Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


May 5, 2009

Pembentukan Tamadun Islam

Zaman Rasulullah SAW

Pembentukan Islam pada zaman Rasullah SAW bermula dengan pembentukan akidah. Ini berlaku semasa dakwah 13 tahun di Mekah iaitu sebelum berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah.


Pembentukan akidah bermula dari pembentukan individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim. Seterusnya membentuk negara Islam dan seterusnya membentuk empayar Islam dan tamadun Islam.


Ini menunjukkan pembentukan tamadun Islam bermula pada pembentukkan akidah seterusnya menuju kepada pembentukan tamadun Islam yang hebat.


Khalifah Islam yang pertama, Saidina Abu Bakar As Siddik meneruskan misi yang dijalankan oleh Rasullah SAW.


Zaman Khalifah Umar dan Khalifah Usman

Pada zaman Khalifah Umar dan Khalifah Usman, berlaku perluasan empayar Islam diseluruh dunia. Ini berikutan berlakunya tekanan yang hebat oleh dua kuasa gergasi dunia pada masa itu iaitu Empayar Rom Byzantium dan Empayar Parsi Sassanid.


Semangat jihad umat Islam bangkit seterusnya mampu mengalahkan dua empayar besar ini. Walaupun berjaya mengalah musuh, Islam tidak memaksa rakyat tempatan untuk memeluk agama Islam. Kawasan-kawasan tersebut ditadbir oleh pemerintah Islam dan didiami oleh pahlawan-pahlawan Islam yang berjuang di medan jihad.


Para pemerintah dan pahlawan-pahlawan Islam telah mempamerkan keindahan Islam, akhlak Islam yang terpuji dari dalam diri mereka menyebabkan masyarakat tempatan tertarik dengan keindahan Islam. Mereka kemudiannya memeluk Islam beramai-ramai. Ini menyebabkan Islam terus berkembang selaras dengan perkembangan empayarnya.


Keadaan ini menunjukkan konsep pengembangan tamadun Islam yang berlaku pada zaman ini bermula dengan pembentukan empayar Islam kemudian pembentukan akidah Islam seterusnya pembentukan tamadun Islam.


Perluasan empayar terhenti sementara pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib. Perluasan empayar diteruskan oleh pemerintahan Islam selepas itu iaitu Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan Empayar Turki Uthmaniyyah.


Zaman Kini

Kini, khalifah Islam sudah tiada lagi. Yang ada cuma negara-negara umat Islam yang kecil, yang berpuak-puak, yang taksub pada bangsa masing-masing, yang terbatas pada imegresen, pasport, visa dan sempadan negara.


Dalam menjana pembentukan tamadun Islam kembali, apakah kaedah yang perlu dilaksanakan? Adakah ianya perlu bermula dengan pembentukan akidah terlebih dahulu memandangkan keadaan masyarakat yang semakin rosak. Ataupun adakah perlu untuk membina negara Islam terlebih dahulu barulah melaksanakan dakwah untuk membasmi kejahilan dan kerosakkan masyarakat?


Pendapat mutakhir ini, pembentukan akidah dan pembentukan negara Islam perlu dijalankan serentak memandangkan kedua-duanya perkara utama yang perlu diselesaikan.


Jika aspek pembentukan akidah sahaja ditekankan, sedangkan corak pemerintahan negara menuju ke arah kemungkaran. Dasar pendidikannya menuju kearah kemungkaran dan tidak menekankan aspek pendidikan bercorakkan Islam. Hiburan yang melampau yang tidak dikawal. Secara logik akalnya adalah mustahil untuk membina tamadun Islam.


Jika aspek pembentukan negara Islam sahaja yang ditekankan, kemenangan Islam belum diketahui bilakah masanya lagi. Mungkin lambat lagi waktunya sedangkan perjuangan Islam perlu mempunyai pelapis bagi mengemudi perjuangan pembentukan negara Islam. Jika aspek pembentukan akidah tidak ditekankan, pelapis-pelapis perjuangan tidak akan muncul untuk menyambung perjuangan. Ketandusan dan kepupusan pelapis akan menyebabkan perjuangan pembentukan negara Islam akan menjadi sejarah.


Oleh sebab itu, kedua-dua aspek perlu diutamakan dan diberi perhatian yang serius bagi memastikan kelansungan dakwah dan pembentukan tamadun Islam terus berjalan walaupun dimamah usia yang tiada kesudahannya sehingga berlakunya hari kiamat yang pasti terjadi.

  1. Bangkitlah pejuang-pejuang Islam bagi menegakkan agama Islam yang tercinta di muka bumi Allah ini.
  2. Bangkitlah anak muda. Janganlah lagi diselubungi dengan kelalaian dunia yang fana ini.
  3. Bangkitlah ibu bapa bagi membentuk anak-anakmu menjiwai Islam sebagai pelapis perjuangan.
  4. Bangkitlah guru-guru dalam mendidik murid-muridmu mengenali Islam, mengenali asal-usul kejadian, mengetahui tujuan kehidupan.
  5. Bangkitlah masyarakat dalam menyokong arus kebangkitan Islam. Jangan biarkan ianya tertindas lagi.


Kembalikanlah kekhalifahan Islam. Kembalikan tamadun Islam.kembalikanlah syiar Islam di bumi ini.


-ibnuahmad-

4 Mei 2009

1 comment:

lailafillah said...

salam..penulisan yang mantap..