Salam Syawal. Sudah hampir sebulan lamanya fikiran ini berserabut. Keserabutan ini disebabkan desakan hidup yang mencabar agar ia segera dipenuhi. Ia adalah suatu yang rumit dan sukar diceritakan.
Alhamdulillah, kehadiran bulan Ramadhan banyak membantu dalam mencari kekuatan untuk menstabilkan diri. Waktu siang yang dilalui tanpa makan dan minum telah melemahkan nafsu yang selama ini kuat meronta-ronta. Meronta untuk menguasai diri yang lemah ini.
Kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini ditambah serikan dengan kehadiran satu program. Satu program yang menuntut tanggungjawab untuk dilaksanakan. Tanggungjawab yang datang bergolek ini menambahkan lagi kesibukkan yang sedia ada. Seterusnya ia menghambat keserabutan fikiran ke tepi.
“Manusia sering berfikir sesuatu pada tahap yang tinggi. Manusia sering ingin mencapai perkara yang terbaik. Tetapi apakah yang diperolehi jika perbuatan masih ditahap yang lama, tahap yang rendah. Tak salah jika berangan-angan tinggi jika usahanya juga tinggi. Jangan jadikan angan-angan yang tinggi itu sebagai suatu mimpi, suatu mimpi untuk membebani orang lain semata-mata”, perkara yang bermain-main difikiran sepanjang menguruskan tanggungjawab untuk program ini.
Syukur alhamdulillah, program Ijtima’ Eidulfitri Mahasiswa Kelantan 2009 berjaya dijalankan seperti yang dirancang pada 22 September yang lepas. Namun sesudah berlalu program yang mana Ramadhan telahpun berlalu, fikiran kembali kusut dan bercelaru.
Namun kecelaruan itu tidak berpanjangan dan mengambil masa yang lama. Pada keesokkannya iaitu 23 September, seorang sahabat mengadakan majlis kesyukuran sempena perkahwinannya. Di tempat kenduri inilah, telah berlaku pertemuan dengan sahabat-sahabat lama yang sudah agak lama terpisah. Ramai yang sudah berkahwin, ada yang sudah mempunyai anak samapi dua orang. Namun masih ramai lagi yang membujang. Menunggu masa dan giliran.
Pertemuan ini telah menguatkan kembali ukhwah yang telah lama dibentuk. Pertemuaan yang menjadi
Pertemuan ini amat mengembirakanku. Terasa hilang segala permasalahan di jiwa. Hati terasa amat tenang. Mengembalikan semangat yang hampir hilang. Insyaallah, perjuangan tetap akan diteruskan walaupun badai hebat menyerang.
Islam tetap didahulukan. Hudud tetap diutamakan dan diperjuangkan.
Sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapapun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (yang bersifat demikian) itulah Allah, tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu, maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya. Patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil, dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.
Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
Surah Yunus: 3-5
No comments:
Post a Comment