Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Oct 15, 2008

Jadikan Solat sebagai Teman Hidup Anda


Permasalahan

Permasalahan yang sering timbul dikalangan manusia ialah tekanan perasaan. Ia adalah disebabkan beberapa perkara yang berkaitan dengan individu itu sendiri atau keadaan persekitaran individu tersebut. Contohnya bebenan kerja, masalah kewangan, hubungan kekeluargaan, kematian dan lain-lain lagi.


Jalan yang Diambil.

Biasanya kita akan mengambil jalan-jalan untuk menghilangkan atau mengurangkan tekananannya. Antaranya:
  • Mengadu kepada mak ayah.
  • Mengadu kepada kawan-kawan.
  • Telefon/sms.
  • Menjerit sekuat hati.
  • Tidur.
  • Memandu kenderaan laju/bersendirian.
  • Mengadap komputer (internet/game).
  • Berjalan, merenung ciptaan Tuhan.
  • Makan, makan, makan.
  • Menangis (terutamanya perempuan)
  • DLL.

Teman Solat

Aku teringat seorang ustaz menceritakan bahawa Rasulullah SAW yang sentiasa menjadikan solat sebagai teman rapatnya. Apabila sedih/berduka, Nabi akan bersolat, apabila bergembira, Nabi akan bersolat. Nabi SAW sentiasa menjadikan solat sebagai temannya.

Apa yang aku fikirkan, kita juga sepatutnya menjadikan solat sebagai teman hidup kita takkala senang ataupun susah. Firman Allah SWT yang bermaksud "dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". Dengan bersolat, ia dapat menenangkan fikiran takkala kita sedang berduka. Ia dapat melahirkan rasa kesyukuran apabila kita sedang bergembira. Ia dapat meningkatkan hubungan kita dengan Allah, hubungan seorang hamba dengan Maha Pencipta.


Di Akhirat Kelak.

Di akhirat kelak, sebelum mahkamah memulakan perbicaraan, manusia akan berhadapan dengan keadaan yang sangat haus. Di akhirat terdapat sebuah telaga yang bernama Kausar. Barangsiapa yang berjaya meminum air di dalam telaga itu, maka perjalanannya diakhirat selepas ini akan selamat dan begitulah sebaliknya.

Manusia pada masa itu akan berbondong-bondong menghampiri telaga Kausar untuk meminum airnya. Namum ia dihalang oleh malaikat yang bertugas mengawal kawasan tersebut. Pada masa tersebut, Nabi SAW akan memanggil ummatnya untuk meminum air telaga Kausar.

Bagaimanakah Nabi akan mengenali ummatnya?

Nabi mengenali ummatnya dengan terpancarnya cahaya dari anggota wudhuk. Beruntunglah manusia yang banyak berwudhuk dan menjadikan solat sebagai teman rapatnya di dunia. Di akhirat ia akan dapat minum air dari telaga Kausar yang mana ia menjamin perjalanannya yang masih jauh di akhirat.


Rujukan
  1. Nik Abd Aziz Nik Mat, (2007), Nota Kepada Diri, Harakah, Kuala Lumpur.

-ibnuahmad-

No comments: