Antara teori dan perlaksanaan. Mencari kebenaran hidup, hakikat kejadian manusia. Menterjemahkan diri dari alam idealistik kepada realiti untuk mencari erti kehidupan sebenar.
Penulis merupakan seorang insan yang lemah, hina, tak berdaya disisi Maha Pencipta. Penulis bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang hamba yang fakir dalam mencari keredhaan Allah SWT. Penulis merupakan anak jati kelahiran Kelantan. Dibesarkan dan bersekolah juga di negeri kelahirannya.
Penulis menulis adalah sebagai perkongsian ilmu dan pendapat dari hati nurani penulis. Ia juga sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang penulis. Penulisan adalah berdasarkan apa yang dialami oleh penulis, ulasan isu semasa dan sebagainya. Ia adalah pendapat peribadi penulis.
Emel penulis:
civil_bina@yahoo.com.my
3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia
Ustaz Jaafar bin Salleh
Fahaman dan Ideologi Umat Islam
Abdul Hadi Awang
Mengintai Cinta Khalifah
A. Ubaidillah Alias
Kezuhudab Umar Abdul Aziz Kesederhanaan Nik Abdul Aziz
Perjalanan Yg Berliku
-
Meneruskan perjalanan yang penuh berliku dengan cabaran baru. Seronok
suasana belajar yang damai dan tenteram. Pagi-pagi bacaan Al Quran
mula-mula dide...
Jom ambil peluang .. Niaga secara online
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Peluang besar yang ditunggu-tunggu
semua orang! setiap kali kawan top up prepaid kita dapat komisyen hingga
20%. Ini b...
Jasa Hidup
-
anehnya Tuhan mengatur hidup kita jalan hitam yang kau lalu dulu segala
sedih pecah jiwa yang kau rasa dulu satu hari, setelah puluh tahun, setelah
bangkit...
Sedekah Ke Atas Diri Sendiri
-
Dari Abu Hurairah R.A. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap
anggota dari manusia adalah sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit
pad...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Perang Pandasan: Perjuangan Yang Belum Selesai
-
*Sumber: http://raudhatuljannah-mujahidah.blogspot.com/*
Sejarah Ringkas
Pandasan merupakan sebuah perkampungan terpinggir di utara daerah Kota
Belud Saba...
Jalan2 di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu
-
Minggu lepas hari Jumaat, setelah due bulan menetap di terengganu, first
time abang bawak jalan2 ke KT.. Alhamdulillah.. dpt juge menjejakkan kai di
KT.. a...
SUDAHKAH ANDA SEMAK?
-
Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Jika YA jawapannya, sudahkah anda
menyemak daftar pemilih anda? Jika BELUM, sila semak daftar pemilih anda di
sini...
Perkasakan Penerangan
-
Jentera penerangan PAS di peringkat akar umbi di Johor nampaknya masih
belum mantap dan belum berupaya untuk melebarkan peranannya secara
berkesan. Benteng...
Bertatih
-
Dua tahun berlalu di sini. Penuh rencah suka dan duka. Manisnya kenangan
disulami pahitnya memori silam. Jatuh bangun dalam tatihan menuju titik
pengakhira...
Ringkas dan padat mengenai SYURGA CINTA
-
Jodoh itu ada tiga jenis.
*Pertama: Jodoh dari syaitan*
"Kamu berdua berkenalan,
berpegangan tangan,
dan terus buat maksiat,
... akhirnya si perempuan me...
AGM UMNO 2011 = Maharaja Lawak
-
Bertemu dengan seorang Pakcik di tempat solat di mana aku menjalankan
aktiviti semalam di satu karnival tahunan di Kuala Lumpur. Pakcik: Panas
sungguh hari...
BISNES KUUUU
-
Air Mizam..RM 36..1 titis sehari bg kanak2..3 dan lebih titis bagi
dewasa...semua perlu mengikut berapa liter air yang digunakan
Antara kandungan MIZAM :...
utusan akhbar penuh hasutan !!!
-
dua, tiga bulan ini aku menjadi pembaca tegar utusan.aku tahu akhbar mmg
penuh adu domba,berbunyi hasutan dan sangat bersifat perkauman. kesimpulan
mudah. ...
Catatan Hujung Mei 2011
-
Alhamdulillah, selepas setahun bekerja secara kontrak di Kumpulan IKRAM Sdn
Bhd akhirnya aku ditawarkan untuk menyambung khidmat di sini. Rezeki yang
datan...
Hadi atau Husam
-
PAS di era sebelum lahirnya Pakatan Rakyat, tidak boleh disamakan selepas
kewujudan Pakatan Rakyat. Di era lalu, wujud politik berlawan; antara PAS -
UMNO....
Dokumentari mengenai projek tanah jarang di Gebeng
-
Dokumentari ini telah disunting pada 2009 iaitu ketika projek Lynas ini
baru bermula. Isu ini telah lama, namun tidak disebarkan kepada masyarakat,
bagi me...
KEJUARAAN PINGPONG TERBUKA PARLIMEN LENGGONG
-
KOTA TAMPAN AIR LENGGONG- 17 Mac: Pemuda PAS MTD DUN Kota Tampan (Banggol
Belimbing) telah menganjurkan Kejohanan Ping-Pong tertutup Piala YDP PAS
Lenggong...
SCORE A PROGRAMME
-
* Ketahuilah RAHSIA Bagaimana Untuk Membantu Pelajar Mencapai Kecemerlangan
Dalam Pelajaran*
* Program Score A merupakan webucation pertama di Malaysia.* ...
70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW
-
Pengarang: Abu Azka Al Madani & Harun Arrasyid Hj Tuskan
Tajuk: 70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW
Terbitan: Al-Hidayah Publications
Muka depan Tugasan
-
Asalam..Ini adalah lampiran muka depan tugasan dan tutorial yang perlu di
letakkan pada setiap tugasan dan tutorial yang di berikan.Sila rujuk : MUKA
DEPAN...
Rejab, Syabaan, Ramadhan, Syawal
-
Selepas berlalu kesemua bulan-bulan mulia ini kehidupan seorang muslmin
kembali kepada keadaan asal. Perlukah kembali kepada keadaan asal ataupun
lebih bai...
