Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Oct 3, 2009

Kehidupan Dunia

Salam Syawal.

Kesusahan telah banyak mengajar manusia apa ertinya kehidupan. Ia mengajar manusia erti syukur. Dengan itu, manusia akan lebih menghargai nikmat dan kurniaan yang telah diberi oleh Allah SWT. Kesusahan mendidik manusia supaya lebih banyak bersabar, tabah dalam mengharungi kehidupan dunia, berdikari dan bijak menguruskan kehidupan seharian. Ujian dalam bentuk kesusahan kebanyakkannya akan menghasilkan keimanan yang kental dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Apabila melihat kembali pada sirah nabawiyyah. Pelbagai ujian kesusahan yang dihadapi oleh Nabi SAW bersama sahabat seperti peristiwa penyiksaan, penderaan, pemulauan, rampasan harta benda, hijrah, perpisahan dengan keluarga dan peperangan telah melahirkan ummat Islam yang berkualiti sehingga mereka mampu menawan dunia, menumbangkan dua empayar terbesar dunia, Rom dan Parsi. Ummat ini jugalah yang telah berjaya melebarkan sayap dunia Islam sehingga ke seluruh pelosok dunia sehingga ke Eropah dan China.

Di samping ujian kesusahan, Allah SWT telah memberi peringatan tentang ujian kesenangan. Dalam surah Yunus ayat 88, Nabi Musa telah berdoa yang bermaksud:

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan Kami, akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih."

Kesenangan dan kemewahan telah banyak menyebabkan manusia terleka dan tersesat dari jalan yang sebenarnya. Kelekaan inilah yang menyebabkan manusia terus menuju ke lembah kehinaan. Kelekaan di dunia menghasilkan kecelakaan di akhirat.

Demikianlah seperti terjadinya kepada kaum terdahulu. Kemewahan dan kesenangan telah menyebabkan manusia bongkak dan sombong kepada Maha Pencipta. Sehingga ada yang sanggup mencabar kekuasaan Allah SWT. Ada juga yang mengaku mereka adalah tuhan apabila mereka berada di puncak kekuasaan. Puncak kegemilangan.

Akhirnya mereka telah dihancurkan oleh akibat kekufuran yang telah dilakukan. Sudah banyak kaum yang telah dihancurkan seperti kaum Aad, kaum Tsamud, pengikut Namrud, pengikut Firaun dan lain-lain. Sehingga kini, masih lagi terdapat kesan-kesan peninggalan kaum penderhaka yang telah dihancurkan dahulu sebagai peringatan dan pengajaran kepada ummat masa kini. Namun berapa banyak yang mengambil pelajaran dari tinggalan ini.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 92 yang bermaksud:

Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu (Firaun) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.


Banyak manusia masa kini yang tidak menyedari bahawa mereka sedang diuji dengan ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Namum ramai juga manusia yang mengetahuinya tetapi masih tetap tidak mengendahkannya. Ini disebabkan oleh desakan hawa nafsu dan godaan syaitan yang melemahkan keimanan umat akhir zaman. Islam didahulukan, hudud diutamakan. Perjuangan diteruskan.

Selamat berjuang para mujahid di PRK Bagan Pinang. Daku masih lagi ketinggalan.

No comments: