Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Jan 5, 2009

Serangan dan Peperangan

Serangan demi serangan dilakukan oleh Israel laknatullah keatas umat Islam Palestin masih belum nampak ada penghujungnya. Korban, kecederaan dan kemusnahan semakin meningkat. Alasan yang digunakan ialah menghentikan keganasan yang dilakukan Hamas. Namun hakikatnya, Yahudi lah bangsa pengganas dunia yang disokong kuat oleh Amerika.

Pemimpin negara-negara Islam masih kaku, kelu tidak berkata-kata. Lemah. Takut. Lembap. Namun ada juga yang mengeluarkan kenyataan tetapi kenyataan yang dikeluarkan adalah terlalu lemah berbanding kekuasaan yang ada. Kekuasan Allah Yang Maha Hebat, tetapi keyakinan manusia yang kurang, iman yang lemah. Lemah.

Jika di Palestin, Hamas sedang berhadapan dengan Israel. Di Malaysia tidak kurang hebatnya. Perang pilihanraya kecil (PRK) Kuala Terengganu telah pun bermula. Serangan demi serangan UMNO dan sekutunya semakin mengganas.

Jika tahun 1999 semasa Pas mengambil alih pemerintahan Terengganu, isu penutupan Tadika KEMAS oleh kerajaan PAS telah muncul. Selepas pilihanraya umum lepas (PRU12), isu ini timbul lagi. Kali ini di Kedah selepas PAS mengambil alih pemerintahan.

Sempena PRK Kuala Terengganu, isu ini muncul lagi. Kali ini Perak dan Selangor pula menjadi mangsa. Adakah UMNO sudah kehabisan idea. Sudah tiada isu yang hendak dibangkitkan. Asyik-asyik isu yang sama. Dah terdesak kot.

Lalu jentera-jentera UMNO pun mula bertindak. Stesen tv, radio, akhbar.

Projek-projek mula berlimpahan, duit mula bertaburan. Memang suatu perancangan yang mantap.

Maklumat yang diterima, polis dan FRU telah pun memenuhi Kuala Terengganu. Sampai terpaksa buat kemah di tepi jalan (banyak sangat). Berita TV3 suku jam 8, 5 Januari 2009 menyatakan polis akan ditambah sekali ganda lagi sempena PRK ini. Memang dahsyat la UMNO ni.

Coretan ini diakhiri dengan firman Allah dalam surah At-Taubah, ayat 41 yang bermaksud "Bersegeralah kamu untuk berperang pada jalan Allah sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


-ibnuahmad-

No comments: