Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Oct 5, 2009

Bersangka Baik

1. Bersangka baik pada Allah

Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. Apabila DIA lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Apabila dia tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun. Kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaaanNya.


2. Bersangka baik pada Manusia

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu: "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu): "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk"



*Nota
1. Diterima melalui sms.
2. Diambil dari emel yahoo group.

2 comments:

Arzed said...

Assalaamu'alaikum.. Salam dari Brunei Darussalam

Ibnu Ahmad said...

Waalaikumussalam...Terima kasih sahabat dari Brunei