Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Sep 30, 2009

ISA

Sep 26, 2009

Bedak Oh Bedak

Catatan Syawal

Salam Syawal. Sudah hampir sebulan lamanya fikiran ini berserabut. Keserabutan ini disebabkan desakan hidup yang mencabar agar ia segera dipenuhi. Ia adalah suatu yang rumit dan sukar diceritakan.


Alhamdulillah, kehadiran bulan Ramadhan banyak membantu dalam mencari kekuatan untuk menstabilkan diri. Waktu siang yang dilalui tanpa makan dan minum telah melemahkan nafsu yang selama ini kuat meronta-ronta. Meronta untuk menguasai diri yang lemah ini.


Kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini ditambah serikan dengan kehadiran satu program. Satu program yang menuntut tanggungjawab untuk dilaksanakan. Tanggungjawab yang datang bergolek ini menambahkan lagi kesibukkan yang sedia ada. Seterusnya ia menghambat keserabutan fikiran ke tepi.


“Manusia sering berfikir sesuatu pada tahap yang tinggi. Manusia sering ingin mencapai perkara yang terbaik. Tetapi apakah yang diperolehi jika perbuatan masih ditahap yang lama, tahap yang rendah. Tak salah jika berangan-angan tinggi jika usahanya juga tinggi. Jangan jadikan angan-angan yang tinggi itu sebagai suatu mimpi, suatu mimpi untuk membebani orang lain semata-mata”, perkara yang bermain-main difikiran sepanjang menguruskan tanggungjawab untuk program ini.


Syukur alhamdulillah, program Ijtima’ Eidulfitri Mahasiswa Kelantan 2009 berjaya dijalankan seperti yang dirancang pada 22 September yang lepas. Namun sesudah berlalu program yang mana Ramadhan telahpun berlalu, fikiran kembali kusut dan bercelaru.


Namun kecelaruan itu tidak berpanjangan dan mengambil masa yang lama. Pada keesokkannya iaitu 23 September, seorang sahabat mengadakan majlis kesyukuran sempena perkahwinannya. Di tempat kenduri inilah, telah berlaku pertemuan dengan sahabat-sahabat lama yang sudah agak lama terpisah. Ramai yang sudah berkahwin, ada yang sudah mempunyai anak samapi dua orang. Namun masih ramai lagi yang membujang. Menunggu masa dan giliran.


Pertemuan ini telah menguatkan kembali ukhwah yang telah lama dibentuk. Pertemuaan yang menjadi medan untuk bertanya khabar, berkongsi idea dan pandangan, memberi harapan dan semangat. Pelbagai kerenah diperlihatkan. Tak banyak yang berubah. Sahabat yang datang dari seluruh pelosok negeri Kelantan. Ada yang dari Perak, Johor, Terengganu, Melaka, Pahang, Selangor dan Sarawak. Ada lagi ke dari negeri lain?


Pertemuan ini amat mengembirakanku. Terasa hilang segala permasalahan di jiwa. Hati terasa amat tenang. Mengembalikan semangat yang hampir hilang. Insyaallah, perjuangan tetap akan diteruskan walaupun badai hebat menyerang.


Islam tetap didahulukan. Hudud tetap diutamakan dan diperjuangkan.


Sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapapun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (yang bersifat demikian) itulah Allah, tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu, maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya. Patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?


KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil, dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.


Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Surah Yunus: 3-5

Sep 16, 2009

Saat Terakhir

Salam Ramadhan. Detik demi detik. Masa pantas menghambat waktu sehinggakan tidak terkejar oleh sang manusia, yang sentiasa tidak cukup menggunakan nikmat masa. Nikmat yang amat berharga kurniaan Allah SWT. Walaupun ia amat berharga, namun berapa ramaikah manusia yang menghargainya? Berapa ramaikah yang menggunakannya sebaik mungkin? Selaras dengan taraf penciptaan manusia di muka bumi. Hamba kepada Maha pencipta.


Masa terus berlalu dengan pantas sekali. Kini, usia Ramadhan semakin berada di penghujungnya. Amat singkat sekali terasa usia Ramadhan selama sebulan. Di akhir usia Ramadhan ini, sejauh mana ibadat kita? Bagaimana dengan solat tarawih. Tadarus pula, di manakah tahapnya? Ibadat sedekah? Di mana kedudukan kita berada? Di masa penghujung Ramadhan ini.


Jika kita melihat di masjid, surau, balaisah. Kelihatan orang-orang tua semakin berkurangan. Kanak-kanak riang berkejaran. Anak-anak muda terlalu jarang kelihatan. Hilang. Tetapi jika dilihat di tepi-tepi jalan, di warung kopi, kelihatan anak-anak muda amat ramai. Menghisap rokok dan dengan bangganya melepaskan asap secara perlahan-lahan.


Ibu-ibu, kaum hawa pula semakin sibuk di dapur. Biskut. Kek. Ketupat. Tapai dan bermacam lagi. Kerja-kerja yang amat memenatkan. Kaum perantau mula bersiap untuk pulang ke desa, ke kampung halaman. Di corong-corong radio, kedengaran lagu-lagu raya berkumandang menadakan waktu tamat Ramadhan semakin hampir.


Kematian juga banyak kedengaran pada Ramadhan ini. Masa yang memecut laju. Semakin memendekkan usia manusia. Langkah kematian manusia semakin dekat menghampiri.


Adakah manusia masih lagi mempunyai masa dalam mengejar detik-detik terakhir Ramadhan pada tahun ini? Di penghujung Ramadhan ini, manusia semakin kepenatan. Kekurangan tenaga. Penat dengan aktiviti seharian.


Persoalan demi persoalan yang ditimbulkan. Penyelesaiannya ada dalam diri masing-masing. Setinggi mana ilmu yang dimiliki, sekuat mana iman yang dicipta, sekuat manakah cinta manusia, cintakan ilahi.

Rakyat Semakin Di Dahulukan (2)

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Promoter pasukan F1 1Malaysia akan membuat pelaburan awal sebanyak 10 juta pound (RM57.62 juta) sebelum dipertingkatkan kepada 30 juta pound (RM172.86 juta) dalam persediaannya menghadapi perlumbaan Formula Satu pada tahun depan.


Salah seorang promoter pasukan itu, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pelaburan tersebut membabitkan deposit untuk enjin yang akan siap pada Januari depan sebelum diuji sebulan selepas itu.


''Selain pelaburan digunakan untuk mendapatkan enjin, ia juga digunakan untuk rekaan badan kereta dan menjalankan ujian termasuk segala kos operasi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan pasukan F1 1Malaysia yang merupakan usaha sama kerajaan dan swasta negara ini bagi menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan.


*Patut la kakitangan kerajaan tak dapat bonus tahun ni.


Sep 9, 2009

Rakyat Semakin Di Dahulukan

Kerajaan mengumunkan bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan, TIADA BONUS UNTUK TAHUN INI. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Aku mendengar ramai yang merungut mengenai perkara ini, namum apa boleh buat, dah dia yang memerintah. Dah la minyak naik lagi. Dah malas nak berceloteh pasal NAJIB ni.

Sep 8, 2009

Mesra Aidilfitri Kelate

Sebuah Kegagalan

Salam Ramadhan.

Kehidupan di dunia ini penuh dengan cubaan dan ujian. Terkadang suka. Terkadang duka. Kadang kala ketawa. Kadang kala menangis. Ia mengajar erti kehidupan yang lebih bermakna. Jika kita bijak menganalisisnya lalu digunakan sebagai panduan untuk menunjukkan ke arah jalan yang sebenar, jalan yang lurus, jalan yang diredhai oleh Allah SWT.


Sebuah kegagalan yang dihadapi melahirkan suatu perasaan yang perit, sedih, kecewa. Ia melahirkan suatu perasaan yang tidak baik untuk kehidupan. Dari sebuah kegagalan ini, ramai manusia terpesong dari matlamat asal kehidupannya. Ada yang mula kehidupan liar untuk menghilangkan tekanan perasaan. Ada yang mula menjebakkan diri dengan kegiatan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Ada juga yang bertindak dengan membunuh diri sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan kekusutan masalah di jiwa.


Namun tidak semua manusia yang bersikap sedemikian. Kegagalan juga banyak mengajar manusia lebih bijak dalam membuat sebarang keputusan. Sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara terburu-buru. Perlu perancangan yang teliti dan banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan itu dibuat.


Ia juga mengajar erti kesabaran yang sebenar apabila sesuatu yang dirancangkan itu mengalami kegagalan. Kesabaran yang tidak hanya diluahkan oleh lidah tetapi kesabaran seluruh anggota badan. Jasmani dan rohani. Kesabaran melahirkan keredhaan akan ketentuan qada’ dan qadar.


Kegagalan menghasilkan perit dan serik. Namun berputus asa bukanlah jalan yang terbaik. Menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri juga adalah bukan suatu perkara yang baik. Berkongsilah pandangan, mohonlah pendapat dan pandangan agar segala keputusan yang dibuat dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan lebih tepat. Jangan lupa pada Allah SWT.


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

Surah Al An’am, 151


*Daku merungut kepada diri sendiri di alam maya.

Sep 7, 2009

Sep 1, 2009

Janji Tuhan Pasti Berlaku

Melayari blog baru, blog amir syuhada, yang menjadikan lagu "Janji Tuhan Pasti Berlaku" nyanyian kumpulan Shoutul Amal sebagai latar belakangnya.

Sudah agak lama tidak mendengar lagu ini. Terkenang kembali saat-saat bersama-sama sahabat seperjuangan. Agak sedih, namum langkah perjalanan hidup perlu diteruskan. Mengemudi arus masyarakat, dalam mengejar matlamat hidup.


Janji Tuhan Pasti Berlaku - Shoutul Amal
Align Center
Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara