Manusia dibuat daripada tanah. Oleh itu untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa marah, jika ia sedang berdiri, maka duduk lah. Jika dia sedang duduk, baringlah. Ini adalah untuk mendekatkan manusia dengan bahan yang menciptakan manusia. Agar tubuh badan ini menjadi lebih aman.
Marah itu berpunca daripada syaitan. Syaitan itu pula berasal daripada api. Oleh itu, untuk meredakan kemarahan, kita di suruh untuk mengambil wudhuk. Jikalau masih belum hilang akan marahnya, cadangan saya ialah mandi terus. Lagi cepat padam api tersebut.
Untuk menghilangkan tekanan, bacalah Al-Quran beserta tafsirnya. Ini adalah untuk kita memahami akan kandungan kitab suci itu. Ia akan mengubat jiwa kita dengan izin Allah.
Membaca sirah nabi-nabi, sahabat-sahabat, para pejuang agama Allah. Ini dapat mengubati hati kita bahawa cabaran yang kita hadapi masih terlalu sedikit/kecil jika hendak di bandingkan dengan golongan-golongan tersebut.
Apabila di landa musibah, renungkanlah apa dosa yang telah kita lakukan, apakah maksiat yang telah kita buat. Muhasabahkanlah akan diri. Jangan asyik menyalahkan orang lain. Allah menurunkan musibah kepada kita agar kita sedar apa yang telah kita buat.
Sentiasalah menambah ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah, ceramah-ceramah, usrah dan lain-lain agar kita mendapat petunjuk daripada Allah. Sentiasalah berdamping dengan ulamak-ulamak sebelum mereka meninggalkan kita.
Berkawanlah dengan sahabat-sahabat yang mampu menegur kita apabila kita buat kesalahan, menasihati kita apabila kita lalai.
Saya mengalu-alukan sebarang perkongsian ilmu dengan para sahabat.
-ibnuahmad-
No comments:
Post a Comment