Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Mar 8, 2010

WASIAT AL-HABIB AL-QUTUB IMAM HADAD (1)

Takwa dan Peringkat-Peringkatnya

Ketahuilah wahai saudaraku bahawa yang paling layak di utamakan dalam berwasiat adalah wasiat tentang takwa kepada Allah Yang Maha Mulia dan Maha Bijaksana. Maka dengan ini saya berwasiat kepada anda dan kepada diri saya sendiri, serta kepada segenap orang yang beriman dan kaum muslimin semuanya, agar bertakwa kepada Allah Rabb’ul Alamin, kerana takwa merupakan saranan terpenting yang menghantarkan kepada kebahagian dunia dan akhirat. Takwa pula merupakan asas memperkuat pilar-pilar agama.


Adapun takwa itu sendiri terdiri atas beberapa tingkatan:

1) Menjauhi segala perbuatan maksiat dan segala yang diharamkan dalam agama.

2) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang shubhat (yang meragukan, antara haram dan halal).

3) Menghindari hal-hal yang berlebihan dan tidak perlu, di antara yang mubah (yang dibolehkan, tidak diperintahkan dan tidak pula dilarang agama) demi memuaskan hawa nafsu semata-mata.


Firman Allah SWT: “Bertakwalah kamu kepada Allah, nescaya Allah akan mengajari kamu”.


Sabda Rasullah SAW: “ barangsiapa mengamalkan ilmu yang diketahuinya, nescaya Allah akan mewariskan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.”


Tidak mungkin bagi seorang hamba menyiapkan dirinya untuk meraih limpahan anugerah illahi yang sedemikian besarnya itu tanpa sebelumnya melakukan riyadhah (pelatihan mental dan pengendalian diir) yang intensif dengan cara memutuskan segala ajakan syahwat hawa nafsu, disertai dengan menumpukan diri kepada Allah secara terus menerus dalam beribadat kepada-Nya secara ikhlas dan murni semata-mata hanya untukNya.


Bacaan Penuh:

http://www.alhawi.net/pertama.htm

Feb 23, 2010

Pedoman Pergaulan antara Laki-Laki dan Wanita yang Bukan "Mahram"

Peringatan kepada Lelaki Beriman

Di dalam surah An Nur, Allah mengarahkan supaya memberi peringatan kepada lelaki beriman supaya mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Daripada pandangan, ia biasanya akan menimbulkan pandangan yang jahat, pandangan yang tidak beriman. Ia akan melahirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya yang sentiasa menjadi keinginan manusia tetapi bertentangan dengan kehendak Islam seperti melihat perkara aurat yang menggerakkan diri kepada perbuatan permulaan zina.


Lelaki yang beriman juga perlu sentiasa memelihara kemaluannya bagi mengelakkan zina terjadi. Kesan daripada perbutan zina jelas sekali kelihatan pada zaman ini dengan kelahiran ramai anak luar nikah, pembuangan bayi, pembunuhan dan pengguguran bayi dalam kandungan. Nasab keturunan semakin tidak dijaga sedangkan Islam amat mementingkan nasab keturunan.


Di sini Allah menegaskan bahawa perbuatan menahan pandangannya dan memelihara kemaluan adalah lebih suci kepada lelaki yang beriman dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.


Peringatan kepada Wanita Beriman

Allah juga mengarahkan supaya memberi peringatan kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menahan pandangannya serta kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.


Dan hendaklah wanita-wanita beriman menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada:

  1. Suami mereka
  2. Ayah mereka
  3. Ayah suami mereka
  4. Putera-putera mereka
  5. Putera-putera suami mereka
  6. Saudara-saudara laki-laki mereka
  7. Putera-putera saudara lelaki mereka
  8. Putera-putera saudara perempuan mereka
  9. Wanita-wanita islam
  10. Budak-budak yang mereka miliki
  11. Pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
  12. Anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.


Dan janganlah wanita-wanita beriman memukulkan kakinyu agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

Allah memberi peringatan kepada orang-orang beriman supaya sentiasa bertaubat kepada Allah. Allah menegaskan kepada orang-orang yang beriman supaya mereka beroleh keberuntungan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.


Wallahualam.


Rujukan surah An-Nur, ayat 30-31.

Feb 2, 2010

Pahala Terakhir Seorang Isteri..

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.


Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu mela yani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.


Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.


Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar t tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.


Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat,” lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali – panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s. a. w, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.” Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pa hala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya … semoga Allah perkenankannya.


Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan – hanan.com.my


Diambil daripada blog Ust Hanif

Jan 9, 2010

Matlamat Ilmu dan Hijrah

Kedatangan tahun baru telah memberi inspirasi kepada banyak umat manusia. Dengan kehadiran tahun baru ini, kebanyakan mereka akan menetapkan matlamat atau keazaman baru untuk dilaksanakan pada tahun baru ini.


Matlamat atau keazaman ini kebanyakan tidak menjadi kenyataan apabila tidak disertai dengan sokongan dan dorangan yang menguatkan ia sehingga menjadi kenyataan seperti yang diimpikan.


Keazaman dan matlamat tahun baru adalah yang seeloknya menetapkan suatu perubahan diri menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Ia juga boleh dikatakan sebagai hijrah. Bagi melaksanakan hijrah ini memerlukan sokongan yang kuat dalam bentuk ilmu.

