Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


May 5, 2009

Ia Tetap Di Hatiku (Episod 2)

Alhamdulillah. Segala puji kepada Allah Tuhan semesta alam dengan limpah dan kurnianya masih lagi kita diberikan nikmat dan rezeki yang berpanjangan. Sedikit ulasan dan perkongsian ilmu daripada buku yeng dibeli semasa KLIBF09 yang lepas.


Buku “Kerajaan Islam Spanyol”

Pembukaan Islam di Sepanyol diterokai oleh panglima Tariq bin Ziad dan panglima Musa bin Nusair. Orang-orang memanggil Sepanyol sebagai Andalusia. Andalusi banyak melahirkan tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkemuka. Mereka telah menerokai cabang-cabang ilmu yang baru.


Pembukaan Sepanyol berlaku pada tahun 711 M yang dilakukan oleh Kerajaan Bani Umayyah. Sepanyol diperintah oleh gabenor yang bernaung terus di bawah Khalifah Bani Umayyah. Pemimpin silih berganti menjadikan Andalusia semakin bergolak dengan kelahiran ramai pemimpin yang gilakan harta, tamakkan dunia dan mengejar pangkat kekayaan.


Pemerintahan di Andalusia semakin bergolak dan pada masa yang sama Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik telahpun dijatuhkan oleh Bani Abbasiyyah dan kemudiannya Kerajaan Bani Abbasiyyah diasakan.


Abdul Rahman Al-Dakhil merupakan keluarga dari Bani Umayyah yang berjaya melepaskan diri dari malapetaka yang berlaku di Damsyik. Baginda kemudianya mengasaskan Kerajaan Bani Umayyah Andalusia. Kemunculan baginda berjaya menyelesaikan pergolakkan yang berlaku di Andalusia.


Masa berlalu, pemerintahan yang semakin lemah. Campur tangan pihak lain yang gilakan kuasa mempercepatkan lagi kejatuhan khalifah. Apabila kekhalifahan dijatuhkan, muncul kerajaan-kerajaan kecil di Andulusia. Andulusia telah terbahagi kepada beberapa bahagian kecil. Di sini dapat disimpulkan punca kejatuhan Andalusia ke tangan Kristian adalah seperti berikut:


  1. Pemimpin yang tamakkan kuasa, mementingkan diri sediri. Urusan jihad semakin ditinggalkan.
  2. Sikap berpuak-puak berlaku. Ketaksuban kepada puak masing-masing. Masing-masing ingin kuasa pemerintahan.
  3. Peperangan antara wilayah-wilayah kecil Islam berlaku. Ada pemerintah Islam mengadakan kerjasama dengan pihak Kristian untuk menyerang wilayah Islam lain.
  4. Perjanjian damai yang dimenterai oleh ketua wilayah Islam dengan pihak kristian banyak merugikan orang Islam seperti penyerahan wilayah, membantu tentera kristian untuk menawan wilayah Islam lain.
  5. Tidak wujud lagi kerjasama sesama Islam sebaliknya yang ada hanyalah prasangka yang buruk.
  6. Berlaku pemberotakkan dalaman bagi merebut kepimpinan wilayah.


Kekuasan. Kerakusan pada dunia, pangkat dan harta. Pemimpin Islam yang membawa kehancuran kepada wilayah Islam sendiri. Jika umat Islam bersatu, adalah mustahil kristian menewaskan kedudukan Islam di Andalusia. Selepas itu, satu persatu wilayah Islam jatuh ke tangan Kristian tanpa pembelaan daripada wilayah-wilayah Islam lain. Kini, semuanya telah jatuh ke tangan Kristian. Yang tinggal hanyalah sejarah.


-ibnuahmad-

3 Mei 2009

No comments: