“Malam ini ada usrah. Jaraknya 20 km dari rumahku. Dalam cuaca yang dingin ini, begitu berat untuk diri ini untuk menunggang motosikal untuk ke tempat usrah. Betapa teruknya diriku ini.
Luahan ini disamapikan kepada teman-teman rapat. Lalu ia disambut dengan kata-kata semangat.
Teman 1
Benar, kata-katamu sahabat. Tetapi jika Allah mentakdirkan kita bertemu, pasti akan bersua walaupun terpaksa merangkak.
Teman 2
Jarak 20 km serupa jarak RS ke DBP. Bukankah hang pernah lalui lebih dari itu ke MM. semata-mata untuk pengisian hati dan diri. Pi la, jangan mudah malas diulik kesenangan. Berangkatlah kamu dalam keadaan senang mahukan susah.
Teman 3
Kamu mahu syurga? Nah itu belum cukup. Mari kita bermujahadah menundukkan nafsu malas mencari redha ilahi. Andai kata kamu mati ditepian jalan kerana berjihad, maka aku bersaksi syahid ke atas kamu. Semoga Allah menerima amal baik kita.
Teman 4
Pergi la usrah kerana Allah. Kalau bukan kerana Allah tak de maknanya juga.
Sekidit kesedaran masih lagi wujud dalam hati walaupun disibukkan, dipenatkan dibataskan masa oleh urusan dunia. Sedikit kesedaran itu berusaha mencari semangat yang hilang.
Semalam yang berlalu tidak mungkin kembali lagi. Alangkah ruginya jika peluang mengerjakan amalan yang baik dibiarkan pergi berlalu begitu sahaja dengan sia-sia. Kesilapan yang lalu akan memberi kesan pada penghidupan akan datang.