Kebanyakkan umat islam hari ini tidak ambil cakna dengan ibadat solat, kebanyakkannya sekadar buat ikut orang buat.

Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat semua, marilah kita sama-sama menghayati akan ibadat solat. Sama-sama kita merujuk kepada ustaz-ustaz untuk mempelajari ilmu-ilmu berkaitan ibadat solat agar ibadat solat yang kita lakukan lebih sempurna dan diberkati berkat dari kesungguhan kita belajar tentangnya.

-ibnuahmad-

No comments: