Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Apr 22, 2008

Bidadari Hidupku - Dehearty

Perasaan lahir dari sebuah pertemuan
Berputik rindu di hati yang amat mendalam
Mekar menyinar seluruh alam kehidupan
Segar sentiasa ia dalam ingatan

Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan
Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan
Seikhlas hati kusemaikan benih kasih sayang
Moga kekal menyinar dalam keredhaan

Kau umpama
Mutiara di tengah lautan
Bak bidadari yang menghiasi hidupku
Bersama kasih sayangmu

Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
Moga harumannya kan kekal bersama keimanan
Menyegari ruangan hati kesyahduan

Kudambakan padamu sebuah kasih dan sayang
Yang lahir dari hati yang penuh ketulusan
Doaku agar Tuhan memberkati cinta kita
Disinari kehidupan dengan rahmat-Nya

Isteriku,kaulah bidadariku
Hadirlah bersamaku di setiap waktu
Ku janjikan setiaku hanya untukmu
Dan kasihku hanya padamu
Oh isteriku........

Apr 16, 2008

Barang naik lagi – berita 17/04/08

Ini adalah senarai tajuk berita yang sempat saya kumpulkan pada hari ini. ia berkaitan dengan kenaikkan harga barangan di pasaran negara.

  1. Kerajaan tiada kuasa kawal harga beras import – www.utusan.com.my
  2. Harga roti Gardenia naik 10 peratus – www.utusan.com.my
  3. Peniaga mungkin naikkan harga nasi – www.utusan.com.my
  4. Harga baja kimia naik lebih 20% – www.utusan.com.my
  5. Harga beras masih terkawal – www.bharian.com.my
  6. Usah memilih beli beras – www.hmetro.com.my
  7. Pengguna tidak perlu panik – www.hmetro.com.my
  8. harga roti pun naik jugak...! - www.tranungkite.net/
  9. Kenaikan harga barang... Pak Lah masih tidur ke??? - www.tranungkite.
Barang semakin hari semakin naik, hutang PTPTN banyak lagi nak bayar ni...........pening-pening.

Apr 15, 2008

Makanan yg mengandungi lemak babi


Peringatan untuk semua

Gambar hiasan

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa :

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)"

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"


Perkataan-perkataan yang menarik sebelum dan selepas PRU-12

Dalam keadaan pagi ini, saya banyak terfikir tentang istilah2, perkataan2, isu2 menarik sebelum dan selepas PRU 12, antara yang sempat saya catatkan disini ialah:
  1. Pembangunan wilayah-wilayah koridor
  2. Demonstrasi bukan budaya kita
  3. Angka 13’
  4. Kritikan Tun Dr Mahathir
  5. Bakal MB Kelantan
  6. Pengundi hantu
  7. Politik mahasiswa
  8. Parti Mahasiswa Negara (PMN)
  9. Undi Melayu merosot
  10. 5 negeri pembangkang
  11. Media alternatif
  12. Menteri besar perlis
  13. Lim Guang Eng – Dasar Ekonomi Baru
  14. Sekat projek di negeri pembangkang
  15. Barisan kabinet menteri
  16. Kekalutan MB perak
  17. DAP biadab kepada institusi Raja Melayu
  18. DAP minta maaf
  19. Tiga timb menteri letak jawatan.
  20. Setiausaha Agung UMNO letak jawatan.
  21. Mukhriz minta PM berundur
  22. Doto’ Khir Toyo letak jawatan pengurusi perhubungan UMNO selangor.
  23. Dato’ Ahmad Said.
  24. Orang melayu penderhaka kepada sultan Terengganu.
  25. Cuepacs boikot hari pekerja
  26. Barisan Rakyat
  27. KJ diam entah kemana.
  28. Projek babi sepang
  29. Ahli umno sabotaj disiasat
  30. Black 14
  31. Harga beras naik
  32. Kemana hilangnya Anuar Musa dan Awang Adek?

Apr 14, 2008

As-Syahid Hassan al-Banna (siri 2)

Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di Mahmudiah, dekat Iskandariah, Mesir. Ayahnya, Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman al-Banna, merupakan lulusan Azhar yang bekerja sebagai tukang jam, juga seorang imam dan guru al-Qur’an di masjid serta telah menghasilkan beberapa buku berkaitan dengan perundangan Islam. Sebagai anak sulung, al-Banna telah dididik dengan suasana keIslaman dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh ayahnya.

PENDIDIKAN AWAL

Semasa al-Banna kecil, beliau telah diharapkan oleh ayahnya agar menjadi seorang hafiz al-Quran. Al-Banna telah dihantar kepada seorang guru bernama Syaikh Muhammad Zahran yang mempunyai ilmu yang luas dan dalam, bertaqwa serta sangat berwibawa. Cara didikan Syeikh Zahran adalah sangat keras, sehinggakan para pelajarnya, termasuk al-Banna yang masih kecil merasa terbeban dengan hafalan, membaca dan menelaah kitab-kitab, yang faedahnya hanya dapat dirasakan oleh al-Banna setelah beliau dewasa.

Setelah Syeikh Zahran semakin sibuk dengan da’wahnya, sehingga tiada kesempatan untuk terus menjadi guru di sekolah ad-Diniyah ar-Rasyad, ayah al- Banna memindahkan al-Banna ke Madrasah Idadiyah, sambil tetap menyuruh al- Banna menghafal al-Quran di rumah. Pada ketika itu, al-Banna sudah pun menghafal separuh al-Quran.

Minat dan keaktifan Hasan Al-Banna dalam berorganisasi sudah kelihatan sejak dia belajar di madrasah tersebut. Di madrasah itu, al-Banna membentuk organisasi Persatuan Akhlak Mulia (PAM), atas cadangan salah seorang gurunya, yang bertujuan untuk menegakkan akhlak mulia di lingkungan madrasah. Undang-undang pun dibuat oleh mereka sendiri, seperti siapa yang memaki saudaranya didenda 1 millim (mata wang terkecil Mesir), yang memaki ayahnya didenda 2 millim, memaki ibunya, mencela agama, bertengkar, dan sebagainya. Semua yang bertentangan dengan akhlaq mulia, dikenakan denda. Denda akan dilipatgandakan, sekiranya yang melanggar adalah anggota pimpinan organisasi, yang diketuai oleh al-Banna. Wang hasil denda dimanfaatkan untuk kegiatan sosial.

Tidak puas dengan pertubuhan yang hanya mengendalikan pelajar, al-Banna dan teman-temannya membuat organisasi asosiasi keislaman dengan nama Gerakan Anti Maksiat (GAM) untuk memberi teguran melalui surat kepada sesiapa sahaja yang melakukan maksiat. Masing-masing anggota organisasi mengawasi anggota masyarakat, yang terdiri daripada masyarakat biasa, pedagang, hingga syaikh-syaikh (ulama) sekalipun. Bila ada seseorang yang melakukan kesalahan/dosa (perbuatan yg bertentangan dengan syariat Islam) akan dikirimkan surat peringatan, yang dihantarkan secara diam-diam oleh anggota GAM. Tetapi aktiviti rahsia GAM terbongkar oleh seorang pemilik kafe, yang berjaya menangkap pembawa surat teguran yang berisi peringatan atas kesalahan pemilik kafe yang membawa penari wanita di kafenya.

Ketika berusia 13 tahun, Hasan Al-Banna melanjutkan pelajarannya ke Madrasah al-Muallimin al-Awwaliyah di Damanhur walaupun sebenarnya dia belum memenuhi syarat umur minimum 14 tahun. Hafalan al-Qurannya pun belum 100%, tetapi karena mudir madrasahnya melihat kecerdasan al-Banna, beliau memberi pengecualian. Sejak usia muda ini, Hasan Al-Banna mulai tertarik dengan gerakan sufi yang saat itu marak di Mesir. Selain mengikuti zikir tasawuf, Hasan Al-Banna pun aktif ikut halaqoh yang diadakan oleh syaikh-syaikh pemimpin sufi, terutamanya syeikh-syeikh dari tarikat Hashofiyah. Beliau sangat mengagumi tokoh utama dari tariqat ini, yaitu Syaikh Abdul Wahhab al Hashafi bin Syaikh Hasanain al-Hashafi. Penglibatan al-Banna dalam aktiviti kesufian inilah yang telah membuatkan beliau menyedari betapa perlunya pemupukan sahsiah dan akhlak individu untuk menjadi prasyarat kepada proses pengIslaman masyarakat.