-
"Malam ini malam nisfu Syaaban..
Sesungguhnya Allah telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban
dan memberi keampunan kepada mereka yang beristigf...
Indahnya Islam Itu..
-
Assalamualaikum wbt..
Insya-Allah pada hari ini, suka saya untuk berkongsi video klik lagu maher
zain yang diedit bersama dengan perjalanan seorang manusi...
Kempen Tak Nak Judi diteruskan
-
Kempen Tak Nak Judi diteruskan
\diadaptasai dari sesawang:
http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1. Vincent Tan mengamuk marahkan Pakatan Rakyat kononny...
Laut Aral- Bencana Alam Sekitar yang Dahsyat
-
Apabila ditanya tentang Laut Aral, mungkin ada di antara kita yang tidak
pernah mendengar tentang laut ini apatah lagi untuk mengambil tahu
tentangnya. Ka...
HANYA AMALAN YANG IKHLAS DITERIMA OLEH ALLAH
-
Di antara tanda-tanda taqwa ialah keikhlasan kita kepada Allah Ta’ala dalam
semua ibadah, meninggalkan segala larangannya kerana firman Allah yang
bermaks...
Hati
-
saat kaca pecah berserakan..
bertaburan di kalangan mutiara yang amat berharga...
dan andainya akulah kaca-kaca itu..
duhai mutiara, maafkan lah aku..
duhai...
Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama
-
KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah
kepada...
HARI KELUARGA DUN SURA 2009...
-
Assalamualaikum.. Lama saya tak update blog ni akibat kekangan tugas sejak
kebelakangan ini. Alhamdulillah disini saya upload sedikit gambar program
HARI K...
REUNION SELATAN
-
Assalammualaikum
alhamdulillah dengan izinNya masih lagi mampu meneruskan hidup sebagai
seorang Da'e. Di sebalik mehnah dan tribulasi, namun dapat jua ditem...
LATIHAN INDUSTRI DAN …
-
Assalamualaikum WBT Terlalu lama rasanya tidak menulis di blog ini. Maaflah
pada sahabat – sahabat dan rakan – rakan yang kadang kala menjenguk masuk
ke bl...
ZIKIRULLAH...
-
slalulah kita berzikir pada ALLAH selaku Tuhan yang mengciptakan
kita..cari lah ruang waktu kita skali skala bersama dgn ALLAH dgn menyebut
namaNYA..Janga...
Bagi memahami sesuatu sirah, perlu banyakkan sumber bacaan kerana setiap sirah yang ditulis kebanyakkannya berbeza daripada seorang periwayat dengan periwayat yang lain. Jangan terlalu taksub kepada sesuatu penulisan ataupun seorang penulis sahaja. Banyakkan pembacaan pada buku-buku sirah dan juga bahan bacaan internet untuk mendapatkan informasi.
Dalam mengharungi kehidupan di akhir zaman ini, pelbagai karenah, fitnah yang berlaku. Ia diburukkan lagi apabila berlaku dikalangan golongan-golongan pejuang agama Allah. Berdasarkan situasi semasa, apa penulis dapat lihat ialah:
Ada yang hebat yang memperjuangkan Islam. Selalu kedepan apabila ada isu-isu Islam diperlekehkan. Mengemukan idea-idea yang bernas untuk menjayakan dakwah Islam. Namun dia gagal menguruskan diri sendiri. Dia gagal menguruskan kewangannya, keluarganya, kebersihannya, kemasyarakatannya, akademiknya. Sedangkan semua itu amat dituntut dalam Islam.
Ada yang kuat bekerja untuk Islam. Kuat mencari dana untuk Islam, hebat mengedarkan risalah-risalah dakwah. Tetapi ia gagal dalam amal ibadatnya. Solat wajibnya selalu lewat. Amalan sunat jarang dilakukan.
Ada juga pejuang Islam yang hebat dalam ibadatnya. Setiap hari dipenuhi amalan sunat dengan tidak dilalaikan amalan wajib. Namun ia tewas dengan wanita. Wanita menyebabkan hatinya senantiasa gundah gulana. Sentiasa berusaha untuk menghubunginya. Ada saja perkara yang hendak dibincangkannya.
Ada juga pejuang Islam yang terlalu prejudis pada sahabat-sahabatnya. Mula bersangka buruk apabila idea dan pendapatnya ditolak. Merasa diri di anak tirikan. Sedangkan sesuatu perkara yang dibuat telahpun dibuat mesyuarat dan perbincangan. Mengambil kira pendapat semua. Mempertimbangkan pro dan kontranya.
Merasakan diri terlalu mulia. Mahu pendapatnya sentiasa dijulang dan diterima orang.
Terlalu memikirkan tentang orang lain. Bimbang orang lain gugur dalam medan perjuangan. Tetapi tidak berfikir mengenai diri sendiri. Tidak usaha untuk diri sendiri. Merasakan diri "tidak akan kecundang" dalam arus ini. Merasa diri terlalu hebat.
Emosi. Asyik melihat dan mengatakan orang lain beremosi. Tetapi apabila semua merenung kembali, dialah yang beremosi. Terlalu emosi.
Ego. Keras kepala. Tidak menerima pendapat orang lain.
Amat banyak jika disenaraikan permasalahannya. Banyakkanlah berdoa. Tingkatkanlah ukhuwah. Insyaallah, dengan berjamaah segala masalah akan dapat diatasi. Bukan menambahkannya.
Berita Harian bertarikh 10 April 2009 melaporkan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.
Apabila diimbas pada bacaan yang pertama, dapat dilihat satu keadilan telah ditegakkan di Malaysia. Namun apabila direnung kembali, terdapat kesangsian. Adakah keadilan benar-benar tertegak di Malaysia.
