Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


May 27, 2008

Dunia Hari Ini


Semenjak mata dapat melihat, semenjak itulah saya banyak memerhatikan perkara-perkara yang berada di sekeliling alam ini. Bermacam-macam ragam, bermacam-macam jenis, bermacam-macam gaya. Ada yang suka, duka, sedih, hilai, tangis, lawak, pelik dan bermacam-macam lagi.

Namum begitu, apa yang hendak saya kongsikan ialah perkara pelik yang saya saksikan. Saya melihat remja pada masa kini semakin menuju kearah suatu kerosakan yang akan membawa kepada kehancuran. Hancurnya remaja akan menunjukkan kehancuran negara pada masa akan datang.

Saya melihat ia berpunca daripada masalah didikan yang tidak sempurna ataupun tidak betul dalam melahirkan generasi pada masa kini. Ia juga berpunca daripada dasar pendidikan negara dan ibubapa yang menekan didikan berkonsepkan keduniaan disamping mengambil sedikit pendidikan akhirat.

Jika dilihat daripada tempat-tempat ataupun pusat-pusat pengajian Al-Quran, Qiraati ataupun mana-mana tempat pengajian Islam sentiasa mendapat perhatian ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka. Jika dilihat pada keadaan ini menunjukkan ibubapa menitikberatkan pendidikan agama.

Tapi jika diperhatikan, perkara ini sekadar di jadikan budaya sahaja. Saya mengambil contoh kelas pengajian Al-Quran yang dijalankan di masjid-masjid yang biasanya dijalankan selepas solat fardhu. Saya melihat tidak semua pelajar yang datang menunaikan solat. Sepatutnya ibubapa, imam, bilal dan orang yang sepatutnya yang mempunyai kuasa mengajak pelajar-pelajar menunaikan solat secara berjamaah.

Namun begitu, ibabapa yang menghantar anak-anaknya juga tidak menunaikan solat secara berjemaah. Tambah memburukkan lagi ada yang datang menghantar anak-anak berseluar pendek jika yang lelakinya, baju berlengan pendek, ketat jika yang perempuannya.

Macammana anak-anak akan berjaya dididik dengan baik jika perkara yang terjadi seperti ini.

Apabila pulang ke rumah pula, beberapa guru yang bersedia untuk merosokkan remaja sedang menunggu. Mereka ialah TV1, TV2, TV3, ntv7, ASTRO, 8TV dan lain-lain dengan pelbagai rancangan hiburan yang ingin memeningkan kepala remaja. Dengan itu mereka akan lupa akan tanggungjawab mereka di dunia ini.

Mereka akan lupa dengan Maha Pencipta yang mencipta mereka, dengan kematian yang pasti datang, dengan amalan yang masih belum cukup, dengan maksiat yang masih belum memohon taubat, dengan diri yang kekurangan ilmu. Mereka akan merasa hebat, megah dengan pencapaian yang tidak seberapa. Mereka akan lupa dengan hakihat kejadian manusia di dunia ini.

Apa yang saya tulis ada yang tidak termampu untuk saya lakukan. Namum sebagai insan yang merasa mempunyai tanggungjawab terhadap agama Islam, anak-anak Islam, masa depan Islam, saya menulis.

-ibnu ahmad-

1 comment:

Nur Mohamed said...

dunia akhir zaman......siapa dapat menjangka?