
Tengok-tengok, renung-renung dan fikir-fikirkanlah.
Antara teori dan perlaksanaan. Mencari kebenaran hidup, hakikat kejadian manusia. Menterjemahkan diri dari alam idealistik kepada realiti untuk mencari erti kehidupan sebenar.
Penulis merupakan seorang insan yang lemah, hina, tak berdaya disisi Maha Pencipta. Penulis bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang hamba yang fakir dalam mencari keredhaan Allah SWT. Penulis merupakan anak jati kelahiran Kelantan. Dibesarkan dan bersekolah juga di negeri kelahirannya.
Penulis menulis adalah sebagai perkongsian ilmu dan pendapat dari hati nurani penulis. Ia juga sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang penulis. Penulisan adalah berdasarkan apa yang dialami oleh penulis, ulasan isu semasa dan sebagainya. Ia adalah pendapat peribadi penulis.
civil_bina@yahoo.com.my
Mempelajari sirah berdasarkan pengalaman penulis.
Bagi memahami sesuatu sirah, perlu banyakkan sumber bacaan kerana setiap sirah yang ditulis kebanyakkannya berbeza daripada seorang periwayat dengan periwayat yang lain. Jangan terlalu taksub kepada sesuatu penulisan ataupun seorang penulis sahaja. Banyakkan pembacaan pada buku-buku sirah dan juga bahan bacaan internet untuk mendapatkan informasi.
-ibnuahmad-

Kenaikkan harga minyak dunia telah menyebabkan kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikkan harga yang mendadak. Pelbagai rungutan telah di kemukakan, pelbagai cadangan telah diutarakan bagi mengatasi masalah ini.
Apa yang ku bimbangi terjadi di negeri kelahiranku ialah suatu bencana yang sukar diatasi. Suatu bencana yang menjadi punca kepada kejadian seperti zina, rogol, pembuangan bayi, sumbang mahram seterusnya boleh menjalar menjadi kes-kes lain seperti penculikan,pembunuhan dan lain-lain.
Manusia dibuat daripada tanah. Oleh itu untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa marah, jika ia sedang berdiri, maka duduk lah. Jika dia sedang duduk, baringlah. Ini adalah untuk mendekatkan manusia dengan bahan yang menciptakan manusia. Agar tubuh badan ini menjadi lebih aman.
Marah itu berpunca daripada syaitan. Syaitan itu pula berasal daripada api. Oleh itu, untuk meredakan kemarahan, kita di suruh untuk mengambil wudhuk. Jikalau masih belum hilang akan marahnya, cadangan saya ialah mandi terus. Lagi cepat padam api tersebut.
Untuk menghilangkan tekanan, bacalah Al-Quran beserta tafsirnya. Ini adalah untuk kita memahami akan kandungan kitab suci itu. Ia akan mengubat jiwa kita dengan izin Allah.
Membaca sirah nabi-nabi, sahabat-sahabat, para pejuang agama Allah. Ini dapat mengubati hati kita bahawa cabaran yang kita hadapi masih terlalu sedikit/kecil jika hendak di bandingkan dengan golongan-golongan tersebut.
Apabila di landa musibah, renungkanlah apa dosa yang telah kita lakukan, apakah maksiat yang telah kita buat. Muhasabahkanlah akan diri. Jangan asyik menyalahkan orang lain. Allah menurunkan musibah kepada kita agar kita sedar apa yang telah kita buat.
Sentiasalah menambah ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah, ceramah-ceramah, usrah dan lain-lain agar kita mendapat petunjuk daripada Allah. Sentiasalah berdamping dengan ulamak-ulamak sebelum mereka meninggalkan kita.
Berkawanlah dengan sahabat-sahabat yang mampu menegur kita apabila kita buat kesalahan, menasihati kita apabila kita lalai.
Saya mengalu-alukan sebarang perkongsian ilmu dengan para sahabat.
-ibnuahmad-
Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru selepas menang dalam PRU12 lepas. Beliau banyak menimbulkan kontroversi selepas di lantik menjadi ketua menteri. Antaranya ialah penghapusan dasar ekonomi baru (DEB). Terbaru, beliau ingin menjadi seorang pemerintah yang adil seperti Khalifah Umar Abd Aziz. Agak kelakar juga mendengarnya, tapi kira ok la, nak jadi yang terbaik.
Namun begitu ada lagi kisah mengenai beliau yang saya jumpa dalam web "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbicaraan_Lim_Guan_Eng%2C_1997" Kategori: Politik Malaysia yang bertajuk "Melayu rogol Melayu yang di hukum Cina". Kisahnya seperti di bawah:
Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997 adalah perbicaraan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka , Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Sebaliknya, Tan Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun. Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau terpaksa meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.
Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak. Murid perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan.
Lim mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid itu, yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta pertolongan.
Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.
Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun. Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik.
Lim berkata: "... saya tidak mengesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita. Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggapi sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas."
Amnesti Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani".
Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu berkata: "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol anda dengan teliti... Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"
Begitulah cerita mengenai Lim Guan Eng. Saya bukan hendak berpolitik, cuma sekadar berkongsi maklumat, apa yang saya tahu..
Saya ada terbaca di blog-blog tertuntu tentang masalah ummat islam. Tetapi apa yang menghairankan saya ialah, kenapa ummat islam hari ini tidak bersatu. Saya ada terbaca satu kalimah iaitu “anti syiah”. Saya terfikir kenapa tak letak “anti amerika” ataupun “anti yahudi” kerana mereka telah nyata memusuhi ummat islam.
Saya pelik apabila ada ummat islam gembira apabila negara ummat islam di serang oleh golongan kafir. Apabila di tanya kenapa mereka gembira, mereka menjawab sebab itu negara syiah. Saya bukan lah bermazhab syiah, namun saya tetap merasa sedih apabila ummat islam di tindas, di serang, di bunuh dengan sewenang-wenangnya.
Bila persoalan ini di timbulkan, ada yang merpersoalkan akan akidah. Saya memang tidak bersetuju dengan akidah syiah. Tetapi apabila musuh-musuh Allah hendak menyerang ummat islam, mereka dah tidak memikirkan soal akidah ummat, yang penting mereka adalah orang islam, semua akan dihancurkan kecuali puak-puak sekular islam yang bersekongkol dengan mereka samada secara zahir atau tersembunyi.