Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Showing posts with label analogi. Show all posts
Showing posts with label analogi. Show all posts

Apr 28, 2010

Pantun Mari Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!


Nota: Pantun ini diambil dalam Yahoo Group.....

Mar 24, 2010

Maaf, Ana Dah Bertunang...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?" Aku tiada jawapan khusus. "Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. "Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi." Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. " "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya. ..." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. "Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

***
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

***
Kematian adalah motivasi terbaik untuk manusia tetapi ramai manusia lupa termasuklah diri ini sendiri. Kadang-kadang masih terlalu leka dengan kehidupan dunia ini walaupun sedar kematian pasti berlaku.


Sumber:
http://www.facebook.com/note.php?note_id=408995870559&id=1363481730&ref=mf

Mar 11, 2009

Perbandingan Keldai dalam Al-Quran

Sifat Nabi Muhammad saw telahpun diterangkan Allah dalam kitab Taurat. Tetapi orang-orang yahudi menafikan kerasulan Nabi saw. Orang-orang Yahudi (dulu, kini dan selamanya) telah dikurniakan kitab Taurat agar mereka melaksanakan tuntutan, arahan dan hukum yang terkandung dalam kitab tersebut tetapi mereka mengingkarinya.


Pada zaman ini, umat manusia telah melupakan tanggungjawab mereka dalam menunaikan amanah yang diberikan oleh Allah dalam Al-Quran. Pelbagai kempen keagamaan yang dijalankan (ceramah, forum, tazkirah, risalah, blog dll) dalam menyedarkan umat Islam pada masa kini. Namun apa yang terjadi adalah penghinaan terhadap ulamak-ulamak (pewaris nabi-nabi), hukum Allah dipandang ketinggalan zaman dan tidak releven, program hiburan menjadi keutamaan, gejala maksiat semakin memuncak, golongan remaja (penentu masa depan ummah di masa mendatang) semakin hilang arah, punca dan tujuan hidup. Budaya rasuah, lobi, kroni seakan-akan perkara yang menjadi kemestian dan tidak boleh dielakkan.


Sikap umat Islam masa kini menyerupai orang yahudi yang sentiasa mengingkari tuntutan dalam kitab Taurat. Allah memperumpamakan mereka seperti keldai yang memikul kitab-kitab yang besar. Sudah diketahui umum bahawa keldai adalah suatu binatang yang paling bodoh. Keldai membawa sumber ilmu (buku-buku) yang banyak namum ia tidak mengetahui isi kandungannya. Begitu teruk sekali perumpaan yang diberikan Allah kepada manusia yang tidak mengamalkan perintah yang terkandung dalam kitab Allah.



Firman Allah swt dalam surah Al-Jumuah, ayat ke 5 yang bermaksud:

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum Yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.


Walaupun manusia tidak melaksanakan perintah yang terkandung dalam kitab Allah, namun mereka tetap menganggap mereka adalah golongan yang dikasihi Allah. Ini bersamaan dengan orang Yahudi yang menanggap mereka orang-orang yang dikasihi oleh Allah berbanding manusia yang lain. Mereka merasakan diri mereka lebih mulia berbanding manusia lain.


Manusia yang dikasihi Allah adalah orang yang sentiasa bercita-cita hendak mati dijalan Allah (mati syahid). Mereka tidak takut mati. Manusia pada zaman ini adalah manusia yang senantiasa mengejar keduniaan, kemewahan dan takutkan mati kerana mengetahui dosa-dosa yang mereka lakukan. Mereka dihinggapi penyakit wahnan (cintakan dunia dan takutkan mati).


Kematian pasti datang menjemput manusia. Allah swt menegaskan dalam surah Al Jumuah ayat 8 yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".



-ibnuahmad-

Mar 7, 2009

Karenah yang Berpanjangan, Seolah-Olah Movie yang Ditayangkan Berulang Kali

Nasihat menasihati sesama Islam adalah satu amalan yang baik dan dituntut oleh agama Islam. Ia adalah untuk mengingati insan yang terleka. Nasihatlah secara berhikmat. Terima kasih atas nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh para sahabat-sahabat.


“Salam. Asif ganggu, ana nak ingatkan anta cukuplah dengan apa yang anta dah lakukan di dalam Yahoo Group Sahabat Iqra’”


Satu peringatan dari seorang sahabat. 95% keyakinan yang ada dalam diri ana menyatakan mesej ini dari muslimat. Tapi tak pastilah jika firasat ana salah. Cukuplah dengan apa yang anta dah lakukan di dalam Yahoo Group Sahabat Iqra’.?????


“Anta dah tersasar jauh dari niat sebenar anta. Apa yang anta lakukan ini hanya akan mengundang kemurkaan Allah yang mungkin juga mengundang neraka Allah.”


Kehebatan “manusia” yang memberi nasihat ni ialah dia mampu membaca niat seseorang. Memang hebat. Menurutnya lagi, Helmi telah melakukan kesalahan yang mengundang kemurkaan Allah dan boleh mengundang neraka Allah. Dalam pernyataan ini, ana tak pasti apa yang telah dilakukan oleh Helmi sehingga sampai ke tahap itu. Ana juga pernah menerima amaran seperti ini lebih kurang 3 tahun lepas. Pening kepala ana. “Apa yang telah aku buat ni, teruk sangat ke aku ni”. Selepas dirujuk kepada senior-senior pada masa tersebut, barulah ana sedikit mengerti situasinya. Ana pun buat tak kisah je.


”Anta sepatutnya lebih memfokuskan tentang masalah umat. Ini sepatutnya yang anta beri keutamaan, bukannya analogi-analogi karut anta yang laghokan orang lain.”


”Masalah umat”. Skop yang amat besar untuk difikirkan tapi wajib memikirkannya. Namun ia bergantung kepada kemampuan individu. Contohnya, seorang yang gagap tak sesuai menjadi bilal. ”Masalah umat”, Helme dah huraikan dengan panjang lebar dalam artikelnya. Cuma antum baca atau tak jer. ”Ini sepatutnya yang anta beri keutamaan”. Ayat yang biasa digunakan. Melihat sesuatu tugasan itu tanggungjawab orang lain. Tidak meletakkan tanggungjawab itu pada diri sendiri. Helme membuat analogi-analogi karut? Tak pernah pula terbaca Helme membuat analogi karut. Yang mengarutnya, orang yang mereply tulisan Helme. (termasuklah ana sekali, tukang reply emel). So, adakah Helme bersalah? Contohnya, Zaiton hendak kelas pukul 8 pagi, Zaiton berpakaian biasa (menutup aurat), tidak bermake up. Dipertengahan jalan, Zaiton dikacau oleh Mamat Indon. Adakah Zaiton yang patut dipersalahkan?


Maksud surah Ash-Saff ayat ketiga, “amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. Ana tak tahu nak kaitkan ayat ni dengan Helme. Adakah ayat ni dikaitan dengan epal hijau (baitul muslim)?


“Siapa ni?” Perkara yang biasa penulis lakukan tatkala nombor telefon yang menjengah masuk ke kotak inbox telefon bimbit penulis tidak dikenali. Mesej diterima, “Insan prihatin”. Ringkas mesejnya. “Iyalah. Kenapa tak bagitau ja Hamba Allah? Nak tahu nama!”. Balasku. Tiada lagi mesej selepas itu.


Benda yang ana menyampah. Hantar mesej tak tulis nama. Bila ditanya, tidak menjawab soalan yang ditanya. Insan perihatin konon. Atau tak reply lansung. Memang cukup menyampah.


Nama pun tak tahu. Macam mana nak selesaikan masalah umah kalau macam ni. Ataupun kita hanya tahu menunding kesalahan orang lain. Ataupun kita hanya tahu meletakkan tanggungjawab pada orang lain. Tugas kita? ”Anta salah ni”. ”Anta tak betul ni”. ”Anta mangkuk hayun ni”.


Servey yang Ariff buat kat YGKI pun tak dapat sambutan. Hanya dua tiga orang (yang dikatakan bermasalah) yang memberi respon paling awal.


So, diatas semua persoalan ini. Siapakah yang bersalah. Ana kot.



-ibnuahmad-

Feb 4, 2009

KFC - Pada Pandangan Peribadi

Aku ingan kongsi satu cerita.

Sewaktu awal pembukaan RADIX FC (RFC), satu surat saman telah datang dari KFC Amerika. Aku merasa pelik kenapa ia datang dari KFC Amerika, bukan KFC Malaysia. Ada kaitan lagi ke KFC amerika dengan KFC malaysia sedangkan daripada maklumat yang dapat daripada emel, blog bahawa melayu telah ambil 100% KFC malaysia. Memang pelik. Terkini, surat saman kedua telah sampai. Terlebih pelik.

Aku ni orang yang tak tahu, cuma aku ingin bertanya. Jika KFC sudah beralih tangan kepada orang melayu, bahan-bahan untuk menghasilkan makanan di KFC sekarang seperti tepung KFC, sos cili dan lain-lain diambil dimana?

