Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Jan 3, 2009

Israel dan Kejahatannya Zaman Berzaman

Kisah ini bermuala di zaman Nabi Yaakub.

Nabi Yaakub as - Baginda mempunyai anak yang ramai iaitu 12 orang hasil perkahwinan dengan empat orang isteri. Daripada keturunan baginda, lahirlah Bani Israel.

Nabi Yusuf as - Sewaktu kecil, baginda telah mendapat satu mimpi yang istimewa. Baginda kemudiannya menceritakan mimpi tersebut kepada ayahnya (Nabi Yaakub). Nabi Yaakub mengetahui mimpi tersebut merupakan tanda kenabian. Ini menyebabkan Nabi Yaakub makin sayang kepada Nabi Yusuf. Sikap Nabi Yaakub itu telah menyebabkan anak-anaknya yang lain cemburu kepada Nabi Yusuf. Mereka merancang untuk membunuh Nabi Yusuf. Mereka berjaya membawa keluar Nabi Yusuf dari rumahnya dan mencampakkan Nabi Yusuf ke dalam perigi kerana tak sampai hati untuk membunuh baginda. Akhirnya baginda dipungut oleh saudagar yang lalu lalang di kawasan tersebut lalu dijual kepada pembesar Mesir.

Nabi Musa as dan Nabi Harun as - Baginda berdua berjaya menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun. Nabi Musa telah pergi ke bukit Sinai dan menyerahkan tugas menjaga Bani Israel kepada Nabi Harun. Samiri (si munafik) berjaya mempengaruhi Bani Israel untuk menyembah patung sapi. Bani Israel tidak mengendahkan larangan Nabi Harun sebaliknya terus menderhaka kepada Yang Maha Esa.

Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as - Pada zaman baginda berdua, ada seorang raja Bani Israel ingin berkahwin dengan anak tirinya sedangkan hukum perkahwinan tersebut adalah haram. Baginda berdua menentang akan tindakan raja tersebut. Raja memerintahkan baginda berdua dibunuh. Nabi Yahya dibunuh terlebih dahulu. Nabi Zakaria bersembunyi di dalam sebatang pokok. Syaitan yang menyamar sebagai manusia menunjukkan tempat persembunyian Nabi Zakaria. Pokok tersebut di gergaji sehingga terbelah dua. Nabi Zakaria terut terbelah dan akhirnya wafat.

Maryam dan Nabi Isa as - Malaikat Jibril telah mengkhabarkan bahawa Maryam akan mengandung. Itu adalah ketentuan dari Allah. Setelah Maryam melahirkan anak iaitu Nabi Isa, Bani Israel telah menuduh Mariam sebagai penzina. Sebelum ini Maryam memang diakui sebagai seorang ahli ibadah yang baik. Nabi Isa yang masih bayi pada masa itu tiba-tiba boleh bercakap lalu membela ibunya. Apabila telah dewasa, Nabi Isa telah melaksanakan tugasnya sebagai seorang rasul. Bani Israel telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Nabi Isa. Nabi Isa telah diangkat ke langit oleh Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW - Banyak kisah kejahatan Bani Israel terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam keseluruhannya sehingga hari ini.

Perang Ahzab - Bani Israel telah berpakat dengan kaum Quraisy dan kabilah-kabilah arab yang lain untuk menyerang Madinah. Perang tersebut dinamakan Perang Ahzab (bersekutu) ataupun Perang Khandak (parit). Kemenagan berpihak kepada kaum muslimin.

Perang Khaibar - Khaibar adalah pusat kegiatan golongan yahudi (bani israel) untuk menjatuhkan kerajaan Islam Madinah. Akhirnya Islam telam mengambil tindakan ketenteraan terhadap golongan yahudi. Kemenangan telah berpihak kepada Islam. Selepas peperang Nabi SAW telah diracun (diletakkan di dalam makanan) oleh seorang wanita Yahudi. Nabi tidak sempat menelan makanan tersebut. Seorang sahabat meninggal akibat termakan makanan tersebut. Ada riwayat yang mengatakan bahawa punca kewafan Nabi SAW adalah disebabkan oleh racun tersebut telah meresapi ke dalam badan Rasulullah SAW.

1948 - Pembunuhan besar-besaran di Deir Yasin. 85% rakyat Palestine dihalau dari Negara mereka. 500 perkampungan Palestine dikosongkan kemudian dimusnahkan bagi megelak rakyat palestine pulang semula.

1982 -
Pembunuhan besar-besaran di Sabra Shatila.
2002 -
Pembunuhan besar-besaran di Jenin
2005 -
Pembunuhan besar-besaran di Jabalya
2006 -
Pembunuhan besar-besaran di Pantai Gaza

Awal 2009
- Terkini. Lebih 400 orang dibunuh, lebih 2000 orang cedera. Rumah, hospital, masjid, stesen minyak, bangunan pentadbiran di bom lalu meyembah bumi.



-ibnuahmad-

No comments: