Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Showing posts with label buku baru. Show all posts
Showing posts with label buku baru. Show all posts

Mar 23, 2011

70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW

Pengarang: Abu Azka Al Madani & Harun Arrasyid Hj Tuskan
Tajuk: 70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW
Terbitan: Al-Hidayah Publications

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimum - Prof. Dr. Yusuf Al Qardhawi

Pengarang: Prof. Dr. Yusuf Al Qardhawi
Tajuk: Aku dan Al Ikhwan Al Muslimum
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd

Apr 2, 2009

Travelog Seorang Da'i

Mengisahkan seorang insan yang bernama Abdul Rahman Mohamed menjalani kehidupan dalam kemiskinan, kehinaan, arak, dadah, kumpulan samseng setelah kematian ayah.

Justify Full
Semasa belajar di Sekolah Rendah Gabungan Kallang dalam keadaan yang sangat susah, beliau menulis ".....semasa rehat, aku akan ke tandas untuk meneguk air paip sampai kenyang....."

Kemudian beliau menyambung "...kadang-kadang aku ke kantin untuk mengecek teman-temanku makan. Pernah suatu ketika aku dihalau oleh makcik yang menjual mi rebus kerana berdiri di depan gerai yang menghalang perniagaannya. Aku berlalu dengan hati yang amat sedih..."

Akhirnya beliau berubah. Mula mengenali agama. Menyambung pelajaran ke Aceh. Madinah. Dan menjadi seorang pendakwah yang sentiasa menghadapi karenah orang atasan, godaan, hinaan dan cacian.

Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah mendapatkannya di mana-mana kedai buku. Semoga mendapat manfaat daripada pembacaan buku ini.


-ibnuahmad-

Apr 1, 2009

Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden

Menjadi hobi terkini pada saya ialah memasuki kedai-kedai dan membeli buku-buku. Saya lebih cenderung kepada pembacaan bab sirah. Adabuku yang cepat ditamatkan pembacaannya. Ada buku yang lambat ditamatkan pembacaannya. Ada buku yang tak selesai pembacaannya. Ada juga yang tak dibaca lansung.

Satu koleksi terbaru saya ialah buku "Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden" karya Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor.

Tak kenal maka tak cinta. Kebanyakkan umat Islam hari ini tidak mengenali tokoh-tokoh gerakan Islam. Termasuklah diri yang menulis ini. Dengan hadirnya buku ini, bolehlah kita mengenali secara ringkas peribadi dan riwayat hidup tokoh-tokoh gerakan Islam seluruh dunia. Antara tokoh-tokoh yang disenaraikan dalam buku ini:
  1. Dr Abdul Aziz Rantisi - HAMAS, Palestin.
  2. Abdul Qader Awdah - - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  3. Dr Abas Madani - Barisan Penyelamat Islam (FIS), Algeria.
  4. Syeikh Abdul Hamid Kisyk - Mesir.
  5. Dr Abdul Majid Az-Zandani - Yaman.
  6. Dr Abdullah Azzam - Ikhwan Muslimin
  7. Dr Abdullah Nasih Ulwan - - Ikhwan Muslimin.
  8. Syeikh Ahmad Yassin - HAMAS, Palestin.
  9. Syeikh An-Nadwi.
  10. Badi'uzzaman Sa'id An-Nusri.
  11. Dr Burhanuddin Al-Helmi - Hizbul Muslimin, Malaysia.
  12. Najbuddin Erbakan - Turki.
  13. Syeikh Faisal Molawi - Lubnan.
  14. Dr Fathi Yakan.
  15. Iman Syahid Hasan Al-Banna - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  16. Hakim Hasan Al-Hudaibi - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  17. Dr Hasan At-Turabi - Sudan.
  18. Jamaluddin Al-Afghani.
  19. Al-Maududi - Pakistan.
  20. Syeikh Muhammad Abduh
  21. Syeikh MuhammadAl-Ghazali
  22. Ustaz Mustafa Masyhur - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  23. Syeikh Dr Mustafa Siba'ie - Ikhwan Muslimin, Syiria.
  24. Omar Al-Mokhtar.
  25. Qazi Hussain - Pakistan.
  26. Sayyid Qutb - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  27. Syeikh Sa'id Hawwa.
  28. Syeikh Solah Abu Ismail - Ikhwan Muslimin, Mesir.
  29. Zainab Al-Ghazali - Ikhwan Muslimin, Mesir.

Selamat membaca. Semoga ia mampu melahirkan kecintaan kita kepada agama Islam. Pendorong dan penguat semangat.


-ibnuahmad-

Mar 1, 2009

Tujuh Tol Semasa Melalui Sirat

Sirat atau titian yang merintangi neraka jahannam menuju ke syurga. Tiada sesiapapun yang akan terkecuali daripada merintangi titian ini. Dalam titian ini, manusia akan menghadapi tujuh sekatan dan setiap sekatan ada soalan-soalan dan pemeriksaan yang terpaksa dilalui oleh manusia.

  1. Sekatan pertama, manusia akan diperiksa dengan syahadah mereka. Adakah benar mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya seperti dalam lafaz syahadah. Manusia juga mestilah bebas dari syirik.
  2. Sekatan kedua, manusia akan diperiksa dengan solat mereka. Solat hendaklah sempurna dengan rukun-rukun, syarat-syarat serta khusyuk hati mereka.
  3. Sekatan ketiga, manusia akan ditanya mengenai ibadah puasa mereka. Adakah puasa mengikuti rukun-rukunnya serta tidak dirosakkan dengan perkara yang membatalkan puasa atau merosakkan pahala puasa.
  4. Sekatan keempat, manusia akan ditanya mengenai zakat. Adakah mereka mengeluarkan zakat seperti yang disyariatkan.
  5. Sekatan kelima, manusia akan diperiksa dengan ibadat haji.
  6. Sekatan keenam, manusia akan ditanya dengan wudhuk dan mandi wajib. Kecuaian dalam melaksanakan kedua-dua ibadah ini menyebabkan sesetengah ibadah tak boleh dilaksanakan. Perlu belajar, tidak boleh ikut-ikut orang dalam melaksanakan ibadah bersuci. Tidak boleh sekadar membaca buku, perlu berguru agar tidak sesat dan diganggu syaitan.
  7. Sekatan ketujuh, manusia akan ditanya sama ada mereka melakukan kezaliman terhadap sesama manusia. Tidak boleh disembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap manusia lain.

Jika tol atau sekatan jalan raya (road block) di dunia mampu dihadapi dengan mudah oleh manusia. Masuk jalan bertol, kena bayar tol. Kalau kena saman kat road block, boleh bayar. Boleh buat rayuan lagi. Namun di akhirat tidak semudah itu. Hanya amalan, keikhlasan dan keimanan manusia yang mampu menghadapi sekatan-sekatan yang bakal dikenakan. Sebuah kisah dalam Al-Quran dalam surah Al Kahfi sebagai renungan.


Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan Kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
Surah Al Kahfi: 32-33

Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh. Dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
Surah Al Kahfi: 34

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah Aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
Surah Al Kahfi: 35-36

Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
Surah Al Kahfi: 37-38

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
Surah Al Kahfi: 39

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakan dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
Surah Al Kahfi: 40-41

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
Surah Al Kahfi: 42

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan Yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

Surah Al Kahfi: 43-44



-ibnuahmad-

Rujukan:
  1. Nik Abd Aziz Nik Mat, (2007), Nota Kepada Diri, Buku Harakah, Kuala Lumpur.
  2. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Misbah Em Majidy, (2008), Kisah Cinta dalam Al-Quran, Anbakri Publika, Kuala Lumpur.

Jan 18, 2009

Saat Cinta Bertasbih


Saat cinta bertasbih. Satu buku untuk Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku tulisan Ust Riduan Mohamad Nor ini mengisahkan perjalanan politik Tuan Guru dari awal pembabitannya sehingga ke PRU12. Seronok membacanya kerana ia membabitkan perjalanan politik yang panjang terutamanya negeri Kelantan. Negeri yang menjadi tumpuan utama dalam mana-mana piliharaya umum sama ada dari UMNO ataupun PAS. Satu-satunya negeri yang paling banyak mengalami pertukaran tampuk pimpinan. Negeri yang selalu dilabel dengan pelbagai perkara negatif dalam media massa.

Hakikatnya, anak-anak dari negeri inilah yang paling banyak menguasai negeri-negeri lain. Dari segi perniagaan, pekerjaan dan lain-lain. Dari jawatan tinggi hingga ke jawatan rendah. Menguasai kampus-kampus akademik. IPTA dan IPTS. Dari pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan. Amatlah ramai.

Bukan hendak memuji negeri sendiri, cuma ingin menceritakan apa yang diketahui.

Bagi orang UMNO luar Kelantan yang ekstrim, mereka telah menyenarai hitam orang-orang Kelantan. Sehinggakan tidak membenarkan anak-anak, saudara mara berkahwin dengan orang-orang Kelantan. Sikap yang terlalu teruk jika difikirkan. Ini makluamat yang diperolehi daripada beberapa orang sahabat yang menceritakan perihal keluarga dan saudara mereka.

Buku ini diselitkan juga analisis politik yang dibuat sebelum PRU12 dan artikel-artikel pendek isu semasa.


-ibnuahmad-

Nov 30, 2008

Tamadun Khilafah Islamiyah

Bermula lebih 1400 tahun dahulu, Islam mula tersebar di muka bumi setelah Nabi Muhammad SAW diutus menjadi rasul. Setelah baginda wafat, perjuangan menyebarkan Islam diteruskan oleh para sahabat.

Saidina Abu Bakar berjuang menentang golongan murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. Setelah golongan ini berjaya diatasi, baginda mula mengalihkan tumpuan untuk meluaskan empayar Islam. Pembukuan Al-Quran bermula pada zaman ini.

Saidina Umar meneruskan permulaan meluaskan empayar Islam yang dirintis oleh Saidina Abu Bakar. Baginda berjaya mengusai dua empayar yang terbesar iaitu Rom Byzantine dan Sassanid Parsi. Baginda akhirnya dibunuh oleh seorang yahudi setelah 10 tahun memerintah.

Saidina Uthman meneruskan operasi meluaskan empayar Islam. Pembukuan Al-Quran diselesaikan pada zaman baginda. Akhirnya baginda gagal mengawal suasana umat Islam. Kacau bilau mula berlaku dan akhirnya baginda telah dibunuh oleh peberontak.

Saidina Ali tidak meneruskan operasi perluasan empayar sebaliknya cuba mengawal suasana kacau bilau yang berlaku. Akhirnya tercetus dua peperangan yang besar sesama umat Islam (Perang Jamal dan Perang Siffin). Baginda dibunuh semasa dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh di masjid.

Muncul pula kerajaan Bani Umayyah. Khalifah pertama, Muawwiyah b Abu Sufyan dilantik semasa majlis tahkim dalam peperangan Siffin. Muawwiyah mewariskan jawatan khalifah kepada anaknya, Yazid I menyebabkan wujudnya kerajaan bani Umayyah. Muawwiyah meneruskan perluasan empayar Islam. Apabila kerajaan ini mulai lemah (kelemahan dari segi pimpinan dan perebutan kuasa), Bani Abbasiyah melancarkan pemberontakkan dan berjaya menggulingkan kerajaan Bani Umayyah.

Kerajaan Bani Abbasiyah pula mengambil alih. Disamping perluasan kuasa, Kerajaan Bani Abbasiyah menumpukan kepada tamadun ilmu. Zaman kegemilangan berlaku pada pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid dan anaknya Khalifah Al Makmum. Perebutan kuasa dalaman menyebabkan pemerintahan semakin lemah dan akhirnya kerajaan ini dikalahkan oleh tentera Monggol.

Setelah hampir 30 tahun kejatuhan Bani Abbasiyah, Empayar Turki Uthmaniyyah muncul. Empayar ini berjaya meluaskan pengaruh Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al Fateh, baginda telah berjaya menawan Kota Konstantinopel, Kota terakhir Rom Byzantine. Kota ini gagal ditawan sejak 800 tahun yang lalu. Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, "Kota Konstantinopel akan ditawan oleh seorang raja yang baik, tenteranya yang baik dan rakyatnya yang baik". Kota ini ditukar nama kepada Islambul (islam keseluruhannya). Pemerintahan yang tidak cekap, pemberontak dan muncul gerakan nasionalisme adalah faktor utama kejatuhannya. Pada tahun 1924, Mustapa Kamal Al Tanturk telah menggulingkan khalifah islamiyah terakhir dan menubuhkan negara republik.

*Ringkasan daripada buku "Jatuhnya Sesebuah Tamadun" karya Mohamad Nurhakim (2008) dan penambahan sedikit daripada pengetahuan penulis.


-ibnuahmad-

Oct 15, 2008

Jadikan Solat sebagai Teman Hidup Anda


Permasalahan

Permasalahan yang sering timbul dikalangan manusia ialah tekanan perasaan. Ia adalah disebabkan beberapa perkara yang berkaitan dengan individu itu sendiri atau keadaan persekitaran individu tersebut. Contohnya bebenan kerja, masalah kewangan, hubungan kekeluargaan, kematian dan lain-lain lagi.


Jalan yang Diambil.

Biasanya kita akan mengambil jalan-jalan untuk menghilangkan atau mengurangkan tekananannya. Antaranya:
  • Mengadu kepada mak ayah.
  • Mengadu kepada kawan-kawan.
  • Telefon/sms.
  • Menjerit sekuat hati.
  • Tidur.
  • Memandu kenderaan laju/bersendirian.
  • Mengadap komputer (internet/game).
  • Berjalan, merenung ciptaan Tuhan.
  • Makan, makan, makan.
  • Menangis (terutamanya perempuan)
  • DLL.

Teman Solat

Aku teringat seorang ustaz menceritakan bahawa Rasulullah SAW yang sentiasa menjadikan solat sebagai teman rapatnya. Apabila sedih/berduka, Nabi akan bersolat, apabila bergembira, Nabi akan bersolat. Nabi SAW sentiasa menjadikan solat sebagai temannya.

Apa yang aku fikirkan, kita juga sepatutnya menjadikan solat sebagai teman hidup kita takkala senang ataupun susah. Firman Allah SWT yang bermaksud "dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". Dengan bersolat, ia dapat menenangkan fikiran takkala kita sedang berduka. Ia dapat melahirkan rasa kesyukuran apabila kita sedang bergembira. Ia dapat meningkatkan hubungan kita dengan Allah, hubungan seorang hamba dengan Maha Pencipta.


Di Akhirat Kelak.

Di akhirat kelak, sebelum mahkamah memulakan perbicaraan, manusia akan berhadapan dengan keadaan yang sangat haus. Di akhirat terdapat sebuah telaga yang bernama Kausar. Barangsiapa yang berjaya meminum air di dalam telaga itu, maka perjalanannya diakhirat selepas ini akan selamat dan begitulah sebaliknya.

Manusia pada masa itu akan berbondong-bondong menghampiri telaga Kausar untuk meminum airnya. Namum ia dihalang oleh malaikat yang bertugas mengawal kawasan tersebut. Pada masa tersebut, Nabi SAW akan memanggil ummatnya untuk meminum air telaga Kausar.

Bagaimanakah Nabi akan mengenali ummatnya?

Nabi mengenali ummatnya dengan terpancarnya cahaya dari anggota wudhuk. Beruntunglah manusia yang banyak berwudhuk dan menjadikan solat sebagai teman rapatnya di dunia. Di akhirat ia akan dapat minum air dari telaga Kausar yang mana ia menjamin perjalanannya yang masih jauh di akhirat.


Rujukan
  1. Nik Abd Aziz Nik Mat, (2007), Nota Kepada Diri, Harakah, Kuala Lumpur.

-ibnuahmad-

Oct 5, 2008

Sultan Muhammad Al Fateh

Alhamdulillah, pada 29 Ramadan yang lepas saya sempat membeli novel sejarawan islam yang bertajuk Sultan Muhammad Al Fateh - Penakluk Konstantinopel. Saya sempat menghabiskan pembacaan buku tersebut pada hari yang sama walaupun ada sahabat saya yang mengatakan saya ni jenis pengumpul buku, bukan pembaca bukan.

Dalam buku ini mengisahkan riwayat hidup Sultan Muhammad Al Fateh dan usahanya dalam menawan Kota Konstantinopel yang merupakan suatu tempat yang strategik yang dikuasai oleh Kerajaan Rom. Kota ini telah cuba ditakluk sejak Zaman Khalifah Arrasyidin dan hanya berjaya ditakluk pada zamannya iaitu di zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, Kota Konstantinopel akan berjaya ditakluk oleh Raja yang baik, tenteranya yang baik dan rakyanya yang baik.

Hadis ini hanya terbukti selepas 800 tahun kewafatan Rasulullah.

Dalam novel ini diceritakan bagaimana usaha Sultan Muhammad dalam membuktikan kebenaran hadis Rasulullah SAW. Beliau adalah seorang raja yang baik yang membentuk tentera dan rakyatnya menjadi baik, strategi politik dan ketenteraannya, hubungannya dengan pencipta dan cabaran serta dugaan yang dihadapi dalam proses penaklukan Kota Konstantinopel.

Akhirnya kota ini jatuh ketangan ummat Islam selepas pertempuran selama 53 hari. Suasana debaran menanti memang terasa apabila membaca novel ini. Satu pasukan tentera yang baik diuji oleh Allah dengan mengambil masa yang begitu lama unutk menakluk sebuah kota.

Setelah berjaya menaklukinya, Sultan Muhammad telah menukar nama Kota Konstantinopel kepada Islambul (Islam sepenuhnya). Al fateh yang bermaksud Sang Penakluk adalah gelaran yang diberikan kepada Sultan Muhammad.

Sultan Muhammad Al Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 akibat diracun oleh seorang munafik. Al Fatihah.

-ibnuahmad-