Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


May 30, 2009

Kota Cordoba

Oleh Ahmad Naim Tahir, Berita Harian Online 31/05/2009


Pusat ilmuwan Islam di Sepanyol: Dulunya Masjid Agung kini dikenali Lez Mezquita sudah berubah sebagai bangunan berelemenkan Kristian

CORDOBA, satu daripada lapan negeri dalam Wilayah Andalusia di selatan Sepanyol atau dirujuk sebagai al-Andalus ketika di bawah penguasaan Islam yang mengembangkan pengaruhnya ke Eropah di bawah pimpinan Panglima Tariq Ibnu Ziyad.

Bagi umat Islam, pasti berasa sedih apabila melihat bekas masjid yang berubah fungsi menjadi gereja selepas wilayah itu jatuh ke tangan Kristian pimpinan Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabelle.

Monumen yang pastinya pilu dilihat umat Islam ialah Le Mezquita, bekas masjid agung yang tersergam indah di tebing Sungai Guadalquiver yang merentasi bandarnya, tetapi kini berubah dengan elemen Kristian padanya.

Masjid berkenaan dibina pada zaman Khalifah Abdul Rahman II dan diteruskan oleh anak cucu baginda selama hampir dua abad sehingga siap seperti sekarang, indah dengan struktur dan seni bina hasil inspirasi arkitek Islam pada zaman itu.

Di dalamnya, ada puluhan atau ratusan tiang bermotif pohon palma yang dicat warna tanah dan merah muda seperti barisan jemaah sedang bersiap untuk bersolat.

Kota lama Cordoba menyimpan sejarah keagungan Islam.

Cordoba menempatkan banyak tinggalan seni bina menarik yang dibina ketika ia menjadi ibu kota di bawah pemerintahan khalifah Islam yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia.

Ia pernah dijajah Empayar Rom pada 412 Masihi tetapi berkembang ketika di bawah pemerintahan Bani Umaiyah sehingga menjadi pusat keilmuan dan kesenian Islam sebelum dijajah kerajaan Kristian Aragon dan Castile pada abad ke-15.

Cordoba mencapai zaman kegemilangannya ketika pemerintahan Abdul Rahman III, menjadi kota terbesar dalam Empayar Islam dan Eropah sehingga mengalahkan Byzantium dan Baghdad, terutama dalam bidang sains, kebudayaan dan kesenian.

Ia menjadi pusat ilmu yang begitu pesat dan melahirkan ilmuwan terkemuka Islam seperti Ibn Rushd dan Imam Qurtubhi.

Taman Alcazar berlatar belakang bangunan silam.

Melangkah masuk ke kawasan Le Mezquita, terserlah kehebatan seni binanya dengan halaman luas menempatkan landskap amat menarik serta kolam memancutkan air segar yang menenangkan jiwa.

Mengunjungi Cordoba, memori boleh mengimbau lebih 2,000 tahun lalu ke zaman pemerintahan Rom melalui peninggalan seperti Jambatan Roman, selain rasa bangga membayangkan zaman keagungan Islam ketika itu.

Antara arkeologi tinggalan Islam paling berharga ialah bekas kota lama Medina Azahara, terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar yang dibina antara 936 Sebelum Masihi (SM) hingga 940 SM dan bertahan 80 tahun sebelum kejatuhan Kerajaan Umaiyah.

Turut menjadi tumpuan ialah Taman Alcazar yang memaparkan keindahan hortikultur Arab, manakala bagi yang gemar membeli belah, pelbagai barangan terutama produk kulit dan perak yang terkenal di Cordoba dijual pada harga amat berpatutan.

Banyak lagi produk pelancongan menarik menunggu di negeri yang indah ini, tetapi bagi umat Islam, melangkah meninggalkan Cordoba pasti diiringi emosi yang amat mendalam.

FAKTA: Cordoba

  • Juga dipanggil Cordova atau Qurtubah

  • Terletak di sebelah Sungai Guadalquivir

  • Bandar raya kedua terbesar di dunia pada abad ke-10 selepas Byzantium

  • Mempunyai lebih 320,000 penduduk.
  • May 27, 2009

    Untuk Dijual..

    Untuk Dijual..
    Warna Hitam Metallic..
    Harga Boleh Dirunding..
    Dipakai 3 Bulan Oleh Kerajaan Negeri Perak..
    Bukan CAMRY.. Tapi ZAMBRY

    Pengguna 1
    Ambo tak sir beli zambry yang murah tu. Ambo nak nizar yang berkualiti tinggi.

    Pengguna 2
    Manual ke auto? Parok tak pakai minyak? Meh sekilo. Kawe nak jadikan khadam kawe. Pahtu kawe nak ajar halal haram dalam Islam. Termasuk ambil kerajaan cara halal.

    Pengguna 3
    Mampoh umno.

    May 23, 2009

    Perbezaan yang Ketara

    Meninggalkan alam kampus, melangkah ke alam yang lebih realiti, alam kemasyarakatan. Tidak banyak yang dapat diperkatakan kerana kesibukan dunia yang boleh dikatakan mempengaruhi dan menguasai keseluruhan aktiviti kehidupan seharian. Semoga kesibukan pada kehidupan dunia berada di landasan yang betul dalam menuju ke alam kehidupan akhirat.


    Usrah

    Alhamdulillah, dalam kesibukan ini, berjaya menjalankan usrah sebanyak dua (2) kali dengan menghimpunkan alumni-alumni kampus yang tinggal/berada berdekatan. Dengan tunjuk ajar dari seorang naqib yang berpengalaman, kami menjalankan usrah. Usrah yang dijalankan dilihat masih belum stabil dan kekurangan yang memerlukan banyak lagi penambahan dan pembaikkan. Telah mendapat pelawaan untuk mengikuti kelompok usrah yang lebih besar. Dalam gambaran hati, berkemungkinan akan mendapat cabaran yang lebih besar dan mencabar sesuai dengan kemampuan dan kematangan usia.


    Program dan Meting

    Kesibukan dengan pekerjaan agak menghalang diri dari terlibat dengan program. Keluangan masa hanya ada pada hari minggu dan waktu malam sahaja. Kadang-kadang pada hari minggu juga disibukkan dengan keperluan keluarga yang mendesak. Malam juga kadang-kadang disibukkan dengan kerja-kerja di pejabat yang perlu disiapkan dengan segera. Masa amat terbatas. Terhad.


    Mesyuarat yang dijalankan adalah amat berbeza. Perbezaan yang dimaksudkan adalah dari segi jaraknya. Jikalau di kampus, untuk menghadiri menyuarat hanya memerlukan masa 10-15 minit sahaja untuk ke tempat mensyuarat. Itupun sering kali terlewat. Kini, untuk menghadiri mensyurat memerlukan masa lebih dari 20 minit. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga lebih daripada satu (1) jam untuk bergerak ke tempat mensyuarat. Amat jauh bezanya.


    Kesibukan

    Kesibukan menyebabkan pemikiran ketandusan idea bagi mengisi ruangan blog. Agak lama juga tidak menulis. Emel pun amat jarang dibuka apatah lagi untuk chating.


    Kesibukan berjaya menghalang perkara-perkara jahat dari memasuki pemikiran. Walaupun tidak 100% yang berjaya dihalang, namum majoritinya berjaya dihalang. Sibuk di alam pengajian, pemikiran masih lagi sempat berkeliaran. Sibuk di alam pekerjaan amat berbeza.


    Walaupun begitu, soal “perkahwinan” dan “kereta baru” gagal dipisahkan dari pemikiran. Mungkin kerana langkah perjalanan ini menuju ke arah perkara tersebut. Lambat lagi kena tunggu. Suatu penantian.


    Sahabat

    Sahabat, suatu nama yang amat dirindui, teramat rindu. Ukhwah yang dibina sekian lama, bilakah kita akan berjumpa lagi. Dalam hati, menyuarakan bingkisan rindu, rindu yang amat mendalam.


    Sekian.



    -ibnuahmad-

    23 Mei 2009

    May 5, 2009

    Pembentukan Tamadun Islam

    Zaman Rasulullah SAW

    Pembentukan Islam pada zaman Rasullah SAW bermula dengan pembentukan akidah. Ini berlaku semasa dakwah 13 tahun di Mekah iaitu sebelum berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah.


    Pembentukan akidah bermula dari pembentukan individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim. Seterusnya membentuk negara Islam dan seterusnya membentuk empayar Islam dan tamadun Islam.


    Ini menunjukkan pembentukan tamadun Islam bermula pada pembentukkan akidah seterusnya menuju kepada pembentukan tamadun Islam yang hebat.


    Khalifah Islam yang pertama, Saidina Abu Bakar As Siddik meneruskan misi yang dijalankan oleh Rasullah SAW.


    Zaman Khalifah Umar dan Khalifah Usman

    Pada zaman Khalifah Umar dan Khalifah Usman, berlaku perluasan empayar Islam diseluruh dunia. Ini berikutan berlakunya tekanan yang hebat oleh dua kuasa gergasi dunia pada masa itu iaitu Empayar Rom Byzantium dan Empayar Parsi Sassanid.


    Semangat jihad umat Islam bangkit seterusnya mampu mengalahkan dua empayar besar ini. Walaupun berjaya mengalah musuh, Islam tidak memaksa rakyat tempatan untuk memeluk agama Islam. Kawasan-kawasan tersebut ditadbir oleh pemerintah Islam dan didiami oleh pahlawan-pahlawan Islam yang berjuang di medan jihad.


    Para pemerintah dan pahlawan-pahlawan Islam telah mempamerkan keindahan Islam, akhlak Islam yang terpuji dari dalam diri mereka menyebabkan masyarakat tempatan tertarik dengan keindahan Islam. Mereka kemudiannya memeluk Islam beramai-ramai. Ini menyebabkan Islam terus berkembang selaras dengan perkembangan empayarnya.


    Keadaan ini menunjukkan konsep pengembangan tamadun Islam yang berlaku pada zaman ini bermula dengan pembentukan empayar Islam kemudian pembentukan akidah Islam seterusnya pembentukan tamadun Islam.


    Perluasan empayar terhenti sementara pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib. Perluasan empayar diteruskan oleh pemerintahan Islam selepas itu iaitu Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan Empayar Turki Uthmaniyyah.


    Zaman Kini

    Kini, khalifah Islam sudah tiada lagi. Yang ada cuma negara-negara umat Islam yang kecil, yang berpuak-puak, yang taksub pada bangsa masing-masing, yang terbatas pada imegresen, pasport, visa dan sempadan negara.


    Dalam menjana pembentukan tamadun Islam kembali, apakah kaedah yang perlu dilaksanakan? Adakah ianya perlu bermula dengan pembentukan akidah terlebih dahulu memandangkan keadaan masyarakat yang semakin rosak. Ataupun adakah perlu untuk membina negara Islam terlebih dahulu barulah melaksanakan dakwah untuk membasmi kejahilan dan kerosakkan masyarakat?


    Pendapat mutakhir ini, pembentukan akidah dan pembentukan negara Islam perlu dijalankan serentak memandangkan kedua-duanya perkara utama yang perlu diselesaikan.


    Jika aspek pembentukan akidah sahaja ditekankan, sedangkan corak pemerintahan negara menuju ke arah kemungkaran. Dasar pendidikannya menuju kearah kemungkaran dan tidak menekankan aspek pendidikan bercorakkan Islam. Hiburan yang melampau yang tidak dikawal. Secara logik akalnya adalah mustahil untuk membina tamadun Islam.


    Jika aspek pembentukan negara Islam sahaja yang ditekankan, kemenangan Islam belum diketahui bilakah masanya lagi. Mungkin lambat lagi waktunya sedangkan perjuangan Islam perlu mempunyai pelapis bagi mengemudi perjuangan pembentukan negara Islam. Jika aspek pembentukan akidah tidak ditekankan, pelapis-pelapis perjuangan tidak akan muncul untuk menyambung perjuangan. Ketandusan dan kepupusan pelapis akan menyebabkan perjuangan pembentukan negara Islam akan menjadi sejarah.


    Oleh sebab itu, kedua-dua aspek perlu diutamakan dan diberi perhatian yang serius bagi memastikan kelansungan dakwah dan pembentukan tamadun Islam terus berjalan walaupun dimamah usia yang tiada kesudahannya sehingga berlakunya hari kiamat yang pasti terjadi.

    1. Bangkitlah pejuang-pejuang Islam bagi menegakkan agama Islam yang tercinta di muka bumi Allah ini.
    2. Bangkitlah anak muda. Janganlah lagi diselubungi dengan kelalaian dunia yang fana ini.
    3. Bangkitlah ibu bapa bagi membentuk anak-anakmu menjiwai Islam sebagai pelapis perjuangan.
    4. Bangkitlah guru-guru dalam mendidik murid-muridmu mengenali Islam, mengenali asal-usul kejadian, mengetahui tujuan kehidupan.
    5. Bangkitlah masyarakat dalam menyokong arus kebangkitan Islam. Jangan biarkan ianya tertindas lagi.


    Kembalikanlah kekhalifahan Islam. Kembalikan tamadun Islam.kembalikanlah syiar Islam di bumi ini.


    -ibnuahmad-

    4 Mei 2009

    Ia Tetap Di Hatiku (Episod 3)

    Sedikit perkongsian ilmu daripada buku “Turki Negara Dua Wajah”. Bagi mengetahui dengan lebih terperinci, bolehlah mendapatkan buku ini di mana-mana kedai buku ataupun membuat bacaan pada mana-mana rujukan lain.

    Buku “Turki Negara Dua Wajah”
    Menceritakan mengenai pengkhianatan Mustafa Kamal Antarturk kepada umat Islam. Mustafa telah menghapuskan Khalifah dunia Islam yang terakhir, Khalifah Turki Uthmaniyyah dan membentuk Republik Turki yang berasakan sekular. Sekolah agama dihapuskan, matapelajaran agama dihapuskan, wanita dilarang memakai tudung, azan dan Al Quran dikumandangkan dalam bahasa Turki. Kebangkitan agama Islam disekat.

    Mustafa mendapat kerjasama daripada Yahudi dan Amarika dalam melaksanakan kerja-kerja ini. Pakatan ini dilaksanakan secara sulit dan teliti sehingga mampu mengaburi mata rakyat.

    Jika diteliti asal usul Mustafa, Mustafa adalah berketurunan Yahudi yang sememangnya menentang dengan keras Islam. Hidupnya diwarnai dengan kemaksiatan, wanita pelacuran, arak. Di akhir hayatnya, beliau mewasiatkan supaya jenazahnya tidak disembahyangkan. Jelas dan nyata, Mustafa bukan orang Islam sebaliknya orang yahudi yang keras menentang Islam. Beliau digunakan oleh Yahudi antarabangsa, Amarika dan Inggeris untuk menumbang Khalifah Turki Utmaniyyah dari dalam negara sendiri seterusnya menghancurkan nilai-nilai umat Islam.

    Setelah kematian Mustafa, kebangkitan Islam mula menampakkan diri. Sehinggakan parti-parti politik yang berfahaman Islam berjaya mentadbir negara. Beberapa perubahan dibuat untuk mengembalikan syiar Islam di bumi Turki. Penggerak awal kebangkitan Islam di Turki dibuat oleh Prof Necmettin Erbakan, bekas perdana menteri Turki.

    Namun, kekuasaan tentera masih lagi dikuasai oleh golongan yahudi dan golongan yang taksub dengan sekular. Dengan kerjasama pihak Inggeris, pihak tentera telah berjaya menggulingkan kerajaan pimpinan Erbakan. Begitulah yang berlaku di Turki, apabila ada pemerintah yang cenderung kepada Islam, tentera akan mengambil alih pemerintahan.

    Penulis buku ini iaitu Dr Abdullah Azzam merupakan seorang pejuang kebangkitan Islam mutakhir ini. Beliau berasal dari Pakistan. Beliau telah berjuang di bumi Afganistan menentang Rusia. Beliau telah menemui syahid semasa hendak menunaikan solat jumaat di Pakistan apabila tiga biji bom meletup semasa beliau melalui jalan tersebut. Pulanglah beliau menghadap Maha Pencipta dengan kematian yang amat mulia di sisi Islam.

    -ibnuahmad-
    3 Mei 2009

    Ia Tetap Di Hatiku (Episod 2)

    Alhamdulillah. Segala puji kepada Allah Tuhan semesta alam dengan limpah dan kurnianya masih lagi kita diberikan nikmat dan rezeki yang berpanjangan. Sedikit ulasan dan perkongsian ilmu daripada buku yeng dibeli semasa KLIBF09 yang lepas.


    Buku “Kerajaan Islam Spanyol”

    Pembukaan Islam di Sepanyol diterokai oleh panglima Tariq bin Ziad dan panglima Musa bin Nusair. Orang-orang memanggil Sepanyol sebagai Andalusia. Andalusi banyak melahirkan tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkemuka. Mereka telah menerokai cabang-cabang ilmu yang baru.


    Pembukaan Sepanyol berlaku pada tahun 711 M yang dilakukan oleh Kerajaan Bani Umayyah. Sepanyol diperintah oleh gabenor yang bernaung terus di bawah Khalifah Bani Umayyah. Pemimpin silih berganti menjadikan Andalusia semakin bergolak dengan kelahiran ramai pemimpin yang gilakan harta, tamakkan dunia dan mengejar pangkat kekayaan.


    Pemerintahan di Andalusia semakin bergolak dan pada masa yang sama Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik telahpun dijatuhkan oleh Bani Abbasiyyah dan kemudiannya Kerajaan Bani Abbasiyyah diasakan.


    Abdul Rahman Al-Dakhil merupakan keluarga dari Bani Umayyah yang berjaya melepaskan diri dari malapetaka yang berlaku di Damsyik. Baginda kemudianya mengasaskan Kerajaan Bani Umayyah Andalusia. Kemunculan baginda berjaya menyelesaikan pergolakkan yang berlaku di Andalusia.


    Masa berlalu, pemerintahan yang semakin lemah. Campur tangan pihak lain yang gilakan kuasa mempercepatkan lagi kejatuhan khalifah. Apabila kekhalifahan dijatuhkan, muncul kerajaan-kerajaan kecil di Andulusia. Andulusia telah terbahagi kepada beberapa bahagian kecil. Di sini dapat disimpulkan punca kejatuhan Andalusia ke tangan Kristian adalah seperti berikut:


    1. Pemimpin yang tamakkan kuasa, mementingkan diri sediri. Urusan jihad semakin ditinggalkan.
    2. Sikap berpuak-puak berlaku. Ketaksuban kepada puak masing-masing. Masing-masing ingin kuasa pemerintahan.
    3. Peperangan antara wilayah-wilayah kecil Islam berlaku. Ada pemerintah Islam mengadakan kerjasama dengan pihak Kristian untuk menyerang wilayah Islam lain.
    4. Perjanjian damai yang dimenterai oleh ketua wilayah Islam dengan pihak kristian banyak merugikan orang Islam seperti penyerahan wilayah, membantu tentera kristian untuk menawan wilayah Islam lain.
    5. Tidak wujud lagi kerjasama sesama Islam sebaliknya yang ada hanyalah prasangka yang buruk.
    6. Berlaku pemberotakkan dalaman bagi merebut kepimpinan wilayah.


    Kekuasan. Kerakusan pada dunia, pangkat dan harta. Pemimpin Islam yang membawa kehancuran kepada wilayah Islam sendiri. Jika umat Islam bersatu, adalah mustahil kristian menewaskan kedudukan Islam di Andalusia. Selepas itu, satu persatu wilayah Islam jatuh ke tangan Kristian tanpa pembelaan daripada wilayah-wilayah Islam lain. Kini, semuanya telah jatuh ke tangan Kristian. Yang tinggal hanyalah sejarah.


    -ibnuahmad-

    3 Mei 2009