Secara peribadi dan logik akal, apakah tujuan Azilah dan Sirul Azhar melakukan pembunuhan tersebut. Adakah mereka sengaja melakukan pembunuhan? Mustahil, amat mustahil. Pasti ada sebab dan tujuannya. Bagi anggota bawahan seperti mereka, mungkin ada yang mengarahkan mereka berbuat demikian. Mungkin dengan ganjaran yang lumayan dan perlindungan undang-undang terhadap mereka. Kes ini merupakan kes yang besar kerana ia melibatkan negara asing. Pembunuh pula melibatkan unit tindakan khas, bukanya polis biasa, bukannya rakyat biasa. Setelah 3 tahun kes ini berlalu, apa yang dapat diperhatikan, mereka tidak mempunyai kepentingan peribadi untuk melakukan pembunuhan ini.
Jika mereka mendapat arahan dari pihak tertentu untuk melakukan pembunuhan ini, kenapa mereka masih berdiam diri? Kenapa mereka tidak menyatakan dalang sebenar yang mengarahkan pembunuhan ini dilakukan sedangkan mereka sudah dijatuhkan hukuman mati. Adalah tidak berbaloi jika mereka dihukum bunuh sedangkan pengarah sebenar pembunuhan ini masih bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan. Secara logiknya, mustahil mereka akan menyembunyikan pengarah pembunuhan ini.
Sepanjang mengikuti perbicaraan kes ini, wajah Azilah dan Sirul Azhar tidak pernah ditunjukkan kepada rakyat. Adakah mereka mampu "melepaskan diri" dari hukuman ini.? Berkemungkinan mereka akan terlepas dari hukuman ini kerana tidak siapa yang tahu wajah sebenar Azilah dan Sirul Azhar. Apabila hukuman dijalankan, mungkin tempat mereka akan digantikan dengan "watak" lain.
Watak lain bermaksud hukuman bunuh dijalankan kepada pesalah lain (yang juga menghadapi hukuman bunuh atas kesalahan lain) tetapi menggunakan nama mereka. Ataupun hukuman bunuh terhadap mereka diumumkan telah dijalankan tetapi hakikatnya tidak dijalankan. Dan mereka akan dihantar ke luar negara, lalu selamatlah mereka berdua.
Perlu diingat, kes ini juga dikaitkan dengan "orang besar Malaysia" iaitu Abdul Razak Abdullah Baginda merupakan bekas penganalisis politik dan pembantu rapat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Kes ini turut dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jikalau tengok cerita bollywood, "orang besar" (watak jahat) boleh buat apa sahaja. Yang pasti hero (keadilan) akan muncul untuk menewaskan penjahat ini.
Sekadar sedikit kesangsian yang wujud dalam hati. Adakah benar keadilan wujud di Malaysia.
Sejak dari awal lagi, aku dilatih dan melatih diriku untuk berbahas. Bukan perbahasan yang berbentuk pertangingan. Tetapi perbahasan fakta, ilmu dan pendapat. Naqibku (Ust Ipin, Ust Irwan) membentukku berbahas secara ilmiah. Bukan perbahasan yang membuta tuli. Berbahas dengan ilmu. Ada ilmu. Bukannya kosong. Bukan beremosi.
Aku berbahas untuk memperbaiki diri. Membaiki diri sendiri dan teman-teman. Bukan untuk menyerang peribadi. Bukan untuk menghina. Sekadar menegur. Jikalau berlaku berbeza pendapat, barulah terjadinya perbahasan. Perbahasan ilmu. Segalanya aku terima dengan tenang. Walaupun ia bertentangan dengan pendapatku. Aku tidak bertindak balas dengan menyerang kembali.
Sehingga ke hari ini, aku adalah seorang yang agak lantang apabila berbahas. Mengemukakan idea dan pendapat peribadi. Kadang-kadang, tiada tempat untuk aku kemukakan ideaku. Lalu aku akan meluahkannya di dalam tulisan-tulisan. Meluahkan dalam blog.
Musim terus berlalu. Sahabat muncul dan pergi. Pergi apabila misi bersama telah selesai. Untuk meneruskan perjuangan di tempat lain. Kini, aku juga berada dalam penghujung misi. Menanti masa untuk berpisah.
Di kala penghujung misi, aku terkenangkan sahabat yang telah berpisah. Amat merinduinya. Bertambah kerinduan apabila di masa kesunyian. Bertambah kerinduan apabila berhadapan adik-adik yang mempunyai pelbagai karenah. Dalam mengejar perjuangan. Dalam proses kematangan. Perbezaan pendapat.
Dua sahabat yang akrab denganku telah meninggalkan daku untuk meneruskan perjungan di tempat lain. Dua sahabat yang sentiasa menjadi teman untuk berbahas, berkongsi ilmu, berkongsi pandangan.
Sahabat yang berbahas dengan ilmu, berbahas dengan hujjah yang kukuh. Mengemukakan pendapat, pandangan. Bertindak dengan matang. Mengetepikan emosi. Menerima kritikan dan juga memberi kritikan. Kritikan untuk membaiki diri.
Sahabat yang tenang. Mempunyai wajah bercahaya. Berilmu. Teori dan tindakan berjalan seiringan. Daku amat merinduimu.
Mengisahkan seorang insan yang bernama Abdul Rahman Mohamed menjalani kehidupan dalam kemiskinan, kehinaan, arak, dadah, kumpulan samseng setelah kematian ayah.
Semasa belajar di Sekolah Rendah Gabungan Kallang dalam keadaan yang sangat susah, beliau menulis ".....semasa rehat, aku akan ke tandas untuk meneguk air paip sampai kenyang....."
Kemudian beliau menyambung "...kadang-kadang aku ke kantin untuk mengecek teman-temanku makan. Pernah suatu ketika aku dihalau oleh makcik yang menjual mi rebus kerana berdiri di depan gerai yang menghalang perniagaannya. Aku berlalu dengan hati yang amat sedih..."
Akhirnya beliau berubah. Mula mengenali agama. Menyambung pelajaran ke Aceh. Madinah. Dan menjadi seorang pendakwah yang sentiasa menghadapi karenah orang atasan, godaan, hinaan dan cacian.
Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah mendapatkannya di mana-mana kedai buku. Semoga mendapat manfaat daripada pembacaan buku ini.
Menjadi hobi terkini pada saya ialah memasuki kedai-kedai dan membeli buku-buku. Saya lebih cenderung kepada pembacaan bab sirah. Adabuku yang cepat ditamatkan pembacaannya. Ada buku yang lambat ditamatkan pembacaannya. Ada buku yang tak selesai pembacaannya. Ada juga yang tak dibaca lansung.
Satu koleksi terbaru saya ialah buku "Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden" karya Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor.
Tak kenal maka tak cinta. Kebanyakkan umat Islam hari ini tidak mengenali tokoh-tokoh gerakan Islam. Termasuklah diri yang menulis ini. Dengan hadirnya buku ini, bolehlah kita mengenali secara ringkas peribadi dan riwayat hidup tokoh-tokoh gerakan Islam seluruh dunia. Antara tokoh-tokoh yang disenaraikan dalam buku ini:
Dr Abdul Aziz Rantisi - HAMAS, Palestin.
Abdul Qader Awdah - - Ikhwan Muslimin, Mesir.
Dr Abas Madani - Barisan Penyelamat Islam (FIS), Algeria.
Syeikh Abdul Hamid Kisyk - Mesir.
Dr Abdul Majid Az-Zandani - Yaman.
Dr Abdullah Azzam - Ikhwan Muslimin
Dr Abdullah Nasih Ulwan - - Ikhwan Muslimin.
Syeikh Ahmad Yassin - HAMAS, Palestin.
Syeikh An-Nadwi.
Badi'uzzaman Sa'id An-Nusri.
Dr Burhanuddin Al-Helmi - Hizbul Muslimin, Malaysia.
Najbuddin Erbakan - Turki.
Syeikh Faisal Molawi - Lubnan.
Dr Fathi Yakan.
Iman Syahid Hasan Al-Banna - Ikhwan Muslimin, Mesir.
Hakim Hasan Al-Hudaibi - Ikhwan Muslimin, Mesir.
Dr Hasan At-Turabi - Sudan.
Jamaluddin Al-Afghani.
Al-Maududi - Pakistan.
Syeikh Muhammad Abduh
Syeikh MuhammadAl-Ghazali
Ustaz Mustafa Masyhur - Ikhwan Muslimin, Mesir.
Syeikh Dr Mustafa Siba'ie - Ikhwan Muslimin, Syiria.
Omar Al-Mokhtar.
Qazi Hussain - Pakistan.
Sayyid Qutb - Ikhwan Muslimin, Mesir.
Syeikh Sa'id Hawwa.
Syeikh Solah Abu Ismail - Ikhwan Muslimin, Mesir.
Zainab Al-Ghazali - Ikhwan Muslimin, Mesir.
Selamat membaca. Semoga ia mampu melahirkan kecintaan kita kepada agama Islam. Pendorong dan penguat semangat.
Regim Najib sudah bertindak. Pengantungan akhbar Pakatan Rakyat (PR) iaitu akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan oleh Syed Hamid Albar. Tindakan ini mungkin didalangi oleh Najib sendiri ataupun Syed Hamid Albar untuk meraih undi dalam pemilihan agung UMNO. Beliau yang bertanding Naib Presiden tetapi tewas. Tak diketahui sebab sebenarnya.
Permit-permit ceramah PR yang pada awalnya telahpun diluluskan tetapi ditarik balik pada saat akhir. Lalu pasukan POLIS, FRU dan SB diarahkan untuk memerangi rakyat yang menyokong pakatan rakyat. Bom-bom asap kimia dan pancutan air kimia digunakan untuk menyerang rakyat. Memang hebat.
SPR telah mengeluarkan arahan larangan pemasangan bendera parti yang tidak bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang. Arahan ini lebih merujuk kepada pakatan rakyat kerana pakatan rakyat ada tiga bendera untuk tiga parti politik. Masih belum wujud satu bendera khas untuk PR. Manakala UMNO sudah mempunyai bendera barisan nasional (dacing). Jikalau benar perkara ini didasarkan secara ikhlas, semua parti komponen UMNO sepatutnya dilarang berkempen dalam pilihanraya kecil (PRK) ini.
Dalam perhimpunan agung UMNO yang baru, pelbagai hinaan, cacian dan kutukan telah dilemparkan kepada PR. Perhimpunan ini sepatutnya menjadi tempat untuk memperbetulkan UMNO yang semakin tidak diterima rakyat tetapi sebaliknya telah menjadi pentas untuk penyangak-penyangak yang tidak tahu budi bahasa dalam pertuturannya untuk melalak sesuka hati. Budaya UMNO memang teruk pada pandangan saya.
POLIS juga telah memberi amaran untuk merampas sepanduk menghina, hasut bagi PRK kali ini. Daripada kejadian lepas, banyak sepanduk yang dihasilkan oleh UMNO and the geng adalah menghina dan menghasut, namun tiada tindakan daripada pihak polis sebaliknya PR yang tetap dipersalahkan. Contohnya sepanduk menghina Sultan Terengganu selepas PRU-12 yang lepas membantah tindakan Sultan yang enggan melantik Idris Jusoh sebagai MB. Tetapi seperti biasa, PR yang akan menjadi mangsanya. Kononnya segala kejahatan adalah berpunca daripada PR. Mungkin juga tindakan polis kali ini adalah arahan daripada ketua perusuh yang baru dilantik, Khairi Jamaludin yang terkenal dengan kesamsengannya.
Antara Regim Najib yang dikenalpasti ialah:
Polis
FRU
SB
SPR
SPRM
ISA
Akta Hasutan
Akta Cetakan
TV3
Utusan Meloya
Berita Hairan
RTM 1 dan RTM 2
Biro Tata Negara
SIS
AUKU
HEP
Semuanya telah lengkap bagi UMNO. Kadang-kadang terfikir juga, adakah sudah tiba masanya untuk para pejuang Islam mengangkat senjata di bumi Malaysia ini. Menentang kezaliman yang bermaharajalela. Just perkara yang bermain dalam fikiran. Namun diri sendiri masih belum bersedia.
Terus terang aku katakan, aku tak suka orang yang PEMALAS. Raja malas. Terasa amat panas dalam diri bila berhadapan dengan makhluk ini.
Kita selalu bercakap pasal jihad. Bercakap mengenai HAMAS. Bercakap mengenai Khalid Masy'al. Tetapi bila diajak bergotong royang kemas rumah, masing-masing menyembunyikan diri dalam bilik. Kononnya sibuk, banyak kerja.
Kita selalu bercakap mengenai membina organisasi yang tersusun kukuh. Kita selalu menghuraikan firman Allah dalam surah as saff ayat ke 4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
Tetapi benda yang paling ringan pun tidak dilakukan. Parking motor pun bercelaru. Selipar pun tak pernah susun. Adakah kita terlalu hipokrit ataupun hanya suka bermain dengan teori. Idealistik.
Kita selalu meminta meminta ahli di bawah kita supaya patuh pada arahan kita. Sentiasa menghadiri program yang kita aturkan. Tetapi pimpinan tak nak dengar apa yang ahli katakan. Sekadar melemparkan satu senyuman dan terus beredar, masuk ke bilik mengadap komputer untuk mendengar ceramah ataupun meng'edit' blog.
Kita selalu berkehendakkan orang lain menyediakan pelbagai kemudahan pada kita. Menyediakan makanan, mengemas rumah untuk kita. Namun kita tak pernah rasa nak tolong orang lain. Ukhwah yang dibina atas satu dasar fikrah adalah penipu semata-mata. Tiada kerjasama. Tak pernah ingin merasa susah bersama.
Apa yang kita ada sekarang. Cakap yang berapi-api. Teori yang menggunung tinggi. Tetapi malas yang merajai diri. Semua kerja tak menjadi. Mengharap bulan jatuh ke bumi, tetapi hanya keris yang menghiris hati. Dacing diri sudah senget, tidak seimbang lagi.
Aku lebih suka orang yang macam sahabatku, Arip yang tak banyak bercakap daripada orang yang cakap berapi-api dan terlalu banyak teori, tetapi apa pun tak de.
Aku tak seperti Faisal dan Pali. Penyabar. Aku ini agak cerewet bila berhadapan dengan si pemalas. Mohon maaf sebab menggunakan bahasa yang agak kasar.
Di bulan yang sama di mana berlakunya peristiwa al-Raji' yang trajis itu, berlaku pula tragedi Bi'r Ma'unah yang lebih dahsyat dan menyayati hati.
Ringkasan ceritanya, di mana Abu Bara' Amir bin Malik yang dikenali sebagai Malaib al-Asinnah telah tiba menemui Rasulullah di Madinah. Baginda menyeru Abu Bara' kepada Islam, dan beliau tidak menganut Islam, namun pada sangkaan Baginda, tidak lama lagi mungkin beliau akan menganut Islam. Di sini beliau telah meminta dari Rasulullah dengan katanya: "Wahai Rasulullah kalaulah tuan hamba dapat mengutus sahabat-sahabat tuan hamba kepada penduduk Najdi untuk mengajak mereka kepada agama tuan hamba ini, ku mengharapkan mereka akan menyahut seruan". Jawab Rasulullah, "Sebenarnya daku curiga dengan penduduk Najdi itu". Kata Abu Bara', "Daku akan melindungi mereka".
Dengan itu, Baginda pun terus mengirim para sahabatnya seramai empat puluh orang. Ini adalah pendapat Ibnu Ishak, tetapi hadith sahih menyebut tujuh puluh orang yang sebenarnya. Rombongan tujuh puluh orang ini diketuai oleh al-Munzir bin Amru dari Banu Sa'idah yang bergelar al-Mu'tiq li-Yamut. Rombongan tujuh puluh orang ini adalah dipilih dari kaum muslimin, golongan pemimpin, qari, dan kenamaan. Di siang hari mereka berjalan mengumpul kayu api untuk dijual, dengan harganya dibelinya makanan untuk ahli al-Suffah, mereka ini gemar mempelajari al-Quran dan melakukan qiamulail.
Setibanya mereka ke suatu tempat yang dikenali sebagai Bi'r (perigi) Al-Ma'unah yang terletak di antara perkanipungan Banu Amir dan Banu Salim, mereka singggah di situ. Dari situ mereka menghantar Hiram bin Milhan saudara Ummu Salim dengan sepucok risalah dari Rasulullah kepada musuh Allah yang bernama Amir bin Tufail. Apabila beliau menerima risalah berkenaan, langsung tidak dilihat kandungan surat itu, malah beliau memerintah orangnya supaya membunuh utusan yang membawa risalah dari Rasulullah dengan menikam dari belakangnya. Apabila Haram melihat darahnya mengalir, terus beliau meneriak: "Allahu Akbar, demi Tuhan Ka'abah! Daku telah berjaya".
Kemudian Amir bin Tufail telah menyeru kaumnya untuk membunuh kaum muslimin yang masih hidup. Mereka tidak menyetujui beliau kerana kaum muslirnin tersebut di bawah perlindungan Abu Bara', dengan itu beliau meminta Banu Salim membantunya, maka puak Usaiyah, Ra'al dan Zakwan datang melingkungi sahabat Rasulullah. Mereka menentang serangan Amir itu hingga seluruh mereka terbunuh, kecuali Ka'ab bin Zaid bin al-Najjar tersembunyi di bawah jenazah-jenazah sahabatnya, beliau ini hidup hingga ke hari peperangan al-Khandak.
Adapun Amru bin Umaiyah al-Dhamri dan al-Munzir bin Uqbah bin Amir bersama orang-orang Islam telah mendapati burung-burung terbang mengelilingi tempat kejadian. A-Munzir pun turun ke tempat berkenaan dan melawan kaum musyrikin di sana hingga beliau dan orang-orang lain terbunuh, manakala Amru bin Umaiyah al-Dhamri telah ditawan. Setelah diberitahu yang beliau ini dari qabilah Mudhar, maka beliau pun dibebaskan.
Sesampainya Amru bin Umaiyah ke hadapan. Rasulullah terus beliau melaporkan kejadian ngeri itu kepada Baginda, di mana terkorbannya tujuh puluh orang pilihan para sahabat terbilang. Peristiwa ini bagaikan mengulangi peristiwa Uhud, yang bezanya, di Uhud mereka pergi dengan niat berperang, manakala di Bir' al-Ma'unah ini pembunuhan mereka lantaran pengkhianatan yang jahat.
Semasa Amru bin Umaiyah dalam perjalanan pulang ke Madinah di pertengahan jalan al-Qarqarah dari Sadru al-Qanah beliau telah berehat di bawah sepohon kayu, kemudian dua orang lelaki dari Banu Kilab telah turut tumpang berteduh bersama Amru di bawah pohon kayu itu, setelah dua lelaki ini sedang nyenyak lena Amru pun terus membunuh mereka, sebagai menuntut beta di atas pembunuhan sahabatnya di dalam peristiwa Bir'al-Ma'unah itu, sedang mereka berdua ini adalah di dalam perjanjian damai dengan Rasulullah, di mana beliau tidak menyedari perkara ini, sebaik sahaja beliau tiba di Madinah beliau menceritakan peristiwa ini; dan Rasulullah pun bersabda: "Sesungguhnya engkau telah membunuh dua orang di mana ku berkewajipan membayar pampasannya, dengan itu Baginda pun sibuk mengumpul pampasan itu dari kaum muslimin dan sekutu-sekutu Yahudi".
Rasulullah amat bersedih dengan peristiwa yang menyayatkan hati ini selepas peristiwa al-Raji'. Kedua-duanya berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja, Rasulullah amat berdukacita. Hal ini telah membawa Baginda merasa tidak tenteram kerana sedih dan pilu, menyebabkan Baginda terus mendoakan kemusnahan ke atas qabilah-qabilah yang mengkhianati sahabat-sahabat itu.
Riwayat ini di dalam hadith sahih dari Anas (r.a) katanya: Rasulullah mendoakan kemusnahan mereka yang membunuh sahabat-sahabatnya di Bi'r al-Ma'unah selama tiga puluh pagi, Baginda mendoakan kemusnahan ke atas qabilah Raal, di Zakwan Lahyan dan Usaiyah dengan sabdanya: "Usaiyah memaksiati Allah dan RasulNya, dengan itu Allah menurunkan ke atas NabiNya ayat-ayat al-Quran mengenainya yang kami membacanya, namun ianya dinasakhkan”. Setelah itu Rasulullah pun meninggalkan Qunut itu.
oleh: arezuone
Rujukan:
Haji Abdul Hadi Awang, (2006), Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah Jilid 2, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor
Pada bulan Safar di tahun yang sama yakni tahun keempat Hijrah sekumpulan dari qabilah Udhal dan Qaarah telah datang menemui Rasulullah (s.a.w) dengan menceritakan bahawa terdapat di kalangan mereka individu-individu yang menganut Islam, di sini mereka telah memohon dari Rasulullah untuk mengirim orang-orang yang boleh mengajar mereka akan agama Islam dan al-Quran.
Dengan itu Rasulullah (s.a.w) pun menghantar bersama-sama mereka enam orang manakala riwayat Ibnu Ishak dan al-Bukhari menyebut pengutusan itu adalah seramai sepuluh orang. Baginda melantik Mirthad bin Abi Mirthad al-Ghanawi sebagai Amir perutusan itu. Namun Ibnu Ishak dan al-Bukhari menyebut bahawa Amir yang dilantik itu adalah Asim bin Thabit datuk kepada Asim bin Umar bin al-Khattab, apabila mereka sampai di tempat bernama al-Raji', ianya adalah kawasan air qabilah Huzail di sebelah al-Hijaz, ianya terletak di antara Rabigh dan Jeddah.
Qabilah Udhal dan Qaarah yang bersama perutusan Rasulullah itu telah memanggil satu qabilah dari Huzail untuk mcnyerang orang Islam. Qabilah ini dikenali sebagai Banu Lahyan, perutusan Islam ini telah diburu oleh sekumpulan pernanah seramai seratus orang. Hingga sempat mereka mengepung pendakwah Islam itu, menyebabkan mereka terpaksa lari menyelamatkan diri ke kawasan bernama Fad-Fad. Orang Islam telah diberi jaminan dengan kata mereka: Kami berjanji dengan kamu, sekiranya kamu singgah bersama kami, kamu tidak akan dibunuh walau seorang pun.
Namun Asim enggan menurut tawaran mereka itu, malah beliau bersama sahabatnya terus melawan mereka, menyebabkan tujuh orang terbunuh dengan lontaran panah musuh, hanya tinggal Khubaib dan Zaid bin al-Dathnah dan seorang lelaki lain dan sekali lagi musuh mereka menawar janji mereka, tetapi musuh tetap musuh, kerana mereka dikhianati, mereka diberkas dengan tali-tali panah, maka berkata lelaki yang ketiga: Ini adalah pengkhianatan pertama, dan beliau enggan mengikuti mereka, menyebabkan mereka terpaksa mengheretnya dan memaksa beliau mengikuti mereka, tapi beliau tetap enggan, akhirnya beliau dibunuh di tempat itu.
Dengan itu puak musuh membawa Khubaib dan Zaid dan dijual mereka di pasar Makkah, mereka berdua ini telah membunuh pembesar-pembesar Makkah di dalam peperangan Uhud, adapun Khubaib tinggal di Makkah di dalam kurungan, kemudian mereka berazam untuk membunuh beliau maka dibawa keluar dari tanah haram ke Tanaim.
Semasa hendak disalibkan beliau meminta untuk bersembahyang dua rakaat, mereka pun membenar Khubaib melaksana permintaannya itu dengan bersolat dua rakaat, setelah memberi salam beliau berkata, “Demi Allah kalau tidak kamu menyangka yang aku ini takut mati, nescaya ku perpanjangkan sembahyang ku itu kemudian beliau berdoa: Ya Allah ya Tuhanku! musnahkanlah mereka kesemua, bunuhkanlah mereka sehabis-habisnya, dan jangan tinggal seorang pun dari mereka”. Sambung beliau dalam madahnya:
Kalian gerombolan mereka mengelilingi daku
Kalian qabilah mereka sepakati menghantam daku
Seluruh anak dan isteri mereka dekati
Keseorangan daku di pepohon tinggi diikati
Hanya pada Allah ku mengadu nan sengsara
Kesepakatan mereka membunuh daku
Tuhan perkasa berikan daku kesabaran
Buat menghadapi akibat angkara,
Dagingku mereka kerjakan
Harapan ku berkecai musnah
Mereka menawar kekufuran dan mati padaku
Tiada air mata ku menangis
Peduli tiada, yang pasti biar mati ku muslim
Pada Allah ku pasrah penuh yakin
Anggota ku pasti Allah memberkati
Biar terputus ke mana pergi
Sebelum beliau dibunuh Abu Sufian telah menyoal beliau: "Suka tak kamu kami memenggal leher Muhammad di sini dan kau dibebaskan"? Jawab beliau: "Demi Allah! Tidak sekali-kali akan senang bagiku kiranya aku bebas dipangkuan keluarga sedang Muhammad ditempatnya walaupun dengan hanya Baginda tertikam sebatang duri".
Setelah itu mereka pun terus mensalibkan beliau, dan diperintah orang tertentu mengawal jenazahnya, namun di malam hari Amru bin Umaiyah al-Dhamri telah datang dengan cara bersembunyi, dengan helah, telah membawa jenazah beliau keluar dari situ untuk dikebumikan. Orang yang dipertanggungjawab membunuh Khubaib ialah Uqbah bin al-Harith, sebenarnya Khubaib ini telah membunuh bapanya yang kafir di dalam peperangan Badar.
Mengikut hadith sahih bahawa Khubaiblah orang yang memulakan sembahyang sunat dua rakaat sebelum pembunuhan, yang ganjilnya, para hadirin di hari pembunuhannya telah melihat beliau sedang memakan setangkai buah anggur sedangkan di Makkah masa itu buah tamar pun tak ada. Adapun Zaid al-Duthnah telah diburu oleh Safwan bin Umaiyah dan dibunuhnya sebagai menuntut bela di atas pembunuhan ayahnya.
Pihak Quraisy telah mengirim orang-orangnya untuk mengambil sebahagian dari anggota badan Asim untuk dikenalpasti, kerana Asim sebelum ini telah membunuh salah seorang pembesar Quraisy di dalam peperangan Badar, tetapi Allah telah menghantar sekumpulan tebuan yang menjaganya, hingga dengan itu mereka tidak dapat melakukan tugas kotor mereka terhadap mayat syahid itu, sebelum ini Asim telah memohon dari Allah supaya badan beliau tidak disentuhi oleh musyrikin dan tidak pula beliau mahu menyentuh musyrikin, setelah berita itu didengar oleh Amru maka beliau berkata:
Allah akan memelihara seorang mukmin sebagaimana Allah memeliharanya semasa hidup.
oleh: arezuone
Rujukan:
Haji Abdul Hadi Awang, (2006), Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah Jilid 2, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor.
"Kita kena buat juga usrah minggu ni. Dah lebih dua minggu kita tak buat usrah. Sedia dengan tugasan masing-masing", Naqib.
Usrah. Usrah. Usrah.
Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang hubungan sesama usrah adalah lebih akrab daripada hubungan saudara mereka. Manakala istilah yang disebut oleh ulamak gerakan ialah kumpulan individu Islam yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam. (Ust Idris Ahmad)
Namun yang menjadi permasalahan apabila usrah tidak berjalan. Berjalan seperti yang selayaknya dengan definisi usrah. Ruginya.
Usrah kini seolah-olah telah menjadi satu bebanan yang amat berat. Kadang-kadang tidak dapat dipikul. Lalu ia rebah. Kadang-kadang sehingga tersungkur dan tidak mampu untuk bangun kembali.
"Seorang demi seorang gugur di medan. Insyaallah kita akan buka medan baru supaya mujahid ini boleh bersama", naqib.
Pada bacaan kali pertama mesej ini, daku tidak mengerti apa yang dimaksudkan. Rupa-rupanya semua ahli usrahku sedahpun syahid. Dan. Dan usrah terpaksa ditangguhkan lagi. Dimana ahli-ahli usrahku?
Panglima perang- Letih mengatur strategi perang di siang hari dan dia terpaksa berehat. Esok kerjanya bersambung lagi. Mengatur strategi, menawan negeri.
Komando perang - Telah dihantar untuk berjihad ke Palestin dengan menaiki sebuah bas.
Iman Ghazali alaf baru - Terpaksa menumpukan kerja-kerja akademiknya untuk kebahagian ummat pada masa akan datang.
Daku? Daku masih disini. Tergapai-gapai dalam mengharungi arus kehidupan. Masih jauh ketinggalan dengan sahabat-sahabat seusrah denganku. Mereka panglima. Mereka komando. Mereka mujahidin. Mereka ilmuan.
Jauh di sudut hati. Merindui usrah lama ku. Usrah generasiku. Usrah yang membina ukhwah kami. Tak lentur walau berjauhan.
Dengan nama Allah yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sunflowers & Sunshines
-
Grief is a funny thing. I was reciting the quran and suddenly remember a
tender memory of papa coming home from the masjid while mama and I were
both re...
Perjalanan Yg Berliku
-
Meneruskan perjalanan yang penuh berliku dengan cabaran baru. Seronok
suasana belajar yang damai dan tenteram. Pagi-pagi bacaan Al Quran
mula-mula dide...
Katarak, Retina, Saraf Mata makin mudah dirawat
-
Alhamdulilah smlm Utz Ismail tlh buat rawatan mata. Beliau mengalami
katarak, retina mata rosak, Saraf Mata rosak. Retina Mata jg rosak.beliau
tlh buat ra...
bagaimana nak mula perniagaan?
-
Serius saya memang tak tahu nak mula dari mana. Nasib baik sifu saya bukan
jenis gila facebook dan blog. Kalau dia jenis gila macam saya ni, senang
pulak s...
"Ahlan wasahlan.."
-
*Cinta tak pernah meminta untuk menanti.*
*Ia mempersilakan.*
*Atau mengambil kesempatan.*
*Yang pertama adalah pengorbanan.*
*Yang kedua adalah kebe...
Seminar Sebelum Aku Bernikah (2)
-
Assalamu'alaikum wbt. Terima kasih masih sudi menjenguk blog ini :)
Kali ini perkongsian daripada Ustaz Azlan Shah Nabes Khan pula. Menarik
sangat cara pe...
Buffet Ramadhan 2014 di SACC
-
Assalamualaikum wbt, Selamat Hari Raya 'Eidulfitri, Maaf Zahir Batin.
"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"
Nampaknya jari-jemariku beralun semula setelah seki...
Menjelaskan Asuransi Mobil
-
Apakah Anda akan memutuskan premi yang lebih rendah atau mungkin itu lebih
penting untuk memiliki deductible yang lebih rendah ? Sebagai dikurangkan
Anda a...
Jumaat Pertama 2014
-
Mentari bersinar cerah pagi Jumaat, sayyidul ayyam pertama dalam tahun
2014. Hari ini agak lambat ke sekolah berbanding hari semalam. Mungkin
kerana berjag...
Jasa Hidup
-
anehnya Tuhan mengatur hidup kita jalan hitam yang kau lalu dulu segala
sedih pecah jiwa yang kau rasa dulu satu hari, setelah puluh tahun, setelah
bangkit...
-
Assalamulaikum wbt....
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang memerintah langit dan
bumi. Selawat serta salam keatas junjungan mulia nabi muhamma...
Treatment dengan personal dentist~
-
Bismillah...
Dah lama tak buat treatment dengan doktor peribadi a.k.a encik zauj.
Awal-awal lepas kawen dulu sangatlah selalu ke klinik gigi UIA di bangu...
Jalan2 di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu
-
Minggu lepas hari Jumaat, setelah due bulan menetap di terengganu, first
time abang bawak jalan2 ke KT.. Alhamdulillah.. dpt juge menjejakkan kai di
KT.. a...
Buat anak-anak (pelajar) yang ku sayangi!
-
Kebodohan itu hanyalah ilusi, sebenarnya ALLAH menciptakan KEBIJAKSANAAN
yang berbeza untuk setiap Manusia.
Maka berusahalah!!!!!
Bertatih
-
Dua tahun berlalu di sini. Penuh rencah suka dan duka. Manisnya kenangan
disulami pahitnya memori silam. Jatuh bangun dalam tatihan menuju titik
pengakhira...
DOA' DHUHA
-
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMU, kecantikannya adalah
kecantikanMU, keindahan itu keindahanMU, kekuatan itu kekuatanMU, kekuasaan
itu...
BISNES KUUUU
-
Air Mizam..RM 36..1 titis sehari bg kanak2..3 dan lebih titis bagi
dewasa...semua perlu mengikut berapa liter air yang digunakan
Antara kandungan MIZAM :...
♥ Bersama Menjadi Bidadari Dunia ♥
-
Surat Terbuka Untuk Kaum Muslimah
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu. Jika engkau tidak berusaha
menjadi seperti Fathimah, mengapa engkau berhara...
Catatan Hujung Mei 2011
-
Alhamdulillah, selepas setahun bekerja secara kontrak di Kumpulan IKRAM Sdn
Bhd akhirnya aku ditawarkan untuk menyambung khidmat di sini. Rezeki yang
datan...
KEJUARAAN PINGPONG TERBUKA PARLIMEN LENGGONG
-
KOTA TAMPAN AIR LENGGONG- 17 Mac: Pemuda PAS MTD DUN Kota Tampan (Banggol
Belimbing) telah menganjurkan Kejohanan Ping-Pong tertutup Piala YDP PAS
Lenggong...
SCORE A PROGRAMME
-
* Ketahuilah RAHSIA Bagaimana Untuk Membantu Pelajar Mencapai Kecemerlangan
Dalam Pelajaran*
* Program Score A merupakan webucation pertama di Malaysia.* ...
70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW
-
Pengarang: Abu Azka Al Madani & Harun Arrasyid Hj Tuskan
Tajuk: 70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad SAW
Terbitan: Al-Hidayah Publications
Peringatan Buat Diriku Yang Lupa
-
Di saat kita bujang dalam berjuang untuk membela agama Allah, kita mohon
pada Allah agar dikurniakan suami/isteri sebagai pembakar semangat
perjuangan. Di...
Pindah Rumah BARU
-
PENGUMUMAN!
Blog ini telah di upgrade dan berpindah ke alamat baru iaitu
http://mindasyaheed.com
Semua dijemput ziarah ke blog tersebut.
Terima kasih.
...
-
"Malam ini malam nisfu Syaaban..
Sesungguhnya Allah telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban
dan memberi keampunan kepada mereka yang beristigf...
Indahnya Islam Itu..
-
Assalamualaikum wbt..
Insya-Allah pada hari ini, suka saya untuk berkongsi video klik lagu maher
zain yang diedit bersama dengan perjalanan seorang manusi...
SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGANNYA
-
Salam.... setiap kesusahan ada kesenangan... ana yakin.... dalam surah
al-Insyirah... jadi.. apa yang perlu ana buat dan praktikkan... hanya sabar
dan usah...
alhamdulillah...
-
alhamdulillah... itulah ungkapan yg mampu diucapkan apabila bangun dprd
tidur.. thanx God.. masih membangkitkan diri hamba-Mu ke dunia, memberi
semangat ba...
Assyahid SaiD Seyam
-
*Jumaat ,16/01/2009* - Said Seyam, salah seorang pemimpin Hamas dan Menteri
Dalam Negeri yang dilantik kerajaan Ismail Haneyya, terbunuh pada petang
Khami...
ZIKIRULLAH...
-
slalulah kita berzikir pada ALLAH selaku Tuhan yang mengciptakan
kita..cari lah ruang waktu kita skali skala bersama dgn ALLAH dgn menyebut
namaNYA..Janga...