Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Showing posts with label pelawak. Show all posts
Showing posts with label pelawak. Show all posts

May 27, 2009

Untuk Dijual..

Untuk Dijual..
Warna Hitam Metallic..
Harga Boleh Dirunding..
Dipakai 3 Bulan Oleh Kerajaan Negeri Perak..
Bukan CAMRY.. Tapi ZAMBRY

Pengguna 1
Ambo tak sir beli zambry yang murah tu. Ambo nak nizar yang berkualiti tinggi.

Pengguna 2
Manual ke auto? Parok tak pakai minyak? Meh sekilo. Kawe nak jadikan khadam kawe. Pahtu kawe nak ajar halal haram dalam Islam. Termasuk ambil kerajaan cara halal.

Pengguna 3
Mampoh umno.

Jan 5, 2009

Serangan dan Peperangan

Serangan demi serangan dilakukan oleh Israel laknatullah keatas umat Islam Palestin masih belum nampak ada penghujungnya. Korban, kecederaan dan kemusnahan semakin meningkat. Alasan yang digunakan ialah menghentikan keganasan yang dilakukan Hamas. Namun hakikatnya, Yahudi lah bangsa pengganas dunia yang disokong kuat oleh Amerika.

Pemimpin negara-negara Islam masih kaku, kelu tidak berkata-kata. Lemah. Takut. Lembap. Namun ada juga yang mengeluarkan kenyataan tetapi kenyataan yang dikeluarkan adalah terlalu lemah berbanding kekuasaan yang ada. Kekuasan Allah Yang Maha Hebat, tetapi keyakinan manusia yang kurang, iman yang lemah. Lemah.

Jika di Palestin, Hamas sedang berhadapan dengan Israel. Di Malaysia tidak kurang hebatnya. Perang pilihanraya kecil (PRK) Kuala Terengganu telah pun bermula. Serangan demi serangan UMNO dan sekutunya semakin mengganas.

Jika tahun 1999 semasa Pas mengambil alih pemerintahan Terengganu, isu penutupan Tadika KEMAS oleh kerajaan PAS telah muncul. Selepas pilihanraya umum lepas (PRU12), isu ini timbul lagi. Kali ini di Kedah selepas PAS mengambil alih pemerintahan.

Sempena PRK Kuala Terengganu, isu ini muncul lagi. Kali ini Perak dan Selangor pula menjadi mangsa. Adakah UMNO sudah kehabisan idea. Sudah tiada isu yang hendak dibangkitkan. Asyik-asyik isu yang sama. Dah terdesak kot.

Lalu jentera-jentera UMNO pun mula bertindak. Stesen tv, radio, akhbar.

Projek-projek mula berlimpahan, duit mula bertaburan. Memang suatu perancangan yang mantap.

Maklumat yang diterima, polis dan FRU telah pun memenuhi Kuala Terengganu. Sampai terpaksa buat kemah di tepi jalan (banyak sangat). Berita TV3 suku jam 8, 5 Januari 2009 menyatakan polis akan ditambah sekali ganda lagi sempena PRK ini. Memang dahsyat la UMNO ni.

Coretan ini diakhiri dengan firman Allah dalam surah At-Taubah, ayat 41 yang bermaksud "Bersegeralah kamu untuk berperang pada jalan Allah sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


-ibnuahmad-

Dec 12, 2008

Larangan Lawat Kelantan Ditarik Balik

Terkejut juga baca berita hari ni. Tak tahu pula ada larangan oleh satu kerajaan negeri yang melarang semua jabatan dan agensinya mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.

Dalam hatiku berkata, bodoh dan jumudnya menteri besar negeri ni. Nak ambil populariti lah tu, maklumlah, calon timbalan presiden.

Berbalik pada isu pemilihan UMNO Mac depan, bagi aku Muhyiddin Yasin adalah jauh lebih cerdik dan calon yang terbaik untuk mengambil jawatan sebagai timbalan presiden UMNO berbanding dengan menteri besar ni.


-ibnuahmad-

Berita penuh dibawah ini bersumberkan berita hairan online, 13 Disember 2008.


MOHD ALI dan Adun Kuala Balah, Datuk Ab Aziz Derashid (dua dari kiri) melihat pelbagai risalah promosi Melaka Bandaraya Warisan Dunia di Majlis Perasmian Promosi Pelancongan 'Jom ke Melaka' di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Melaka kini membenarkan semua jabatan dan agensinya mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata larangan itu sudah dibatalkan bagi membolehkan kerjasama antara kedua-dua negeri itu dilakukan.

"Lawatan ke Kelantan kini sudah dibenarkan, dulu dilarang disebabkan ada kaitan dengan pembabitan politik," katanya ketika berucap merasmikan Promosi Pelancongan 'Jom Ke Melaka' di Tecso Lembah Sireh dekat sini, semalam.

Awal April 2000, Mohd Ali menguatkuasakan larangan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan negeri itu daripada mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun larangan itu tidak membabitkan lawatan tidak rasmi seperti melancong atau melakukan ziarah.

Beliau mengeluarkan arahan itu bukan bertujuan menganiayai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin PAS, tetapi bagi memastikan dasar kerajaan negeri itu tidak dicontohi agensi kerajaan negeri Melaka. (Pemikiran yang bodoh)

Mohd Ali berkata, dengan kebenaran melawat Kelantan, Melaka berusaha mempromosikan negerinya kepada rakyat negeri ini sekali gus menjadikan bandar raya bersejarah itu tempat pelancongan unggul di Malaysia. (Nak ambil hati perwakilan UMNO Kelantan supaya undi beliau dalam pemilihan UMNO akan datang)

Dec 3, 2008

Hero Ayam


Debaran pemilihan UMNO semakin terasa (orang UMNO sahaja). Tarikhnya semakin hari semakin dekat.

Boleh dikatakan setiap hari akan muncul hero-hero ayam UMNO untuk buat kenyataan-kenyataan dalam media cetak (surat kabar, majalah dll) dan media elektronik (TV, internet,radio dll). Tambah-tambah yang akan bertanding dalam pemilihan depan. Kononnya mengambil berat tentang rakyat. Kebanyakkan nak raih populariti untuk bertanding merebut jawatan (petikan kata-kata Soi Lek). Menyampah betul aku. Sampai isu perkauman sudah tidak diendahkan lagi. Yang kedengaran hanyalah ketuanan melayu.

Tunggu dan lihat je la bagaimana pelawak-pelawak yang cuba menunjukkan lakonan yang mantap.