Walaupun Hasan Al-Banna mengikuti gerakan sufi, tapi beliau tidak 100% menyetujui cara hidup orang-orang sufi yang berlebihan, seperti beruzlah (mengasingkan diri) dari kehidupan masyarakat umum, untuk untuk memperolehi kenikmatan beribadah untuk peribadi semata-mata. Al-Banna berpendapat bahwa uzlah adalah perlu sesekali waktu, harus tidak berlebihan, tak boleh melebihi garis syara’, karena uzlah seperti itu merupakan gudang segala kebajikan.

Al-Banna bukan sahaja hafiz al-Quran, malah menghafal 18.000 bait puisi Arab dan juga ribuan matan hadis.

Apr 12, 2008

Antara Fatwa Masitah dengan Kes Pelacuran Safiah Yusuf

Menurut Dr Masitah dalam akhbar Harian Metro keluaran 19 Jun 2005. (sila buka halaman 38). Pada satu tajuk besar dan persoalan `JUAL DIRI KERANA TERDESAK', beliau menyatakan melacurkan diri di bolehkan jika darurat.

Berikut adalah petikan Berita Ini Dari Utusan yang bertajuk “Tragedi hidup Sufiah”

LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.

Jika merujuk kepada kenyataan akhbar ini, maka tidak salah kepada Safiah melacurkan diri untuk terus menyara hidupnya. Maka cuba renungkanlah mana silapnya fatwa ini.

Jika di lihat kepada senario masyarakat Malaysia pada hari ini, sewajarnya kerajaan mengambil langkah yang tegas bagi memastikan anak-anak muda melayu islam dapat di elakkan dari budaya sonsang ini.

Renungkanlah, jika kes Sufiah terjadi kepada ahli keluarga kita, siapa yang harus dipersalahkan, pada masa itu, tangisan sudah tidak berguna lagi, nauzubillahiminzalik.

ibnu ahmad - 12/04/08

Apr 2, 2008

AL IMAM AS SYAHID HASSAN AL BANNA PENGASAS IKHWANUL MUSLIMIN Mujaddid Abad ke 20

Jatuhnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 merupakan satu tamparan hebat terhadap setiap individu Muslim yang cinta kepada agamaNya. Sejak dari saat itu, Islam telah diinjak-injak dan dihina serendah-rendahnya. Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar la’natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan.

Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan, sehingga umat Islam yang tinggal hanyalah Muslim yang berkulitkan Islam. Pemikiran dan budaya Barat diagung-agungkan. Al-Qur’an dan as-Sunnah dilekeh-lekehkan. Pemerintahan negara-negara Islam pula diwariskan oleh penjajah kuffar kepada anak-anak didik mereka yang telah kosong roh Islamnya dan boleh diharap untuk meneruskan dasar-dasar penjajah. Hasilnya, tiada satu inci muka bumi Allah SWT pun sekarang ini yang terlaksana di dalamnya syari’at Allah SWT yang Maha Sempurna, yang tidak perlu diragukan lagi sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan semasa.

Namun Allah SWT tetap menepati janjiNya yang Maha Benar. Allah SWT telah menjanjikan menerusi lidah RasulNya, akan muncul setiap 100 tahun seorang Mujaddid yang akan menghidupkan kembali ajaranNya dan menyalakan kembali api perjuangan para Nabi dan Rasul serta para Sahabat. Umat Islam tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kebangkitan para pemuda-pemudi Islam yang menggelarkan diri mereka Ikhwanul Muslimin, dipimpin oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (masyhur dengan susunan Ma’thurat yang disusun oleh beliau) pada tahun 1928 di Mesir. Al-Banna telah menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini. Meskipun umat Islam hari ini dipisah-pisahkan oleh sempadan negara akibat daripada semangat nasionalisme yang ditiup-tiupkan oleh penjajah kuffar, namun Gerakan Islam tetap mara dan utuh di setiap negara Islam dalam mendepani cabaran dan tekanan pemerintah dari segenap sudut. Hanya nama yang memisahkan antara satu Gerakan Islam dengan Gerakan Islam yang lain.

Al-Banna merupakan seorang mujaddid, pejuang, penda’wah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui syahid di jalan Allah… Kini dunia Islam hanya menunggu munculnya mujaddid baru abad ke 21, yang diharapkan mempunyai semangat Salahuddin al-Ayyubi, bagi memimpin umat Islam mendapatkan kembali kota suci Baitul Muqaddis, yang kini dikuasai Yahudi la’natullah.

Feb 24, 2008

Peringat untuk Diri Sendiri

Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram, sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan itu. (Al-maidah:62)

Daripada terjemahan ayat diatas, janganlah kita menjadi seperti orang-orang yahudi, yang sentiasa berbuat dosa, yang tidak pernah insaf dengan apa yang mereka lakukan.

Ingatlah dunia ini hanya tempat persinggahan sementara, yakainlah akhirat pasti berlaku, janganlah kita menzalimi diri sendiri lagi, takutlah akan ketibaan azab Allah.

Traffic Accident

The number of traffic accidents is increasing in tandem with the increase of vehicles on the road every year. However, despite this relative rarity of accidents, the sheer number of vehicle movements along roads pushes up the accidents each year to an alarming figure.

Accidents occur randomly along most roads but statistics show they are less random along highway networks and are often clustered at certain stretches classified as hazardous locations or black spots.

Many factors accident happen in Malaysia. The Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy should prove that he means what he says that traffic fines are not meant to generate income for the government but to deter motorists from breaking rules. If so then he should welcome the reduction by demanding that the reduced fines be made retrospective till January 2006 and refunds be given to those who had paid the higher rate ear lies.

Hardcore traffic offenders would think that there would be further relaxation of rules. Chan should not be surprised at the police’s actions as the Internal Security and Public Order Director Commissioner Datuk Mustafa Abdullah’s had said that they were not answerable to the ministry and had the powers to reduce traffic fines if necessary.

As fines for serious non-compoundable offences such as fatal accidents, drunk or dangerous driving and illegal racing remain unchanged, there is no reason for Chan to behave petulantly and pout just because he was not consulted. In the larger public interest he should demand instead that the police refund those who had paid earlier and therefore missed out on the lower traffic fines. And to improve road safety increase the list of non-compoundable offences especially those responsible for road accidents causing injury or death.

References on 25th February 2007 from:

  1. www.theborneopost.com/
  2. www.dapmalaysia.org/english/2006/sept06/

Feb 21, 2008

Persediaan Perang (Golongan Munafik, Kuffar, Syaitan & Hawa Nafsu)

Persediaan dalam bentuk rohani iaitu yang bersifat dalaman. Dalam kontek ini, sebagai seorang orang islam, kita perlu membina hubungan yang kukuh dengan yang Maha Pencipta. Hubungan ini di bina untuk mendapatkan petunjuk, pertolongan dan juga keredhaan Allah.hubungan dengan Allah perlulah di pertingkatkan dalam menghadapi pelbagai ujian termasuklah peperangan.

Persediaan dari segi jasmaniah/fizikal. Kesihatan fizikal penting bagi umat manusia dalm mengharungi arus kehidupan ini. Islam amat mementingkan umatnya sihat agar mampu menghadapi segala mehnah ujian yang timbul dalam menuju ke jalan yang lurus (siratulmustaqim). Islam menganjurkan umatnya bersukan tetapi ia mestilah tidak melanggar syariat islam. Elakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, jaga batasan aurat dan jaga akhlak orang Islam agar kita tidak menjadi fitnah pada agama. Sukan sunnah Rasulullah SAW ialah memanah, olahraga, berenang dan menunggang kuda.

Persediaan yang ke tiga adalah dari sudut ekonomi dan harta benda. Dalam menghadapi peperangan yang berbentuk fizikal, ekonomi umat islam perlulah di jaga dan di tingkatkan. Bukanlah ia bermaksud mengejar kepentingan dunia semata-mata, tetapi kita menggunakan dunia untuk mengejar kepentingan akhirat.

Persediaan yang keempat ialah persediaan dari sudut yang lain seperti penggunaan teknologi terbaru (senjata, alatan moden), penggunaan komputer dan rangkaiannya dan lain-lain mengikut keperluan peperangan.

Dan bertawakkallah kamu kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi pelindung bagi orang mukmin yang ikhlas terhadap agama Allah. Dan ingatlah yang memberi kemenangan ialah Allah.

Di wajibkan keatas kamu berjuang dengan harta, tenaga dan jiwa kamu dalam keadaan senang atau susah.

Matlamat perjuangan orang Islam hanyalah dua iaitu syahid atau capai kemenangan. Janganlah mudah berputus asa, jangan mengalah, teruskanlah perjuangan suci ini.

Al fakir ibnu ahmad