Kesedaran melalui ilmu akan melahirkan kesedaran untuk merubah diri menjadi yang terbaik. Kesedaran untuk melakukan perubahan. Kesedaran yang mendorong mereka mencapai matlamat atau keazaman yang ditetapkan.


Oleh yang demikian, sentiasalah menggerakkan diri dalam mencari ilmu (melalui pembacaan, menghadiri kuliah, usrah dan lain-lain). Keazaman atau matlamat boleh sentiasa ditetapkan dalam diri setiap kali kita memperoleh ilmu baru. Tidak perlu menunggu tahun baru untuk menetapkan keazaman atau matlamat hidup.


Setiap ilmu yang diperolehi menuntut untuk dilaksanakan bukan sekadar untuk disimpan dalam diri. Itulah kejayaan sebenar tarbiah diri yang dijalani.


Kematian juga tidak menunggu tahun baru untuk hadir menjemput manusia. Ia hadir pada bila-bila masa. Kadang-kadang ia hadir tanpa disangka-sangka.


Dan katakanlah, “bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga rasulnya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

(At-Taubah: 105)


Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.

(Thaahaa: 130)

Dec 28, 2009

Tobat Maksiat

Wali Band - Tomat (Tobat Maksiat)

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim


Dec 1, 2009

9 Jenis Wanita yang Jadi Perhatian

1. Sikap Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-Anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletahan anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny¬a kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki.

3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg¬aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.


7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

10 Tabiat yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Nov 25, 2009

Ikhtibar dari Peristiwa Pembunuhan Saidina Uthman Affan

Meneliti sirah khalifah ar-rasyidin yang ke tiga iaitu Saidina Uthman Affan, seorang sahabat Nabi SAW yang dermawan, menantu dua kali Nabi SAW (Dzin Nurain) yang dilantik menjadi khalifah kaum muslimin bagi menggantikan Saidina Umar Al Khattab yang mati dibunuh oleh si majusi. Setelah 12 tahun memerintah, akhirnya baginda mati dibunuh oleh pemberontak.

Salah satu punca pemberontakan ialah sikap baginda yang melantik sanak saudaranya bagi menduduki jawatan dalam pentadbirannya. Hasil daripada hasutan dan fitnah, akhirnya isu ini menjadi semakin besar dan berubah menjadi pemberontakan sehingga menyebabkan baginda di bunuh.

Firman Allah bermaksud:
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat; 6)

Walaupun baginda melantik sanak saudaranya menduduki pentadbirannya, tetapi baginda melantik mereka yang berkelayakkan dan berkebolehan dalam menjawat jawatan dalam pentadbiran. Sanak saudaranya yang tidak mempunyai kebolehan tidak dilantik dalam pentadbiran. Tidak semua jawatan diberikan kepada sanak saudaranya, terdapat banyak jawatan yang turut diberikan kepada kabilah lain mengikut kesesuaian jawatan tersebut.

Namun isu yang sekecil ini akhirnya menjadi semakin besar sehingga menjadikan kaum muslimin huru hara, pergolakkan dalam masyarakat menjadi tidak terkawal. Akhirnya menjadi salah satu punca perpecahan, pembunuhan sesama muslimin, perang saudara, wujudnya golongan-golongan seperti muktazilah, syiah yang membawa halauan masing-masing. Permulaan kepada perpecahan dalam Islam. Perpecahan kesatuan Islam.

Nov 17, 2009

SPR Cabar Keputusan Mahkamah


KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin di Mahkamah Persekutuan bagi membuktikan pihaknya bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam mengendalikan isu berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tindakan itu akan dilakukan secepat mungkin berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah, kosong berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negerinya menghadiri dua persidangan DUN.

samb...

Daripada Berita Harian Online

Nov 11, 2009

Beza Berita Harian dengan Utusan Malaysia

Hampir semua akhbar utama pada 10 November 2009 (Selasa) memaparkan berita tentang "Wanita 73 Tahun Mati Ditikam Suami 81 Tahun kerana Menuntut Cerai". Peristiwa tersebut berlaku di negeri Kedah. Saksikanlah perbezaan gambar yang dipamerkan oleh akhbar Berita Harian dengan Utusan Malaysia.



Ishk..ishk..ishk, sempat lagi edit gambar ni. Hebat betul akhbar Utusan ni.

Nov 10, 2009

Mari Belajar Hukum Sembelihan

Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.


Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam.


Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.


http://b.cdn.tendaweb.com/fckfiles/image/internasional/lamb.jpg


Rukun Sembelihan

1. Orang yang menyembelih.

· Beragama Islam @ ahli kitab

· Baligh; tidak sah jika kanak-kanak

· Berakal; tidak sah jika orang gila

2. Binatang yang disembelih

· Binatang yang halal dimakan

· Binatang itu masih hidup

3. Alat untuk menyembelih

· Mestilah alat yang tajam seperti pisau

· Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku


Syarat Sah Sembelihan

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih.

2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya

3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)

4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup

5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan

6. Disembelih oleh orang Islam

7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang

8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih


Sunat Sembelihan

1. Membaca Bismillah

2. Berselawat ke atas nabi

3. Mengadap kiblat

4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih

5. Menyembelih di pangkal leher binatang tapi jika haiwan itu dalam keadaan tenat dan sukar untuk disembelih di bahagian leher, boleh disembelihan di bahagian lain samada kaki, dan lain-lain.