Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Sep 8, 2009

Sebuah Kegagalan

Salam Ramadhan.

Kehidupan di dunia ini penuh dengan cubaan dan ujian. Terkadang suka. Terkadang duka. Kadang kala ketawa. Kadang kala menangis. Ia mengajar erti kehidupan yang lebih bermakna. Jika kita bijak menganalisisnya lalu digunakan sebagai panduan untuk menunjukkan ke arah jalan yang sebenar, jalan yang lurus, jalan yang diredhai oleh Allah SWT.


Sebuah kegagalan yang dihadapi melahirkan suatu perasaan yang perit, sedih, kecewa. Ia melahirkan suatu perasaan yang tidak baik untuk kehidupan. Dari sebuah kegagalan ini, ramai manusia terpesong dari matlamat asal kehidupannya. Ada yang mula kehidupan liar untuk menghilangkan tekanan perasaan. Ada yang mula menjebakkan diri dengan kegiatan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Ada juga yang bertindak dengan membunuh diri sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan kekusutan masalah di jiwa.


Namun tidak semua manusia yang bersikap sedemikian. Kegagalan juga banyak mengajar manusia lebih bijak dalam membuat sebarang keputusan. Sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara terburu-buru. Perlu perancangan yang teliti dan banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan itu dibuat.


Ia juga mengajar erti kesabaran yang sebenar apabila sesuatu yang dirancangkan itu mengalami kegagalan. Kesabaran yang tidak hanya diluahkan oleh lidah tetapi kesabaran seluruh anggota badan. Jasmani dan rohani. Kesabaran melahirkan keredhaan akan ketentuan qada’ dan qadar.


Kegagalan menghasilkan perit dan serik. Namun berputus asa bukanlah jalan yang terbaik. Menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri juga adalah bukan suatu perkara yang baik. Berkongsilah pandangan, mohonlah pendapat dan pandangan agar segala keputusan yang dibuat dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan lebih tepat. Jangan lupa pada Allah SWT.


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

Surah Al An’am, 151


*Daku merungut kepada diri sendiri di alam maya.

1 comment:

Adibah S said...

"Menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri juga adalah bukan suatu perkara yang baik."

--- Saya setuju dengan penulis. Pernah dulu saya berselisihan pendapat dengan naqibah saya sendiri..masyaAllah..hanya kerana nasihat beliau yang sangat berguna sehingga ke hari ini... "Awak selalu menyalahkan orang lain bila ada masalah!".. sampailah satu masa saya sedar.. dan sangat berterima kasih padanya...
Saya sangat kagum beliau sangat berani terjun ke dalam api ego saya.. Semua bergantung kepada matahati kita untuk melihat dari sisi mana apabila teguran berlaku ke atas kita..

Kegagalan yang berlaku pada hari ini mungkin bakal membuka jalan yang lebih baik untuk masa akan datang... Kita tak faham sekarang tidak apa. Tapi kita redho..

Andai kita anggap kegagalan itu sebagai cabaran.. maka kita akan lebih berusaha jadi lebih baik

Andai kita redho.. maka kita akan merenungi diri untuk memperbaiki diri.

MAaf berceloteh panjang.. pengikut setia blog2 da'i2 muda.