Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Oct 30, 2009

Dunia Duit

Nilaian duit/harta bagi masyarakat masa kini amatlah besar sekali ertinya. Seolah-olah tanpanya kehidupan manusia tidak berguna lagi. Kehidupan manusia akan menjadi carca merba. Hilang arah dan tujuan. Namun begitu, dengan duit/harta menjadikan kehidupan dunia aman, tenteram dan selesa dengan kehidupan dunia yang sementara ini sehinggakan mereka leka dan alpa dengan hari kematian, azab kubur, hari kebangkitan, hari perhitungan, hari penghakiman yang maha adil dan hari pembalasan syurga dan neraka.


Kelekaan dan kealpaan menjadikan sang suami lupa menunjukkan isteri kepada jalan yang lurus. Ibu bapa tidak memperbetulkan tingkah laku anak-anak mengikut adab-adab dan kehendak Islam. Mereka membiarkan anak-anak terikut-ikut dengan gaya kemodenan yang terlalu jauh terpesong dengan ajaran Islam. Terdapat juga ibu bapa yang berbangga dengan anak-anak yang berpenampilan mendedahkan bentuk badan. Fesyen terkini dijadikan sebagai alasan. Mereka berbangga bila anak-anak menjadi penyanyi dan pelakon. Popular dikatakan. Keadaan ini menjadikan banyak manusia gagal dalam kehidupan dunia ini.


Kini, bulan Syawal telahpun berlalu pergi dan kini bulan Zulkaedah pula menjelma. Berapa ramaikah manusia yang berjaya meneruskan keistiqamahan ibadah dalam bulan Ramadhan yang lepas lalyu menyambungnya ke dalam bulan-bulan yang seterusnya.


Masih lagi bermain difikiran kenangan-kenangan semasa di alam pengajian dulu. Kehidupan kebanyakkan pelajar secara majoritinya mudah memiliki duit. Melalui biasiswa dan pinjaman. Ditambah lagi bekalan kewangan daripada ibu bapa dan keluarga menjadikan mereka hidup dalam kemewahan dan kesenangan. Mereka mengalami suatu kenikmatan yang amat sukar untuk diperolehi oleh mana-mana kehidupan masyarakat lain.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-lItoemsuciIMWq3yQzNw-vcSWe00odtq39W3OndT_8jrTlH2sE0xMesulm5KsSnjJEqFZ-6WUy1SsNGGeZpT8gkUF9_2_2H0BtQqRhyc9pGJT-YJ33E4771XWa0_hmkNdluzEF6Xxczk/s320/duit.jpg


Di alam kehidupan bermasyarakat, alam yang mana manusia berhadapan dengan masalah kewangan dengan sendirinya. Di alam ini, manusia lebih tertumpu untuk berusaha sendiri bagi mencari sumber kewangan (duit) yang mana akan digunakan untuk menguruskan dan meneruskan kehidupan seharian. Jikalau dulu, di alam pengajian, manusia hanya memikirkan bagaimana caranya untuk menghabiskan duit yang diperolehinya, kini mereka perlu mengenal erti berusaha sendiri, erti kepayahan, erti kesukaran, erti pengurusan dan perancangan kehidupan.


Secara umumnya, jika terdapat lebihan duit daripada keperluan akan menjadikan manusia boros. Kekurangan duit pula menjadikan manusia hidup dalam keadaan tertekan. Tertekan dalam memenuhi desakan dan keperluan hidup. Kehidupan dunia. Duit amat mempengaruhi kehidupan seseorang manusia. Dengan duit boleh menyebabkan berlakunya pembunuhan, rompakan, penindasan, pergaduhan. Duit juga boleh menyebabkan manusia menangis. Huhuhuhu…


Sebanyak mana rezeki yang diperolehi, uruslah dengan bijaksana agar ia menjadi lebih berguna dan tidak sia-sia. Pengurusan kewangan amat penting bagi mengelakkan kehidupan terjejas, fikiran terganggu. Terganggunya fikiran menyebabkan kehidupan menjadi tidak aman. Bersyukurlah dengan apa yang diperolehi. Yakinlah dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.


Terlalu senang dalam berkata-kata, namun amat sukar dalam melaksanakannya. Mudah-mudah diperkuatkan.


*Idea asal ditulis pada 20 Okt 2009

1 comment:

Akhi Fadhli said...

woh, bnyoknye pitih.. wi kawe skit.