Adakah KFC Malaysia mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini ataupun masih lagi diimport dari Amerika. Kalau KFC malaysia dah ada kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini, ok la tu. Tapi jika barang-barang tersebut masih lagi diimport dari Amerika, bermakna kita tetap menyumbang pada Amerika yang menyokong Yahudi Laknatullah menyerang saudara kita di Palestin.

Yang ni dari segi perniagaan pula, berdasarkan apa yang aku nampak. Politik perniagaan. KFC Amerika sudah nampak akan kesan kempen boikot barangan Amerika dibuat oleh umat Islam. Bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian, mereka menyerahkan syarikat ini kepada orang Melayu.

Orang Melayu pun berada dalam dilema. Nak boikot atau tak? Lalu tak jadilah nak boikot sebab Melayu yang kuasai. MELAYU. Selamatlah syarikat KFC Malaysia.

Satu lagi, orang Melayu memang suka makan ayam. Tambah-tambah lagi ayam KFC. Tapi cuba kita tengok di mana-mana KFC, orang india dan cina amat la kurang. KURANG. Amat kurang. Sebab mereka tahu makan ayam tak baik untuk kesihatan. Ayam ni banyak lemak.

Sebab tu, bila ada kenyataan di media yang umat Islam tak perlu boikot KFC, orang melayu akan sebarkannya habis-habisan. Berjuang berhabis-habisan. Orang Melayu suka makan ayam. Hidup Melayu. Hidup KFC.

Just pendapat dari aku yang jahil ini.

-ibnuahmad-

Nov 28, 2008

Sayap Kiri

Aku mengambil contoh struktur tentera musyrikin Makkah dalam peperangan Uhud
  • Jeneral Perang – Abu Sufyan bin Harb
  • Sayap Kanan – Khalid Al Walid
  • Sayap Kiri – Ikrimah bin Abu Jahal
  • Belakang – Bahagian makanan, minuman dan perubatan
  • Sokongan – Penyair wanita digunakan untuk menguatkan semangat kaum lelaki berperang.

Jikalau dilihat dalam konsep peperangan, peranan sayap kiri tentera adalah amat penting. Ia sama penting dengan peranan sayap kanan.

Kalau dilihat dari sudut ini, wanita diletakkan dibahagian sokongan, bukannya sayap kiri.

Pada dasarnya, lelaki mampu berjuang walaupun tanpa wanita. Tetapi ia akan menjadi agak tempang ataupun kurang sempurna tanpa kehadiran golongan ini.

Ada yang mengumpamakan lelaki sebagai burung dan wanita pula sebagai sayap kiri. Tanpa sayap kiri (wanita), burung (lelaki) tidak boleh terbang (berjuang). Perumpamaan ini seolah-olah menyatakan lelaki tak boleh berjuang tanpa kehadiran wanita tetapi pada hakikatnya lelaki boleh berjuang tanpa wanita. Bagi aku, perumpamaan ini tak sesuai.

Jikalau diumpamakan lelaki sebagai ayam dan wanita sebagai sayap kiri. Bagiku ia agak logik juga. Ini kerana tanpa sayap kiri (wanita), ayam (lelaki) tetap boleh berjalan (berjuang) walaupun kelihatan agak cacat dan kurang sempurna.

Apa la yang mengarut hari ni.


-ibnuahmad-

Jun 9, 2008

Kesan Kenaikkan Harga Minyak Dunia Terhadap Malaysia

Kenaikkan harga minyak dunia telah menyebabkan kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikkan harga yang mendadak. Pelbagai rungutan telah di kemukakan, pelbagai cadangan telah diutarakan bagi mengatasi masalah ini.


Hakikatnya, kenaikan harga minyak telah meningkat beban kepada rakyat. Kaedah untuk membasmi kemiskinan semakin sukar. Ini adalah kerana harga barangan meningkat secara mendadak sedangkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia terlalu lembap.

Namun begitu, bukan perkara ini yang hendak saya cakapkan. Malaysia sebagai Negara pengeluar minyak yang bermutu tinggi akan MENIKMATI KEUNTUNGAN YANG BERLIPAT KALI GANDA kesan daripada kenaikan harga minyak. Ini akan meningkatkan pendapatan Negara. Namun rakyat yang menjadi mangsa kesan dari kenaikan harga minyak dunia.

Persoalannya, kemanakah keuntungan minyak yang berlipat kali ganda yang di perolehi jika ia tidak di salurkan kepada rakyat.

-ibnuahmad-

Apr 22, 2008

Kadang-kadang

Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi..