Lawan tetap lawan. Lawan sudah lawan. Menang sudah dicapai. Renungilah firman Allah dalam surah Al Ahzab, ayat 9 yang bermaksud
"Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu kerjakan."
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: " Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
-ibnuahmad-
No comments:
Post a Comment