Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "
Manusia diciptakan dengan pelbagai rupa paras, perangai, sifat yang berbeza2 diantara satu sama lain. Ini menunjukkan tanda2 kebesaran kuasa Allah.
Dalam kehidupan masyarakat, kehidupan berjiran, kita perlulah memahami antara satu sama lain agar kehidupan yang bermasyarakat yang dibina terus utuh dan mantap, ukhwah dapat dipertingkatkan.
Hakikat ataupun realitinya, susah nak wujudkan kesefahaman antara jiran tetangga. Ia lebih merumitkan jika kawasan tersebut adalah kawasan bandar ataupun perumahan yang mana masyarakat lebih bersikap individulistik dan materialistik (tidak semua yang bersifat demikian).
Susahnya nak faham sifat manusia, apatah lagi mengikut kehendak kemahuannya.
Apa pun, kita perlu menghadapi hakikat ini. Kita tidak boleh lari daripada masalah ini. Hidup perlu diteruskan. Allahuakbar!!!!
-ibnuahmad-
No comments:
Post a Comment