Antara teori dan perlaksanaan. Mencari kebenaran hidup, hakikat kejadian manusia. Menterjemahkan diri dari alam idealistik kepada realiti untuk mencari erti kehidupan sebenar.
Penulis merupakan seorang insan yang lemah, hina, tak berdaya disisi Maha Pencipta. Penulis bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang hamba yang fakir dalam mencari keredhaan Allah SWT. Penulis merupakan anak jati kelahiran Kelantan. Dibesarkan dan bersekolah juga di negeri kelahirannya.
Penulis menulis adalah sebagai perkongsian ilmu dan pendapat dari hati nurani penulis. Ia juga sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang penulis. Penulisan adalah berdasarkan apa yang dialami oleh penulis, ulasan isu semasa dan sebagainya. Ia adalah pendapat peribadi penulis.
Emel penulis:
civil_bina@yahoo.com.my
3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia
Ustaz Jaafar bin Salleh
Fahaman dan Ideologi Umat Islam
Abdul Hadi Awang
Mengintai Cinta Khalifah
A. Ubaidillah Alias
Kezuhudab Umar Abdul Aziz Kesederhanaan Nik Abdul Aziz
Perjalanan Yg Berliku
-
Meneruskan perjalanan yang penuh berliku dengan cabaran baru. Seronok
suasana belajar yang damai dan tenteram. Pagi-pagi bacaan Al Quran
mula-mula dide...
Jom ambil peluang .. Niaga secara online
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Peluang besar yang ditunggu-tunggu
semua orang! setiap kali kawan top up prepaid kita dapat komisyen hingga
20%. Ini b...
Jasa Hidup
-
anehnya Tuhan mengatur hidup kita jalan hitam yang kau lalu dulu segala
sedih pecah jiwa yang kau rasa dulu satu hari, setelah puluh tahun, setelah
bangkit...
Sedekah Ke Atas Diri Sendiri
-
Dari Abu Hurairah R.A. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap
anggota dari manusia adalah sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit
pad...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Masa Berpantang Selepas Bersalin
-
Setelah mencari di internet, aku menemui penjual ikan haruan. Di kempas,
jalan seelong dekat dengan masjid atas bukit. Pada malam 20.05.2013 aku
pergi ke...
Perang Pandasan: Perjuangan Yang Belum Selesai
-
*Sumber: http://raudhatuljannah-mujahidah.blogspot.com/*
Sejarah Ringkas
Pandasan merupakan sebuah perkampungan terpinggir di utara daerah Kota
Belud Saba...
Jalan2 di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu
-
Minggu lepas hari Jumaat, setelah due bulan menetap di terengganu, first
time abang bawak jalan2 ke KT.. Alhamdulillah.. dpt juge menjejakkan kai di
KT.. a...
SUDAHKAH ANDA SEMAK?
-
Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Jika YA jawapannya, sudahkah anda
menyemak daftar pemilih anda? Jika BELUM, sila semak daftar pemilih anda di
sini...
Perkasakan Penerangan
-
Jentera penerangan PAS di peringkat akar umbi di Johor nampaknya masih
belum mantap dan belum berupaya untuk melebarkan peranannya secara
berkesan. Benteng...
Bertatih
-
Dua tahun berlalu di sini. Penuh rencah suka dan duka. Manisnya kenangan
disulami pahitnya memori silam. Jatuh bangun dalam tatihan menuju titik
pengakhira...
Ringkas dan padat mengenai SYURGA CINTA
-
Jodoh itu ada tiga jenis.
*Pertama: Jodoh dari syaitan*
"Kamu berdua berkenalan,
berpegangan tangan,
dan terus buat maksiat,
... akhirnya si perempuan me...
AGM UMNO 2011 = Maharaja Lawak
-
Bertemu dengan seorang Pakcik di tempat solat di mana aku menjalankan
aktiviti semalam di satu karnival tahunan di Kuala Lumpur. Pakcik: Panas
sungguh hari...
BISNES KUUUU
-
Air Mizam..RM 36..1 titis sehari bg kanak2..3 dan lebih titis bagi
dewasa...semua perlu mengikut berapa liter air yang digunakan
Antara kandungan MIZAM :...
utusan akhbar penuh hasutan !!!
-
dua, tiga bulan ini aku menjadi pembaca tegar utusan.aku tahu akhbar mmg
penuh adu domba,berbunyi hasutan dan sangat bersifat perkauman. kesimpulan
mudah. ...
Catatan Hujung Mei 2011
-
Alhamdulillah, selepas setahun bekerja secara kontrak di Kumpulan IKRAM Sdn
Bhd akhirnya aku ditawarkan untuk menyambung khidmat di sini. Rezeki yang
datan...
Hadi atau Husam
-
PAS di era sebelum lahirnya Pakatan Rakyat, tidak boleh disamakan selepas
kewujudan Pakatan Rakyat. Di era lalu, wujud politik berlawan; antara PAS -
UMNO....
Dokumentari mengenai projek tanah jarang di Gebeng
-
Dokumentari ini telah disunting pada 2009 iaitu ketika projek Lynas ini
baru bermula. Isu ini telah lama, namun tidak disebarkan kepada masyarakat,
bagi me...
KEJUARAAN PINGPONG TERBUKA PARLIMEN LENGGONG
-
KOTA TAMPAN AIR LENGGONG- 17 Mac: Pemuda PAS MTD DUN Kota Tampan (Banggol
Belimbing) telah menganjurkan Kejohanan Ping-Pong tertutup Piala YDP PAS
Lenggong...
SCORE A PROGRAMME
-
* Ketahuilah RAHSIA Bagaimana Untuk Membantu Pelajar Mencapai Kecemerlangan
Dalam Pelajaran*
* Program Score A merupakan webucation pertama di Malaysia.* ...
70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW
-
Pengarang: Abu Azka Al Madani & Harun Arrasyid Hj Tuskan
Tajuk: 70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW
Terbitan: Al-Hidayah Publications
Muka depan Tugasan
-
Asalam..Ini adalah lampiran muka depan tugasan dan tutorial yang perlu di
letakkan pada setiap tugasan dan tutorial yang di berikan.Sila rujuk : MUKA
DEPAN...
Rejab, Syabaan, Ramadhan, Syawal
-
Selepas berlalu kesemua bulan-bulan mulia ini kehidupan seorang muslmin
kembali kepada keadaan asal. Perlukah kembali kepada keadaan asal ataupun
lebih bai...
-
"Malam ini malam nisfu Syaaban..
Sesungguhnya Allah telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban
dan memberi keampunan kepada mereka yang beristigf...
Indahnya Islam Itu..
-
Assalamualaikum wbt..
Insya-Allah pada hari ini, suka saya untuk berkongsi video klik lagu maher
zain yang diedit bersama dengan perjalanan seorang manusi...
Kempen Tak Nak Judi diteruskan
-
Kempen Tak Nak Judi diteruskan
\diadaptasai dari sesawang:
http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1. Vincent Tan mengamuk marahkan Pakatan Rakyat kononny...
Laut Aral- Bencana Alam Sekitar yang Dahsyat
-
Apabila ditanya tentang Laut Aral, mungkin ada di antara kita yang tidak
pernah mendengar tentang laut ini apatah lagi untuk mengambil tahu
tentangnya. Ka...
HANYA AMALAN YANG IKHLAS DITERIMA OLEH ALLAH
-
Di antara tanda-tanda taqwa ialah keikhlasan kita kepada Allah Ta’ala dalam
semua ibadah, meninggalkan segala larangannya kerana firman Allah yang
bermaks...
Hati
-
saat kaca pecah berserakan..
bertaburan di kalangan mutiara yang amat berharga...
dan andainya akulah kaca-kaca itu..
duhai mutiara, maafkan lah aku..
duhai...
Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama
-
KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah
kepada...
HARI KELUARGA DUN SURA 2009...
-
Assalamualaikum.. Lama saya tak update blog ni akibat kekangan tugas sejak
kebelakangan ini. Alhamdulillah disini saya upload sedikit gambar program
HARI K...
REUNION SELATAN
-
Assalammualaikum
alhamdulillah dengan izinNya masih lagi mampu meneruskan hidup sebagai
seorang Da'e. Di sebalik mehnah dan tribulasi, namun dapat jua ditem...
LATIHAN INDUSTRI DAN …
-
Assalamualaikum WBT Terlalu lama rasanya tidak menulis di blog ini. Maaflah
pada sahabat – sahabat dan rakan – rakan yang kadang kala menjenguk masuk
ke bl...
ZIKIRULLAH...
-
slalulah kita berzikir pada ALLAH selaku Tuhan yang mengciptakan
kita..cari lah ruang waktu kita skali skala bersama dgn ALLAH dgn menyebut
namaNYA..Janga...
Bagi memahami sesuatu sirah, perlu banyakkan sumber bacaan kerana setiap sirah yang ditulis kebanyakkannya berbeza daripada seorang periwayat dengan periwayat yang lain. Jangan terlalu taksub kepada sesuatu penulisan ataupun seorang penulis sahaja. Banyakkan pembacaan pada buku-buku sirah dan juga bahan bacaan internet untuk mendapatkan informasi.
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.
"Aku mohon perlindungan Mu ya Allah daripada syaitan yang di rejam".
Kewujudan iblis jauh lebih awal daripada kejadian manusia. Apabila Adam dicipta, timbul keegoan iblis yang merasa dirinya lebih hebat.Kerana itu ia enggan tunduk sujud kepada Adam.
Ibarat kata orang tua tua"aku lebih dahulu makan garam". Begitulah andaianya, walaupun keeangganan iblis disebabkan kejadiannya daripada api dirasakan lebih baik daripada Adam yang dicipta daripada tanah.
Kemarahan dan dendam kepada Adam dan anak cucunya ditunjukkan secara terang terangan. Bahkan kepada Allah dia melahirkan azamnya untuk menyesatkan mereka seluruhnya hingga hari kiamat.
Kalau begitu mengapa kita manusia masih juga terjerumus kepada ajakannya? Bukankah jalan sesat sudah ditunujukkan secara jelas? Mengapa masih terus mengikutinya?
Itulah manusia, kita sememangnya sering lalai dan lupa. Dan kita juga disuruh sentiasa saling ingat mengingati.
Sekurang kurangnya dengan mengetahui kelemahan, kegemaran dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan makhluk yang direjam ini, kita dapat lebih berwaspada.
Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam & siang...
Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....
Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang, Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang, Main bola aku sanggup sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang, Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang, Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang, Pagi Kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....
Apasal la aku malas sembahyang, Siksa neraka cuba la aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu mela yani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar t tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.
Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat,” lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali – panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s. a. w, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.” Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pa hala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya … semoga Allah perkenankannya.
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan – hanan.com.my
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-Anakkan Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletahan anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny¬a kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.
3. Penuh Pengertian Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg¬aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
1. Tidak mengambil sarapan pagi Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam.
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.
Rukun Sembelihan
1.Orang yang menyembelih.
·Beragama Islam @ ahli kitab
·Baligh; tidak sah jika kanak-kanak
·Berakal; tidak sah jika orang gila
2.Binatang yang disembelih
·Binatang yang halal dimakan
·Binatang itu masih hidup
3.Alat untuk menyembelih
·Mestilah alat yang tajam seperti pisau
·Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku
Syarat Sah Sembelihan
1.Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih.
2.Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya
3.Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4.Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5.Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6.Disembelih oleh orang Islam
7.Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8.Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih
Sunat Sembelihan
1.Membaca Bismillah
2.Berselawat ke atas nabi
3.Mengadap kiblat
4.Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5.Menyembelih di pangkal leher binatang tapi jika haiwan itu dalam keadaan tenat dan sukar untuk disembelih di bahagian leher, boleh disembelihan di bahagian lain samada kaki, dan lain-lain.
Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.
1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14. KETIKA MENDIDIK ANAK Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.
15. KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16. KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS Gunakanlah formula 7K: 1 Ketaqwaan 2 Kasih saying 3 Kesetiaan 4 Komunikasi dialogis 5 Keterbukaan 6 Kejujuran 7 Kesabaran
Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. Apabila DIA lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Apabila dia tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun. Kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaaanNya.
2. Bersangka baik pada Manusia
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu: "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu): "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk"
*Nota
1. Diterima melalui sms.
2. Diambil dari emel yahoo group.
Ya Allah,
Pilihlah aku sebagai tetamu Ramadhan,
Kurniakan aku rahmat dan maghfirah,
Titiskan dari air mataku, air mata taubat,
Hiaskan lidahku dengan dendangan tadarus,
Selimuti malamku dengan tarawih berbantalkan tahajjud,
Moga aku mewarisi AL JANNAH,
Jadikan ramadhan ini yang terbaik untukku.
Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air bernombor 1430H. Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Para penumpang diWAJIBkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat. Penerbangan ini bebas asap perselisihan. Kapal terbang dijangka berlepas sebelum subuh dan akan tiba di destinasi ketika maghrib. KAMI selaku anak-anak kapal yang bertugas mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiyah ramadhan, mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini.
Semoga segala kata-kata hikmah tidak menjadi kata-kata yang sia-sia, sekadar menghiasi ruangan teknologi di malam permulaan bulan Ramadhan. Ramadhan yang dirindui menjelma kini, menjana kekuatan, meneguhkan iman, menghadapi cabaran, mencari keredhaan Maha Pencipta.
KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.
Ketika berhadapan dengan seorang yang pemalu, ia telah menjadikan saya turut merasa malu. Entah kenapa terjadinya sebegini masih belum dapat saya rungkaikan. Lalu timbul satu keinginan untuk menulis mengenai “malu”. Setelah membuat “brainstorming”, idea yang diperolehi tidak memuaskan hati menyebabkan keinginan menulis mengenai “malu” terbantut.
Dalam penerokaan dunia internet beberapa hati lepas, maklumat yang tidak dicari, tetapi terjumpa secara tidak sengaja. Lalu saya persembahkan apa yang dijumpai ini seperti dibawah.
Kurniaan Sifat Malu
“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…”
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.
Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).
Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan sebegitu.
Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yang perlu ada dalam diri manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.
Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang…wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.
Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
CAP minta umat Islam waspada beli seramik campuran haiwan haram KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu berwaspada apabila membeli pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk tulang babi.
Tinjauan di beberapa gedung beli-belah di ibu negara mendapati tiada label diletakkan bagi memaklumkan pengguna bahan campuran digunakan untuk menghasilkan perkakasan itu.
Berbanding dengan kedai kasut yang biasanya meletakkan label 'kasut diperbuat daripada kulit babi' di ruang jualan, peniaga yang menjual pinggan mangkuk mengandungi campuran tulang haiwan tidak memaklumkannya kepada pembeli.
Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, ketika diminta mengulas, berkata orang ramai boleh mengenali perkakasan yang mengandungi tulang haiwan kerana kebanyakannya tercatat Bone China di belakangnya.
Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.
"Berbanding penggunaan kaca dan tembikar sepenuhnya, perkakasan yang mengandungi tulang haiwan ditumbuk halus itu biasanya diimport dari Jepun dan United Kingdom. Ia dicampurkan bagi menjadikannya lebih berkilat dan cantik.
"Ia biasanya lebih eksklusif dengan harga mencecah RM8,000 satu set," katanya.
Namun, katanya, peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan meletakkan label di ruang jualan bagi memudahkan umat Islam mengenal pasti sama ada perkakasan dibeli dicampur tulang haiwan.
Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam boleh menghubungi CAP di talian 04-8299511 untuk kepastian.
Pengarah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya pernah menerima aduan umat Islam yang khuatir mengenai penggunaan perkakasan seramik yang dikatakan mengandungi tulang haiwan.
"Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Pihak berkuasa perlu menubuhkan unit khas untuk membuat kajian makmal," katanya.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar, pula berkata pengguna yang ingin mendapatkan kepastian boleh membawa perkakasan itu untuk dianalisis oleh Unit Pemantauan dan Penguatkuasaannya.
Oleh: Siti Haliza Yusop
Berita Harian Online
22 Julai 2009
Dengan nama Allah yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sunflowers & Sunshines
-
Grief is a funny thing. I was reciting the quran and suddenly remember a
tender memory of papa coming home from the masjid while mama and I were
both re...
Perjalanan Yg Berliku
-
Meneruskan perjalanan yang penuh berliku dengan cabaran baru. Seronok
suasana belajar yang damai dan tenteram. Pagi-pagi bacaan Al Quran
mula-mula dide...
Katarak, Retina, Saraf Mata makin mudah dirawat
-
Alhamdulilah smlm Utz Ismail tlh buat rawatan mata. Beliau mengalami
katarak, retina mata rosak, Saraf Mata rosak. Retina Mata jg rosak.beliau
tlh buat ra...
"Ahlan wasahlan.."
-
*Cinta tak pernah meminta untuk menanti.*
*Ia mempersilakan.*
*Atau mengambil kesempatan.*
*Yang pertama adalah pengorbanan.*
*Yang kedua adalah kebe...
Seminar Sebelum Aku Bernikah (2)
-
Assalamu'alaikum wbt. Terima kasih masih sudi menjenguk blog ini :)
Kali ini perkongsian daripada Ustaz Azlan Shah Nabes Khan pula. Menarik
sangat cara pe...
Dipermudahkan dapat rumah sewa
-
Saya sekarang ini telah pun menetap di negeri Terengganu. Bagi yang tak
tahu, saya memang berasal dari Kota Bharu, kemudiannya sambung belajar dan
bekerja ...
Buffet Ramadhan 2014 di SACC
-
Assalamualaikum wbt, Selamat Hari Raya 'Eidulfitri, Maaf Zahir Batin.
"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"
Nampaknya jari-jemariku beralun semula setelah seki...
Menjelaskan Asuransi Mobil
-
Apakah Anda akan memutuskan premi yang lebih rendah atau mungkin itu lebih
penting untuk memiliki deductible yang lebih rendah ? Sebagai dikurangkan
Anda a...
Jumaat Pertama 2014
-
Mentari bersinar cerah pagi Jumaat, sayyidul ayyam pertama dalam tahun
2014. Hari ini agak lambat ke sekolah berbanding hari semalam. Mungkin
kerana berjag...
Jasa Hidup
-
anehnya Tuhan mengatur hidup kita jalan hitam yang kau lalu dulu segala
sedih pecah jiwa yang kau rasa dulu satu hari, setelah puluh tahun, setelah
bangkit...
-
Assalamulaikum wbt....
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang memerintah langit dan
bumi. Selawat serta salam keatas junjungan mulia nabi muhamma...
Treatment dengan personal dentist~
-
Bismillah...
Dah lama tak buat treatment dengan doktor peribadi a.k.a encik zauj.
Awal-awal lepas kawen dulu sangatlah selalu ke klinik gigi UIA di bangu...
Jalan2 di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu
-
Minggu lepas hari Jumaat, setelah due bulan menetap di terengganu, first
time abang bawak jalan2 ke KT.. Alhamdulillah.. dpt juge menjejakkan kai di
KT.. a...
Buat anak-anak (pelajar) yang ku sayangi!
-
Kebodohan itu hanyalah ilusi, sebenarnya ALLAH menciptakan KEBIJAKSANAAN
yang berbeza untuk setiap Manusia.
Maka berusahalah!!!!!
Bertatih
-
Dua tahun berlalu di sini. Penuh rencah suka dan duka. Manisnya kenangan
disulami pahitnya memori silam. Jatuh bangun dalam tatihan menuju titik
pengakhira...
DOA' DHUHA
-
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMU, kecantikannya adalah
kecantikanMU, keindahan itu keindahanMU, kekuatan itu kekuatanMU, kekuasaan
itu...
BISNES KUUUU
-
Air Mizam..RM 36..1 titis sehari bg kanak2..3 dan lebih titis bagi
dewasa...semua perlu mengikut berapa liter air yang digunakan
Antara kandungan MIZAM :...
Terkena dah
-
Dah seminggu asyik sakit perut. dah pegi jumpa doktor kat medi-Nur.. sbb
tak tahan sakit perut. cakap la apa yang patut kat doktor.. so dia bagi
ubat sakit...
♥ Bersama Menjadi Bidadari Dunia ♥
-
Surat Terbuka Untuk Kaum Muslimah
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu. Jika engkau tidak berusaha
menjadi seperti Fathimah, mengapa engkau berhara...
Catatan Hujung Mei 2011
-
Alhamdulillah, selepas setahun bekerja secara kontrak di Kumpulan IKRAM Sdn
Bhd akhirnya aku ditawarkan untuk menyambung khidmat di sini. Rezeki yang
datan...
KEJUARAAN PINGPONG TERBUKA PARLIMEN LENGGONG
-
KOTA TAMPAN AIR LENGGONG- 17 Mac: Pemuda PAS MTD DUN Kota Tampan (Banggol
Belimbing) telah menganjurkan Kejohanan Ping-Pong tertutup Piala YDP PAS
Lenggong...
SCORE A PROGRAMME
-
* Ketahuilah RAHSIA Bagaimana Untuk Membantu Pelajar Mencapai Kecemerlangan
Dalam Pelajaran*
* Program Score A merupakan webucation pertama di Malaysia.* ...
70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW
-
Pengarang: Abu Azka Al Madani & Harun Arrasyid Hj Tuskan
Tajuk: 70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW
Terbitan: Al-Hidayah Publications
Peringatan Buat Diriku Yang Lupa
-
Di saat kita bujang dalam berjuang untuk membela agama Allah, kita mohon
pada Allah agar dikurniakan suami/isteri sebagai pembakar semangat
perjuangan. Di...
Pindah Rumah BARU
-
PENGUMUMAN!
Blog ini telah di upgrade dan berpindah ke alamat baru iaitu
http://mindasyaheed.com
Semua dijemput ziarah ke blog tersebut.
Terima kasih.
...
-
"Malam ini malam nisfu Syaaban..
Sesungguhnya Allah telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban
dan memberi keampunan kepada mereka yang beristigf...
Indahnya Islam Itu..
-
Assalamualaikum wbt..
Insya-Allah pada hari ini, suka saya untuk berkongsi video klik lagu maher
zain yang diedit bersama dengan perjalanan seorang manusi...
SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGANNYA
-
Salam.... setiap kesusahan ada kesenangan... ana yakin.... dalam surah
al-Insyirah... jadi.. apa yang perlu ana buat dan praktikkan... hanya sabar
dan usah...
alhamdulillah...
-
alhamdulillah... itulah ungkapan yg mampu diucapkan apabila bangun dprd
tidur.. thanx God.. masih membangkitkan diri hamba-Mu ke dunia, memberi
semangat ba...
Assyahid SaiD Seyam
-
*Jumaat ,16/01/2009* - Said Seyam, salah seorang pemimpin Hamas dan Menteri
Dalam Negeri yang dilantik kerajaan Ismail Haneyya, terbunuh pada petang
Khami...
ZIKIRULLAH...
-
slalulah kita berzikir pada ALLAH selaku Tuhan yang mengciptakan
kita..cari lah ruang waktu kita skali skala bersama dgn ALLAH dgn menyebut
namaNYA..Janga...