Adakah kita boleh menerima pakai fatwa yang dibuat oleh Dr Mashitah, menghalalkan pelacuran jika darurat. Bagi aku yang jahil ini, fatwa tersebut tidak boleh diterima pakai sama sekali.
Dimanakah kesucian maruah wanita Islam, dimanakah nilai harga diri umat Islam.
Dimanakah peranan para pemimpin. Tidak kira pemimpin daripada pihak kerajaan ataupun pembangkan.
Kepada golongan-golongan penentang POLIGAMI, adakah anda tidak merasa bersalah perkara ini berlaku. Wanita yang tiada pembelaan sehingga berlaku perkara ZINA. Anda patut rasa berdosa akan tindakan anda.
Kepada golongan LELAKI yang beriya-iya hendak kahwin melebihi seorang, inilah peranan anda, inilah tanggungjawab anda.
Selamatkanlah wanita, selamatkanlah maruah ISLAM. Jangan biarkan perkara jijik seperti ini berlaku dalam masyarakat Islam.
Berita penuh dibawah ini.
-ibnuahmad-
Sumber berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20081112135942/Article/index_html
GOMBAK: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mendedahkan dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri kepada rakan sekerja, termasuk sanggup dibayar secara ansuran, bagi menyara anak mereka.
Seorang daripada mereka bekerja sebagai jaga dan mempunyai enam anak, manakala seorang lagi tukang cuci, terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila bekas suami gagal memberi nafkah anak-anak, walaupun Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah berkenaan, sejak tiga tahun lalu.
Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan dirinya selepas dua bulan diceraikan.
"Seorang lagi ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci juga mengambil jalan sama bagi menyara beberapa anaknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa
No comments:
Post a Comment