Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

May 10, 2008

Lorong Motosikal – Satu Pemerhatian


Cadangan dan perlaksanaan lorong khas untuk motosikal adalah suatu langkah yang baik yang di laksanakan oleh kerajaan untuk menjamin keselamatan pengguna motosikal, tak kira sama ada penunggang ataupun pemboncengnya.

Namun begitu, di sesetengah tempat atau kawasan yang terdapat lorong motosikal, terdapat perkara-perkara yang boleh meningkatkan bahaya untuk motosikal.

Apa yang diperhatikan di sesetengah kawasan terutamanya kawasan yang terdapat gerai makanan di tepi jalan, lorong motosikal dijadikan kawasan meletakkan kenderaan terutamanya kenderaan besar seperti kereta dan lori. Ini mendatangkan bahaya kepada pengguna lorong motosikal.

Lorong motosikal terletak dibahagian paling kiri jalan. Ini menyebabkan kawasan ini menjadi tempat berlonggoknya pasir-pasir dan batu kerikil. Penyelenggaraan yang tidak dibuat menyebabkan keadaan ini bertambah teruk seterusnya meningkatkan lagi tahap kebahayaan (tak tahu la betul tak bahasa melayu nie) pengguna motosikal.

Banyak kerja-kerja perpaipan yang melibatkan kerja-kerja pengorekkan dan penampalan jalan. Namun begitu, kerja-kerja penampalan yang tidak sempurna menyebabkan terdapatnya lubang-lubang. Di samping itu di sesetengah kawasan berlaku pemendapan jalan yang agak ketara. Keadaan ini amat merbahaya bagi pengguna motosikal.

Saya sebagai salah seorang penunggang motosikal melihat perkara-perkara ini menambahkan lagi bahaya kepada pengguna motosikal. Tujuan asal pembinaan lorong motosikal adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna motosikal namun apa yang berlaku ialah perkara yang sebaliknya.

Pihak-pihak yang terlibat perlu mengambil langkah yag sepatutnya untuk mengatasi masalah ini agar tujuan asal pembinaan lorong motosikal mencapai matlamatnya.

Nota:
  • Segala yang berlaku (tahap keselamatan pengguna jalan raya) adalah ketentuan Allah dan kita perlu redha akan qada’ dan qadar yang berlaku pada kita. Ia bukan bergantung kepada ciptaan manusia.
  • Ciptaan manusia tidak sempurna dan banyak kelemahan. Hanya ciptaan Allah yang Maha Sempurna.
  • Perkara-perkara saya sebutkan tadi hanya berlaku di sesetengah kawasan, bukan semua kawasan.

-ibnu ahmad-

No comments: