Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


May 23, 2009

Perbezaan yang Ketara

Meninggalkan alam kampus, melangkah ke alam yang lebih realiti, alam kemasyarakatan. Tidak banyak yang dapat diperkatakan kerana kesibukan dunia yang boleh dikatakan mempengaruhi dan menguasai keseluruhan aktiviti kehidupan seharian. Semoga kesibukan pada kehidupan dunia berada di landasan yang betul dalam menuju ke alam kehidupan akhirat.


Usrah

Alhamdulillah, dalam kesibukan ini, berjaya menjalankan usrah sebanyak dua (2) kali dengan menghimpunkan alumni-alumni kampus yang tinggal/berada berdekatan. Dengan tunjuk ajar dari seorang naqib yang berpengalaman, kami menjalankan usrah. Usrah yang dijalankan dilihat masih belum stabil dan kekurangan yang memerlukan banyak lagi penambahan dan pembaikkan. Telah mendapat pelawaan untuk mengikuti kelompok usrah yang lebih besar. Dalam gambaran hati, berkemungkinan akan mendapat cabaran yang lebih besar dan mencabar sesuai dengan kemampuan dan kematangan usia.


Program dan Meting

Kesibukan dengan pekerjaan agak menghalang diri dari terlibat dengan program. Keluangan masa hanya ada pada hari minggu dan waktu malam sahaja. Kadang-kadang pada hari minggu juga disibukkan dengan keperluan keluarga yang mendesak. Malam juga kadang-kadang disibukkan dengan kerja-kerja di pejabat yang perlu disiapkan dengan segera. Masa amat terbatas. Terhad.


Mesyuarat yang dijalankan adalah amat berbeza. Perbezaan yang dimaksudkan adalah dari segi jaraknya. Jikalau di kampus, untuk menghadiri menyuarat hanya memerlukan masa 10-15 minit sahaja untuk ke tempat mensyuarat. Itupun sering kali terlewat. Kini, untuk menghadiri mensyurat memerlukan masa lebih dari 20 minit. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga lebih daripada satu (1) jam untuk bergerak ke tempat mensyuarat. Amat jauh bezanya.


Kesibukan

Kesibukan menyebabkan pemikiran ketandusan idea bagi mengisi ruangan blog. Agak lama juga tidak menulis. Emel pun amat jarang dibuka apatah lagi untuk chating.


Kesibukan berjaya menghalang perkara-perkara jahat dari memasuki pemikiran. Walaupun tidak 100% yang berjaya dihalang, namum majoritinya berjaya dihalang. Sibuk di alam pengajian, pemikiran masih lagi sempat berkeliaran. Sibuk di alam pekerjaan amat berbeza.


Walaupun begitu, soal “perkahwinan” dan “kereta baru” gagal dipisahkan dari pemikiran. Mungkin kerana langkah perjalanan ini menuju ke arah perkara tersebut. Lambat lagi kena tunggu. Suatu penantian.


Sahabat

Sahabat, suatu nama yang amat dirindui, teramat rindu. Ukhwah yang dibina sekian lama, bilakah kita akan berjumpa lagi. Dalam hati, menyuarakan bingkisan rindu, rindu yang amat mendalam.


Sekian.



-ibnuahmad-

23 Mei 2009

3 comments:

M.Firdaus said...

Assalamualaikum WBt
selamat datang ke dunia realiti. Anda mungkin memerlukan bekalan sabar, tawakal dan kuat semangat ketika berada di dunia ini. Segala yang berlaku adalah atas tanggungjawab anda. Jika ada masalah sila berhubung dengan 24434 dan mengadulah masalah anda padaNYA.

lailafillah said...

salam..erm..betul kate M.Fiedaus.. segalanya memerlukan satu kesabaran..bile org ckp kehidupan dikampus sgt hebat..tp..kehidupan diluar itu lagi dhsyat..

Shazwani Mazuki said...

Salam..ana cukup setuju dgn kata-kata Ibnu Ahmad..btul la tu,bila berada di luar kampus,mmg bnyk benda y berubah.teringat kata-kata abah sndri ttg perkara ni..
apapun,semua atas diri sendiri utk memastikan kita msh sama, berubah ke arah y lbh baik @ menjadi 'mundur'.
wallahualam.